Anda di halaman 1dari 94

RAHSIA SOLAT

Panduan Khusyuk Dalam Solat

Hasnan Kasan
www.rahsiasolat.com

Ra hsi aS ol at. com |2


Penafian
Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda
mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat
khusus untuk diri anda..
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan
lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko
kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat
menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara 2014 Hasnan Kasan.


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam
apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis atau penerbit.

Diterbitkan oleh Shuth Network Sdn. Bhd.

Ra hsi aS ol at. com |3

Isi Kandungan
Prakata

Bab 1 : Hukum Solat

Solat Di Sisi Fuqahak


Keistimewaan Solat
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat
Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat Selepas Mati
Kedudukan Solat Dalam Kehidupan
Enam Kunci Khusyuk Solat
Faktor-Faktor Penting Yang Membawa Kepada Khusyuk Dalam Solat

Bab 2 : Bacaan-Bacaan Dalam Solat

24

Doa Iftitah
Al-Fatihah
Tasbih Ketika Rukuk
Tahmid Ketika Iktidal
Tasbih Ketika Sujud
Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud
Doa Tasyahud/Tahiyyat
Doa Qunut
Amalan-Amalan Solat
Beberapa Adab Solat

25
32
52
54
55
56
59
66
71
78

Bab 3 : Kesan Solat Yang Ditunaikan Dengan Sempurna Zahir Dan Batin

5
7
8
10
13
19
22

82

Menghapus Segala Dosa


82
Mendidik Anggota Mempraktikkan Akhlak Mulia Dan Menghalang Daripada Melakukan
Perbuatan Keji Dan Mungkar
84
Beroleh Ketenangan Dan Kerehatan
87
Membangkitkan Semangat Melakukan Kerja Kebaikan Terutama Kewajipan
89
Berhati-Hati Dalam Tindak Tanduk Seharian Dan Merasai Muraqabatullah
90
Mendapat Petunjuk Allah Dalam Menentukan Hala Tuju Hidup Dalam Segala Aktiviti Yang
Dilakukan
91
Mengukuhkan Kesabaran Dan Keupayaan Menghadapi Cabaran
92
Memperkukuhkan Tali Persaudaraan Dan Perpaduan
92

Ra hsi aS ol at. com |4

PRAKATA
Ketika saya dijemput menyampaikan syarahan di beberapa tempat, saya telah ditanya oleh hadirin
yang hadir apa makna khusyuk dalam solat, bagaimana hendak khusyuk dalam solat dan apakah
faktor-faktor pembantu yang boleh memudahkan kita khusyuk dalam solat.
Setelah kerap kali saya ditanya dengan soalan yang sama, saya mula menekan benak fikiran saya
bagaimana cara saya hendak menjelaskan kepada rakan-rakan yang bertanya dan mengharapkan
cadangan daripada saya. Akhirnya saya menguatkan keazaman untuk mencoretkan sedikit catatan di
sini untuk berkongsi sama dengan orang lain tentang kemanisan dan kenikmatan bermunajat
memohon doa kepada Allah di dalam solat yang ditunaikan.
Segala yang saya coretkan di sini hanyalah pandangan saya bersandarkan beberapa pembacaan yang
amat terbatas mengenai solat yang sepatutnya dihayati oleh setiap orang yang menunaikannya.
Coretan ini bukanlah suatu kebenaran mutlak yang tidak boleh disangkal. Pandangan saya ini amat
lemah dan tidak selamat daripada kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan dalam tulisan ini maka
adalah menjadi kewajipan orang yang menyedarinya supaya menegur dan membetulkannya.
Semoga perkongsian pintar dan berguna ini dapat sama-sama kita gunakan dalam membina
kekuatan rohani di dalam diri kita bagi mengharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran. Selawat
dan salam ke atas Nabi Muhammad dan akhirnya segala puji saya panjatkan kepada Allah yang Maha
Luas ilmuNya.
Ustaz Hasnan Kasan

Ra hsi aS ol at. com |5

BAB 1 : HUKUM SOLAT


SOLAT DI SISI FUQAHAK
Solat menurut ahli bahasa arab bermakna doa atau permintaan daripada manusia kepada
Allah. Manakala solat menurut istilah fiqah pula ialah beberapa perbuatan dan perkataan yang
dimulakan dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam, ditunaikan dalam waktu yang
ditetapkan dan menurut cara yang telah ditetapkan oleh syarak.
Hukum mengerjakan solat ada dua kategori iaitu wajib dan sunat. Solat lima waktu iaitu subuh,
zuhur, asar, maghrib dan isyak adalah wajib ke atas orang yang telah cukup syarat wajib padanya.
Manakala solat-solat lain adalah sunat samada sunat biasa atau sunat muakkad yang sangat-sangat
dituntut supaya ditunaikan.
Kewajipan menunaikan solat lima waktu telah sabit dengan dalil daripada al-Quran, al-Sunnah dan
ijmak. Dalil al-Quran ialah firman Allah:

Maksudnya:
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu
menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu
berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman)
maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu
waktunya.
(al-Nisa: 103)

Ra hsi aS ol at. com |6

Firman Allah:

Maksudnya:
Dan dirikanlah solat (Wahai Muhammad, Engkau dan
umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang
berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama
solat) itu enghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi
peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud: 114)

Dalil wajib solat daripada hadis pula ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Islam terbina di atas lima perkara: mengucapkan syahadah bahawa tidak ada tuhan
melainkan Allah dan Muhammad sebagai rasul Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah bagi yang berupaya.

Manakala dalil ijmak pula ialah seluruh umat telah ijmak mengatakan bahawa solat lima
waktu adalah wajib ditunaikan mengikut susunan waktu yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak
ada seorang mujtahid yang menafikan hukum wajib menunaikan solat lima waktu.

Ra hsi aS ol at. com |7

KEISTIMEWAAN SOLAT
Solat berbeza dari rukun Islam yang lain dengan beberapa keistimewaan yang menegaskan lagi
kepentingan dan peranannya dalam kehidupan insan. Antara keistimewaan yang terpenting ialah:

Semua rukun Islam difardhukan di bumi. Manakala solat difardhukan di langit ketika
Nabi s.a.w mikraj bertemu Tuhan Penciptanya.

Solat ditunaikan secara berulang lima kali sehari semalam oleh semua orang Islam
yang telah mempunyai syarat wajib menunaikannya. Solat wajib ditunaikan ketika
bermukim dan ketika musafir, ketika sihat dan ketika sakit, ketika kaya dan ketika miskin.
Kewajipan menunaikan solat tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Ini bermakna setiap
orang tidak boleh menjadi pengganti kepada orang lain untuk menunaikan solat. Sedangkan
ibadat lain tidak seperti solat. Ibadat puasa difardhukan setahun sekali selama sebulan.
Ibadat zakat diwajibkan setahun sekali. Manakala ibadat haji diwajibkan sekali seumur
hidup bagi yang mampu. Ibadat puasa boleh tidak ditunaikan pada ketika-ketika tertentu
dan diganti pada hari lain atau diganti dengan fidyah. Ibadat zakat hanya wajib kepada orang
kaya, dan tidak wajib ke atas orang miskin.

Solat adalah ibadat badan yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang dan tidak boleh diganti
oleh orang lain. Seseorang tidak boleh menunaikan solat bagi pihak orang lain samada ketika
orang itu masih hidup atau telah mati. Ini kerana solat adalah neraca pemisah yang
membezakan hamba yang taat dan hamba yang ingkar, yang membezakan antara hamba
yang tunduk patuh dan hamba yang lari daripada ketaatan. Sedangkan ibadat lain boleh
diganti oleh orang lain seperti zakat dan haji yang boleh ditunaikan oleh orang lain apabila
seseorang itu tidak berkemampuan menunaikannya ketika masih hidup atau setelah mati.

Kewajipan menunaikan solat tidak akan gugur daripada seorang muslim yang telah cukup
syarat taklif selagi mana dia kekal dalam keadaan sebagai seorang mukallaf. Seorang muslim
wajib menunaikannya ketika aman dan ketika perang, ketika sihat dan ketika sakit, ketika
bermukim dan ketika bermusafir. Ketika aman solat ditunaikan secara sempurna, dan ketika
perang ditunaikan secara qasar. Ketika bermukim solat ditunaikan secara sempurna dan
ketika musafir ditunaikan secara jamak dan qasar. Ketika sihat ditunaikan secara sempurna
dan ketika sakit ia ditunaikan mengikut kemampuan samada berdiri, duduk, berbaring atau
menggunakan isyarat. Sedangkan ibadat rukun Islam yang lain hanya dituntut ke atas
muslim menunaikannya ketika berkemampuan seperti zakat, puasa dan haji.

Solat adalah kewajipan pertama yang akan dihisab di


hari
akhirat
kelak.
Sekiranya solat ditunaikan dengan baik maka akan baiklah amalan-amalan lain.
Sekiranya solatnya rosak maka akan rosaklah semua amalan yang lain.

Ra hsi aS ol at. com |8

HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT


Hukum orang yang meninggalkan solat ada beberapa kategori:
Orang yang meninggalkan solat kerana ingkar tentang kewajipannya. Kategori orang yang
meninggalkan solat seperti ini hukumnya ialah menjadi kafir dan murtad keluar daripada Islam.
Dalil bagi hukum ini ialah sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
Penentu antara seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.

Sabda baginda lagi:

Maksudnya:
Perjanjian antara Kami dan mereka (hamba-hambaNya yang muslim) ialah solat. Sesiapa
yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah kafir

Sabda baginda lagi:

Maksudnya:
Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, sesungguhnya telah kufur dengan
terang-terangan.

Tarmizi meriwayatkan bahawa para sahabat Muhammad s.a.w tidak melihat suatu amalan yang
meninggalkannya menjadi kufur selain daripada solat.
Imam Tobrani meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya:

Ra hsi aS ol at. com |9


Kurang iman orang yang tidak amanah, tidak sah solat orang yang tidak bersuci, tidak ada
agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Kedudukan solat dalam agama adalah
umpama kedudukan kepala pada badan.

Manakala orang yang meninggalkan solat kerana malas atau meringan-ringankannya, maka
ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan hukumnya seperti berikut:
Imam Ahmad rahimahullah berpendapat orang yang meninggalkan solat kerana malas hendaklah
dihukum bunuh kerana kufur berdasarkan zahir hadis-hadis lalu yang menunjukkan bahawa
meninggalkan solat adalah antara punca menjadi kafir. Pendapat ini dipegang oleh ramai dari
kalangan para sahabat dan tabiin seperti Umar, Abdul Rahman bin Auf, Muaz bin Jabal, Abu
Hurairah, Abdullah bin Masud, Ibnu Abbas, Jabir dan Abu Dardak radhiallahu anhum. Antara para
tabiin yang berpegang dengan pendapat ini ialah Ishak bin Rahawiah, Abdullah bin Mubarak dan
lain-lainnya.
Fuqahak mazhab Maliki dan Syafiei pula berpendapat orang yang meninggalkan solat tanpa
keuzuran walaupun hanya meninggalkan satu solat hendaklah diminta bertaubat selama tiga hari
sepertimana orang murtad diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak mahu bertaubat maka hendaklah
dihukum bunuh. Hukum bunuh ini adalah sebagai hukuman had (hudud) bukannya disebabkan
kafir. Orang seperti ini tidak dihukum kufur kerana iktikadnya masih benar. Hadis-hadis yang secara
terang-terangan menyebut hukum kafir bagi orang yang meninggalkan solat adalah diandaikan
hukum bagi orang yang menghalalkan perbuatan meninggalkan solat.
Fuqahak mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas
hukumnya adalah menjadi orang fasiq yang perlu dipenjara dan disebat dengan kuat sehingga
dia menunaikan solat dan bertaubat. Kalau tidak dia perlu dipenjarakan sehingga mati.

R a h s i a S o l a t . c o m | 10

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT


SELEPAS MATI
1. Diazab di dalam kubur. Ini kerana antara dosa yang sabit dengan hadis sahih bahawa pelakunya
akan diazab di dalam kubur ialah tidak tanazzuh daripada kencing ketika buang air. Rasulullah s.a.w
telah lalu melintasi dua kubur lalu baginda berkata:
Kedua-dua orang dalam kubur itu sedang diazab. Mereka tidak diazab disebabkan oleh dosa besar.
Salah seorangnya diazab disebabkan tidak tanazzuh ketika kencing dan yang seorang lagi diazab
kerana suka menghasut atau mencaci.
Memang tidak diragui lagi bahawa orang yang meninggalkan solat memang tidak mementingkan
tanazzuh daripada kencing ketika buang air berbeza dengan orang yang menunaikan solat.
Orang yang menunaikan solat amat menjaga kebersihan ketika buang air kerana suci daripada najis
adalah antara syarat sah solat.
Selain daripada azab yang dahsyat di dalam kubur, orang yang meninggalkan solat akan diazab
dengan kesudahan yang hina dan buruk di hadapan Allah sebagaimana yang jelas difahami daripada
dalil-dalil berikut:
i.

Firman Allah:

Maksudnya:
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak-anak
kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang melakukan sedemikian maka mereka itu
adalah orang-orang yang rugi. (al-Munafiqun: 9)

Sekumpulan mufassirin berkata: Maksud mengingati Allah dalam ayat ini ialah menunaikan solat
lima waktu. Sesiapa yang sibuk dan lalai daripada mengingati Allah disebabkan urusannya seperti
perniagaan, perusahaan dan anak-anak maka dia akan tergolong ke dalam golongan orang-orang
yang rugi.

ii.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w menyebut tentang
solat, lalu baginda berkata:

10

R a h s i a S o l a t . c o m | 11
Orang yang memeliharanya akan beroleh nur, cahaya dan kejayaan pada hari akhirat.
Orang yang tidak memeliharanya tidak akan mendapat nur, cahaya dan kejayaan. Pada hari akhirat
kelak dia akan bersama-sama Qarun, Firaun, Haman dan Abu Ibnu Khalaf.
Ada ulamak berkata: Orang yang tidak menunaikan solat dihimpunkan bersama golongan kafir di
atas kerana jika dia tidak menunaikan solat disebabkan oleh harta maka dia sama seperti Qarun,
lalu dikumpulkan bersamanya. Sekiranya dia tidak menunaikan solat disebabkan oleh
kedudukannya sebagai raja dan pemerintah maka dia sama seperti Firaun lalu dia dikumpulkan
bersamanya. Sekiranya dia tidak menunaikan solat disebabkan jawatan menteri yang disandangnya
maka dia akan dikumpulkan bersama Haman kerana menyamainya. Sekiranya dia tidak menunaikan
solat disebabkan oleh perniagaannya maka dia sama dengan Abu Ibnu Khalaf seorang peniaga
kafir Mekah lalu dia akan dikumpulkan bersama-samanya.

iii.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Sesiapa yang meninggalkan solat maka dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan Dia
murka terhadapnya.

2. Meninggalkan solat adalah antara dosa yang paling besar dan maksiat paling dahsyat di sisi
Allah. Allah telah mengancam orang yang meninggalkan solat di dalam al-Quran dan melalui lidah
NabiNya bahawa Dia akan merasakan azab yang dahsyat
kepada orang yang meninggalkan
solat sebagaimana jelas dapat difahami melalui dalil-dalil berikut:
i.

Firman Allah:

Maksudnya:
Lalu selepas mereka datang pula satu kaum yang mengabaikan solat dan mereka
mengikut keinginan syahwat. Mereka pasti akan dicampakkan ke dalam ghaiya.
(Maryam: 59)

Ibnu Abbas berkata: Ghaiya ialah satu lembah dalam neraka jahanam yang bekas-bekas air dalam
neraka meminta lindung pada Allah daripada kepanasannya.
ii. Firman Allah:

11

R a h s i a S o l a t . c o m | 12

Maksudnya:
Celakalah bagi orang-orang yang menunaikan solat. Iaitu mereka yang lalai daripada
menunaikan solat. (Al-Maun: 4-5)

Ada berbagai tafsiran tentang lalai daripada solat. Saad bin Abi Waqas dan sekumpulan para
sahabat Rasulullah s.a.w berpendapat lalai daripada solat ialah meninggalkan solat sehingga habis
waktu. Mereka meriwayatkan satu hadis marfu yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. Mereka
berkata bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang ayat ini lalu baginda berkata:
Maksudnya:
Mereka ialah orang yang menunaikan solat diluar waktunya.
Al-Wail dalam ayat di atas bermaksud sangat panas. Ada pendapat mengatakan ia adalah
nama satu lembah dalam neraka jahanam yang kalau bukit dunia melintasinya nescaya akan
menjadi cair kerana kepanasannya yang sangat dahsyat.
Hammad bin Asim berkata: Musab bin Saad berkata kepada bapanya: Wahai bapa, apa
pendapat engkau berkenaan firman Allah :

Siapa dari kalangan kita yang tidak lalai? Siapa dari kalangan kita yang tidak
mengalami lintasan fikiran lain ketika solat? Bapanya menjawab: Bukan begitu maksud ayat
itu, tetapi maksudnya ialah lalai dari menunaikannya sehingga habis waktu. (Muhammad
Mahmud, 59)
Ada juga di kalangan mufassirin yang berkata: Orang yang lalai terhadap solat ialah orang yang
sekiranya dia mengerjakannya di awal waktu, tidak akan menggembirakannya dan jika dia
melewatkannya hingga akhir waktu tidak akan sedih atas perbuatannya itu.
iii. Dalam hadis yang menceritakan peristiwa isra ada disebut bahawa
Nabi
s.a.w
dibawa
kepada satu kaum yang menghantukkan kepala mereka ke batu. Setiap kali mereka
menghantukkan kepala ke batu itu, kepala mereka akan elok semula. Mereka berterusan melakukan
perbuatan itu.
Nabi s.a.w berkata:
Wahai Jibril, siapa mereka itu? Jibril menjawab: Mereka itu ialah orang yang kepala
mereka berat untuk menunaikan solat.

12

R a h s i a S o l a t . c o m | 13

KEDUDUKAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN


Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya dengan sempurna bermakna dia telah
mendirikan agama dengan teguh dan sesiapa yang meninggalkannya bermakna dia telah
meruntuhkan agama. Solat juga adalah intipati perjanjian antara Allah dan hambaNya. Sesiapa
yang meninggalkan solat maka bermakna dia telah memutuskan janji dan ikatannya dengan Allah.
Imam al-Syatibi dan ahli usul yang lain menyatakan bahawa solat adalah termasuk dalam maslahat
dharuriat yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sempurna di dunia dan di akhirat. Ini kerana
keperluan manusia di dunia ini ada tiga peringkat: keperluan pertama dinamakan sebagai maslahah
dharuriat. Keperluan kedua dinamakan sebagai maslahah hajiat dan keperluan ketiga dinamakan
sebagai maslahah tahsiniat. Maslahah dharuriat merangkumi lima perkara iaitu:
i.

Agama

ii.

Nyawa

iii.

