Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

TUGASAN FOLIO JAHITAN


KAUB - PKB3107
Disediakan oleh:

NAMA : NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN


NO. KP : 750506 01 7460
NO. MATRIKS : 28087
SEMESTER : 4
KUMPULAN/UNIT : PPG PJJ AMBILAN JUN 2011 / PENDIDIKAN KHAS
TUGASAN : KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) PKB3107
(PENGHASILAN FOLIO JAHITAN)

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan
berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek yang telah diamanahkan
kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 4 ini. Tugasan inI telah saya
terima pada 23 Februari 2013 iaitu pada sesi Interaksi yang kedua bagi Semester 4 ini.
Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh
setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Kemahiran
Asas Untuk Berdikari (KAUB) PKB3107. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan
bimbingan En. Kamarul Bahrin Bin Mohd. Radzi selaku pensyarah pembimbing kami
bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi
sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Semasa menerima arahan tugasan, saya telah

mendapat penerangan yang

terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan


tugasan yang berkualiti dan menepati elemen-elemen yang dinilai. Tugsan projek kali ini
mengkehendakkan kami menyediakan sebuah Folio Jahitan yang lengkap yang boleh
digunapakai oleh guru-guru dan murid-murid pendidikan khas bagi mempelajari
kemahiran jahitan. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan, panduan
dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain daripada itu,
saya juga merujuk pada rakan-rakan guru yang lain agar tugasan yang saya
laksanakan ini tidak tersasar dan menepati apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan.
Saya memulakan tugasan saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya
dapat menjalankan tugasan ini dengan lebih sistematik.
Sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang
berguna yang telah saya perolehi apabila saya membuat rujukan dari buku-buku, jurnaljurnal dan juga rujukan di internet. Saya dapat melihat tentang betapa pentingnya
seorang guru pendidikan khas merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai, menarik dan berkesan bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas
mengusai setiap kemahiran yang diajar. Sebagai guru pendidikan khas, saya
seharusnya

bijak

dalam

menentukan

aktiviti-aktiviti

yang

sesuai

mengikut

perkembangan dan tahap kemampuan murid pendidikan khas. Perkara penting yang
saya perolehi semasa menyediakan folio ini ialah tentang kepentingan Analisis Tugasan
terhadap murid-murid berkeperluan khas. Bagi setiap kemahiran yang hendak diajar di
dalam folio ini, saya perlu merangka, merancang dan menyediakan analisis tugasan
yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas. Setiap
langkah kemahiran perlu dikecilkan dan diringkaskan agar murid berkeperluan khas
dapat memahami setiap langkah yang akan diajar. Pengalaman ini amat bermakna bagi
saya kerana penyediaan analisisi tugasan ini memerlukan saya untuk mengkaji,
mencuba jaya dan memikirkan kesesuaian langkah-langkah yang saya rancangkan.
Untuk itu, saya telah memilih analisis tugasan dalam bentuk arahan bergambar bagi
memudahkan murid berkeperluan khas memahami setiap langkah kemahiran.
Bertepatan dengan letusan era teknologi maklumat saya telah memilih
melaksanakan

pengajaran

kemahiran

jahitan

berdasarkan

analisis

tugasan

menggunakan perisian Power Point. Pembelajaran berbantukan komputer merupakan


pendekatan dan bahan bantuan mengajar yang saya kira amat sesuai dan menarik
untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu diharapkan Analisis Tugasan yang saya
sediakan dalam bentuk persembahan Power Point ini akan dapat memberi manfaat
kepada guru dan murid berkeperluan khas dalam mempelajari kemahiran jahitan bagi
subjek Kemahiran Hidup Pendidikan Khas.
Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya sepanjang tempoh
saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang lebih
senior dan lebih berpengalaman dalam penyediaan folio jahitan ini dan juga dalam
merancang dan menyediakan analisis tugasan yang bersesuaian dan bertepatan
dengan kemahiran yang hendak diajar.. Selain daripada itu, rujukan daripada bukubuku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya. Alhamdulillah, dengan
segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat
saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini
juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan proses

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran jahitan yang seringkali


dipandang sebagai kemahiran yang agak sukar diajar kepada murid berkeperluan khas.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekangan
yang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Seperti
yang sedia maklum, di sekolah memang terlalu banyak urusan pentadbiran yang
terpaksa diselesaikan dengan segera. Saya terpaksa bijak menguruskan masa di
antara, tanggungjawab di sekolah, di rumah dan juga tanggungjawab saya sebagai
seorang pelajar yang perlu menyempurnakan segala tugasan yang diamanahkan.
Namun begitu, kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh suami, ibu dan rakan-rakan
sekuliah dan rakan-rakan setugas, telah banyak membantu saya untuk mengatasi
segala permasalahan dengan baik.
Semasa menjalankan tugasan ini, perkara yang amat terkesan kepada saya
ialah semasa proses pembinaan bahan bagi analisis tugasan dalam bentuk
persembahan power point dan juga semasa proses penghasilan bahan jahitan mudah.
Jujur dikatakan bahawa amat teruja semasa menghasilkan persembahan Power Point
bagi analisis tugasan dan juga produk jahitan ini kerana saya terpaksa sentiasa
berdamping dengan kamera untuk mengambil setiap gambar bagi setiap langkah aktiviti
yang dijalankan. Alhamdulillah, kemahiran dan ilmu yang saya perolehi dalam kuliah
Teknologi Pendidikan bagi semester ini telah dapat saya gunakan dan saya manfaatkan
sebaik mungkin dalam menyempurnakan tugasan Folio Jahitan saya ini.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua
individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan
ini dari mula hingga akhirnya terutamanya kepada En. Kamarul Bahrin B. Mohd. Radzi
selaku pensyarah pembimbing bagi semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan
memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Semoga Folio Jahitan
saya ini juga dapat memberi info dan manfaat kepada mana-mana individu yang
memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada semua.