Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Nama
Nombor Index
WMA 0002/P/022012/B1035
790731-01-5708
Kumpulan
4.3
Opsyen
TESL
Nama Pensyarah
7 SEPTEMBER 2013
Di peringkat sekolah, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah menganjurkan
kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah
Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, Kejohanan Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun
secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.
Berbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanya-tanya bila negara
kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang
penyertaan kita. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu
ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu kita
mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara
kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong
pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu. Sepanjang
penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat gangsa yang
mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yang pertama kali
memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain, kita masih
belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan
persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita, dan
mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan
Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta
dunia. Di samping itu Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah
dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung sukan ini berjaya meyelesaikan sebarang
pertikaian antarabangsa. Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk
mengembang dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga
ialah menerusi persatuan. Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan
mengikut peringkat tertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini
ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.
Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara
masing-masing. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini.
Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga
diperingkat antarabangsa hendaklah terdapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF ataupun
dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini juga bertanggungjawab dalam
menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul dikalangan Negaranegara
atau
persatuan-persatuan
gabungannya.
Umpamanya,
dalam
menganjurkan
perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan
sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan dalam Majlis Olimpik Antarabangsa
(IOC) dan IAAF. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan
mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga
untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang
dicipta oleh setiap peserta, tidak kira dimana asalkan mendapat kelulusan IAAF, dicatat dan
dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasannya, IAAF sememangnya
berperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga diperingkat dunia
dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak
zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan
penduduk Greek Kuno. Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan
pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui
dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini
sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan
oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang
lampau lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan
terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini,
dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun
776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu
acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata
lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat
asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan
yang
dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui
persembahan peserta-peserta Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang
bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai
acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula
pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM.
Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius,
tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu
berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti
sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar.
Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk
diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik
Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang
sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan ituyang mengambil
bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat
perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The
Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek
Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang
dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM
berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik
tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan
alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan
sesuatu.
Mereka
Bagaimanapun,
tidak
mereka
lagi
tetap
dapat
berkumpul
meneruskan
dan
aktiviti
bertanding
berlari,
seperti
melompat
sebelumnya.
dan
melontar.
Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk
diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik
Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang
sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu Hal ini berlanjutan
sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus mengadakan
pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.
PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN
Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang
sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain, yang mula
menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England
umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi
temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai
yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu
mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama
mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu,
muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England.
Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain
selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga,
begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti
sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan
serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah.
Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan
olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang
menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini.
Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan
olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari
dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa
tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di
England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan
sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk
terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan
olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang
ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.
Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha
pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut Berjaya
mengadakan
kejohanan
olahraga
pertama
yang
berbentuk
pertandingan
peringkat
negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika
Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan
olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah
muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini
yang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belum
mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada.
Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan
dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak
kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik
semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga
masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuanpersatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang
diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan
yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masingmasing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun
1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan
peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan
dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri. Jika
ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah dapat
memberi jawapannya. Dengan penglibatan lebih daripada 10 000 orang peserta merangkumi
seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas, sememangnya
Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah sejak pertama
kali diadakan hingga kini, Sukan Olompik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh
masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah
keunikan sukan ini. Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun
seperti yang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari
segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896
di Greek, ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib
dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai
acara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya.
Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak semeriah yang
dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali, dan diadakan di pelbagai
negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.
Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi acara
utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona Sepanyol, dengan
penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan
pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius, Altius, Fortius (Swifter, Higher,
Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan kata
ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu :
Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini
seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara kecil untuk turut serta dan telah
mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka.
ACARA BALAPAN
BALAPAN 400m
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100 m, 200 m dan 400 m) yang memerlukan tenaga
tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas yang mungkin. Acara 400 meter
juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlit mencapai
puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek. Dua
faktor asas mempengaruhi kepantasan seseorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan
langkah. Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu
200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar
untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk
jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan
masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama
dan 25 saat untuk 200 meter kedua. Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba
mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selekoh pertama dengan baik, larian yang
selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir,
diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan
penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun
dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton.
Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara
pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak
mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama
sepanjang jarak itu. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi,
kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor
jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa
bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah
boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan
sendi pinggang
BERLARI DALAM ACARA 400 METER
1) Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlit dalam
jarak yang lebih pendek.
2) Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya bertambah secar
beransur-ansur.
3) Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha untuk
mendapatkan suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter yang awal.
4) Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai dalam
bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200 meter).
5) Atlit kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.
6) Atlit hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha
mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.