Akal

iv.

Keturunan

v.

Harta

Kelima-lima perkara ini sangat-sangat diperlukan oleh manusia bagi menjamin kelangsungan hidup
di dunia dan di akhirat.
Kecacatan salah satu daripada lima perkara ini atau kesemuanya akan mengakibatkan kehidupan
manusia menjadi kacau bilau dan porak peranda menurut kacamata agama Islam. Kelima-lima
perkara ini perlu dimantapkan binaannya dan perlu dijaga daripada dirosakkan.
Keperluan yang paling utama di kalangan lima perkara daruriat ini ialah keperluan kepada agama.
Oleh itu fuqahak mengaitkan bahawa agama perlu disuburkan di dalam jiwa setiap manusia dan
hendaklah dipagari daripada dirosakkan samada secara langsung atau tidak langsung.
Dalam membina dan menyuburkan agama dalam diri insan, Allah telah mensyariatkan ibadatibadat khusus yang telah ditetapkan tatacara dan disiplin perlaksanaannya. Penyusunan waktu dan
tatacara perlaksanaan ibadat khusus ini adalah menjadi milik mutlak Allah Taala yang diberitahu
kepada manusia melalui perantara Rasulullah s.a.w. Peranan insan muslim hanyalah mempelajari
tatacara perlaksanaan ibadat dan melaksanakannya mengikut paparan yang telah ditunjukkan oleh
model agung utusan Allah yang dipandu dengan wahyu daripada langit.
Para fuqahak menyatakan bahawa tonggak ibadat-ibadat khusus ialah solat lima waktu setelah
mengucap dua kalimah syahadah.
Dengan solat yang ditunaikan dengan sempurna seseorang akan dapat membina, menyubur dan
mengukuhkan kekuatan dalam jiwa bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah
melalui syariatNya yang dinamakan sebagai agama Islam. Solat menjadi tiang seri bagi binaan agama
pada diri seseorang insan. Oleh itu perhatian dan usaha perlu diberikan terhadap solat bagi
merealisasikan peranannya dalam kehidupan seseorang insan.
13

R a h s i a S o l a t . c o m | 14
Sebaliknya, tidak menunaikan solat atau menunaikannya dalam keadaan tidak sempurna zahir
dan batin akan menyebabkan kekuatan dalaman dalam jiwa manusia tidak terbina. Jiwanya lemah
dalam mematuhi syariat dan hukum-hakam yang terkandung dalam agama Islam. Insan seperti ini
akan berasa berat untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah
dan akan tidak mempunyai ketahanan dalam menghalang dirinya daripada melanggar batasan
haram yang telah digariskan oleh Allah.
Kesan daripada seseorang insan tidak menunaikan kewajipan dan melanggar batasan larangan
haram yang terdapat dalam syariat Islam ialah agamanya akan semakin lama semakin menipis.
Apabila keadaan seperti ini berjalan dalam tempoh yang lama, maka penghayatan agama di
dalam diri insan akan hilang. Hidup dalam keadaan tidak beragama ini akan mendatangkan bahaya
terhadap dirinya di dunia dan di alam selepas mati iaitu alam kubur dan alam akhirat. Firman Allah
menggambarkan insan seperti ini:

Maksudnya:
Sesiapa yang enggan untuk mengingatiKu (mengingati syariat Ku) sesungguhnya baginya
kehidupan yang sempit. (Taha:124)
Dengan itu, menunaikan solat dengan sempurna adalah tonggak bagi membina agama dalam diri
insan. Oleh kerana membina agama dalam diri adalah wajib bagi keselamatan di dunia dan di akhirat
dan tonggaknya ialah menunaikan solat dengan sempurna maka menunaikan solat dengan
sempurna agalah satu kewajipan bagi setiap insan muslim. Oleh kerana hukum menunaikan solat
dengan sempurna adalah wajib maka usaha ke arah tujuan itu juga adalah wajib.
Salah satu usaha untuk menjadikan solat sebagai tiang seri yang akan mengukuhkan agama
seseorang insan ialah melaksanakannya dengan penuh teliti, perhatian dan penghayatan. Antara
bentuk penghayatan yang perlu diberikan tumpuan ialah penghayatan terhadap bacaan-bacaan
yang dibaca dan perbuatanperbuatan yang dilakukan ketika menunaikan solat. Sekiranya disusun
mengikut kitaran logiknya maka dapat dibuat keputusan bahawa menghayati bacaan dan perbuatan
dalam solat adalah suatu kewajipan kerana ia akan membawa kepada kesempurnaan solat yang
merupakan satu kewajipan.
Oleh kerana menghayati makna yang terdapat dalam bacaanbacaan di dalam solat adalah satu
kewajipan maka jalan yang menyampaikan ke arah itu juga adalah satu kewajipan. Salah satu jalan
yang boleh menyampaikan kita ke arah memahami makna bacaan dalam solat ialah menuntut ilmu
mengenainya. Oleh itu menuntut ilmu yang boleh membawa seseorang kepada memahami bacaan
di dalam solat adalah suatu kewajipan.
Pesanan al-Imam al-Ghazali rahimahullah supaya menghayati bacaan dalam solat. Kata beliau:
Adalah disyaratkan khusyuk dan menghadirkan hati ketika menunaikan solat.

14

R a h s i a S o l a t . c o m | 15

Dalil yang menunjukkan wajib khusyuk dan menghadirkan hati ketika menunaikan solat adalah
banyak. Antara dalil tersebut ialah firman Allah:

Maksudnya:
Dirikanlah solat untuk mengingati Ku. (Taha: 14)

Dalam ayat ini Allah telah memerintahkan kita orang Islam menunaikan solat dengan ingat
kepada Allah ketika menunaikannya.
Kefahaman zahir terhadap sesuatu perintah adalah membawa makna wajib dilaksanakan. Allah
memerintahkan supaya kita ingat kepadaNya ketika solat. Maka adalah wajib kita mengingatiNya
ketika menunaikan solat. Lawan bagi ingat ialah lalai.
Bagaimana orang yang lalai sepanjang solatnya hendak dinamakan sebagai orang yang ingat kepada
Allah? Dalil lain yang menyokong perintah ini ialah firman Allah:

Maksudnya:
Jangan engkau tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai. (al-Araf: 205)
Dalam ayat ini Allah melarang kita daripada menjadi orang yang lalai. Makna zahir yang dapat
difahami daripada larangan ialah haram. Maka adalah haram kita lalai ketika menunaikan solat.
Dalil lain yang mewajibkan kita khusyuk dan menghadirkan hati ketika menunaikan solat ialah firman
Allah:

Maksudnya:
15

R a h s i a S o l a t . c o m | 16
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya)
sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang
kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub
(berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan
jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari
tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak
mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan
tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (al-Nisa: 43)

Ayat ini diturunkan oleh Allah bagi melarang orang-orang Islam diperingkat awal di Madinah
sebelum pengharaman arak supaya tidak menunaikan solat dalam keadaan mabuk dan tidak sedar
perkataan yang dituturkan. Orang mabuk dilarang daripada menunaikan solat kerana fikirannya
berkecamuk dengan berbagai isi dan gambaran, tidak dapat menumpukan hati kepada bacaan dan
perbuatan yang dilaksanakan dalam solat.
Sekiranya bacaan-bacaan dalam solat itu hanya disyaratkan dituturkan tanpa perlu disertai
dengan kesedaran, kefahaman dan penghayatan maka sudah pasti orang mabuk tidak dilarang
daripada menunaikan solat. Orang mabuk dilarang menunaikan solat disebabkan akal dan fikiran
mereka tidak tertumpu pada bacaan dan perbuatan dalam solat, maka adalah menjadi kesalahan
juga bagi orang yang menunaikan solat sedangkan akal dan fikirannya tidak tertumpu pada bacaan
dan perbuatan yang dilakukannya ketika solat.
Sebaliknya akal fikiran dan hatinya diisi dengan ingatan-ingatan kepada perkara lain.
Dalil lain yang menunjukkan wajib khusyuk dan menghadirkan hati ketika solat ialah sabda
Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan
keji dan mungkar maka solatnya hanya menjadikannya bertambah jauh daripada
Allah.
Solat orang yang lalai ketika menunaikannya tidak dapat menghalang daripada melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Sabda baginda lagi mengenai kategori orang yang lalai ketika
menunaikan solat:

16

R a h s i a S o l a t . c o m | 17
Maksudnya:
Berapa ramai orang yang berdiri menunaikan solat yang tidak dapat ganjaran daripada
solat yang ditunaikan melainkan penat dan letih berdiri.

Baginda juga memberikan nilai solat yang didirikan oleh seseorang hanya terbatas pada solat yang
disertai oleh akal dan fikiran sahaja. Ini dinyatakan melalui sabda baginda:

Maksudnya:
Tidak ada nilai bagi solat yang didirikan oleh seseorang melainkan sekadar yang disertai
oleh fikirannya.
Walaupun hadis ini tidak diketahui puncanya, namun ia sama makna dengan hadis mursal lain yang
diriwayatkan oleh Muhammad bin Nasr al-Marwazi di dalam bab solat daripada riwayat Uthman bin
Abi Dahrasy yang berbunyi:

Maksudnya:
Allah tidak menerima sesuatu amal daripada hamba sehinggalah hatinya seiring hadir
sama dengan badannya (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Nasr)

Kesimpulan daripada penghuraian di atas dapat dibuat bahawa solat adalah munajat13 kepada
Tuhan sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis:

Maksudnya:
Orang yang menunaikan solat adalah bermunajat kepada Tuhannya. (Muttafaqun alaihi).
Orang yang lalai dalam solat tidak bermunajat kepada Tuhannya, kerana munajat bermakna
mengadu dan meminta dengan sepenuh hati. Orang yang hatinya lalai tidak meminta daripada
dalam lubuk hatinya. Sebaliknya kalimah yang dituturkan hanyalah melalui lidah dan bibir tanpa
difahami oleh akal dan dihayati oleh hati sanubari.
Secara rasionalnya pula dapat dibuat perbandingan antara solat dengan ibadat utama yang lain dari
aspek pengorbanan, usaha dan mujahadah yang dilakukan oleh orang yang menunaikannya. Ibadah
puasa ditunaikan dengan berkorban dan bermujadah meninggalkan makan dan minum serta perkara
seksual yang menjadi kegemaran syahwat manusia. Orang yang berpuasa berkorban dan
bermujahadah menahan dirinya daripada perkara yang dilarang daripada melakukannya
seperti makan, minum dan hubungan seksual suami isteri. Ibadah puasa tertunai dengan
menahan daripada perkara-perkara tersebut walaupun tanpa kehadiran hati.
17

R a h s i a S o l a t . c o m | 18
Ibadah zakat pula ditunaikan dengan mengorbankan sebahagian daripada harta untuk
diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Orang yang menunaikannya berkorban dan
bermujahadah melawan perasaan sayang kepada harta dengan memberikan sebahagian
daripada hartanya yang baik-baik kepada yang berhak menerimanya.
Ibadah haji pula ditunaikan dengan berkorban harta bagi menampung perbelanjaan
mengerjakannya di samping berkorban tenaga dengan menempuh susah payah dan penat lelah
dalam menunaikan rukun-rukun haji yang sepatutnya. Maka apa pula pengorbanan dan
mujahadah yang dilakukan oleh orang yang menunaikan solat yang hanya memakan masa
beberapa saat tanpa perlu berpenat lelah dan bersusah payah, tanpa perlu mengorbankan harta dan
jiwa? Tidak lain tidak bukan, pengorbanan dan mujahadah di dalam solat adalah dari aspek rohani
atau hati dan fikiran.
Orang yang menunaikan solat berusaha sedaya mungkin memahami dan menghayati bacaanbacaan dan perbuatan-perbuatan yang dilakukan dalam solat. Orang yang menunaikan solat
berkorban hati dan fikiran untuk ditumpukan kepada bacaan dan perbuatan yang dilakukan bagi
menghasilkan munajat yang sebenar kepada Tuhannya.
Inilah pengorbanan dan mujahadah orang yang menunaikan solat.
Tanpa pengorbanan dan mujahadah hati dan fikiran ini, orang yang menunaikan solat tidak
berkorban dan bermujahadah sebagaimana orang yang berpuasa, orang yang mengeluarkan zakat
dan orang yang menunaikan haji.

18

R a h s i a S o l a t . c o m | 19

ENAM KUNCI KHUSYUK SOLAT


1. KEHADIRAN HATI
Makna kehadiran hati ketika menunaikan solat ialah segala tumpuan diberikan kepada solat dan
mengosongkan hati daripada sibuk memikirkan perkara-perkara lain samada yang penting atau tidak
penting. Hati perlu difokuskan sepenuhnya kepada solat, daripada awal hingga akhir, ketika berdiri
atau duduk ketika membaca ayat atau bertasbih. Seluruh jiwa dan tubuh badan dikerah dan dipaksa
untuk menumpukan perhatian kepada solat yang sedang ditunaikan.
Sebab yang akan membolehkan seseorang menghadirkan dan menumpukan hatinya terhadap
solat yang ditunaikan ialah perhatian dan menganggap solat itu suatu yang teramat penting. Ini
kerana hati hanya akan tertumpu pada perkara yang kita anggap amat penting. Apabila solat
dianggap suatu yang amat penting maka hati akan sentiasa tertumpu kepadanya apabila
menunaikannya.
Sebenarnya, jika hati seseorang tidak turut hadir ketika menunaikan solat, bukanlah bermakna
hatinya kosong daripada urusan lain. Sebaliknya ia akan diisi oleh perkara duniawi lain yang dianggap
penting dan mendapat perhatian dalam kehidupan. Oleh itu kadang-kadang orang yang sedang
menunaikan solat teringat pada kerja yang belum selesai dilakukan. Ini kerana dia menganggap kerja
itu amat penting terutama yang menjadi penentu sumber pendapatannya.
Bagi menimbulkan rasa kepentingan dan nilai yang tinggi pada solat, kita perlu menanamkan
keimanan dan keyakinan di dalam diri bahawa hidup di dunia ini adalah sebagai jambatan untuk
menuju ke akhirat. Kita perlu menanamkan ke dalam lubuk hati bahawa akhirat adalah matlamat
utama kita hidup. Akhirat adalah jauh lebih penting dan lebih baik daripada dunia.
Salah satu kunci dan punca yang menyebabkan kita selamat di akhirat ialah solat. Kalau inilah
kedudukan solat dalam kehidupan orang yang menganggap akhirat sebagai destinasi akhir
kehidupan yang kekal, maka sudah pasti hatinya akan sentiasa memberikan tumpuan dan hadir
ketika dia menunaikannya. Dia akan sentiasa mengawal hatinya daripada lari atau terpesong kepada
perkaraperkara remeh dan tidak penting. Selain daripada itu seorang yang sedang mendirikan solat
juga perlu merasakan di dalam dirinya kehebatan dan keagungan Allah, takut kepadaNya,
mengharapkan kurniaan dan keampunanNya serta malu terhadap segala kesalahan dan kekurangan
yang telah dilakukannya dalam kehidupan. Ini kerana ketika solat, manusia berdepan dan
menghadap Allah tanpa perantara atau hijab bagi mempersembahkan dirinya untuk diperhati dan
dinilai olehNya
2. MEMAHAMI MAKNA
Orang yang menunaikan solat mesti memahami makna perbuatan dan bacaan serta lafaz yang
diucapkan di dalam solat. Memahami makna akan mudah terhasil apabila orang yang
menunaikan solat itu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap munajat, permohonan dan
permintaannya kepada Allah yang dilakukan dan dilafazkan ketika solat. Kefahamannya kepada
makna bergantung sejauh mana dia menganggap solat itu suatu yang penting baginya untuk
memohon, mensyukuri dan bermunajat kepada Allah.

19

R a h s i a S o l a t . c o m | 20
3. MENTAKZIMKAN ALLAH
Mentakzimkan Allah akan terhasil apabila wujud dua perkara di dalam diri orang yang menunaikan
solat, iaitu:
Pertama: Mengetahui keagungan dan kehebatan Allah dalam mencipta dan mentadbir alam
dunia dan alam akhirat, alam yang nampak oleh mata dan alam yang tidak nampak oleh mata. Orang
yang tidak mengetahui keagungan kuasa Allah, tidak akan
merasakan
keagunganNya.
Mengetahui keagungan kekuasaan Allah adalah menjadi asas dan dasar iman kepadaNya.
Kedua:
Mengetahui kehinaan dan kekerdilan diri sendiri dan
menyedari bahawa ia
dijadikan oleh Allah sebagai hamba yang mesti tunduk patuh kepada Tuannya yang telah
mencipta dan mengatur kehidupannya. Rasa hina, rendah dan khusyuk kepada Allah ini
dinamakan sebagai mentakzimkanNya di dalam diri kita.

4. RASA GERUN DAN TAKUT


Rasa gerun dan takut kepada Allah adalah satu perasaan di dalam jiwa yang akan lahir kesan
daripada mengetahui kehebatan kekuasaan Allah dan kehendakNya yang sentiasa akan terlaksana
tanpa ada sesuatu yang boleh menghalangnya. Segala yang dikehendaki oleh Allah supaya
berlaku akan berlaku dan Dia berkuasa melaksanakannya pada bila-bila masa dan dalam apa bentuk
sekalipun. Tidak ada satu kuasa lain yang dapat menghalang kehendak dan kemahuan Allah daripada
terlaksana. Dia Maha Kaya dan tidak memerlukan sesuatu pun daripada makhluk yang
diciptakannya. Sekiranya Dia membinasakan semua umat daripada yang terdahulu hingga yang
akhir, kerajaan dan kekuasaanNya tidak akan berkurangan walaupun sedikit.
Begitu juga jika semua makhluk ingkar terhadap perintahNya, kedudukanNya tidak akan tergugat
walaupun sedikit.
Rasa gerun ini juga akan terhasil apabila kita memerhatikan dan mengetahui tindakan-tindakan yang
telah dilakukan oleh Allah terhadap umat para nabi dan rasul yang terdahulu yang telah dibinasakan
dengan berbagai bentuk azab. Apabila Allah hendak membinasakan mereka, maka tidak ada sesuatu
sebab yang boleh menghalang atau menghentikan kehendak dan tindakanNya.

5. MENGHARAPKAN
Maksud mengharapkan di sini ialah orang yang menunaikan solat mengharapkan rahmat,
keampunan dan kurniaan Allah yang sentiasa membuka pintu keampunan, rahmat dan
kurniaanNya kepada hamba yang meminta dan berharap sepenuh hati kepadaNya. Perasaan
mengharapkan ini akan timbul apabila kita mengetahui betapa luasnya kurniaan dan rahmatNya,
betapa banyaknya nikmat-nikmat yang hendak diberikannya kepada hamba-hambaNya dan Allah
sentiasa benar dalam janjiNya hendak mengurniakan syurga bagi orang yang mengerjakan
kebaikan termasuk solat. Apabila seseorang itu yakin dengan janji Allah dan tahu bahawa Dia Maha
Penyayang dan Maha Mengurniakan nikmatNya maka akan lahirlah rasa berharap kepadaNya.

