Anda di halaman 1dari 24

REVOLUSI PERTANIAN

DAN
REVOLUSI
PERINDUSTRIAN

Revolusi merupakan suatu perubahan besar


yang
berlaku
secara
mendadak
dan
menyeluruh.
Sesuatu revolusi yang berlaku boleh memakan
masa yang agak lama dan berterusan contohnya
Revolusi Perindustrian.
Britain merupakan negara pertama yang
mengalami Revolusi Perindustrian.
Revolusi Pertanian dianggap sebagai satu
revolusi yang telah menyediakan asas bagi
Revolusi Perindustrian.

Perkembangan Bidang Pertanian


Sebelum Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan
dikendalikan secara kecil-kecilan.
Pengeluaran secara besar-besaran semasa Revolusi
Pertanian dapat dilakukan kerana beberapa faktor, iaitu :
1. Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.
2. Penggunaan kaedah atau teknik saintifik (merangkumi
penanaman yang lebih efisien, penggunaan peralatan baru,
penggunaan baja).
3. Kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas
dan berkesan.

Pemilikan Tanah Persendirian


Sebelum Revolusi Pertanian, terdapat 2
sistem pemilikan tanah, iaitu:
1. Sistem pemilikan tanah persendirian (milik
gol. kaya)
2. Sistem pemilikan tanah awam (milik orang
perseorangan tapi rakyat biasa di Britain
diizinkan ikut adat kebiasaan menggunakan
tanah awam ini untuk bercucuk tanam secara
kecil-kecilan, memelihara ternakan, memburu
binatang atau memancing)

Britain menghadapi pertambahan penduduk,


jadi hasil pertanian mesti ditingkatkan.
Oleh itu, tuan-tuan tanah yang dahulunya
membiarkan sahaja tanah mereka digunakan
oleh rakyat biasa, kini mahu memanfaatkan
tanah awam tersebut untuk tujuan pengeluaran
pertanian secara besar-besaran. Tambahan pula
harga gandum yang meningkat pada abad ke18.
Terdapat usaha pihak tuan tanah untuk
memagari tanah awam tersebut.

Tuan-tuan tanah mendapatkan kelulusan daripada


Parlimen bagi menguatkuasakan proses pemagaran
tanah.
1761-1792 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui
Akta Pemagaran Tanah
Implikasi :
1. Tersedia kawasan yang lebih luas utk penanaman secara
besar-besaran (ladang)
2. Rakyat biasa kehilangan punca rezeki
. Petani kecil jadi buruh ladang dan seterusnya berhijrah ke
bandar dan jadi buruh kilang bila berlaku Revolusi
Perindustrian.

Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian


Kaedah dan ciptaan peralatan membolehkan
penanaman dilakukan secara lebih efisien dan produk
dihasilkan dengan lebih lumayan.
Kaedah penanaman secara bergilir sesuatu bidang
tanah boleh digunakan secara berterusan sepanjang
tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza
mengikut musim. Tanaman yang berbeza memerlukan
nutrien tanah yang berbeza, maka semua tanaman
dapat tumbuh dengan subur. Dengan itu, tiada tanah
yang perlu ditinggalkan kosong. Selain itu, tanaman
baru turut diperkenalkan seperti turnip dan kentang.

Terdapat alatan yang dicipta oleh Jethro Tull


untuk kegunaan menggali dan menugal yang
membolehkan banyak lubang digali secara
serentak. Jadi proses penugalan dan
penanaman biji benih dapat dilakukan dengan
lebih pantas.

Pertanian Komersial
Baja asli mula digunakan secara meluas dan
menjadikan tanaman lebih subur dan hasil
pertanian bertambah.
Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian
ini membawa kepada lebihan produk.
Maksudnya, setelah para peladang
menggunakan produk yang dihasilkan untuk
keperluan harian, masih terdapat baki dan
diperdagangkan.

