Anda di halaman 1dari 43

BAHAGIAN

B
LAWATAN BECHMARKING

INSTITUT
PENDIDIKAN
GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU

TARIKH
17.9. 2014 (SABTU)
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN HI-TECH
ANJURAN
PPG AMBILAN JUN 2011
SEM 7G/ BTM

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Rasional
3.0 Matlamat
4.0 Objektif
5.0 Tentatif Pelaksanaan
6.0 Peserta Kursus
7.0 Struktur Organisasi
8.0

Pengangkutan

9.0. Jadual Program


10.0 Penutup
11.0 Lampiran :
I. Senarai Nama Peserta
II. Jadual Program

1.0

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk

memenuhi syarat Program Pensiswazan Guru (PPG) . Program ini diletakkan di bawah

komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru
merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru
pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga
senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang
dijunjung dalam Rukun Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan
tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat
membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh
kepada masyarakat.
Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya
sekolah.

Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan

yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain
daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian
terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah
tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil
pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.
Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang
lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru
adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di
samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif,
penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar

ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya
dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0

RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang

berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi
kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada
penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam
bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang
menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan
prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada
perkara yang lebih penting.
Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang gerak
kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran
awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen
di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam
pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam
membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni
membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina
realiti wawasan negara.

3.0

MATLAMAT
Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran

tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan


bagi mendedahkan

guru. Dengan lawatan benchmarking ini guru-ruru dapat

mengetahui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur


sekolah serta infrastruktur kurikulum di sekolah. Para guru diharap dapat membina
pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep
kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.

4.0

OBJEKTIF

Sasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:


4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.
4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.
4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di
sekolah.
4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.
4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:


Tarikh

: 17 September 2014 (Sabtu)

Masa

: 8:00 pagi hingga 3:00 petang

Tempat

: Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech,09000 Kulim ,Kedah

Telefon

: 074341289

6.0

PESERTA

Seramai 8 orang guru dari kelas BTM IPGM Sultan Abdul Halim, PPG Semester
7 Ambilan JUN 2014 menyertai Lawatan Penanda Aras ini.
*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta.

7.0

STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi
Naib Pengerusi

: Komaladevi A/P Kaliapen


: Sarala A/P Subramaniam

Setiausaha

: Puvanesvary A/P Ramalingam

Ahli Jawatankuasa

8.0

: Rajaletchumy A/P Murugayiah


Rajeswari A/P Nagan

JADUAL PROGRAM
Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan

aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di
dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

9.0

PENGANGKUTAN
Menggunakan pengangkutan masing-masing

10.0 PENUTUP
Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak
yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan
sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan
mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan
pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru,
membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah
dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan Oleh:

Disahkan oleh,

...........................................

_____________________

(KOMALADEVI A/P KALIAPEN)


PENGERUSI
Program BIG
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,

SENARAI NAMA PESERTA


KURSUS

BIL
1

: PPG SEM 7G BTM AMBILAN JUN 2014

NAMA PELAJAR
KOMALA DEVI A/P KALIAPEN

NO. KAD PENGENALAN


800818-08-6310

SARALA A/P SUBRAMANIAM


2

810523-02-5966

PUVANESVARY A/P RAMALINGAM


3

810515-02-5990

RAJESWARI A/P NAGAN


4

790618-05-5556

801203-10-5284
5.

6.

7.

8.

RAJALETCHUMY A/P MURUGAYIAH

LOGESVARI A/P MOORTHY

791229-02-5956

KAMALAH A/P KRISHNAN

771026-07-5656

SAGILESWARI A/P PERIANA

801222-02-5474

LAMPIRAN II
JADUAL PROGRAM

Masa
8.00 pagi

Perkara
- Berkumpul di tapak sekolah
- Mendengar taklimat ringkas daripada Pengerusi