20

R a h s i a S o l a t . c o m | 21
6. RASA MALU
Orang yang menunaikan solat rasa malu kepada Allah atas segala kekurangan diri, kecuaian
menunaikan hak Allah yang terlalu banyak dan mengetahui bahawa Allah sentiasa memerhati segala
perbuatan yang dilakukannya. Rasa malu kepada Allah ini akan bertambah kuat apabila kita meyakini
bahawa Allah Maha Mengetahui segala perbuatan yang kita lakukan secara rahsia, lintasan hati dan
fikiran serta segala yang berlaku di dalam diri.
Segala kecacatan dan kekurangan diri kita diketahui oleh Allah sedangkan kita berdiri
dihadapanNya menyerahkan diri dan tunduk di depan kebesaran dan keagunganNya. Sudah pasti
jiwa yang menyedari semua ini akan rasa malu kepada Allah.
Kunci induk bagi enam kunci yang telah disebutkan di atas ialah iman kepada Allah dan hari
akhirat. Tanpa iman kepada Allah dan hari akhirat adalah sukar seseorang hendak melahirkan
perasaan-perasaan tersebut di dalam dirinya.
Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sedang bercakap-cakap dengannya dan
dengan orang lain. Apabila masuk waktu solat, baginda seolah-olah tidak kenal mereka dan mereka
tidak kenal baginda.

21

R a h s i a S o l a t . c o m | 22

FAKTOR-FAKTOR PENTING YANG MEMBAWA KEPADA


KHUSYUK DALAM SOLAT
i.
Seorang insan hendaklah memulakan solat dengan merasakandalam dirinya keagungan Allah
dan menyedari bahawa dia sedang bermunajat kepada Allah. Dengan itu hatinya tidak boleh sibuk
dengan perkara-perkara lain. Jika hatinya sibuk dengan perkara lain bermakna dia menjauhkan diri
daripada Penciptanya dan tidak bersopan terhadapnya.
Antara bukti yang menunjukkan sikap insan apabila mula menunaikan solat ialah kisah yang
diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib dan Ali bin Husain r.a bahawa muka kedua-duanya akan
berubah apabila masuk waktu solat dan setelah berwuduk untuk menunaikannya. Apabila Ali bin
Husain ditanya sebab mukanya berubah, beliau telah menjawab: Adakah kamu tahu depan
siapakah aku akan berdiri? Ibnu Abbas pula berkata: Dua rakaat yang sederhana panjangnya
dilaksanakan dengan dipenuhi dengan tafakkur kepada Allah adalah lebih baik daripada solat
sepanjang malam sedangkan hati dalam keadaan lalai.

ii.
Insan yang hendak menunaikan solat hendaklah meminta lindung pada Allah daripada
syaitan yang direjam pada setiap permulaan rakaat kerana syaitan berjalan mengikut aliran darah
anak Adam.
Perbuatan ini telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Said r.a
telah berkata:
Apabila Rasulullah s.a.w berdiri hendak mendirikan solat di waktu malam maka baginda
akan takbiratulihram kemudian berkata

kemudian baginda berkata

kemudian baginda berkata

Seorang lelaki telah datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata:


Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menghalang aku menghayati solat dan
bacaan al-Quran ku. Maka Rasulullah s.a.w berkata: Itu adalah syaitan yang dipanggil
Khunzub. Apabila engkau rasa dia datang maka mintalah lindung pada Allah dengan
taawwuz. Lelaki itu berkata: Aku melakukan sepertimana yang disaran oleh baginda dan
Allah telah menjauhkan gangguan syaitan daripada aku.

22

R a h s i a S o l a t . c o m | 23
iii.
Insan yang sedang menunaikan solat tidak boleh bermain-main dan memandang ke sana
sini. Bermain-main dalam solat menunjukkan hati tidak turut hadir kerana orang yang hatinya
tenang dan menumpukan kepada sesuatu maka anggotanya akan turut tenang. Memandang ke sana
dan ke sini pula adalah curian yang dilakukan oleh syaitan daripada solat yang sedang ditunaikan
oleh insan. Adalah lebih baik memandang ke tempat sujud.
Manakala hukum memejamkan mata ketika solat adalah bergantung kepada keadaan insan
yang
menunaikannya. Sekiranya insan itu menjadi khusyuk di dalam solat dengan
memejamkan matanya maka ia boleh dilakukan. Sekiranya insan itu boleh khusyuk dengan
membuka mata maka dia tidak perlu memejamkan mata.
iv.
Insan yang hendak menunaikan solat perlu berdoa meminta pada Allah supaya memberikan
kepadanya kekhusyukan di dalam solat. Solat akan membuka pintu bagi insan untuk berhubung
dengan Allah. Khusyuk dalam solat adalah suatu perkara yang amat penting kerana kesannya
ialah solat yang ditunaikan akan diterima oleh Allah dan ganjaran yang diberikan akan bertambah.
Maka dengan itu insan perlu memohon pada Allah agar mengurniakan kepadanya kekhusyukan
dalam solat. Sebagaimana insan yang menunaikan solat amat prihatin memohon pada Allah agar
mengurniakan anak, rezeki yang luas dan lain-lain berkaitan dunia, maka meminta khusyuk
dalam solat adalah lebih utama daripada semua itu.

23

R a h s i a S o l a t . c o m | 24

BAB 2 : BACAAN-BACAAN DALAM


SOLAT
Solat merangkumi perbuatan-perbuatan dan bacaan-bacaan yang telah ditentukan oleh Allah
Taala dan telah ditunjukkan cara perlaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w. Bacaan-bacaan yang
dibaca di dalam solat termasuklah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Doa Iftitah
Al-Fatihah
Tasbih Ketika Rukuk
Tahmid Ketika Iktidal
Tasbih Ketika Sujud
Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud
Doa Tasyahud/Tahiyyat
Doa Penutup Solat Sebelum Salam
Salam

Oleh kerana bacaan-bacaan di dalam solat ini dilakukan dalam bahasa arab dan ia tidak boleh dibaca
dalam bahasa lain, maka bagi membolehkan insan yang menunaikan solat memahaminya, ia perlu
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Pengertian bacaan-bacaan di dalam solat ini perlu
dilakukan dalam dua bentuk, iaitu secara makna lafzi dan secara pengertian. Makna secara lafzi perlu
diketahui kerana ia akan membantu insan yang menunaikan solat mengikuti susunan dan aliran
bacaannya satu persatu hingga ke akhir bacaan.
Manakala pengertian dan maksud bacaan pula penting untuk insan yang menunaikan solat
menghayati dan memahami maksud kalimah yang sedang dibacanya. Dengan kedua-dua bentuk
pengertian ini, insan yang menunaikan solat akan dapat menjalani solat dengan penuh perhatian,
kefahaman dan penghayatan dari awal hingga ke akhir solat. Perbincangan berikut ini akan
menggunakan pendekatan dua pengertian ini

24

R a h s i a S o l a t . c o m | 25

25

R a h s i a S o l a t . c o m | 26
Muka adalah antara anggota badan yang paling mulia di sisimanusia. Muka digunakan oleh orang
arab dan juga orang Melayuuntuk mengungkap kewujudan, nilai, kemuliaan dan kehinaan
seseorang. Dalam al-Quran, Allah telah mengulang-ulang perkataanmuka yang di dalam bahasa arab
disebut sebagai (al-wajhu). Dalam surah al-Rahman ayat 27, Allah menggunakan ungkapan (alwajhu) bagi menunjukkan zat Allah. Dalam ayat ini, Allah bukan hendak memberitahu hanya muka
Allah yang kekal dan yang selaindaripadanya akan binasa. Tetapi yang dimaksudkan dengannyaialah
zat Allah yang Maha Mulia dan yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan serta jauh daripada
segala sifat kekurangan.
Muka juga diungkap dalam al-Quran bagi menunjukkan bahagian depan. Bahagian depan pula
kebiasaannya adalah bahagian yang lebih kerap dilihat dan disaksikan oleh orang lain yang ada di
sekeliling manusia. Maksud ini dapat difahami daripada firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 72 :

Dan berkatalah segolongan dari ahli Kitab (sesama sendiri):


Berimanlah kamu kepada Al-Quran Yang diturunkan kepada orang-orang Yang beriman itu:
pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu
ragu,lalu) kembali menjadi kafir semula.
Muka juga digunakan oleh Allah bagi melambangkan kemuliaan dan kehinaan. Tujuan ini dapat
dilihat dalam surah al-Ghasyiyah di mana Allah menyebut bahawa pada hari akhirat kelak ada muka
yang muram dan ada muka yang ceria kegembiraan. Dalam surah Ali Imran ayat 106 pula Allah
menyebut pada hari akhirat kelak ada muka yang hitam dan ada muka yang putih.
Firman Allah:

Maksudnya:
Pada hari akhirat akan berlaku keadaan ada muka yang hitam dan ada muka yang putih. (Ali
Imran: 106)

Muka putih melambangkan kegembiraan dan kesejahteraan. Muka yang hitam pula melambangkan
penyesalan, penderitaan dan keperitan akibat siksaan. Objektif ayat adalah menggambarkan
keadaan keseluruhan diri seseorang yang gembira atau derita. Bagi tujuan itu muka telah dipilih oleh
Allah sebagai lambang kepada keseluruhan tubuh badan.

26

R a h s i a S o l a t . c o m | 27
Dalam surah al-Insan ayat 9 juga Allah mengungkap zatNya dengan menggunakan perkataan (alwajhu ). Firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya kami memberi kamu makan hanyalah kerana hendak mendapat redha Allah.
(Al-Insan: 9)
Menyebut perkataan (al-wajhu) bukan bermakna hanya muka Allah sebagai matlamat. Tetapi
maksud muka Allah di sini ialah keredhaanNya. Redha dan penyayang merupakan antara ciri identiti
Allah yang berkait dengan makhluk terutama manusia dan jin.
Ungkapan Melayu banyak menggunakan perkataan muka untuk melambangkan kemuliaan. Dalam
bahasa Melayu juga banyak digunakan perkataan muka bagi menunjukkan kehinaan. Air muka
digunakan bagi melambangkan harga diri atau maruah. Tebal muka digunakan bagi menunjukkan
identiti atau trait personality seseorang yang tidak malu akibat perbuatannya sendiri. Bermuka-muka
pula dimaksudkan sebagai berpura-pura dan berlakon dengan menonjolkan sikap yang bukan
sebenar kepada orang.
Di samping itu, orang Melayu juga menggunakan perkataan muka bagi menunjukkan ruang hadapan
yang nampak dilihat oleh orang lain dengan jelas. Muka surat dan muka pintu adalah perkataan yang
menunjukkan bahagian depan yang mudah dilihat oleh orang.
Apabila seorang insan yang menunaikan solat melafazkan kalimah ( wajahtu) sebaik sahaja selesai
melakukan takbiratul ihram, maka adalah lebih sempurna sekiranya dia menghayati makna yang
ditunjukkan oleh perkataan muka dalam al-Quran dan juga dalam penggunaannya dalam bahasa
Melayu.
Menghadapkan muka maksudnya ialah insan yang menunaikan solat membawa keseluruhan dirinya
zahir dan batin bersama-sama semua sifat diri, tindak-tanduk, perbuatan dan aktiviti yang telah
dilakukannya sebelum dia masuk ke dalam solat melalui takbiratul ihram. Menghadapkan muka
bermakna mempersembahkan kepada Allah keseluruhan dirinya merangkumi sifat baik dan sifat
keji, amal makruf dan amal mungkar, ibadat dan maksiat.
Semua itu dibawa dan diletakkan di hadapan Allah yang Maha Mengetahui perkara nyata dan
perkara ghaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia lain. Tidak ada suatu perbuatan yang tidak
disaksikan oleh Allah. Semuanya akan dihitung dan dihisab secara terperinci di hari pengadilan di
padang mahsyar kelak. Firman Allah dalam surah Luqman:

Maksudnya:
27

R a h s i a S o l a t . c o m | 28
Wahai anakku, sekiranya sesuatu kerja itu sebesar biji sawi yang terletak dalam batu pejal
atau di langit atau di dalam perut bumi nescaya Allah akan mendatangkannya
(memaparkannya) di hari akhirat kelak untuk penghisaban. (Luqman:16 )
Ungkapan dalam doa iftitah ini sama dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 112 dan
surah al-Nisa ayat 125. Kedua-dua ayat ini memberitahu insan yang melakukan segala aktiviti dalam
kehidupan dunia hanya bertujuan semata-mata mengharapkan redha Allah. Allah menyebut
manusia yang menghadapkan mukanya kepada Allah. Maksudnya bukanlah hanya semata-mata
muka, tetapi segala amalan, perbuatan dan aktiviti yang telah dilakukannya di atas dunia ketika
masih hidup dan mempunyai pilihan dalam melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.
Apabila insan yang menunaikan solat membaca (
),
dia mestilah menghayati bahawa bermula daripada saat itu dia sedang menghadapkan atau
menghalakan wajah, tubuh badan zahir dan batin, mempersembahkan segala amalan baik dan
buruk, menunjukkan segala kerja yang telah dilakukannya kepada Allah yang merupakan Tuhan Yang
Maha Berkuasa yang telah menjadikan langit dan bumi.
Pada ketika itu manusia sebagai salah satu kompenan bumi yang kerdil, lemah, serba kekurangan,
yang mengharapkan perlindungan, yang mengharapkan kurniaan rezeki dan rahmat, yang
mengharapkan keredhaan dan keampunan, yang akan menerima balasan atas segala tindak tanduk
ketika di dunia sedang berada di hadapan Allah yang Maha Mencipta, Maha Agung, Maha Berkuasa,
Maha dahsyat pembalasanNya dan Maha Adil perhitunganNya di hari akhirat kelak.
Seorang insan yang diciptakan daripada tiada kepada ada sedang berdepan dengan Tuhan Yang
Maha Mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib. Tidakkah pada ketika itu insan yang
menunaikan solat dan membaca

berasa betapa perlunya dia berada di hadapan Tuhannya dalam keadaan tulus, tidak ada paksaan
dan bukan kerana tujuan yang lain.
Dengan keikhlasan itu dia boleh menumpukan segala perhatian, ingatan, pancaindera dan fikirannya
kepada Tuhan yang satu untuk bermunajat dan memperbaharui ikrar sekiranya sebelum solat dia
telah melakukan kesilapan yang bercanggah dengan kehendak Tuhan yang sedang dihadapkan diri
kepadaNya.
Oleh itu, mahu tidak mahu orang yang membaca aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang
menjadikan langit dan bumi akan menyambung bacaannya dengan (
) aku lakukannya
dengan tulus ikhlas hanya mengharapkan rahmat dan belas kasihan daripada Tuhan yang memiliki
segala-galanya. Apabila merasakan kekerdilan dan kelemahan diri yang sangat jauh bezanya dengan
Zat yang Maha Kuat dan Berkuasa yang sedang berada di hadapannya, maka secara penuh
kesedaran dan keinsafan orang yang menunaikan solat itu menyambung bacaan doa iftitahnya
dengan (
) aku lakukan dalam keadaan patuh, tunduk dan merendah diri kepada Tuhan
yang Maha Tinggi dan Maha Perkasa yang tidak upaya digugat oleh makhlukNya walaupun sedikit.
28

R a h s i a S o l a t . c o m | 29
Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Perkasa yang tidak upaya digugat oleh makhlukNya walaupun
sedikit.
Oleh kerana insan yang sedang menunaikan solat itu telah menyedari dengan penuh keinsafan
bahawa dia datang mengadap Allah dengan membawa segala amalan samada yang baik atau jahat,
maka dia bersyukur atas perbuatan baiknya dan rasa bersalah atas perbuatan jahatnya. Dia akan
rasa sangat malu datang berjumpa dengan Allah dalam keadaan membawa dosa kesalahan yang
telah dilakukannya. Dengan itu secara spontan dan automatic dia akan menundukkan mukanya
memandang ke tempat sujud tanpa mendongak atau memandang jauh ke depan sebagaimana orang
bersalah sedang dibicarakan di khalayak ramai dan sedang difokus oleh kamera-kamera di tangan
juru gambar yang berada di sekelilingnya.
Oleh kerana ada perbuatannya yang tidak menepati kehendak Tuhan yang ada di depannya, maka
dia sebagai hamba mendapati dirinya telah bersalah di hadapan Tuannya. Bagi mengekalkan status
hamba, dia merasakan adalah perlu memperbaharui ikrar dan aku janjinya untuk melakukan segala
yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Dia perlu membuat aku janji di depan Allah
yang akan menghisab segala amalan dan pekerjaan yang telah dilakukan untuk hanya mengabdikan
diri kepadaNya sepanjang hidup. Oleh itu dia meneruskan doa iftitahnya dengan membaca ikrar atau
aku janji.

sesungguhnya solatku, korbanku, hidupku dan matiku segalanya aku lakukan hanya kerana Allah
yang berhak menerima segala-galanya. Segala kerja dan amal yang dilakukannya di dunia, bermula
dari ibadat khusus yang wajib hingga ke kerja-kerja mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan
akan dijadikannya hanya kerana ingin mendapat redha Allah.
Dengan ikrar yang baru dilafazkan itu dia menanamkan keazaman jauh ke dalam lubuk hatinya dan
akan mengerahkan segala tenaga yang ada untuk mengimplimentasikan ikrar bermula dari saat dia
melafazkannya. Selepas melafazkan ikrar itu dia berazam dan bertekad akan melakukan sesuatu
perbuatan hanya kerana untuk mendapat keredhaan Allah. Secara tidak langsung juga dia berazam
akan menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang tidak disukai dan dimurkai oleh Allah.
Falsafah hidup yang dipegang selepas membuat aku janji di depan Allah ialah seperti mana yang
terkandung dalam doa yang dipinta oleh Rasulullah s.a.w.
Ya Allah, kami memohon padaMu agar diberikan redhaMu dan syurga. Dan kami
berlindung padaMu daripada MurkaMu dan daripada api neraka.
Dengan ikrar ini, redha Allah akan menjadi falsafah hidupnya. Dia akan mengutamakan redha Allah
daripada redha diri sendiri dan redha insan lain atau makhluk lain terhadapnya. Redha Allah akan
lebih diutamakannya daripada keselesaan dan kesenangan diri sendiri, daripada redha isteri, ketua
dan pemerintah yang ada.
Selepas melafazkan ikrar baru ini, dia akan berhati-hati dalam melakukan sesuatu perbuatan atau
aktiviti supaya segala tindak tanduknya selepas itu samada yang kecil atau yang besar, yang penting
atau tidak penting, urusan ukhrawi atau duniawi semuanya layak dipersembahkan kepada Allah
29

R a h s i a S o l a t . c o m | 30
sebagai ibadah dan pengabdian diri kepadaNya apabila dia datang mengadapNya dan melafazkan
semula (
yang menjadikan langit dan bumi

) aku hadapkan wajahku kepada Tuhan

dalam solat berikutnya yang akan ditunaikan. Perlaksanaan ikrar untuk mengabdikan diri hanya
kepadanya dalam segala perbuatan di dunia ini adalah intipati atau isi sebenar kehidupan yang
dijalaninya di dunia ini. Tidak ada pengisian hidup yang lain layak dilakukan di dunia ini melainkan
mengabdikan diri kepada Allah dalam semua aktiviti hidup, kerana intipati itulah yang telah
diperintahkan oleh Allah kepada semua hambaNya yang bergelar insan dan jin. Perintah ini telah
dinyatakan oleh Allah dalam surah Az-Zariat ayat 56:
Maksudnya:

Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali dengan tujuan mengabdikan diri kepadaKu.
Begitu juga dalam surah Yasin Allah menyatakan secara terang-terangan dalam firmanNya:

Maksudnya:
Bukankah Aku telah membuat janji dengan kamu wahai anak Adam agar kamu tidak
menyembah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata. Sebaliknya
hendaklah kamu mengabdikan diri hanya kepada Aku. Inilah jalan yang lurus.
(Yaasin : 60-61 )
Oleh itu, selepas melafazkan ikrar taat setia melalui pengabdian diri disertai dengan keazaman yang
jitu untuk melaksanakannya, insan yang menunaikan solat itu akan membuat pengakuan bahawa dia
tidak akan mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Ini kerana mengabdikan diri kepada Allah
telah diperintahkan oleh Allah dalam ayat-ayat yang antaranya telah disebutkan sebelum ini. Oleh
itu lidahnya akan menyambut ikrar yang dibuat dengan melafazkan pula (
) tidak ada sekutu bagiNya, dan yang demikian itu aku telah
diperintahkan.

