Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG


34140 RANTAU PANJANG,
PERAK
KERTAS KERJA PROGRAM TERAPI BERKUDA
DI TAIPING EQUINE PARK
28 FEBRUARI 2013
1.0

PENGENALAN
Program terapi merupakan kesinambungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
semulajadi dengan alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti terapi khas yang
dijalankan ke atas murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).

2.0

RASIONAL
Memberi peluang kepada murid-murid pendidikan khas untuk menjalani Program Terapi Berkuda
yang tidak dapat dijalankan di sekolah. Di samping itu murid-murid PPKI dapat berinteraksi sosial
dalam suasana lebih santai bersama guru-guru dan rakan-rakan.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Memberi keyakinan diri kepada murid PPKI semasa menjalani aktiviti berkuda

3.2

Memberi peluang kepada murid merasai kegembiraan belajar secara tidak formal melalui
aktiviti luar bilik darjah.

3.3

Memberi peluang kepada murid menambah ilmu pengetahuan melalui pemerhatian dan
kajian lapangan.

3.4

Mengeratkan silaturrahim dan semangat persaudaraan antara guru, staf, murid dan
ibubapa yang terlibat dengan program lawatan tersebut.

4.0

TARIKH

28 Februari 2013

5.0

TEMPAT

Taiping Equine Park

6.0

ATURCARA LAWATAN:

MASA

PERJALANAN

KHAMIS
28/02/2013
7.15 pagi

Berkumpul dan bertolak dari SK Rantau Panjang

8.15 pagi

Sarapan pagi di Taman Tasik Taiping

9.00 pagi

Terapi Berkuda Di Taiping Equine Park

12.00 tghri

Selesai aktiviti Terapi Berkuda

12.30 tghri

Bergerak ke Giant Taiping untuk makan tengahari

1.00 tghri

Makan tengahari / Solat Zuhur

2.00 ptg

Bergerak pulang ke sekolah

3.00 ptg

Dijangka tiba di SK Rantau Panjang

7.0

SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN:


Perkara

Bayaran
Aktiviti Terapi
Makanan dan
minuman
murid

Jum.
(RM)

Perbelanjaan
RM 15.00 x 15 orang

Pagi
Tengahari

RM 1.50 x 15 orang murid = RM22.50


RM 3.50 x 15 orang murid = RM52.50

RM 225.00

RM 75.00

JUMLAH PERBELANJAAN

8.0

Bayaran
Murid
Bimbingan
dan
Kaunseling

RM 300.00

Senarai nama, alamat, no. sijil lahir disertakan dalam lampiran.


Jumlah Keseluruhan

Sumber
Pendapata
n

: Guru dan Kakitangan Pengiring : 6 orang


Murid Lelaki dan Perempuan : 15 orang
Jumlah
: 21 orang

9.0

PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti ini dapat memberi manfaat sepertimana yang diharapkan dan dapat
dilaksanakan seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua guru dan murid.

Disediakan oleh:
......................................
(CIK NURUL SYUHADA BT. MUHAMMAD SAUFI)
Setiausaha Aktiviti & Lawatan,
PPKI SK Rantau Panjang,
34140 Rantau Panjang,
Perak Darul Ridzuan.

Disahkan oleh:
......................................
(HJH. NORHAIZAN BT MAHUSSIN)
Guru Besar,
SK Rantau Panjang,
34140 Rantau Panjang,
Perak Darul Ridzuan.