8.30 pagi

Sesi 1
- Berjumpa Dengan Guru Besar serta Pentadbiran Sekolah

10.00 pagi

- Minum pagi
- Lawatan ke Bilik bilik Khas Mata Pelajaran

11.00 pagi

Sesi 3
- Sesi soal jawab bersama pk pentadbiran

1.00 petang

- Makan tengahari

2.00 petang

- Majlis perasmian penutup


- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah
- Refleksi Kendiri

3.00 petang

- Bertolak pulang ke rumah masing-masing

SK TAMAN HI-TECH
KULIM
I LAH

P E L A N G G A N S E K O L A H arga Pendidik

PIAGAM

Sekolah Kebangsaan

Taman Hi-Tech Akan Sentiasa

1. Komited , dedikasi
serta mencurah bakti
pelajar untuk
yang Berkualiti dan
nusa dan bangsa.

yang tinggi
kepada pelajarmenjadi insan
Berguna untuk

2. Peramah , Prihatin
Perkhidmatan

dan Memberi
Cekap.

3. Menanam budaya ,
Sekolahku.

Sekola ini

Suasana
SK Taman HI-Tech

FRIDAY, 17 FEBRUARY 2012

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada sesi persekolahan


2003. Terletak di kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang dahulunya merupakan
sebuah ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan behadapan
dengan Kulim Golf Kelab. Peringkat permulaanya pentadbiran diketuai oleh Encik Mohd
Zailan bin Ariffin sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Rapheal bin
Zakarudin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Mohamad Radzi bin Ibrahim
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Fadzil bin Darus sebagai
Penolong Kanan Kokurikulum.
Pada tahun 2006 , pentadbiran SKTHT berlaku perubahan apabila Encik Rapheal bin
Zakarudin telah bertukar dan kekosongan itu ditugaskan kepada Encik Mohamad Radzi
bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula disandang oleh Puan Suzzana binti

Md Saad. Mulai sesi persekolahan tahun 2008 berlaku lagi pertukaran pentadbir. Encik
Ramly bin Othman seorang pentadbir yang berwawasan dan berfikiran jauh telah
menggantikan Encik Mohd Zailan bin Ariffin yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sri
Kulim sebagai Guru Besar cemerlang DGA 38. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai
oleh SKTHT semenjak di bawah pentadbiran Encik Mohd Zailan bin Ariffin dan
diteruskan oleh Encik Ramly bin Othman. Kini SK Taman Hi-Tech mempunyai 1052
orang pelajar, bilangan guru seramai 65 orang dan kakitangan bukan akademik seramai
9 orang. SK Taman Hi-Tech akan terus melakar kejayaan seiring dengan moto sekolah
iaitu Iltizam, Bestari dan Kualiti.

M ISI SEKOL AH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
M O T O D AN F AL S AF AH
ILTIZAM
BESTARI
KUALITI

M ATL AM AT
* Menerima semua murid tanpa mengira kaum untuk menimba ilmu berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
* Memberi didikan berpandukan sukatan pelajaran.
* Sentiasa memupuk sikap prihatan , beriltizam, berdidiplin di minda murid.

* Sentiasa merangsang kualiti dalam pencapaian sahsiah, akademik dan


kokurikulum.

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech mula beroperasi pada 01.01.2003 dengan


azam yang tinggi pada awalnya untuk melaksanakan visi dan misi sekolah iaitu menjadi
antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Kedah menjelang tahun 2010. Terletak di
kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech telah membantu sekolah mengalami perubahan
yang mebanggakan sehingga kini.
Matlamat sekolah adalah menerima murid tanpa mengira kaum untuk menimba
ilmu berlandaskan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Seterusnya

meneruskan

kecemerlangan dalam ko-kurikulum selaras dengan hasrat dan pekeliling Kementerian


Pelajaran yang mewajibkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijalankan dua jam
seminggu. Adalah menjadi hasrat sekolah agar dapat mewujudkan satu watak khas
bagi sekolah ini agar dikenali dan digeruni dalam bidang akademik dan koakademik.
Barisan pentadbir dan guru-guru berpengalaman akan menjadi pemangkin kepada
aspirasi yang dicanang agar impian menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi berjaya dicapa

i.