30

R a h s i a S o l a t . c o m | 31
Bagaimana insan yang menunaikan solat dan melafazkan ikrar pengabdian diri hendak menjadikan
sekutu bagi Allah sedangkan dia telah berikrar akan menjadikan segala tindak tanduk dan aktiviti
hidupnya hanya ikhlas kerana Allah dan bukan kerana selain daripadaNya. Menyekutukan Allah
hanya akan berlaku apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan bukan keranaNya, sebaliknya
kerana yang lain samada insan, syaitan atau jin. Perbuatan menyekutukan Allah seperti ini akan
dijauhkan oleh orang yang telah berikrar akan melakukan semua perbuatan hanya kerana Allah.
Dengan mengimplimentasikan ikrar taat setia dan aku janji pengabdian diri kepada Allah, seorang
insan itu telah menundukkan dirinya bulat-bulat kepadaNya dengan mematuhi segala suruhan dan
meninggalkan segala laranganNya. Dengan itu dia layak bergelar sebagai muslim. Ini kerana muslim
bermakna insan tunduk dan patuh kepada apa sahaja perintah yang diberikan. Oleh itu dia layak
melafazkan kata-kata aku adalah termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyerah diri dan
tunduk kepada Allah.
Insan yang menunaikan solat mengakhiri doa ifititahnya dengan menuturkan kata-kata penuh
bermakna iaitu akan menjadi seorang manusia yang mengiktiraf kebesaran, kebijaksanaan dan sifat
penyayang Allah kepadanya yang dipaparkan melalui penurunan syariat Islam sebagai jalan hidup di
dunia. Dia mengakhiri solatnya dengan menuturkan (
) aku adalah
termasuk ke dalam golongan orang yang tunduk patuh dan berserah diri kepada Allah.
Insan yang menunaikan solat merasakan dan menyedari bahawa tidak ada pilihan lain yang boleh
diikuti di dunia ini selain daripada tunduk dan patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh Allah dan rasulNya. Peranannya adalah sebagai seorang hamba secara mutlak melaksanakan
segala perintah dan suruhan tuannya serta meninggalkan segala larangannya secara total. Inilah
konsep hidup yang akan dilaksanakannya sebaik selepas menunaikan solat yang sedang
ditunaikannya. Dia akan melaksanakan yang makruf dan menjauhkan diri daripada perbuatan
mungkar dan keji.
Melalui doa iftitah yang dibaca, seseorang itu akan dapat menghayati perkara berikut:
1. Berdepan dengan pemerhatian Allah yang mengetahui zahir dan batin.
2. Rasa malu kalau melanggar perintah Allah samada meninggalkan yang wajib atau melakukan
yang dilarang.
3. Berazam akan memperbaiki diri ke arah menjadi muslim yang sebenar.
4. Berhati-hati dalam tindak tanduk yang akan dilakukan di masa depan.
5. Melaksanakan segala perintah Allah.
6. Meninggalkan segala yang dilarang.
Dengan kesedaran seperti ini, insan yang menunaikan solat telah menjadi seorang insan yang baru.
Dirinya sekarang tidak sama dengan dirinya sebelum dia menunaikan solat. Dia telah masuk ke
dalam acara baru dalam kehidupannya. Dia akan memasuki pertarungan hidup dengan wajah yang
baru, dengan semangat dan bekalan yang baru.
Selesai membaca doa iftitah, insan yang menunaikan solat akan meneruskan solatnya dengan
membaca surah al-Fatihah yang menjadi Ummul Kitab dan intisari kandungan al-Quran seluruhnya.

31

R a h s i a S o l a t . c o m | 32

Para fuqahak menyusun di dalam kitab-kitab mereka bahawa adalah menjadi sunnah dan sunat
meminta perlindungan pada Allah daripada syaitan yang direjam ketika hendak memulakan bacaan
al-Quran termasuk ketika menunaikan solat. Meminta perlindungan ini dinamakan dalam istilah
fiqah sebagai taawwuz

Oleh itu insan yang menunaikan solat meneruskan solatnya dengan meminta perlindungan pada
Allah daripada syaitan yang direjam dan yang sentiasa berusaha menghalang manusia daripada jalan
32

R a h s i a S o l a t . c o m | 33

yang lurus. Dia membaca (


) Aku berlindung pada Allah daripada
syaitan yang direjam. Dia meminta daripada Allah agar melindunginya daripada syaitan yang
tugasnya ialah menghalang manusia daripada mengikut jalan yang lurus. Jalan yang lurus ialah jalan
pengabdian diri kepada Allah.
Meminta dilindungi daripada angkara syaitan merangkumi meminta diselamatkan daripada
disesatkan oleh suara dan tentera syaitan sebagaimana yang diperingatkan oleh Allah dalam surah
al-Israk:

Maksudnya:
Dan perdayakan mereka dengan menggunakan suara engkau dan tawanlah mereka dengan
tentera-tentera engkau.
(al-Israk: 64)
Dengan meminta perlindungan daripada syaitan, bermakna insane ini juga meminta perlindungan
daripada segala bentuk dan perkara yang boleh menghalangnya daripada mengikut jalan yang lurus
samada yang bernama syaitan atau yang tidak bernama syaitan.
Insan yang menunaikan solat dan membaca taawwuz memohon daripada Allah agar melindungi kita
daripada musuh yang tidak nampak oleh mata kasar, tetapi bahayanya adalah berlipat kali ganda jika
dibandingkan dengan musuh yang nampak oleh mata kasar.
Insan yang menunaikan solat dan membaca taawwuz meminta dijauhkan daripada anasir jahat yang
tidak pernah berputus asa dan tidak mengenal penat dalam menyesatkan manusia daripada jalan
agama yang lurus. Musuh ini ialah musuh yang sentiasa menghasut manusia supaya meninggalkan
yang wajib dan melakukan yang haram. Sebelum itu musuh ini mempersediakan jiwa manusia untuk
meninggalkan yang wajib dengan membiasakannya meninggalkan yang sunat. Dalam
mempersediakan jiwa manusia supaya melanggar yang dilarang pula musuh ini membiasakan
manusia melakukan perkara yang makruh.
Oleh kerana bahaya musuh ini yang amat tinggi dan kesannya kepada manusia yang amat
mendalam, maka di dalam solat kita sangat digalakkan membaca
) aku berlindung pada Allah daripada syaitan yang direjam.
Meminta dilindungi atau minta dijauhkan menunjukkan kita tidak suka dan kita benci kepada
sesuatu perkara. Begitu juga di dalam solat, kita meminta dijauhkan dan dilindungi daripada syaitan
dan kerja-kerja yang dilakukannya. Dengan itu bermakna kita telah meminta perlindungan pada
Allah daripada perkara-perkara yang boleh mendekatkan syaitan kepada kita.
33

R a h s i a S o l a t . c o m | 34
Setelah kita meminta perlindungan pada Allah maka kita perlu berusaha menjauhkan perkaraperkara yang boleh menjinakkan dan mengaktifkan syaitan dalam menyesatkan kita. Oleh sebab itu
dalam ayat lain Allah memberitahu dan mengajar kepada orang-orang beriman bahawa apabila
dirasai hasutan syaitan maka hendaklah berdoa dengan doa berikut:

Maksudnya:
Wahai Tuhanku, aku berlindung pada Engkau daripada hasutan atau sentuhan syaitan dan
aku berlindung pada Engkau daripada kehadirannya.
(al-Mukminun: 97-98)
Adalah kurang bermakna jika kita meminta perlindungan pada Allah daripada syaitan sedangkan
dalam waktu yang sama kita masih lagi melakukan perbuatan atau tindakan yang boleh
mendekatkan syaitan kepada kita.
Kita meminta Allah melindungi kita daripada syaitan ketika di dalam solat dan ketika hendak
membaca ayat-ayat al-Quran iaitu al-Fatihah. Membaca ayat al-Quran adalah amalan yang baik.
Mengapa kita perlu minta perlindungan daripada syaitan? Kita tetap perlu meminta perlindungan
pada Allah daripada syaitan walaupun ketika hendak membaca al-Quran kerana dalam menyesatkan
manusia dan menghalangnya daripada mengikut jalan Islam yang lurus, syaitan tidak mengira
tempat dan masa atau situasi.
Syaitan akan berusaha merosakkan insan sekalipun ketika insane melakukan ibadah kepada Allah.
Sekiranya ketika insan melakukan ibadah pun syaitan berusaha menyesatkan mereka, maka apatah
lagi ketika insan melakukan kerja-kerja biasa. Keinginan melakukan amalan baik juga akan cuba
dihalang oleh syaitan supaya orang yang hendak melakukannya tidak jadi melakukannya.

Di dalam solat yang kita tunaikan kita membaca taawwuz (


)
meminta Allah melindungi kita daripada syaitan apabila kita hendak membaca al-Quran. Membaca
al-Quran adalah antara amalan paling utama selain daripada solat dan jihad.
Kalau hendak membaca al-Quran kita disunatkan supaya membaca taawwuz, maka apatah lagi
ketika hendak melakukan amalan-amalan kebaikan yang lain.
Kita meminta perlindungan daripada Allah yang telah menjadikan manusia, jin dan syaitan. Kita
meminta perlindungan pada Allah yang mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk yang telah
diciptakannya termasuk kita. Kita meminta perlindungan pada Allah yang mengetahui sifat-sifat dan
menguasai syaitan. Syaitan hanya boleh bertindak dengan keizinanNya. Syaitan hanya boleh
menghasut, mengusik dan menyesatkan manusia hanya dengan izin Allah. Allah-lah yang telah
memberikan ruang seluas-luasnya kepada syaitan untuk menyesatkan manusia dengan
34

R a h s i a S o l a t . c o m | 35
menggunakan tentera-tenteranya yang berbagai bentuk. Kebenaran ini telah dinyatakan oleh Allah
dalam surah al-Isra:

Maksudnya:
Pergilah kamu menghasut dan menggoda manusia. Barang siapa yang mengikut engkau
dari kalangan jin dan manusia maka balasannya yang setimpal ialah api neraka jahannam.
Perdaya dan hasutlah mereka dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu
yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut campurlah
dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah
mereka (dengan janji-janjimu). padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu
melainkan tipu daya semata-mata. Sesungguhnya hamba-hambaKu kamu tidak ada kuasa
ke atas mereka dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.
(Isra: 63-65)
Dengan membaca taawwuz kita meminta daripada Allah agar Dia menjadi penjaga kita daripada
hasutan dan godaan syaitan. Sesungguhnya doa yang dibaca dengan bersungguh dan yakin diterima
oleh Allah, akan diterima dan dimaqbulkan oleh Allah.
Apabila Dia memasukkan kita ke dalam hamba-hambaNya, maka syaitan tidak akan dapat berbuat
apa-apa lagi ke atas kita. Itulah Allah yang Maha Berkuasa yang akan melindungi hamba-hambaNya
daripada hasutan dan gangguan syaitan terutama hambaNya yang meminta perlindungan
daripadaNya.
Setelah meminta perlindungan pada Allah daripada gangguan, hasutan dan perdayaan syaitan, insan
yang menunaikan solat memulakan bacaan al-fatihah dengan membaca basmalah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

35

R a h s i a S o l a t . c o m | 36
Setelah meminta perlindungan daripada syaitan, kita juga perlu memulakan amalan yang hendak
kita lakukan dengan menyebut nama Allah bagi memastikan kita berterusan mempunyai hubungan
dengan Allah. Hubungan yang berterusan tanpa terputus walau seketika adalah salah satu ciri
kecintaan yang amat tinggi dan keikhlasan yang bersih kepada Allah. Dengan hubungan yang
berterusan dan keikhlasan, pengabdian diri kepada Allah dapat direalisasikan dengan sebenar.
Insan yang menunaikan solat memulakan bacaan al-Fatihah dengan basmalah. Solat adalah lambang
atau simbol bagi seluruh kehidupan insan. Maka begitu juga sepatutnya kita memulakan segala
amalan dan kerja dalam kehidupan di dunia ini dengan nama Allah, bukan dengan nama-nama yang
lain. Memulakan kerja dengan basmalah bermakna kita melakukan kerja tersebut kerana ia
diperintah dan dibenarkan oleh Allah, mengharapkan keredhaan dan syurga Allah dan melakukannya
menepati kehendak dan peraturan yang telah digariskan dalam syariat Allah.
Memulakan amalan dengan nama Allah akan memastikan ia dilakukan dengan ikhlas dan tulus hanya
keranaNya, bukan kerana yang lain. Amalan yang dilakukan tulus ikhlas hanya kerana Allah akan
mendapat ganjaran kebaikan daripadaNya. Rasulullah s.a.w mengingatkan kita betapa pentingnya
memulakan amalan atau kerja dengan nama Allah. Kerja yang tidak dimulakan dengan nama Allah
akan terputus ganjaran kebaikannya. Sabda baginda yang bermaksud:
Setiap amalan yang dilakukan tanpa dimulakan dengan menyebut nama Allah (basmalah)
maka ia adalah terputus ganjarannya.
Malah kadang-kadang amalan yang tidak dimulakan dengan nama Allah adalah menjadi habuan
musuh manusia iaitu syaitan.
Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa sesiapa yang makan tidak menyebut nama Allah maka
syaitan akan mendapat habuan daripada makanan yang dimakannya. Membaca basmalah bermakna
kita menyebut nama Allah, kita memulakan kerja dengan namaNya.
Mengapa penting kita menyebut nama Allah? Jawapannya ada dalam ayat pertama surah al-Fatihah
yang akan dibaca selepas basmalah.

Setelah kita tekad hendak berhubung dengan Allah secara berterusan tanpa terputus walau sesaat
pun, maka kita juga perlu menyedari bahawa dalam kehidupan kita di dunia ini segala gerak hati,

36

R a h s i a S o l a t . c o m | 37
tutur kata oleh lidah dan perbuatan yang dilakukan oleh anggota hanya berlaku dengan izin Allah
dan menepati qadar yang telah ditetapkannya.
Kita sebagai manusia hanya merancang dan berusaha untuk melakukannya. Setiap keizinan yang
diberikan oleh Allah kepada kita untuk melakukan sesuatu perbuatan atau perlakuan adalah
bertujuan mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan bagi kita samada cepat atau lambat.
Oleh itu adalah selayaknya kita hanya mempersembahkan kesyukuran dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Allah.
Dengan itu lidah kita melafazkan (alhamdulillah) segala puji bagi Allah. Selain daripada pujian
tidak ada kalimah lain yang layak kita ucapakan kepadaNya. Allah tidak layak diberikan umpatan,
kutukan, ungkitan, komentar atau rungutan terhadap segala yang telah ditetapkanNya. Kalimah yang
layak bagiNya hanyalah kalimah pujian (alhamdulillah)kerana segalagalanya adalah untuk kebaikan
kita di dunia dan di akhirat. Segala yang diperintahkan kepada kita supaya melakukannya adalah
untuk mendatangkan manfaat kepada kita. Manakala segala larangan yang kita ditegah daripada
melakukannya adalah bagi menjauhkan sebarang mudarat menimpa kita.
Bukan qadar dan keizinan yang diberikan kepada kita satu-satunya sebagai sebab kita perlu
bersyukur kepada Allah. Malah yang lebih daripada itu ialah penciptaan segala-galanya yang ada di
bumi dan di langit (ringkasnya di alam) ini bagi tujuan kegunaan manusia sudah pasti satu sebab lagi
yang memaksa kita secara spontan melafazkan ucapan syukur kepada Allah alhamdulillah segala
puji bagi Allah.
Apabila dikenangkan pula dalam fikiran dan penghayatan kita, untuk bergerak menunaikan solat
yang sedang kita tunaikan juga tidak akan dapat dilakukan melainkan dengan izin dan taufik daripada
Allah. Berapa ramai orang yang sedang sibuk dengan kerja-kerja lain tanpa menunaikan solat.
Sekiranya kita berjaya menunaikan solat di awal waktu, ramai lagi orang yang masih belum
menunaikan solat dan melewat-lewatkannya ke akhir waktu.
Kita dipilih oleh Allah disebabkan natijah usaha dan amal kita sebelum ini untuk menunaikan solat di
awal waktu dan secara berjemaah. Ini adalah satu nikmat yang diberikan kepada kita melalui rahmat
Allah yang amat luas dan meliputi segala sesuatu. Nikmat ini perlu dibalas dengan rasa dan ucapan
syukur yang kita lafazkan dengan kalimah alhamdulillah segala puji bagi Allah.
Lafaz puji dan syukur yang kita lafazkan juga diberikan kepada Allah yang telah menciptakan sekelian
alam untuk kegunaan kita. Dia telah memudahkan kita untuk mengurus dan menggunakan alam di
sekeliling bagi manfaat dan kepentingan kita. Rezeki yang kita makan, peralatan yang kita gunakan
dan udara yang kita sedut adalah sebahagian daripada alam yang dicipta dan diurus oleh Allah.
Allah bukan sahaja menciptakan alam yang fizikal. Malah Dia juga turut mencipta alam rohani atau
spiritual. Di samping mencipta tubuh badan manusia dengan kepelbagaian anggota dan pancaindera
yang boleh ditariknya semula pada bila-bila masa, Dia juga menjadikan hawa nafsu dan keinginan di
dalam diri kita.
Dia menjadikan keinginan melakukan kebaikan dan keinginan melakukan kejahatan. Dia
menunjukkan kepada kita dua jalan iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan, jalan petunjuk dan jalan

37

R a h s i a S o l a t . c o m | 38
kesesatan. Kita pula dibebaskan untuk mengikut mana-mana jalan yang kita pilih berdasarkan
bekalan iman dan taqwa daripada kita serta hidayah dan taufiq daripada Allah.
Kita bebas memilih jalan yang hendak diikuti. Inilah sistem yang telah ditetapkan oleh Allah untuk
melihat samada insan Berjaya memilih kebaikan atau sebaliknya. Keupayaan untuk memilih kebaikan
terhasil dengan usaha insan melakukan amalan kerohanian yang telah difardhukan, antaranya ialah
solat. Manakala kegagalan memilih kebaikan, sebaliknya memilih kejahatan juga adalah natijah
tindakan insan yang tidak berusaha melakukan ibadah dengan bersungguh. Apabila insan gagal
memilih kebaikan, sebaliknya memilih kejahatan bermakna dia telah menzalimi dirinya sendiri
kerana dengan kejahatan manusia dibalas dengan dosa yang akan menambah jauh lagi hubungannya
dengan Allah. Oleh itu adalah penting manusia memahami konsep Maha Pemurah dan Maha
Penyayang yang ada pada Allah.

