Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari
sebuah fosil homo erectus, Manusia Yuanmou,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM,
Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah
wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
Teori
migrasi
Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen,
Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang
mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba
sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang
tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakatmasyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari
keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak
mempersetujui teori ini.
Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
*
Persamaan
adat
resam
Melayu
dan
Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja
berasal dari sumber Sungai Mekong.