Permulaan yang baik dapat membantu pelari melakukan pecutan dalam lariannya. Fasa permulaan
mempunyai dua peringkat, iaitu peringkat ke garisandan peringkat sedia.Teknik melakukan fasa permulaan
ke garisan
garisan
Fokuskan mata ke hadapan
Kawal pernafasan
Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan Sedia
Punggung tinggi daripada aras kepala
Kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang
Bahu melepasi garisan
Lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah
Lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah
Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1 meter
Dapat melakukan teknik sedia dengan betul dan tepat
Fasa berlepas
Fasa ini adalah suatu tindakan eksplosif, iaitu sebaik sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan
pistol.Teknik fasa berlepas
Fasa Permulaan
Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza. Walaupun
terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat 3 cara :
a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start) b) Gaya sederhana(Medium Start) c)Gaya
Panjang(Elongated Start)
1985)
Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :
1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak
dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
Nilai dicari
Cara mengira
Panjang kaki
Penempatan blok
Keputusan
hadapan
Jarak antara blok
garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangent kepada garis dalam.
Teknik larian di selekoh
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk
dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di
juga
turut
bertambah
dalam
fasa
ini.
memastikan
larian
laju
atlit
selekoh
berlari,
adalah
semakin
kuat
berkesan
kuasa
atau
untuk
menonjolkan bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.9
mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.
ANSUR MAJU
PERATURAN
Peraturan 121 Penjaga Masa
Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.
Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa
tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga
masa. . ' .
Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penainat. Jika boleh mereka
ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku
bertingkat (tangga kambing). Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga
Masa menentukan masa untuk setiap peserta.
Peraturan 160
Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih
panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.
Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.
Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:
a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah masa
rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.
b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa rasmi.
Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak
boleh dikira.
Contoh:
Jam 1 Jam 2 Jam 3
11.6 11.5 11.2
( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)
Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.
c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang
diterima sebagai masa rasmi.
LARI BERPAGAR
Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukannya satu acara
lompatan. Alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel boleh digunakan untuk mempelajari
kemahiran asas lari berpagar.
Permulaan
Lonjakan
Mendarat
Penamat
Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah
sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk
mendapatkan tujuh langkah sahaja.
Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.
Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada kaki yang
melangkah pagar.
Ketinggian atlet
Kelajuan larian
Jarak lonjakan ke pagar adalah mengikut keupayaan atlet. Lonjakan pagar juga bergantung
kepada kecondongan badan yang sesuai melepasi pagar dengan meminimumkan pergerakan
di udara. Kecondongan badan ke hadapan (dip) membantu keselesaan di udara dan dapat
menimbangi daya tarikan graviti.
Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari
dengan kaki hadapan dengan pantas.
Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari
dengan kaki belakang dengan pantas.
Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi
pagar.
Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang.
2.0 PERATURAN
Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta
melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar
2.
Lonjakan
Melepasi pagar
Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki
itu.
Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi
pagar
Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah
mencecah tanah (mendarat)
4.
Pulihan
Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.
6.
Mengakhiri larian
Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari
pecut jarak dekat
ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR
Latihan 1
-Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.
Melangkah batang rotan.
Latihan 2
-Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.
Melangkah batang rotan yang ditinggikan.
- Menendang ke hadapan
a) Tendangan karate
b) Tendang tembuk
Latihan 10
- Melangkah pagar
Guna pagar halangan rendah dengan jarak 1-1.5 meter antara halangan. Kaki dihadapan
dibengkokkan dan diangkat melepasi halangan dan dijatuhkan serta merta bila tumit melepasi
halangan. Bila kaki melangkah itu mencecah tanah, kaki belakang dibawa dengan cepat
melepasi halangan.
Latihan 11
-Latihan kaki belakang secara berasingan.
Halangan di letak antara 3 4 meter dengan ketinggian 20 cm. Latihan diadakan pada sebelah
kaki sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah bergerak ke hadapan dan kaki belakang
diangkat melepasi halangan. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang latihan dengan berlari.
Latihan 12
- Melangkah melepasi pagar menggunakan kaki melangkah secara berasingan.
Halangan seperti latihan 3. Latihan diadakan pada sebelah kanan halangan sahaja. Dengan
cara berjalan, kaki melangkah di gerak ke hadapan melepasi halangan. Ulang beberapa kali
dan kemudian ulang latihan dengan berlari.
Latihan 13
-Halangan rendah ( kurang dari 20 cm )
Pelari bergerak melepasi halangan rotan yang diletak d atas kon. Jarak antara halangan diubah
supaya pelari melangkah tiga kali sebelum melompat melepasi halangan dan kaki melepasi
halangan mestilah yang sama.