PIHAK PENTADBIRAN
PN HAJAH WAN SOIRAYA BT HJ WAN YAHYA
(GURU BESAR)

P NORIDAH BT AHMAD (PK PENTADBIRAN)

EN. MOHD NAWAR BIN SAID


(PK HEM)

CIK KHATIJAH BT AHMAD


(PK KOKURIKULUM)

MAJLIS
PENGIKTIRAFAN

SIJIL
PENGIKTIRAFAN

SEKOLAH KLUSTER
Latar Belakang
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah

Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan


sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya
dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah
dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan
yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sekolah melonjakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan Malaysia

Definisi
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian
murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah

dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh
sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem


pendidikan
Malaysia
TUJUAN

PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah
kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;
Jawatankuasa Pemilihan Sekolah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
Panel Penasihat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul
Rahman

Arshad.

Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran


Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang
melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan
stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam
pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel
Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada
19-20

Mac

2007.

Panel

Penasihat

Sekolah

Kluster

pula

akan

membantu

menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster


dapat berjalan dengan jayanya.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :


Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan
Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah
Orang Asli.
Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah
Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam
persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan
Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).
Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta
Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat Pertama
- Pengukuhan Standard Sekolah
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan
Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturutturut:
- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah

- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah


- SM Harian : gps 4.0 dan ke bawah
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam
UPSR, atau
Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan
Kecemerlangan murid dalam aspek :
i) Akademik
ii) Kokurikulum
iii) Sahsiah
Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan
Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insane
Keberkesanan pelaksanaan program KPM
Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh
mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;
Langkah 1: Penerimaan pencalonan
Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex
Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional
Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah :


Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
Jawatan : school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula :
Memenuhi criteria Guru Cemerlang
Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah
Kluster
Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang
kokurikulum secara kontrak atau sambilan
Nisbah kelas : guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :
Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru
untuk bidang kebitaraan sekolah
Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah
Berpandukan
Key Performance Indicator (KPI)
i) pengurusan sumber manusia dan fizikal
ii) sumber kewangan
iii) pembangunan profesionalisme staf
iv) program kurikulum dan kurikulum berkesan
v) lulusan sekolah berkualiti : pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
Autonomi Sekolah :
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :
Umum (untuk semua sekolah)
Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah,
pengajiannya dan niche areas

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan


kepada :
Pematuhan piawai yang berikut:
i) Akta Pendidikan 1996
ii) Sistem Pendidikan Kebangsaan
iii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan
Surat-surat siaran
iv) SKPM
Senarai Bidang Autonomi
i) Pengurusan Sekolah
ii) Pengurusan Sumber Manusia
iii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
iv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
v) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Laporan Dan Refleksi BIG Lawatan


Penanda Aras Sekolah Cemerlang
Tarikh
Masa
Tempat

: 17 September 2014
: 10 pagi hingga 5.00 petang
: Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim.

Pada 17 September 2014, seramai 10 orang guru telah mengadakan Lawatan


Penanda Aras (Sekolah Kluster) ke Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim.

Kami disambut mesra oleh Guru Besar sekolah tersebut iaitu PN.HJH WAN
SORAIYA BT WAN YAHAYA. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada 1 April 2013 hingga
sekarang. Selepas itu, kami telah dibawa ke bilik mesyuart oleh beliau. Dalam bilik
mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain
memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba

tentang latar

belakang pendidikan dan sejarah keluarga Kami telah diberi penerangan yang jelas
tentang latar belakang sekolah beserta staff, pencapaian akademik , pencapaian kokurikulum , anugerah khas, corak kepimpinan dan sistem pengurusan sekolah.

Sekolah KebangsaanTaman Hi Tech, Kulim merupakan sebuah sekolah di pusat


Bandar Kulim. Sekolah ini agak baru dan dibuka untuk sesi persekolahan yang
pertama dalam 1Januari 2003. Pada masa dahulunya merupakan sebuah
ladang kelapa sawit. Sekolah ini dikelilingi taman perumahan dan berhadapan dengan
Kelab Golf Kulimdengan keluasan 30 ekar.