Sebentar tadi insan yang menunaikan solat telah memanjatkan segala jenis pujian kepada Allah yang
telah menjadikan seluruh alam untuk kegunaan kita sebagai manusia. Allah berikan kebebasan
kepada kita untuk menggunakannya ke jalan kebaikan atau ke jalan kejahatan. Tidak ada penghalang
daripada pihak Tuhan yang akan menghentikan pergerakan kita apabila kita hendak menggunakan
alam ke arah kejahatan. Begitu juga tidak ada anugerah duniawi yang segera datang daripada Allah
apabila kita menggunakan alam ini ke arah kebaikan.
Natijah yang pasti berlaku apabila kita menggunakan alam ke arah kebaikan ialah kita sendiri yang
akan mendapat faedah dan manfaatnya dalam menjalan kehidupan duniawi samada kita lakukannya
kerana dunia atau kerana Allah. Sekiranya kebaikan itu dilakukan kerana Allah, natijahnya akan
berganda dengan menerima anugerah daripadaNya di dunia dan di akhirat.
Begitu juga kalau kita menggunakan alam ini ke arah kejahatan, natijahnya ialah kita sendiri akan
merasakan akibat atau kesan daripada kejahatan yang kita lakukan. Inilah yang dimaksudkan oleh
Allah dalam firmanNya yang menyatakan bahawa kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah
kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi
seseorang pun, tetapi manusia jahat itulah sendiri yang menzalimi diri sendiri. Firman Allah:

Maksudnya:
38

R a h s i a S o l a t . c o m | 39
Telah zahirlah kerosakan di daratan dan di lautan akibat kejahatan yang dilakukan oleh
tangan-tangan manusia.
(Rum: 41)
Kebebasan memilih dan melakukan perkara baik atau jahat dengan menggunakan alam inilah yang
kita ulang-ulang setiap hari dengan menyebut kalimah Ar-Rahman yang bermakna Maha Pemurah.
Pemurah Allah ialah membentangkan dunia kepada sesiapa sahaja samada orang baik, orang jahat,
orang Islam, orang kafir, orang munafiq, orang fasiq, orang bersyukur atau orang kufur. Ini kerana
dunia tidak ada nilai di sisi Allah kecuali yang digunakan bagi mengabdikan diri kepadaNya.
Rasulullah s.a.w menyebut sekiranya dunia menyamai nilai sebelah kepak nyamuk nescaya Allah
tidak akan memberikannya walau sedikit kepada orang kafir.
Peraturan atau qadar Ar-Rahman dalam kancah dunia ialah siapa yang berfikir, merancang, berazam,
berusaha dan bersungguh-sungguh dalam usahanya maka dia akan memperoleh segala habuan
dunia yang dihajatinya kecuali sesuatu yang hikmahnya hanya diketahui oleh Allah yang Maha
Mengetahui perkara dahulu dan kemudian, zahir dan batin. Orang jahat yang berfikir, merancang
dan melaksanakan bersungguh-sungguh kerjanya akan mendapat apa yang mereka ingini. Lebihlebih lagi orang baik yang bersungguh-sungguh dalam kerja yang dilakukannya sudah pasti akan
memperoleh perkara yang hendak dicapainya dengan izin Allah.
Orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tidak menunaikan solat, tidak berpuasa, tidak
membayar zakat dan tidak menunaikan haji, jika mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam
sesuatu pekerjaan yang diceburi akan memperoleh kejayaan. Inilah reality yang kita saksikan di
dunia sekarang ini. Orang-orang kafir berusaha bersungguh-sungguh, dan sekarang mereka
menguasai segala-galanya di dunia. Mereka mempunyai kekuatan duniawi yang tidak dapat disaingi
oleh sesiapa pun. Mereka memiliki kekuatan senjata dan harta benda yang melebihi kekuatan umat
Islam.
Sebaliknya, orang Islam yang menunaikan solat, berpuasa, menunaikan zakat dan haji, tetapi malas
dan tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam urusan duniawi, dalam membina kekuatan diri,
maka kita dapat saksikan mereka dihina dan dipermainkan oleh orang kafir di mana sahaja di atas
pelusuk muka bumi ini. Kita tidak perlu hairan dengan suasana yang berlaku ini, kerana itu adalah
peraturan Al-Rahman, siapa yang berusaha akan beroleh perkara duniawi yang dihajatinya.
Peraturan Ar-Rahman menetapkan bahawa orang yang memilih untuk melakukan dosa dan maksiat
maka dia akan dapat melakukannya. Begitu juga orang yang memilih untuk melakukan amalan yang
mendatangkan ganjaran pahala, maka dia dapat melakukannya melalui usahanya sendiri.
Oleh itu Allah telah menetapkan peraturan lain selain daripada peraturan Ar-Rahman ini iaitu
sesiapa yang melakukan kerja kebaikan maka dia akan beroleh ganjaran daripada amalan kebaikan
yang dilakukannya itu. Sesiapa yang melakukan amalan kejahatan akan beroleh balasan dosa yang
mengakibatkan azab di akhirat dan kemungkinan di dunia. Peraturan ini dijelaskan oleh Allah dalam
firmanNya di penghujung surah al-Baqarah:

39

R a h s i a S o l a t . c o m | 40

Maksudnya:
Bagi setiap jiwa ganjaran kebaikan bagi amalan kebaikan yang dilakukannya dan balasan
azab bagi kejahatan yang dilakukannya.
(Al Baqarah: 286)
Memang kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan pilihan yang tidak menepati
kehendak Allah dalam system taklifNya. Kita bukan rasul yang terpelihara daripada melakukan dosa.
Allah memberi pilihan kepada kita lima bentuk hukum, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Kadang-kadang kita tertinggal yang wajib dan terbuat yang haram. Kita melakukannya kerana kita
memilih untuk melakukannya samada pilihan kita itu secara terancang atau tidak terancang. Namun
apabila kita telah melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib bermakna kita telah
melakukan dosa yang layak dibalas dengan api neraka di akhirat kelak selain daripada kesannya
dalam kehidupan di dunia.
Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa apabila kita terbuat perkara haram atau tertinggal perkara
wajib, kerana ia berlaku akibat kelemahan sistem ketahanan yang ada dalam diri kita. Sebab sistem
ketahanan kita lemah ialah berpunca daripada diri kita kerana kita tidak berhati-hati dan tidak
berusaha bersungguh-sungguh memperkuatkan diri melalui sistem kerohanian yang telah digariskan
oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah s.a.w. Antara sistem kerohanian ini ialah ibadah solat.
Namun dosa yang kita lakukan disebabkan kelemahan diri kita sendiri itu tidak boleh menyebabkan
kita menjadi putus asa daripada mendapat rahmat Allah. Ini kerana di samping sistem Al-Rahman
yang memberi pilihan kepada kita, Allah juga mempunyai sistem Al-Rahim yang hanya diberikan
kepada orang-orang beriman. Al-Rahim bermaksud Tuhan yang Maha Mengasihi. Allah hanya
mengasihi orang-orang yang beriman kepadaNya. Al-Rahim tidak meliputi orang-orang kafir,
munafiq dan fasiq yang melakukan dosa beserta sikap takabbur dan meninggi diri daripada
bertaubat dan meminta ampun daripada Allah.
Sifat mengasihani yang dimiliki oleh Allah membuatkan Dia mengampunkan dosa hamba-hamba
yang dikasihinya walau dosa itu sebanyak buih di lautan atau sebanyak bijian pasir di padang pasir
yang luas. Dengan sifat rahim ditambah dengan sifat al-ghafur yang ada pada Allah membuatkan
Dia lebih gembira melihat hambaNya bertaubat daripada dosa berbanding gembira seorang yang
kehilangan kenderaan tunggangan yang membawa bekalannya dipadang pasir lalu menjumpainya
semula. Paduan sifat ghafur dan rahim pada Allah membuatkan Dia mewahyukan kepada NabiNya
Muhammad s.a.w supaya memberitahu kepada umatnya bahawa orang yang bertaubat daripada
dosanya adalah umpama orang yang langsung tidak mempunyai dosa.
Apabila memahami sistem rahim Allah ini, maka sudah pasti kita yang sedang menunaikan solat
dan membaca ayat ini segera mengakui, menyedari dan menginsafi segala dosa yang telah kita

40

R a h s i a S o l a t . c o m | 41
lakukan. Kita wajib meminta ampun daripada Allah dan meyakini bahawa Dia akan mengampunkan
segala dosa yang telah kita lakukan.
Bagi merealisasikan sistem rahimNya ke atas hamba-hambaNya yang dikasihi, maka Allah telah
mengutuskan para rasul dan nabi untuk menyampaikan risalahNya. Para rasul telah berusaha
bersungguh-sungguh dengan tenaga insani yang ada pada mereka disokong oleh tenaga samawi
untuk menyampaikan risalah kepada manusia.
Mereka telah menyampaikan risalah kepada seluruh manusia tanpa mengira muslim atau kafir dan
setelah itu mereka membimbing manusia yang beriman sahaja ke jalan kesempurnaan dan
keselamatan.
Mereka membimbing manusia ke jalan hidup di dunia sebagai jambatan menuju ke akhirat. Mereka
membimbing manusia muslim dan beriman bahawa dunia ini adalah tempat bercucuk tanam dan
akhirat adalah tempat menunai hasil. Mereka telah membimbing manusia beriman dan
memberitahu mereka bahawa hidup di dunia ini adalah satu peperiksaan yang natijah dan
markahnya akan dapat dilihat di hari akhirat kelak. Mereka memberitahu orang-orang beriman
bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara, sedangkan kehidupan yang kekal abadi adalah di
akhirat samada di dalam syurga atau di dalam neraka. Mereka memberitahu manusia beriman
bahawa nilai akhirat langsung tidak menyamai walaupun sedikit nilai dunia.
Justeru itu usaha perlu ditumpukan kepada mengejar nilai akhirat tanpa melupakan peralatan yang
diperlukan ketika melintasi dunia.
Para rasul yang terangkum dalam sistem rahim Allah memberitahu manusia beriman bahawa
akhirat adalah suatu yang pasti berlaku, tidak ada keraguan lagi dan manusia pasti berdepan
dengannya.
Firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya hari akhirat pasti akan datang tanpa ada keraguan.
(Al-Kahfi: 21)
Justeru itu, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada mengingati, beringat dan diperingatkan
tentang akhirat. Maka sistem keadilan Allah menetapkan bahawa manusia muslim beriman mesti
diperingatkan paling kurang 17 kali sehari semalam tentang hari akhirat sebagai tempat perhitungan
dosa dan pahala, kufur dan iman, taat dan maksiat. Hakim yang akan menjalankan perhitungan dan
penghakiman yang Maha Adil iaitu Allah Taala Rabbul Jalil sebagai Penguasa Mutlak hari akhirat.

41

R a h s i a S o l a t . c o m | 42

Hari akhirat pasti akan berlaku dan Allah adalah Penguasa Mutlak hari tersebut. Mahu tidak mahu
kita pasti akan menempuh dan mengharungi atur cara yang telah disusun dengan rapi dan terperinci
oleh Allah sebagai Penguasa Mutlak pada hari tersebut. Tidak ada seorang manusia pun yang
terselamat daripada menempuh hari yang sangat dahsyat ini.
Hari ini adalah hari orang-orang beriman menuai hasil kerja baik yang telah dilakukannya ketika di
dunia dahulu. Hari ini juga adalah hari penuh penyesalan bagi orang yang lalai, leka tanpa melakukan
kerja dan amal yang boleh menjamin kesejahteraannya di hari yang sedang dihadapinya itu.
Ada beberapa noktah penting yang perlu dilintasi oleh fikiran orang yang sedang menunaikan solat
dan membaca ayat Tuhan
Penguasa Mutlak hari akhirat:
Hari itu adalah hari perhitungan terhadap kerja-kerja yang dilakukan di dunia samada kecil atau
besar. Semuanya akan dibentangkan di dalam kitab amalan secara terperinci. Padahari itu orangorang yang melakukan dosa tanpa bertaubat akan terperanjat dan berkata apakah kitab ini yang
tidak ada satu amalan kecil atau besar melainkan dihitung dan disenaraikannya. Sesiapa yang
melakukan kerja baik walau sekecil mana akan dapat melihatnya, dan sesiapa yang melakukan kerja
jahat walau sekecil mana akan dapat melihatnya untuk dihitung.
Tidak ada sistem pertolongan dan bantuan sesama manusia kecuali syafaat daripada Nabi
Muhammad s.a.w bagi orang yang layak menerimanya. Ketika dipadang mahsyar setiap orang akan
lari daripada ibu, bapa, adik beradik, isteri dan kaumnya. Masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing. Dalam ayat lain Allah menjelaskan ialah hari yang seseorang tidak akan dapat
memberi pertolongan kepada seorang yang lain kecuali dengan izin Penguasa hari tersebut. Pada
hari itu segala urusan dan pentadbiran adalah milik Allah yang bersifat Maha Esa dan Maha Perkasa
tindakannya.
Ada neraka yang azabnya tidak terhingga menanti orang-orang mukmin yang melakukan dosa
tetapi tidak bertaubat dan tidak diampunkan dosanya oleh Allah.
Ada syurga yang penuh nikmat menunggu orang-orang beriman yang berusaha melakukan kerjakerja baik dengan ikhlas ketika di dunia.
Semua acara ini akan berjalan mengikut aturcara yang telah disusun oleh pemilik mutlak pentas iaitu
Allah Taala. Tidak ada seorang yang berupaya campur tangan dalam urusan hari perhitungan ini.

42

R a h s i a S o l a t . c o m | 43
Segala-galanya ada di tangan Allah yang Maha Perkasa, Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Milik mutlak
adalah kepunyaan Allah dalam menghisab amalan manusia. Milik mutlak kepunyaan Allah dalam
memberikan keampunan ketika hisab di jalankan.
Milik mutlak kepunyaan Allah dalam mencampakkan manusia berdosa ke dalam api neraka. Milik
mutlak kepunyaan Allah dalam memasukkan manusia taat ke dalam syurga. Milik mutlak kepunyaan
Allah dalam menyiksa dan mengampunkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya tanpa ada sesiapa
yang boleh menghalang atau campur tangan dalam urusanNya. Firman Allah:

Maksudnya:
Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya dan mengazab sesiapa yang
dikehendakinya.
(al-Baqarah: 284)
Di dalam tafsir Naisaburi ada disebut berkenaan keistimewaan kandungan surah al-Fatihah ini. Kata
Naisaburi: Sesungguhnya di dalam surah al-Fatihah ada mengandungi lima nama-nama Allah iaitu arRabb, ar-Rahman, ar-Rahim, dan al-Malik. Seolah-olah Allah hendak berkata: Aku telah menjadikan
kamu, maka Aku adalah Allah.
Aku telah menjaga dan mengurniakan kepada kamu berbagai jenis nikmat maka aku adalah Rabb.
Kemudian kamu mengingkari perintah-perintah Aku tetapi Aku telah menutup kesalahan kamu,
maka Aku adalah ar-Rahman. Kemudian kamu telah bertaubat kepada Aku lalu Aku mengampunkan
kamu, maka Aku adalah ar-Rahim. Kemudian Aku memberi pembalasan terhadap pekerjaan yang
kamu telah lakukan, maka Aku adalah Pemilik dan Penguasa mutlak hari akhirat.

Kalau begitu keadaannya wahai Tuhanku, Engkau bebaskan kami melakukan apa sahaja di atas muka
bumi ini. Engkau bebaskan kami untuk buat baik. Engkau bebaskan kami untuk buat jahat. Tetapi
baik dan jahat yang kami lakukan tidak terhenti hanya di dunia tempat kami hidup ini, malah ia akan
43

R a h s i a S o l a t . c o m | 44
Engkau hitung satu persatu di hari akhirat kelak yang Engkau sebagai Penguasa Mutlaknya. Engkau
bentangkan segala yang kami lakukan ketika di dunia ini untuk menerima ganjaran atau balasan yang
adil.
Ganjaran dan balasan yang engkau berikan pada hari itu adalah muktamad, tidak boleh dibuat
rayuan lagi. Mulut kami akan terkunci, tangan kami akan bercakap memberi keterangan dan kaki
kami akan menjadi saksi ke atas segala yang kami lakukan. Pada hari itu juga tidak ada gunanya lagi
penyesalan dan kami tidak dapat menebus diri walau dengan segala yang ada di dunia ini bagi
melepaskan diri daripada azabMu.
Kalau begitu keadaannya, kami tidak punya pilihan wahai Allah melainkan memilih jalan
mengabdikan diri kepada Engkau ketika hidup di dunia ini. Kami mesti memahami bahawa dunia
adalah jambatan untuk menyampaikan ke akhirat. Dunia adalah pentas amal, akhirat adalah pentas
ganjaran. Kami mesti melintasi dunia dengan mengerjakan amalan-amalan yang boleh kami
persembahkan kepada Engkau sebagai ibadat dan pengabdian diri yang tulus.
Maka dengan itu kami melafazkan ikrar di hadapan Engkau wahai Allah bahawa selagi kami berupaya
Kami akan mengabdikan diri kepada Engkau hanya pada Engkau kami akan abdikan diri ketika hidup
di dunia ini. Kami tidak mengabdikan diri kepada perkara-perkara lain. Kami tidak akan mengabdikan
diri kepada hawa nafsu.
Kami tidak akan mengabdikan diri kepada keinginan duniawi. Kami tidak akan mengabdikan diri
kepada syaitan yang menyesatkan. Kami tidak akan mengabdikan diri kepada sesiapa selain daripada
Engkau.
Dengan ikrar kami
hanya pada Engkau kami abdikan diri maka kami berjanji dan
berazam akan melakukan kerja dan amal di dunia hanya bagi mengabdikan diri kepada Engkau.
Dengan itu kami akan memastikan segala kerja kami adalah menepati perintah Engkau. Kami akan
melaksanakan apa sahaja yang Engkau perintahkan kepada kami walaupun berat bagi kami
melaksanakannya kerana kami tahu ia akan mendatangkan kebaikan kepada kami. Kami akan
meninggalkan segala larangan yang Engkau larang kami kerana kami tahu ia pasti mendatangkan
kemudaratan kepada kami. Kami tidak akan membuat pilihan selain daripada ketetapan yang telah
Engkau tetapkan bagi kami kerana kami tahu bahawa Engkau adalah Maha Mengetahui akan segalagalanya.
Dengan ikrar hanya pada Engkau kami abdikan diri kami berjanji akan menjadikan semua aktiviti
hidup kami di dunia ini samada yang kecil mahupun yang besar, samada ibadah khusus yang engkau
syariatkan atau kerja-kerja kami mencari rezeki dan membangunkan bumi untuk kemudahan hidup
kami, akan kami pastikan menepati syariat yang telah Engkau turunkan kepada kami. Segala yang
kami lakukan itu akan kami bawa menghadap Engkau lima kali setiap hari apabila kami datang
menunaikan solat. Kami berazam wahai Allah untuk selamat di hari akhirat kelak segala urusan
peribadi, keluarga, masyarakat dan negara yang kami lakukan akan mematuhi perintah dan larangan
yang telah engkau tetapkan.
Tetapi wahai Allah, kami juga mengadu kepada Engkau bahawa bukan suatu yang mudah bagi kami
untuk merealisasikan janji dan azam kami ini walaupun kami berusaha melakukannya. Terlalu

44

R a h s i a S o l a t . c o m | 45
banyak halangan dan cabaran yang berada di hadapan kami dalam melaksanakan pengabdian diri
kepada Engkau wahai Allah. Kami berdepan dengan hawa nafsu di dalam diri kami.
Kami berdepan dengan iblis dan syaitan yang berhempas pulas menghalang kami dari mengabdikan
diri kepada Engkau. Kami berdepan dengan manusia dan jin jahat yang menjadi tentera iblis bagi
memesongkan kami dari jalan lurus mengabdikan diri kepada Engkau. Kami berdepan dengan
kelemahan di dalam diri kami dan serangan luaran yang hendak memastikan kami rosak dan beroleh
siksa di akhirat kelak.
Cabaran dan halangan ini tidak dapat kami buang dan kami tidak dapat melarikan diri daripada
menghadapinya kerana ia adalah peraturan yang telah Engkau buat terhadap kami dalam
mengharungi kehidupan dunia menuju ke akhirat kepunyaan Engkau. Cabaran-cabaran itu juga
adalah makhluk yang Engkau jadikan dan berada di bawah kekuasaan Engkau sebagaimana kami
berada di bawah kekuasaan Engkau. Tidak ada kuasa dan upaya bagi kami melainkan yang Engkau
benarkan kami lakukannya. Begitu juga cabaran-cabaran itu tidak punya apa-apa kuasa ke atas kami
melainkan kuasa yang Engkau berikan kepadanya.
Oleh itu wahai Allah, untuk kami hidup di dunia ini dengan selamat berada di atas jalan yang lurus,
dan seterusnya kami selamat ketika berdepan dengan Engkau di padang mahsyar kelak dengan
mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat, untuk kami selamat tinggal di dalam syurga,
selamat daripada azab siksaan api neraka, maka tidak ada tempat lain yang sepatutnya kami
meminta tolong melainkan pada Engkau wahai Allah.

Hanya pada Engkau kami meminta pertolongan bagi menyelamatkan kami daripada siksaan api
neraka. Hanya pada Engkau kami minta tolong supaya memasukkan kami ke dalam syurga tempat
yang paling selamat secara kekal buat selama-lamanya. Untuk selamat daripada tergelincir ke
lembah larangan Engkau di dunia, untuk selamat daripada siksaan api neraka Mu di akhirat, untuk
selamat kami menunaikan segala perintah Mu di dunia, untuk selamat kami masuk ke dalam syurga
Mu di akhirat, maka tidak ada tempat lain kami meminta tolong melainkan pada Engkau wahai Allah
yang Maha Mengetahui niat dan azam kami. Hanya pada Engkau tempat kami bergantung harap
menyelamatkan kami dari tergelincir ke simpang-simpang yang menyesatkan ketika melalui
kehidupan dunia menuju ke akhirat.
Mahu tidak mahu kami terpaksa bergantung kepada pertolongan Mu wahai Allah untuk selamat
daripada segala bentuk godaan dan ancaman musuh-musuh kami yang boleh menggugat niat dan
keazaman kami. Sesungguhnya kami dipenuhi dengan berbagai kelemahan, maka janganlah Engkau
45

R a h s i a S o l a t . c o m | 46
dedahkan diri kami kepada perkara yang tidak upaya kami tanggung. Janganlah engkau benarkan
godaan yang sukar kami lepasi datang menghalang perjalanan kami.
Janganlah engkau benarkan keazaman kami hendak mengabdikan diri kepada Engkau dirobek oleh
musuh-musuh yang pasti tidak membenarkan kami merealisasikan keazaman kami itu wahai Allah.
Kami telah berazam, kepada Mu juga kami bertawakkal. Oleh kerana kami telah berazam akan
melalui kehidupan dunia mengikut jalan yang Engkau redhai dengan mengabdikan diri kepada
Engkau tetapi jalan itu dipenuhi dengan cabaran dan rintangan yang boleh menyesatkan kami, maka
pandulah kami mengikut lorong yang selamat. Oleh itu wahai Tuhan, tunjukkanlah kami jalan yang
lurus.

Bimbinglah kami untuk mengikut jalan yang lurus. Peganglah tangan dan pimpinlah kami mengikut
lorong yang lurus dan jangan lepaskan tangan kami walaupun sekelip mata. Janganlah Engkau
biarkan kami memandu diri kami sendiri walaupun hanya buat waktu yang sebentar. Peganglah
tengkuk kami dan doronglah kami untuk mengikut jalan yang selamat di dunia dan jalan yang
menyelamatkan kami di akhirat kelak. Dirikanlah pagar yang kukuh di kiri kanan jalan yang Engkau
mahu kami ikut supaya kami tidak dapat menyimpang ke mana-mana dalam perjalanan kami di
dunia menuju ke akhirat.
Berilah kefahaman kepada kami terhadap petunjuk-petunjuk jalan yang engkau letakkan sepanjang
perjalanan kami menuju ke akhirat dan berilah kami kekuatan untuk mengikutnya.

TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS

Tunjukkanlah kami untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam segala aktiviti hidup
yang kami lalui.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mendekatkan diri kepada Engkau.
Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menunaikan ibadat-ibadat fardhu agar ia menepati cara
yang telah ditunjukkan oleh Rasul Engkau kepada kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan amalan-amalan sunat yang telah
diajarkan oleh Rasulullah kepada kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam kami membersihkan diri daripada dosa-dosa yang
kami telah lakukan.

46

R a h s i a S o l a t . c o m | 47

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mengamalkan zikir-zikir yang telah disunnahkan
oleh Rasul Engkau kepada kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ketika menuturkan perkataan samada dalam keadaan
suka atau benci.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menjalani kehidupan berkeluarga agar ia menjadi
ibadat yang Engkau berikan ganjaran syurga.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi anak
yang soleh dan mendoakan kami apabila kami telah mati kelak.
Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam
keluarga kami.
Tunjukkanlah kami jalan lurus dalam menjalani kehidupan berjiran dan bersosial di kalangan
ahli masyarakat.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam menyayangi dan membenci seseorang dalam
kehidupan bermasyarakat.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam memilih system pemerintahan dan pemimpin di
kalangan kami.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam usaha mengembangkan agama Islam di kalangan
orang Islam dan orang bukan Islam.
Tunjukkanlah jalan yang lurus dalam kami menjalani kehidupan di dunia ke arah kami
mendapat redha dan syurgaMu di akhirat kelak.

Tanpa petunjuk dan bimbingan daripada Engkau, kehidupan kami tidak akan terjamin selamat
berada di atas jalan yang lurus iaitu jalan yang telah Engkau pertontonkan modelnya kepada kami.
Jalan itu adalah jalan mereka yang sudah pasti Engkau telah dan akan berikan nikmat dunia, syurga
dan redhaMu kepada mereka.

Iaitu jalan para nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh yang telah memaparkan cara hidup
mengabdikan diri kepada Engkau.
Ini kerana hanya cara hidup yang telah mereka tunjukkan sahaja merupakan cara hidup di atas jalan
yang lurus dan cara hidup yang Engkau redhai. Hanya cara hidup yang mereka paparkan sahaja
47

R a h s i a S o l a t . c o m | 48
merupakan cara hidup orang yang mempraktikkan ikrar bahawa hidup dan mati mereka kerana
Allah. Hanya cara hidup mereka sahaja yang akan membawa kami ke syurga yang penuh nikmat.
Kami tidak ada pilihan lain melainkan mengikut cara hidup mereka sekalipun ia semakin dijauhkan
oleh manusia di zaman sekarang.
Berilah kami kekuatan jiwa dan iman untuk menjadikan golongan yang Engkau berikan nikmat
sebagai model yang kami turuti dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
Kurniakanlah kepada kami pengetahuan tentang cara hidup mereka dalam aktiviti hidup yang
mereka lakukan untuk kami jadikan sebagai ikutan dalam kehidupan yang kami harungi pada hari ini.
Jadikanlah kami sebagai orang yang mempertahankan cara hidup yang ditunjukkan oleh golongan
yang pasti Engkau kurniakan ganjaran syurga kepada mereka daripada kutukan dan ejekan orang
yang membenci dan memperlekehkan mereka.
Jadikanlah kami orang yang menghayati semangat iman dan agama yang ada dalam jiwa mereka
yang pasti beroleh nikmat daripada Engkau sekalipun cara hidup sedemikian dianggap janggal oleh
kebanyakan orang.

Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang telah diiikuti oleh mereka yang mendapat nikmat
kurniaanMu, bukan jalan mereka yang Engkau murkai disebabkan perbuatan-perbuatan yang
mereka lakukan. Lindungilah kami daripada jalan orang-orang yang Engkau timpakan kemurkaan ke
atas mereka di dunia atau di akhirat atau di dalam kedua-dua alam ini.
Jauhilah kami daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada
kemurkaanMu. Jauhilah kami daripada dipengaruhi atau didekati oleh orang-orang yang
menyebarkan kefahaman yang membawa kepada jalan yang Engkau murkai. Kami tidak akan
mengikut jalan orang yang dimurkai itu melainkan ada orang yang mengajak, menyeru atau
menekan kami supaya mengikut jalan tersebut. Janganlah Engkau bebankan ke atas kami tekanantekanan yang akhirnya menyebabkan kami mengikut jalan orang yang Engkau murkai.
Oleh itu jauhkanlah juga kami daripada dilingkungi oleh keadaan yang boleh menyebabkan kami
terjatuh ke jalan orang yang Engkau murkai. Demikian juga lindungi kami daripada dipimpin oleh
orang yang akan membawa kami ke arah jalan orang-orang yang Engkau murkai kerana pemimpin
yang sukakan jalan yang engkau murkai akan turut mengheret kami ke jalan tersebut.

48

R a h s i a S o l a t . c o m | 49
Jauhilah kami wahai Allah daripada jalan orang-orang yang Engkau murkai samada jalan orang-orang
Yahudi, Nasrani mahupun orang-orang mempunyai nama Islam tetapi melakukan perbuatanperbuatan yang jelas membawa kepada kemurkaan Engkau ke atas mereka.

Tunjukkanlah Kami wahai Allah jalan yang lurus iaitu jalan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin
yang istiqamah beriltizam dan berpegang dengan agama Islam dari awal hingga ke akhir hayat
mereka, bukan jalan orang-orang yang pada awalnya mengikut jalan yang lurus tetapi akhirnya
mereka menyimpang dan menyeleweng ke jalan kesesatan disebabkan punca-punca duniawi.
Ya Allah, jadikanlah ilmu yang ada pada kami sebagai pemandu ke arah jalan yang lurus, bukannya
sebagai punca kami lari dan menyimpang ke jalan kesesatan.
Perlihatkan kepada kami kebenaran sebagai kebenaran serta berilah kepada kami kekuatan untuk
mengikutnya. Perlihatkan juga kepada kami kebatilan sebagai kebatilan dan berilah kami kekuatan
untuk menjauhkan diri daripadanya.
Kami telah berazam hendak mengikut jalan agama Islam yang lurus. Oleh itu kekalkanlah kami di
atas jalan yang lurus hingga akhir hayat kami. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang
menyimpang daripada jalan kebenaran disebabkan perbuatan-perbuatan dosa yang kami lakukan.
Hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta perlindungan. Tidak ada tempat lain kami
meminta tolong kerana hanya Engkau sahaja Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mendengar serta
memperkenankan doa orang yang ikhlas meminta pertolongan daripada Engkau.
Oleh itu, perkenankanlah permintaan kami wahai Tuhan yang menguasai sekelian alam.

49

R a h s i a S o l a t . c o m | 50
Inilah permintaan, permohonan dan harapan yang sepenuhnya daripada seorang hamba yang serba
lemah dan bergantung sepenuhnya kepada kekuasaan Allah dalam membimbing dan memandunya
ke arah mengikut jalan yang lurus. Doa dan permintaan ini terkandung dalam surah al-Fatihah yang
dibaca berulang kali di dalam solat oleh setiap muslim yang menunaikan solat. Kalau dihitung secara
bernombor, setiap muslim mengulang doa dan permohonan ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali
sehari semalam apabila dia menunaikan solat fardhu lima waktu.
Sekiranya ia dibaca dengan penuh khusyuk dan penghayatan umpama orang yang kebuluran
meminta bantuan makanan daripada orang yang mempunyai bekalan makanan, maka ia akan
member kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Allah akan memberikan panduan dan
bimbingan dalam melakukan sesuatu tindakan supaya sentiasa menepati jalan syariatNya. Allah akan
mencampakkan ilham ke dalam dirinya untuk melakukan perkara kebaikan. Sebagaimana juga Allah
menyedarkannya apabila hendak melakukan amalan kejahatan lalu dia berhenti daripada
melakukannya atau segera bertaubat sekiranya telah melakukannya. Tidak mustahil juga Allah akan
menghalangnya daripada melakukan perkara yang membawa kepada kesesatan walaupun dengan
menimpakan kemalangan yang menyakitkannya.
Sebaliknya sekiranya doa dan permohonan ini dibaca secara tidak sedar atau lalai, dikhuatiri
kesannya ke dalam kehidupan harian tidak nyata. Oleh itu permintaan-permintaan yang amat
penting ini perlu dibaca dengan penuh kefahaman, kesedaran dan penghayatan.
Kemungkinan inilah yang dinamakan solat yang khusyuk. Permintaan ini perlu dihayati dengan
bersungguh-sungguh lebih daripada penghayatan anak meminta duit daripada bapa atau rakyat
meminta bantuan daripada kerajaan atau orang sakit meminta panduan rawatan daripada doktor.
Doa dan permintaan ini adalah berkait dengan jaminan ketepatan cara hidup di dunia yang akan
menentukan nasib dan habuan setiap orang di akhirat yang menjadi destinasi akhir kehidupan.
Permintaan ini adalah permintaan yang amat penting dan tidak ada perkara lain yang lebih penting
daripadanya.
Oleh itu ia tidak boleh diganggu oleh perkara lain. Dengan penghayatan yang mendalam terhadap
makna al-Fatihah ini akan menjadikannya menepati firman Allah yang disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w melalui hadis qudsi berkenaan solat oleh seorang hamba:
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda
menukilkan daripada Tuhannya:

Maksudnya:
Aku membahagikan solat kepada dua bahagian antara Aku dan hambaKu. Sebahagiannya
untuk Ku dan sebahagiannya untuk hambaKu. Bagi hamba Ku segala permintaan yang dia
minta.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
50

R a h s i a S o l a t . c o m | 51

Segala tenaga perlu dikerah bagi memahami makna setiap perkataan yang dibaca dalam surah alFatihah ini. Oleh kerana ayat al-Quran adalah dalam bahasa arab, maka usaha perlu dikerah untuk
memahaminya lebih daripada usaha mendapatkan perkara-perkara lain. Ini kerana tanpa memahami
makna perkataan dalam surah ini adalah mustahil bagi orang yang membacanya untuk
menghayatinya.
Tanpa penghayatan pula ia tidak akan menimbulkan kesan dalam kehidupan. Oleh itu setiap
perkataan dalam solat perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh. Tidak keterlaluan jika ada orang
alim yang mengatakan bahawa mempelajari bahasa arab yang dilafazkan dalam solat hukumnya
adalah wajib ke atas setiap orang.
Beruntunglah orang yang mengutamakan yang utama dan mengkemudiankan yang kurang utama.
Beruntung juga orang yang diberikan pentunjuk atau hidayah oleh Allah dalam setiap kerja yang
hendak dilakukannya kesan daripada doa dan permintaan yang dipohon dengan bersungguhsungguh.
Allah Taala telah menamakan al-Fatihah sebagai solat kerana ia adalah jantung bagi ibadat fardhu
yang menjadi penghubung antara hamba dan Tuhan. Al-Fatihah diulang setiap rakaat solat kerana ia
adalah satu dialog dan pembahagian yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.
Pembahagian ini telah dinyatakan di dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa
beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah Taala telah berfirman:
Aku membahagikan solat antara Aku dan hambaKu kepada dua bahagian. Bagi hambaKu apa sahaja
yang dipinta.
Apabila hamba berkata : (

Allah akan berkata: HambaKu telah memujiKu.

Apabila hamba berkata (

Allah berkata: HambaKu telah bersyukur dan memujiKu.

Apabila hamba berkata (

Allah berkata: HambaKu telah memuji mengagung dan memuji Ku. Di kala lain Allah berkata:
HambaKu telah menyerahkan dirinya kepadaKu.

Apabila hamba berkata (

Allah berkata: Ini adalah janji antara Aku dan hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dia pinta.

51

R a h s i a S o l a t . c o m | 52

Apabila hamba berkata (

Allah berkata: Ini adalah bagi hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dia pinta.

Apabila hamba berkata (

Allah berkata: Ini adalah bagi hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dia pinta.