-Latihan 14
Halangan sederhana ( 30 40 cm )
Pelari bergerak melepasi halangan setinggi 30 40 cm. Jarak antara halangan diubah sehingga
6 meter.
Latihan 15
-Halangan pelbagai ketinggian
Ulang latihan 6 dengan ketinggian pagar 61 cm, 76 cm, 84 cm, 91.4 cm dan 1 meter atau pada
ketinggian yang sesuai.
Latihan 16
Lari berentak/ beritma
a) Gunakan lorong larian biasa. 3 zon, A, B, C ditandakan di atas lorong dengan batang
rotan/tali berjarak 1.5 meter. Jarak antara zon 6 hingga 7 meter.
b) Mulakan larian secara melonjak melepasi zon A. Gunakan kaki kanan untuk melonjak dan
kaki kiri sebagai kaki hadapan, iaitu kaki yang mendahului pergerakan melepasi pagar
sebaliknya sekiranya atlet menggunakan kaki kiri sebagai kaki lonjakan.
c) Setelah mendarat dengan kaki kiri, ambil 3 langkah, pendaratan kaki kanan sebagai langkah
pertama pada langkah ketiga, melonjak dengan kaki kanan untuk melepasi zon B, dan
seterusnya hingga melepasi zon C. patah balik dengan pelakuan aktiviti yang sama.
ii)
iii)
Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh
menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.
b)
Melepasi pagar
i)
Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan
mengarah ke hadapan.
ii)
iii)
iv)
v)
Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan
melangkah mencecah tanah (mendarat).
c)
ii)
Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.
d)
Mengakhiri larian
Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari
pecut jarak dekat.
Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.
b)
c)
Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar.
d)
e)
Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.
Kedua-dua acara kategori lari jarak sederhana ini disertai oleh lelaki dan perempuan senior
serta kedua-dua acara ini turut juga disertai oleh murid lelaki dan perempuan di peringkat
sekolah. Seperti acara-acara balapan yang lain, acara 800 meter dan 1500 m di
pertandingan sama ada di atas padang ataupun balapan berturap. Pelari 800 meter perlu
berlari dua pusingan balapan manakala acara 1500 meter pula ialah 3 3/4 pusingan balapan.
Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian pada kederasan yang maksimum yang
boleh di sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari sederhana (acara 800 meter dan
1500 meter) pelari harus bijak membahagikan corak larian.
Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta
akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan
selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera di luar
balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.
Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut
boleh dibatalkan.
Zon Menunggu
10.0
10.00 m
10.00 m
Garisan tengah zon pertukaran baton pertama 4 x 400 m ( atau zon pertukaran
baton kedua 4 x 200 m) sama dengan garisan permulaan 800 m.
Zon pertukaran baton kedua dan terakhir 4 x 400 m ialah garisan 10 m di keduadua belah garisan permulaan/ penamat
Bagi 4 X 400 m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari
100 m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong
pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama. Pelari ketiga dan
keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200 m.
Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.
dipertandingkan serentak dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek.
Acara-acara padang memerlukan peralatan dan kawasan tertentu.
lompat tinggi adalah dua acara yang sering dipertandingkan dalam acara lompatan.
Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa
yang tinggi.
Acara Lompatan
Lompat Jauh
Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya
gantung dan gaya tendang kayuh
Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut:
i.
tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana
bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari.
tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas
kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara
yang betul.
semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir
yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke garisan lonjakan
atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat serenjang (bersudut tepat)
dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.
LOMPAT TINGGI
Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya
pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury.
Fasa lonjakan
Fasa penerbangan/layangan
Fasa pendaratan
Palang :
Berat
Seri :
Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri, adalah pemenang.
Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang.
Untuk tempat pertama, peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah yang
tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang.
Kegagalan :
Palang jatuh
Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi
palang.
Tiang :
Sangga Palang :
Kawasan Mendarat
Tidak kurang 5 m x 3 m
( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK
kecil dari 6 m x 4 m x 0.7 m )
NOTA :
Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurang-kurangnya 10 sm.
LONTAR PELURU
Acara lontar peluru ini menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya
lontaran iaitu:
Gaya berdiri,
Fasa-Fasa Lontaran
Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut:
Pegangan peluru
Lungsuran (Glide)
Lontaran (Delevery)
Pulihan (Recovery)
Pegangan peluru
Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh
dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang
dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari
dan jari kelingking.
Lakuan sedia
Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagian
belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak rapat ke leher
dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar.
Lungsuran
Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri.
Bagi gaya lungsur selangkah, bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki
kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan.
Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki
kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke
belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.
Lontaran
Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan
menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan
kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan
jauh dari badan.
Pulihan
Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan
pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk
membantu imbangan badan.