Anda di halaman 1dari 2

UNIT 9 : Badan Sihat Fikiran Cergas

Sukan penting untuk diri kita. Banyak jenis


sukan yang boleh kita sertai. Kita boleh menyertai
sukan bola sepak, badminton, ragbi, berbasikal
bola jaring dan banyak lagi. Kita boleh bersukan
pada waktu petang, waktu lapang atau pada
hujung minggu.
Kita perlu bersukan kerana bersukan dapat
menyihatkan badan. Peluh akan keluar apabila
kita bersukan. Badan kita akan mejadi cergas
selepas bersukan. Oleh itu, otak kita akan menjadi
cerdas. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa
lapang dengan perkara berfaedah melalui aktiviti
sukan. Kita tidak membuang masa dengan
melakukan perkara yang sia-sia. Kita dapat
meningkatkan kemahiran bersukan jika kerap
berlatih pada waktu lapang.
Melalui
bersukan
juga
kita
dapat
mengharumkan nama negara. Datuk Lee Chong
Wei merupakan tokoh sukan badminton negara kita
yang terkenal. Kita boleh berjaya seperti beliau jika
kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Berikan perkataan berlawanan bagi setiap perkataan


yang berikut.

Perkataan
Banyak
Keluar
Selepas
Lapang
Harum
Panjang
Besar
Panas
Hidup
Kaya
Muda

Kata lawan

Anda mungkin juga menyukai