Perkembangan Bidang Perindustrian


Peladang yang jadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah
melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian.
Perubahan sikap sanggup ambil risiko untuk melaburkan modal
mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan.
Revolusi Pertanian menyediakan bahan makanan untuk menampung
permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat.
Jadi Britain tidak perlua bergantung pada pengimportan makanan
dari luar.
Terdapat faktor lain dalam percetusan dan perkembangan Revolusi
Perindustrian iaitu rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta
semangat dan kegiatan keusahawanan.
James Watt dan Boulton menunjukkan daya kreativiti, semangat
inovatif

Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan.


Sebelum Revolusi Perindustrian, produk/barangan telah
dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan
tenaga manusia.
ApabilaApabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau
mesin, pengeluaran barangan dapat dihasilkan secara
besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu
sendiri.
Lebihan hasil akan diperdagangkan/dikomersialkan.
Revolusi perindustrian merangkumi perubahan dalam
teknik pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah
besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang
dihasilkan.

Pengkhususan Pengeluaran
Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang
tinggi, jadi untuk mengawal kos, para pemodal tidak dapat
melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak
bidang.
Ini telah mendorong mereka untuk menjurus/ mengkhusus
dalam satu bidang sahaja, mislnya bidang tekstil.
Pekerja menjadi kian mahir dalam bidang yang dipilih dan
dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi
masing-masing.
Oleh itu, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan.
Jadi, produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas
bukan hanya di dalam negeri tapi juga di luar negara.

Penggunaan Teknologi
Tenaga manusia, binatang dan air digunakan dalam aktiviti
pengeluaran sebelum teknologi baru diperkenalkan.
Contohnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk
memacu bot, tenaga manusi digunakan untuk mendayungnya.
Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak.
Apabila enjin berkuasa wap diperkenalkan, masalah keletihan
dapat diatasi. Apabila menggunakan mesin, barangan dapat
dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.
Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah.
Apabila harga barangan menjadi murah, barangan tersebut
mudah dipasarkan kepada masyarakat umum termasuklah
golongan masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang
tinggi.

Apabila sesuatu barangan dapat menembusi pasaran


antarabangsa, para usahawan mendapat keuntungan yang
lumayan. Jadi usahawan bukan sahaja dapat menampung
segala kos pelaburannya, malah boleh menggunakan
sebahagian daripada keuntungan itu untuk meningkatkan
lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka.
Pelbagai mesin dihasilkan melalui kajian dan kreativiti
para ahli teknologi dan sintis. Salah satu sumber tenaga
awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap ini telah
dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu.
Britain mempunyai bekalan arang batu yang banyak.
Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem
pengangkutan (kereta api dan kapal laut(.

Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian


Pertanian Sebagai Punca Ekonomi
Penanaman bijirin (gandum, rye, jagung)
Lebihan pertanian dieksport dan para peladang besar menjadi
pedagang antarabangsa)
Revolusi Pertanian menyediakan makanan yang cukup dan
tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian.
Bila berlakunya Revolusi Perindustrian, kegiatan pembuatan
dan pengilangan telah menggantikan kegiatan pertanian
sebagai bidang utama ekonomi negara. Semakin ramai rakyat
Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding
buruh pertanian.
Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam
masyarakat telah digantikan oleh para pengusaha dan pemilik
kilang.

Peningkatan Perdagangan Antarabangsa


Lebihan hasil revolusi pertanian dan
perindustrian tidak semuanya dapat dipasarkan
dalam negara. Oleh itu, produk tersebut
terpaksa dipasarakan pada peringkata
antarabangsa. Jadi keuntungan dapat
dimaksimumkan. Britain mengendalikan
aktiviti perdagangan antarabangsa dengan
mudah kerana merupakan negara penjajah
yang utama serta kuasa maritim yang ulung
pada abad ke-18 dan 19.

Kemajuan Bidang Pengangkutan


Pada peringkata awal, bergantung pada kereta kuda dan
baj.
Perubahan besar berlaku dengan rekaan dan penggunaan
kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak
tersebut boleh dipacu dengan lebih laju enjin itu boleh
menarik lebih banyak gerabah bagi mengangkut
barangan dan juga pekerja kilang.
Pada mulanya, rel kereta api dibuat daripada kayu besi
keluli.
Pengangkutan laut direvolusikan oleh kemunculan dan
penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera
berkuasa wap.

Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan


Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar/ komersial
dalam bidang pertanian dan perindustrian, golongan rakyat
yang bekerja sendiri berkurang. Sebaliknya muncul
golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk
tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesinmesin.
Pada peringkat awal revolusi pertanian dan perindustria,
golongan buruh tidak mendapat layanan yang sewajarnya.
Mereka juga susah untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku.
Terdapat para pekerja mahir memprotes dan memusnahkan
mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan
stokin dan renda. (Pergerakan Luddite)

Akta Antipenggabungan melarang pekerja daripada


bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang
tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang
lebih baik daripada majikan. Hukuman berat dikenakan
sekiranya melanggar peraturan tersebut.
Menyulitkan pekerja kerana tidak semua majikan
bertimbang rasa.
Contohnya, kanak-kanak 10 tahun dieksploit di kilang
tekstil dan lombong arang batu. Mereka bekerja
melebihi 10jam sehari.
1824, Akta Antipenggabungan dimansuhkan dan
Kesatuan Sekerja ditubuhkan. Majikan tidak lagi
bertindak sesuka hati untukmemburu keuntungan.

Latihan
Sebelum berlaku Revolusi Perindustrian telah terdapat
Revolusi Pertanian. Revolusi Pertanian dianggap
sebagai satu revolusi yang telah menyediakan asas
bagi Revolusi Perindustrian.
a) Huraikan sebab-sebab utama Revolusi
Perindustrian berlaku di Britain.
(6 markah)
b) Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan
Malaysia dapat menggalakkan generasi muda
melibatkan diri dalam bidang pertanian?
(6 markah)

IMPERIALISME BARAT DI ASIA


Penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap
negera lain yang lemah bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi.
Berlaku sejak zaman Rom.
Abad ke 15 dan 16, Sepanyol dan Portugal telah menakluk
daerah di Asia dan Amerika Latin.
Semasa Revolusi Perindustrian, negara seperti Britain,
Belanda dan negara Eropah lain mempunyai matlamat untuk
mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok
dengan keperluan industri mereka. Mereka mahu
mendapatkan bahan mentah yang sesuai dalam kuantiti yang
banyak secara berterusan dari tanah jajahan.
Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian yang bermula
pada 1870 diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.

Faktor-faktor yang Mendorong


Kedatangan Kuasa-kuasa Barat ke Asia.
1. Mendapatkan bahan mentah.
2. Mendapatkan Pasaran Bagi Hasil Pengeluaran Industri
Revolusi pengangkutan yang berlaku dengan kewujudan
sistem jalan kereta api dan ciptaan kapal wap telah
memudahkan hubungan dan mempercepat perjalanan.
Negara Eropah mempunyai teknologi yang jauh
melebihi negara di Asia dan Afrika ini telah berlumba
antara satu sama lain untuk mendapatkan daerah
masing-masing di Asia dan Afrika.
Menjelang tahun 1830, Britain mendapat saingan
daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat yang
telah melindungi industri mereka

3. Menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke


seberang laut
4. Wujud semangat perlumbaan di kalangan negara Barat
untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam
kegiatan menakluk kawasan/daerah di luar Eropah.
5. Menurut sesetengah apandangan, kuasa Barat seolah-olah
menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu
simbol/status yang menandakan bahawa mereka sudah
menjadi sebuah kuasa yang kuat.
6. The White Mans Burden (Inggeris)
7. Mission Civilisatrice (Perancis)
8. Tugas menyebarkan budaya (Jerman)
9. The Blessings Of The Anglo-Saxon Protection (Amerika)

KESAN-KESAN
IMPERIALISME
Sistem pemerintahan dan pentadbiranpemerintah tempatan terpaksa menerima para
penasihat dan pentadbir dari barat.
Perundangan diubahsuai agar menyerupai
sistem barat
Persaingan kuasa-kuasa barat (British di Tanah
Melayu, Belanda di Indonesia, Perancis di
Indochina, Amerika di Filipina)
Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di
kawasan bandar untuk memberikan pendidikan
asas dan melatih golongan pentadbir rendah
bagi keperluan pentadbiran British
Kemasukan imigran import buruh dari negara
lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan