Anda di halaman 1dari 4

Perbezaan Carta Gantt dan Carta Aliran

Carta Gantt dan Carta Aliran digunakan dengan cara yang berbeza
dalam organisasi sukan. Carta Gantt ialah satu jenis Carta bar, dimana
Carta yang menunjukkan atau menggambarkan jadual sesuatu projek
yang hendak dilaksanakan. Carta Gantt lebih sesuai digunakan dalam
merangka program yang memerlukan jangka masa yang panjang seperti
program latihan selama satu tahun. Ini kerana acara-acara sukan
memerlukan penjadualan sistematik dari awal latihan hingga akhir
program latihan. Manakala, Carta Aliran pula ialah sejenis rajah yang
mewakili suatu proses dimana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak
dan susunannya dihubungkan dengan dengan anak panah. Dalam
organisasi sukan, Carta Aliran lebih sesuai digunakan dalam proses yang
mempunyai banyak prosedur seperti proses pendaftaran dalam organisasi
sukan, pendaftaran dalam acara sukan, proses rayuan dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya Carta Aliran dibuat dalam bentuk gambar rajah,
manakala Carta Gantt dibuat dalam bentuk jadual dan juga Carta bar
memanjang bagi menerangkan fasa-fasa latihan.
Kepentingannya adalah Carta Gantt mampu membantu
mengenalpasti semua aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, membantu
kita melihat penjadualan terperinci tempoh masa bermula dan tamatnya
sesuatu kerja tertentu. Disamping itu melalui Carta Gantt juga,
pemerhatian teliti terhadap masa penyerahan akan dapat dibuat dan
dengan itu dapat memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan juga masa
terbiar.
Manakala kepentingan bagi Carta Aliran pula antaranya ialah,
mewakili satu proses untuk menangani masalah lampau yang tidak
berfungsi, mempunyai proses yang ringkas iaitu permulaan, input, proses
dan penamat. Carta ini juga amat sesuai digunakan untuk langkah
pemanasan dalam aktiviti sukan.

Rajah 1: Carta Gantt menunjukkan takwim tahunan sukan

Rajah : Contoh Carta Aliran yang digunapakai

Bilakah Carta Gantt dan Carta Aliran sesuai digunakan ?


Carta Gantt sesuai digunakan dalam membuat perancangan bagi
acara-acara sukan, terutamanya sukan yang berbentuk temasya kerana ia
memerlukan satu penjadualan yang teratur dan terperinci. Carta Gantt
juga sesuai digunakan pada aktiviti yang lebih kompleks. Carta Gantt juga
sesuai digunakan pada projek pembinaan agar aktiviti dapat dijalankan
dengan teliti. Dalam pada itu, Carta Gantt boleh digunakan dalam
merangka sesi latihan bagi acara sukan. Ini dapat digunakan untuk
menyediakan pemain dalam satu jangka masa yang tertentu.
Carta Aliran pula lebih seuai digunakan dalam proses yang
mempunyai banyak prosedur seperti proses pendaftaran dalam organisasi
sukan, proses pendaftaran dalam acara sukan, proses rayuan dan lain-lain.
Carta Aliran sesuai digunakan pada garis panduan penyediaan
belanjawan. Carta Aliran juga boleh digunakan dalam organisasi pejabat
bagi menerangkan tentang hierarki sesebuah organisasi

Anda mungkin juga menyukai