Ini adalah janji yang telah diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang membaca al-Fatihah di dalam
solat. Dia berjanji akan memberikan dan mengurniakan permintaan yang dibuat oleh hambaNya
ketika membaca al-Fatihah. Permintaan tersebut adalah permintaan yang paling penting dalam
kehidupan seorang insan di dunia iaitu meminta agar Allah memberikan petunjuk ke jalan yang
lurus, jalan mereka yang telah dan akan beroleh nikmat kurniaan Allah, bukan jalan orang yang
dimurkai dan bukan juga jalan orang yang sesat.

Subhana rabbiyal azim adalah kalimah tasbih. Kalimah tasbih ini disebut di dalam solat ketika kita
sedang tenang di dalam rukuk, bukan ketika sedang perpindahan daripada berdiri ke rukuk dan
bukan juga ketika sedang perpindahan daripada rukuk ke berdiri iktidal. Kalimah tasbih ini dimulakan
dan diakhiri bacaannya dengan sempurna ketika kita sedang rukuk dengan sempurna. Sambil kita
menundukkan badan dan kepala kepada Allah yang Maha Agung dalam keadaan rasa hina dan serba

52

R a h s i a S o l a t . c o m | 53
kekurangan serta dalam keadaan menyedari betapa agungnya Allah Taala dengan segala
penciptaannya di alam ini, kita menyebut satu persatu kalimah tasbih beserta penghayatan.
Tahukah anda apakah nilai kalimah tasbih dan tahmid yang kita baca ketika sedang sempurna rukuk?
Kalimah tasbih ini adalah perlaksanaan terhadap perintah Allah Taala di dalam surah al-Waqiah
khususnya dan ayat-ayat lain yang memerintahkan supaya kita mengucap kalimah tasbih dan
tahmid. Dalam surah al-Waqiah ayat 74 dan 96 Allah memerintahkan kita mengucapkan tasbih
dengan menyatakan kalimah tasbih secara sempurna. Lihatlah perintah ini:
Maka hendaklah engkau mengucapkan tasbih dengan nama Tuhan mu yang Maha Agung
Perintah mengucapkan tasbih yang pertama iaitu yang disebut dalam ayat 74 dinyatakan oleh Allah
setelah Dia menyebut keagunganNya dalam beberapa penciptaan yang tidak dapat ditandingi oleh
manusia dan mahluk yang lain. Keagungannya dalam penciptaan yang disebut dalam ayat-ayat
sebelum perintah mengucapkan tasbih ini ialah penciptaan air mani yang menjadi benih kejadian
manusia. Adakah manusia yang menjadikan air mani atau Allah yang menjadikannya. Adakah
manusia yang menumbuhkan benih tanaman yang ditanam atau Allah yang berkuasa mutlak
menumbuhkannya. Adakah manusia yang menurunkan hujan atau Allah yang menurunkannya.
Adakah manusia yang menumbuhkan pohon hijau yang menjadi bahan bakar atau Allah yang
menjadikannya.
Maka kalau semua jawapan kepada pertanyaan ialah Allah yang menciptakan semua itu, dan
semestinya itulah jawapannya maka ucapkanlah tasbih kepada Tuhan mu yang Maha Berkuasa dan
Maha Agung dalam penciptaan-penciptaan tersebut. Tidak ada kuasa lain yang dapat menciptakan
benda-benda yang disebutkan. Kita amat bergantung kepada Allah yang Maha Kaya lagi Maha
Perkasa. Kita tidak ada pilihan lain melainkan menjadi hamba yang bertasbih mensuci dan
mengquduskan Allah dari segala kekurangan dan kecacatan. Sebaliknya kitalah makhluk yang serba
kekurangan dan penuh dengan kecacatan. Kita tidak ada pilihan kecuali menjadi hamba yang
menundukkan badan dan kepala lalu mengucapkan tasbih terhadap Tuhan yang Maha Agung dan
tidak dapat disaingi oleh suatu makhluk pun.
Dalam ayat 96 pula Allah memerintahkan kita supaya mengucapkan kalimah tasbih kepada Tuhan
yang Maha Agung setelah Dia menerangkan kepada kita hakikat al-Quran sebagai kalamNya,
kematian yang pasti berlaku tanpa boleh ditangguhkan oleh sesiapa dan keadaan manusia ketika
berada di akhirat kelak, ada yang bergembira dan ada yang derita. Semua ini berada dalam
kekuasaan mutlak Allah Taala yang tidak ada langsung campur tangan oleh sebarang makhluk.
Dalam urusan wahyu, kematian dan nasib di akhirat kelak, makhluk hanya menerima keputusan
daripada Allah tanpa ada bantahan atau rundingan. Tidak ada pilihan lain bagi kita melainkan
menerima panduan wahyu yang disampaikan oleh rasul, menunggu saat kematian yang telah
ditetapkan dan menghadapi nasib bahagia atau derita yang diputuskan oleh Allah di akhirat kelak.
Oleh itu kita dikuasai penuh oleh Allah di dunia dan di akhirat. Adalah tidak layak kita berlagak
sombong atau meninggi diri terhadap Allah. Tindakan yang selayaknya kita lakukan ialah kita
membongkokkan badan dan menundukkan kepala sehingga tulang belakang kita lurus lalu kita
menyebut kalimah tasbih bagi mengagungkan Allah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas segalagalanya
53

R a h s i a S o l a t . c o m | 54
Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Maha Suci Tuhanku
yang Maha Agung.

Setelah kita mengenang dan menyedari betapa agungnya kuasa Allah dalam menciptakan berbagai
jenis kejadian yang berkait rapat dengan kehidupan. Setelah kita mengakui kekuasaan mutlak Allah
dalam menjadikan air mani, air hujan, menumbuhkan biji benih, menjadikan pohon hijau sebagai
bahan bakar, menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup, menentukan kematian dan menetapkan
habuan di akhirat kelak, maka adalah sepatutnya kita memanjatkan ucapan puji-pujian, kesyukuran
dan luahan terima kasih kepadaNya yang tidak terhingga.
Maka setelah selesai kita mengucapkan tasbih kepada Allah ketika sedang rukuk, maka kita bangun
sambil mengucapkan dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar orang yang memujiNya dengan
mengucapkan kalimah tahmid. Kita bangun daripada rukuk dengan mengucapkan Allah Maha
Mendengar pujian yang dilafazkan oleh orang yang memujiNya. Sekiranya kita menunaikan solat
secara berjemaah, imam akan melafazkan dengan kuat pengakuan dan yang sebenarnya perintah
supaya kita memuji Allah dengan lafaz tahmid.
Apabila kita mendengar pengakuan dan perintah imam supaya mengucapkan pujian kepada Allah,
maka kita dengan spontan dan automatik melafazkan kalimah tahmid ini Rabbana Laka al-Hamd
Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian. Dalam riwayat lain, lafaz ini disambung lagi dengan
lafaz Wahai Tuhan kami, bagi Engkau puji-pujian sebanyak yang memenuhi langit dan bumi dan
ruang antara keduanya. (

)
54

R a h s i a S o l a t . c o m | 55
Lafaz pujian dan kesyukuran ini kita lafazkan dengan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat
yang telah dikurniakan kepada kita sehingga tidak terhitung dan tidak terbalas dengan pujian walau
sebanyak mana sekalipun. Lafaz tahmid ini bukan kita ucapkan secara separuh atau luar sedar yang
kosong dan jauh daripada kesedaran dan keinsafan. Sebaliknya lafaz tahmid ini mesti kita
ucapkannya keluar daripada jauh dalam lubuk hati terus ditujukan kepada Allah yang Maha Luas
kurniaan dan pemberianNya.

Adalah tidak cukup dengan kata-kata pujian dan kesyukuran kita lafazkan untuk Allah yang amat
banyak pemberianNya. Malah seorang hamba yang tidak pernah membayar apa-apa bayaran
kepada pemberian dan anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Pemurah sepatutnya
menunjukkan rasa syukur yang lebih daripada ucapan tahmid dan pujian.
Oleh itu dengan penuh rasa hina, rendah dan kekurangan kita perlahan-lahan membawa kepala dan
dahi kita untuk kita letakkan di atas bumi dalam keadaan belakang kita menegakkan ke punggung
sujud kepada Allah Yang pastinya Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Tatkala dahi kita
telah menyembam bumi inilah kita melafazkan kata-kata yang penuh bermakna Maha Suci Tuhanku
yang Maha Tinggi, Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi, Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Dialah yang Maha Tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadaNya. Dialah yang Maha Berkuasa
dan tidak ada yang lebih berkuasa mengatasiNya. Dialah yang Maha Perkasa dan tidak ada satu
kuasa pun yang dapat mengalahkanNya.
Ucap tasbih ketika sujud dengan lafaz Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi adalah sebagai respon
kita kepada perintah Allah supaya kita bertasbih mensucikanNya dalam ayat pertama surah al-Ala.
Firman Allah yang bermaksud Ucapkanlah tasbih dengan nama Tuhan mu yang Maha Tinggi.

55

R a h s i a S o l a t . c o m | 56
Apakah sifat Tuhan yang diperintahkan supaya kita melafazkan ucapan tasbih mensucikanNya ketika
sujud di dalam solat? Tuhan ini ialah Tuhan yang telah menjadikan dan melengkapkan penciptaan
manusia. Dia adalah Tuhan yang menetapkan qadar dan member petunjuk kepada makhluk yang
telah diciptakannya. Dia adalah Tuhan yang menjadikan menumbuhkan rumput untuk dimakan oleh
haiwan ternakan. Dia juga memberitahu kita bahawa akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal
berbanding dunia. Dia adalah Tuhan yang telah menyediakan akhirat sebagai alam yang kekal abadi.
Dia adalah Tuhan yang menjadikan di akhirat dua alam yang kekal abadi iaitu alam syurga dan alam
neraka. Beruntunglah kita kalau dimasukkan ke alam syurga. Sanggupkah kita kalau dicampakkan ke
dalam neraka?
Jawapannya ialah pasti tidak sanggup. Tetapi kita sedang menanggung punca-punca yang
melayakkan kita dicampakkan ke dalam api neraka iaitu dosa. Oleh itu kita perlu segera meminta
ampun daripada Allah atas segala dosa yang telah kita lakukan. Dalam satu riwayat kita disunatkan
membaca ketika sujud ucapan meminta ampun dengan lafaz:

tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Aku meminta ampun dan aku bertaubat kepada Engkau. Lafaz
meminta ampun ini bukan direka-reka sebagai hiburan ketika sujud, tetapi ia adalah lafaz yang
terpancar daripada lidah yang digerakkan oleh hati yang sedang gementar takutkan api neraka yang
sedang menunggu di alam akhirat apabila ingatkan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Sekiranya lafaz meminta ampun dan taubat ini tidak dituturkan ketika sujud maka setelah kita
meluahkan sepenuh hati pengiktirafan kita terhadap Allah yang Maha Tinggi, terhadap
kekuasaanNya yang tidak ada tandingan, maka kita dengan rasa malu mengangkat semula kepala
untuk duduk sebagai duduk seorang hamba di hadapan tuan yang sedang memerhatikan gerak geri
hambanya lalu kita melafazkan kata-kata:

56

R a h s i a S o l a t . c o m | 57
Wahai Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku cukupkanlah keperluan hidupku, angkatlah
darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku dan hapuskan segala dosadosaku.

Ketika duduk antara dua sujud dalam keadaan menundukkan pandangan kerana malu dan hina di
hadapan Allah yang telah menjadikan kita dan mengetahui segala perbuatan yang telah kita lakukan,
kita berdoa memohon beberapa perkara penting yang diperlukan ketika hidup di dunia sebagai
bekalan dalam perjalanan ke akhirat.
Untuk bekalan hidup di dunia sebagai manusia perlu kita memohon agar Allah mencukupkan
keperluan hidup kita yang sempurna ketika di dunia. Kita memohon kepada Allah agar menjadikan
tempat pergantungan kita hanya padaNya dan tidak menjadikan kita sebagai orang yang memintaminta sesama manusia.
Oleh itu kita memohon supaya Allah memberikan rezekiNya yang diberkati. Rezeki yang diberkati
ialah rezeki yang diperoleh dengan cara yang halal dan digunakan pada tempat yang diperintahkan
oleh Allah supaya menggunakannya.
Bagi menjalani kehidupan di dunia dengan aktif, bagi membolehkan kita mencari rezeki dan
melakukan aktiviti makruf yang lain samada yang wajib, sunat atau harus di atas muka bumi ini kita
perlukan kesihatan tubuh badan yang baik. Oleh itu kita memohon supaya Allah memberikan
kesihatan yang baik kepada kita untuk menjalani kehidupan dengan sejahtera.
Setelah memohon bekalan jasmani daripada Allah dan kita berupaya menjalani kehidupan di dunia
dengan melakukan berbagai aktiviti, maka kita perlu memohon daripada Allah agar memberikan
petunjuk dan hidayahNya ke arah jalan yang lurus dalam semua aktiviti yang kita lakukan supaya
menepati kehendak dan kemahuanNya. Ini kerana hanya aktiviti yang menepati kehendak dan
kemahuan Allah sahaja yang ada nilai di sisiNya dan seterusnya yang boleh menjamin kesejahteraan
hidup di akhirat kelak dengan memasuki syurga.
Untuk keselamatan hidup di akhirat kelak kita memohon daripada Allah agar mengampunkan dosa
ketika hisab dijalankan secara terperinci dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada

57

R a h s i a S o l a t . c o m | 58
pengetahuan Allah. Pada ketika hisab dijalankan segala perbuatan yang besar dan yang kecil akan
dihitung untuk diberikan pembalasan.
Pada ketika ini tidak ada lagi alasan terhadap dosa yang kita lakukan. Pada ketika inilah kita
memohon kepada Allah dengan sepenuh hati supaya memaafkan segala dosa yang dibentangkannya
kepada kita. Kita memohon kepada Allah agar merahmati kita dengan memasukkan kita ke dalam
syurga. Sekiranya kita meminta kepada Allah supaya memasukkan kita ke dalam syurga berdasarkan
amalan baik yang kita lakukan, maka kita tidak akan layak untuk memasukinya.
Akan tetapi apabila rahmat Allah telah ditebarkan ke atas kita maka kita akan dipersilakan memasuki
syurga walaupun amalan kita tidak memadai untuk memasukinya.
Betapa pentingnya kita memohon keampunan daripada Allah bagi menjamin keselamatan di akhirat
kelak. Oleh itu doa duduk antara dua sujud ini dimulakan dan diakhiri dengan meminta ampun
daripada Allah. Doa ini dimulakan dengan wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa ku dan diakhiri
dengan dan hapuskanlah segala dosa ku.
Doa ini semestinya dibaca dengan tenang, khusyuk, kefahaman, penghayatan dan kesedaran
terhadap kepentingannya dalam kehidupan seorang muslim yang mengharapkan redha dan syurga
Allah.

58

R a h s i a S o l a t . c o m | 59

Setelah dua kali kita menyembamkan kepala, muka, dahi dan dituruti oleh hati yang penuh rasa
malu dan hina kepada Allah, maka kita bangun untuk duduk dan terus membaca tahyat samada
tahyat awal atau tahyat akhir. Dalam tahyat kita membaca doa:

59

R a h s i a S o l a t . c o m | 60
Kita bertemu dengan Allah dengan melafazkan kata-kata aluan dan pujian yang tidak terhingga
kepadaNya. Kata-kata aluan dan pujian yang datang daripada hamba yang memerlukan kepada
Tuhan yang Maha Kaya dari segala-galanya. Kata-kata aluan dan pujian yang datangnya daripada
abdi yang hina dan serba kekurangan kepada Tuhan yang Maha Sempurna dan Maha Agung.
Setelah kita mengucapkan kata-kata aluan dan pujian kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung, maka
kita segera pula mendoakan keselamatan dan keberkatan bagi Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi
yang membawa rahmat dan agama kesejahteraan kepada kita.

Makna doa ini ialah kita memohon daripada Allah agar memberikan keselamatan, kesejahteraan,
rahmat dan keberkatanNya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah doa yang datangnya daripada
umat yang telah mengecapi nikmat agama yang disampaikan oleh Nabinya dengan bersungguhsungguh. Ia adalah doa yang datangnya daripada umat yang terhutang budi kepada Nabinya yang
telah bertungkus lumus menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
Dengan usaha dan kerja dakwah yang telah dilakukan oleh Nabi ini, kita dapat mengecapi
kesejahteraan hidup melalui agama yang disampaikannya.

Setelah kita mendoakan keselamatan bagi Nabi, maka kita panjatkan pula doa untuk diri kita dan
hamba-hamba Allah yang soleh.
Semua orang yang mempunyai akal yang waras dan berupaya berfikir akan sentiasa mementingkan
keselamatan diri sendiri daripada ditimpa oleh malapetaka atau bencana yang boleh menggugat
keharmonian hidup. Setiap insan mengharapkan dirinya melakukan perkara yang boleh
mendatangkan kesejahteraan bagi dirinya sendiri.
Setiap insan mengharapkan orang lain yang ada di sekelilingnya melakukan kebaikan terhadap
dirinya dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat keharmonian hidupnya.
Setiap insan sentiasa mengharapkan setiap benda yang ada di sekelilingnya termasuk angin yang
bertiup, hujan yang turun dan cahaya matahari yang menyinar mendatangkan kebaikan kepada
60

R a h s i a S o l a t . c o m | 61
dirinya. Setiap insan mengharapkan semua kerja dan aktiviti yang dilakukannya akan mendatangkan
kesejahteraan dan keharmonian bagi dirinya sendiri. Kebiasaannya, benda yang mendatangkan
kesejahteraan bagi diri sendiri akan menarik minat setiap orang untuk melakukannya. Begitu juga
dengan doa yang ketiga di dalam doa tahyat ini.
Oleh itu di dalam bacaan doa tahyat ini Allah menyusun doa yang perlu dibaca oleh setiap orang
yang menunaikan solat. Doa yang disusun ini bukan untuk kesejahteraan orang lain, tetapi doa
mengharapkan kesejahteraan bagi diri orang yang berdoa sendiri.
Ia adalah doa meminta supaya Allah mengurniakan kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan
kebahagian ketika hidup di dunia dengan mendapat segala keperluan hidup dan jauh daripada
sebarang malapetaka yang menggugat hidup.
Selamat sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Ia juga adalah doa meminta Allah memberikan keselamatan dan ketenangan pada hari akhirat yang
tidak ada guna lagi harta dan anak-anak melainkan orang yang datang kepada Allah dengan hati yang
sejahtera hasil daripada kerja dan amal soleh yang dilakukannya di dunia. Namun, keselamatan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat tidak akan terhasil melainkan dengan mengikut syariat
dan panduan yang telah diberikan oleh Allah melalui wahyunya kepada para rasul. Panduan syariat
ini terangkum dalam lima hukum yang perlu dipatuhi iaitu hukum wajib, sunat, harus, makruh dan
haram.
Perkara yang wajib mesti ditunaikan selagi upaya.
Perkara yang sunat perlu diusahakan untuk melaksanakannya.
Perkara harus tidak mengapa kalau dilakukan.
Perkara makruh perlu diusahakan untuk menjauhinya.
Perkara yang haram mesti dijauhi secara mutlak.
Perkara-perkara yang dikategorikan dalam wajib dan sunat pasti akan mendatangkan kebaikan
kepada manusia samada terhadap agama, jiwa, akal, kehormatan atau harta. Sebaliknya perkara
yang haram dan makruf pasti akan mendatangkan kemudaratan terhadap agama, jiwa, akal,
kehormatan dan harta.
Dengan memahami konsep bahawa Allah hanya mahukan kebaikan dan kesejahteraan bagi manusia
serta telah menjelaskan perkara-perkara merosakkan yang perlu dijauhi maka kita semestinya
menanamkan jauh ke dalam sudut hati dan keyakinan bahawa tidak ada Tuhan yang layak kita
jadikan tempat berharap dan bergantung bagi menyusun hidup kita melainkan Allah Taala. Dialah
yang telah menciptakan kita dalam bentuk yang paling baik dan Maha Mengetahui segala kekuatan,
kelemahan dan keperluan zahir dan batin kita.
Dengan kesedaran yang mendalam ini maka di dalam doa tahyat, selepas kita berdoa agar Allah
memberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada kita dan hamba-hambaNya yang soleh, maka
kita pula melafazkan ikrar dan pengakuan bahawa tidak ada Tuhan yang sepatutnya kita jadikan

61

R a h s i a S o l a t . c o m | 62
tempat bergantung dalam hidup melainkan Allah. Kita mengikrarkan dengan penuh yakin bahawa
tidak ada tuhan melainkan Allah.