Sekolah ini telah beberapa kali dicalonkan untuk sekolah kluster, dan akhirnya
Berjaya dipilih sebagai sekolah kluster pada 26 Jun 2014. Selain pencapaian akademik
yang cemerlang, sekolah juga tidak ketinggalan dalam bidang ko-kurikulum. Banyak
kejohanan peringkat negeri yang telah dimenangi oleh murid sekolah ini. Sekolah telah
menunjukkan kelebihan dalam sukan gimnastik di mana peserta sekolah telah

menunjukkan pencapaian yang begitu membanggakan sehingga ke peringkat


kebangsaan.
. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah ini, antara sebabnya
ialah corak kepimpinan yang cukup matang yang telah ditunjukkan oleh barisan
pemimpin dan dibantu oleh semua staff sekolah yang dapat bekerjasama dan rela
berkorban demi kepentingan dan kejayaan sekolah. Sifat saling menolong dan
berganding bahu dalam usaha melaksanakan sesuatu kerja atau program telah jelas
wujud dann jalinan yang mesra merupakan faktor utama yang menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah ini. Ini dibantu dengan sistem pengurusan sekolah yang
bersistematik ,terancang dan berkesan.
Selepas taklimat yang jelas oleh Guru Besar, Kami tidak melepaskan peluang
melawat ke gedung ilmu iaitu bilik perpustakaan yang sering dikunjungi oleh muridmurid yang dahagakan ilmu. Buku cerita, buku rujukan, majalah dan sebagainya
disusun dengan begitu rapi dan berkeadaan kemas . Bilik perpustakaan dikendalikan
dengan begitu sempurna, sekali pandang, ia nampaknya bersih, kemas, teratur dan
lengkap dengan sumber-sumber yang penting di mana penyaluran ilmu sentiasa
berlaku untuk mendidik anak murid yang gemar membaca.

Kami juga tidak

berkelepasan untuk melawat ke bilik Sains. Bilik Sains dilengkapi dengan pelbagai alat
bantuan mengajar yang disusun rapi samada di dalam almari atau di atas meja. Alatan
yang disediakan ini memainkan peranan yang penting semasa pengajaran guru supaya
meninggikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bilik komputer merupakan
tempat seterusnya yang dilawati oleh rombongan kami. Bilik komputer disediakan

dengan banyak komputer yang dapat menampung keperluan murid semasa P & P
belangsung.
Daripada lawatan ini, kami dapat mengerti pentingnya semangat bekerjasama
(team work) , keinginan yang tinggi dan sedia berkorban untuk menjayakan sesuatu
kerja atau projek. Semoga apa yang dipelajari daripada lawatan ini dapat dimanfaat
oleh semua guru apabila balik ke sekolah masing-masing demi kebaikan anak murid
dan seterusnya menjayakan matlamat pendidikan kebangsaan.

Akhirnya, kami pulang dengan menjambat ilmu baru tentang cara meningkatkan
Prestasi

dan

Pencapaian

Sekolah

masing-masing

untuk

menuju

Kearah

Kecemerlangan dalam semua bidang. Kami juga rasa gembira dengan menerima
cenderahati daripada Guru Besar sekoah tersebut.

Disediakan Oleh:
...........................................
(PUVANESVARY A/P RAMALINGAM)
SETIAUSAHA I
LAWATAN BECH MARKING
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,

Disahkan oleh,
_____________________

GALERI GAMBAR

Guru guru menunggu di pejabat untuk berjumpa dengan Guru


Besar

Pihak sekolah menyediakan slide show untuk memberi


taklimat

Guru guru bersiap


sedia untuk
mendengar taklimat
dari pihak sekolah.

Guru guru mendengar


penerangan pihak sekolah.

Guru Besar SK High Tech Kulim

Guru besar bersedia untuk memberi taklimat

Sesi bersoal jawab dengan Guru Besar

Kenangan bersama Guru Besar

Guru guru IPGKSAH memberi cenderahati kepada Guru Besar

Lawatan ke bilik guru SK HighTech Kulim

Lawatan ke Pusat
Sumber sekolah

Pejabat sekolah

Lawatan ke bilik bilik khas

Anda mungkin juga menyukai