Ia adalah persaksian dan pengakuan yang berasaskan kefahaman, kesedaran dan keinsafan bahawa
hanya Allah sahaja yang layak menyusun peraturan hidup bagi kita kerana Dia Maha Mengetahui
akan segala keperluan dan kelemahan kita.
Namun, syariat yang diturunkan oleh Allah untuk dipatuhi oleh manusia ini tidak akan dapat kita
fahami atau amalkan kalau bukan perantara rasul yang diutuskan olehNya. Ini kerana wahyu yang
menjelaskan syariat dibawa oleh malaikat kepada rasul untuk disampaikan kepada manusia. Banyak
kandungan wahyu hanya bersifat umum dan hanya boleh difahami melalui penjelasan dan
penghuraian yang diberikan oleh rasul. Selain daripada wahyu yang dinamakan al-Quran, ada juga
wahyu yang dinamakan sebagai alsunnah.
Al-Sunnah adalah ilham daripada Allah dan diamalikan oleh rasul. Kita hanya boleh memahami
wahyu ini dengan melihat amali yang dilakukan oleh rasul.
Oleh itu kita amat bergantung kepada rasul dalam memahami dan mengamalkan syariat yang
diturunkan oleh Allah. Maka adalah menjadi satu kemestian kita mengakui dan mengiktiraf
kewujudan dan peranan rasul dalam menyampaikan ajaran syariat Islam kepada kita untuk
diamalkan. Pengakuan dan pengiktirafan ini kita lafazkan setelah kita mengakui dan meyakini
bahawa hanya Allah yang layak menyusun peraturan hidup kita.
Oleh itu setelah melafazkan aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah maka kita terus
melafazkan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah rasul Allah. Ini kerana tanpa rasul kita tidak
dapat memahami syariat. Apabila kita tidak memahami syariat maka kehidupan kita tidak terpandu
oleh wahyu daripada Allah. Apabila kehidupan kita tidak dipandu oleh wahyu maka perkara yang
sepatutnya kita buat mungkin kita tinggalkan dan perkara yang sepatutnya kita tinggalkan mungkin
kita lakukan. Hasilnya ialah kehidupan kita menjadi tidak tenteram dan tidak aman sedangkan kita
telah berdoa supaya Allah memberikan keselamatan dan ketenteraman kepada kita.
Rasulullah s.a.w telah menyampaikan wahyu atau syariat yang diterimanya daripada Allah dengan
bersungguh-sungguh kepada manusia sehingga manusia dapat mengecapi hidup yang selamat dan
sejahtera hasil mengikuti ajaran syariat tersebut. Dalam menyampaikan syariat dan membimbing
manusia mengamalkannya, rasul telah berdepan dengan berbagai cabaran.
Berbagai bentuk halangan samada berbentuk rohani atau jasmani telah ditempuhi oleh baginda
dalam usaha menyampaikan ajaran syariat. Namun semuanya ditempuhi dengan keazaman yang
62

R a h s i a S o l a t . c o m | 63
kuat semata-mata hanya untuk memastikan syariat diamalkan oleh manusia. Matlamat rasul
hanyalah bagi menyelamatkan manusia daripada bencana hidup di dunia dan kehinaan di akhirat
kelak.
Jasa baginda memang tidak terhingga dalam menyelamatkan manusia. Oleh itu adalah menjadi
keutamaan kepada kita untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi baginda. Doa ini kita
paparkan dalam selawat yang kita baca di pengakhiran doa tahyat.

Setelah selesai kita memuji Allah, memohon diberikan petunjuk ke jalan yang lurus, memohon
diberikan kemudahan hidup di dunia, memohon agar diampunkan segala dosa, memohon
keselamatan hidup di dunia dan di akhirat, maka solat yang kita tunaikan akan berakhir dengan
salam.
Namun diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa sebelum salam baginda membaca induk
istighfar meminta ampun daripada Allah Taala daripada segala dosa samada yang dilakukan di masa
lalu atau di masa akan datang, samada dilakukan secara sembunyi-sembunyi atau yang dilakukan
secara terang-terangan, malah apa sahaja dosa yang Allah lebih mengetahuinya daripada kita.
Doa ini amat bertepatan sekali dengan natijah solat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w bahawa ia
adalah umpama kita mandi lima kali sehari semalam di dalam sebatang sungai yang mengalir di
hadapan rumah kita. Sudah pasti tidak ada kotoran lagi yang tinggal. Begitu juga dengan solat lima
waktu sehari semalam.
63

R a h s i a S o l a t . c o m | 64
Tidak akan ada lagi dosa yang tinggal. Ini kerana kita telah berdoa meminta ampun daripada Allah di
dalam solat termasuklah doa penutup yang dibaca sebelum salam ini.

Setelah memohon ampun daripada Allah secara keseluruhan dan tidak ada lagi dosa yang kita tidak
pohon keampunan daripadaNya, maka kita keluar daripada solat dalam keadaan tenang dan damai,
yakin bahawa Allah telah menghapuskan segala dosa kita dan Dia menerima solat yang kita lakukan
sesempurnanya. Ini kerana antara syarat doa dimakbulkan oleh Allah ialah orang yang berdoa
hendaklah yakin Allah menerima atau memakbulkan doanya. Sekiranya ada ragu-ragu di dalam hati
samada solat yang ditunaikannya diterima atau tidak, maka dikhuatiri solat yang mengandungi
berbagai jenis doa permintaan itu tidak diterima oleh Allah.

64

R a h s i a S o l a t . c o m | 65
Sekiranya Allah menerima solat yang telah kita tunaikan dan telah kita usahakan untuk
menghayatinya, maka kita keluar daripada solat umpama kain putih yang bersih daripada sebarang
kotoran dosa. Rasulullah s.a.w telah memberitahu kita bahawa antara solat dengan solat adalah
penghapus dosa, antara Jumaat dengan Jumaat adalah penghapus dosa dan orang yang kembali
daripada haji adalah umpama bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
Dengan jiwa yang bersih daripada noda dosa, kita akan mendapat nafas baru dalam menjalani
kehidupan. Kesedaran dan keazaman kita untuk melakukan amalan-amalan yang akan diberikan
ganjaran pahala oleh Allah akan bertambah. Sebaliknya lintasan-lintasan di dalam hati kita untuk
melakukan amalan-amalan yang natijahnya ditimpakan dosa oleh Allah akan hilang sedikit demi
sedikit sehinggalah ia hilang terus daripada hati kita. Inilah natijah solat yang diberitahu oleh Allah
Taala di dalam surah al-Ankabut ayat 45 bahawa solat itu mencegah orang yang mendirikannya
dengan sempurna dan penghayatan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Inilah hasil solat yang berkualiti. Inilah natijah solat yang dipenuhi sepanjang perlaksanaannya
dengan zikir dan ingat kepada Allah samada dengan memujiNya, mengagungkanNya, meminta
hidayah daripadaNya atau meminta ampun daripada segala dosa. Inilah zikir yang paling tinggi
herarkinya di kalangan zikir-zikir yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Amat tepat sekali Allah
menyebut objektif solat dalam surah Taha ayat 14 bahawa ia adalah bertujuan untuk
mengingatiNya.
Sebaliknya amat malang sekali orang yang menunaikan solat dalam keadaan lalai. Lalai dalam
ertikata samada tidak memahami makna-makna bacaan yang dibaca ketika solat atau memahaminya
tetapi tidak menghayatinya dengan penuh teliti ketika membacanya.
Bacaan di dalam solat bagi orang malang ini hanya dibaca dengan menggunakan lidah dan suara
tanpa disertai dengan pemikiran oleh akal dan penghayatan oleh hati sanubari. Memang tepat sekali
tafsiran mufassirin yang menafsirkan firman Allah dalam surah al-Maun ayat 4 dan 5 celakalah
orang yang menunaikan solat yang lalai terhadap solatnya bahawa makna ayat ini ialah orang yang
fikiran dan hatinya tidak bersama lidahnya membaca dan menghayati makna bacaan dan perbuatan
yang dilakukan di dalam solat.
Orang yang lalai dan tidak menghayati bacaan di dalam solatnya akan mengalami beberapa
kerugian. Antaranya ialah solat yang ditunaikan tidak memandunya ke arah jalan yang lurus, tidak
menghapuskan dosa-dosa yang ada dan tidak mencegahnya daripada melakukan perkara mungkar.
Natijah yang lain daripada kelalaian dalam solat ialah orang ini akan rasa berat untuk menunaikan
solat yang berikutnya. Tidak mustahil juga lama kelamaan dia terus meninggalkan solat buat
beberapa tempoh tertentu.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada lalai di dalam solat dan daripada natijah-natijahnya
yang tidak baik bagi kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

65

R a h s i a S o l a t . c o m | 66

Kita memohon hidayah dan petunjuk daripada Allah. Kita memohon kepada Allah agar menunjukkan
kepada kita jalan yang lurus sebagaimana para generasi yang telah diberikan hidayah oleh Allah dari
kalangan para rasul, nabi, sahabat dan orang-orang soleh yang terdahulu daripada kita. Dalam doa
qunut ini kita mengulangi permohonan agar Allah memberikan hidayah kepada kita sebagai mana
yang telah kita pohon ketika membaca Al-Fatihah tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan doa
ketika duduk antara dua sujud berilah kami hidayah. Permohonan agar diberikan hidayah kita
ulang-ulangi di dalam solat menunjukkan bahawa hidayah amat penting dalam kehidupan kita di
dunia menuju ke akhirat. Pihak tunggal yang memegang kuasa untuk member atau tidak
memberikan hidayah hanyalah Allah. Sesiapa yang Allah berikan hidayah maka tidak ada pihak yang
dapat menyesatkannya. Sebaliknya, sesiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada pihak lain yang
boleh memberikan hidayah kepadanya. Gaya hidup orang yang telah mendapat hidayah telah

66

R a h s i a S o l a t . c o m | 67
terpapar di hadapan mata kita. Oleh itu kita memohon agar Allah memberi kita hidayah
sebagaimana Allah telah memberikan hidayah kepada mereka.

Kita memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita sebagaimana yang kita lakukan dalam doa
ketika duduk antara dua sujud dan ketika hendak member salam. Ampun dan rahmat Allah adalah
idaman setiap orang beriman. Tanpa ampunNya, dosa-dosa yang ada akan dibersihkan daripada diri
kita melalui siksaan api neraka sebelum kita layak masuk ke dalam syurga. Kita berharap Allah
mengampunkan dosa-dosa kita sebagaimana Dia telah mengampunkan dosa-dosa insan yang telah
dibersihkan daripada sebarang dosa dari kalangan rasul, nabi, sahabat dan insan lain yang dipilih
oleh Allah untuk diampukan dosa mereka. Ini kerana Allah mengampunkan dosa sesiapa yang
dikehendakinya tanpa perlu melalui proses azab neraka dan akan mengazab terlebih dahulu sesiapa
yang Allah tetapkan dosanya hanya diampunkan melalui siksaan nerakanya.

Kita memohon Allah menguruskan hal ehwal kehidupan kita di dunia, melindungi dan memelihara
kita daripada menyimpang daripada jalan yang lurus. Kita memohon agar Allah sentiasa memandu
kita berada di atas landasan syariatnya tanpa melampau batas dalam melaksanakan kerja-kerja
harian dalam kehidupan dunia. Kita juga meminta Allah menjaga kita daripada sebarang kejahatan
samada angkara manusia, jin , syaitan atau makhluk lain. Atau boleh juga maksudnya kita meminta
Allah menyerahkan urusan hidup kita kepada orang yang memberikan ketaatan (wala) kepada Allah
dengan memimpin kita melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Bukannya
menyerahkan urusan kita kepada orang yang melanggar syariat Allah lalu mereka tidak
menghiraukan kita samada melaksanakan suruhanNya atau tidak. Lebih-lebih lagi kita meminta
lindung daripada Allah daripada diuruskan oleh orang yang menyebar luaskan maksiat, dosa dan
kerosakan yang akan meruntuhkan dan menghilangkan agama daripada dalam diri kita.

67

R a h s i a S o l a t . c o m | 68

Kita memohon Allah memberkati segala yang diberikan dan dikurniakannya kepada kita samada
harta benda, kesihatan, tenaga, usia mahupun ketenangan jiwa. Dengan keberkatan ini kita akan
menggunakan semua kurniaan Allah ke jalan ketaatan dan mendapat redhaNya. Inilah intipati
kehidupan dan matlamat semua kurniaan yang diberiNya kepada kita. Allah hendak menguji samada
kita menggunakannya ke jalan ketaatan atau ke jalan hawa nafsu dan memenuhi keinginan diri
semata-mata. Matlamat ujian inilah yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman apabila Allah
mengurniakan beberapa kelebihan kepadanya dengan mengatakan semua ini adalah untuk Allah
menguji aku samada bersyukur atau kufur terhadapNya(An-Naml : 40).

Lindungilah aku wahai Allah daripada qadha Engkau yang buruk. Kita meminta lindung pada Allah
daripada qadha buruk yang ditentukan dan dilaksanakannya ke atas makhlukNya. Qadha
bermaksud semua yang ditetapkan dan dibenarkan oleh Allah untuk berlaku ke atas kita. Ada qadha
baik dan ada qadha buruk. Qadha baik ditetapkan berlaku ke atas kita hasil daripada usaha dan
amal baik yang kita laksanakan dalam kehidupan seharian. Manakala qadha buruk pula adalah
akibat daripada perbuatan-perbuatan kita yang bercanggah dengan kehendak, perintah dan
larangan Allah.
Kadang-kadang qadha buruk yang ditetapkan oleh Allah adalah berbentuk fizikal dan duniawi
seperti kemalangan pada tubuh badan dan harta benda. Qadha buruk jenis ini kadang-kadang boleh
dihadapi dengan sabar dan boleh juga menyedarkan kita daripada kelalaian.
Kadang-kadang pula qadha buruk Allah berbentuk kerohanian yang akan mengakibatkan jiwa kita
lemah untuk mematuhi syariatNya, tidak berupaya untuk menunaikan perintah dan tidak
mempunyai ketahanan diri daripada melakukan perkara yang dilarang. Qadha buruk jenis ini adalah
yang paling bahaya sekiranya menimpa kita.
Oleh itu kita memohon pada Allah agar melindungi kita daripada ditimpa dengannya. Apakah akibat
yang lebih buruk menimpa kita sekiranya Allah mengqadhakan jiwa dan badan kita lemah dan malas
melakukan amalan-amalan yang boleh mendatangkan ganjaran pahala serta memberatkan
68

R a h s i a S o l a t . c o m | 69
timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak. Begitu juga akibat apakah yang lebih buruk
sekiranya Allah mengqadhakan jiwa kita tidak mempunyai ketahanan daripada melakukan perkaraperkara yang dilarang oleh Allah. Akibatnya timbangan amal kejahatan kita akan lebih berat daripada
timbangan amal kebaikan. Kalau begini keadaan menimpa kita maka bencana dan malapetaka
azablah yang akan menimpa kita.

Hanya Allah yang berkuasa mutlak dalam menetapkan sesuatu perkara berlaku atau tidak ke atas
kita. Tidak ada kuasa lain yang berkongsi atau mempengaruhi Allah dalam menetapkan sesuatu
qadha samada dalam kalangan malaikat, jin, syaitan, manusia atau makhluk-makhluk lain. Allah-lah
Tuhan yang Maha Berkuasa dan tidak ada pihak lain yang boleh mengalahkan atau menetapkan
sesuatu qadha berlaku ke atasNya. KuasaNya adalah mutlak, tidak ada cacat dan kekurangan
padaNya yang memerlukan bantuan pihak lain untuk menyempurnakannya. Orang beriman hanya
akan bertawakkal kepada Allah dan redha terhadap segala qadha yang telah ditetapkannya.

Sesungguhnya tidak akan hina orang yang mentaati Engkau. Ini adalah pujian yang kita berikan
kepada Allah yang telah menetapkan peraturanNya bahawa orang yang menunaikan segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tidak akan menjadi hina samada di sisi Allah, di
sisi manusia dan di sisi makhluk lain. Inilah yang diperintahkan oleh Allah kepada orang-orang
beriman dalam firmanNya:
Janganlah kamu rasa hina dan janganlah kamu bersedih, kerana kamu adalah
berkedudukan tinggi sekiranya kamu adalah orang-orang yang beriman (Ali-Imran : 139).
Orang beriman sentiasa menunaikan segala yang diperintah dan meninggalkan yang dilarang.
Kadang-kadang orang yang taatkan Allah dihina dengan kejian dan siksaan oleh manusia zalim.
Namun siksaan dan kejian yang ditujukan kepada mereka bukanlah lambang kehinaan di sisi Allah.

69

R a h s i a S o l a t . c o m | 70
Walaupun manusia jahat menyiksa dan mengkeji mereka namun orang yang taatkan Allah tidak akan
dihina oleh orang yang sama-sama taatkan Allah. Sebaliknya orang-orang yang taatkan Allah akan
memuliakan dan menghormati orang lain yang taatkan Allah kerana orang-orang yang taatkan Allah
akan sama-sama merendah diri sesama mereka sebagaimana yang diungkap oleh Allah dalam
firmanNya orang-orang yang beriman akan merendah diri sesame orang-orang yang beriman (AlMaidah : 54).

Sesungguhnya tidak akan mulia orang yang memusuhi Allah samada permusuhan terhadap agama
Allah keseluruhannya atau permusuhan terhadap mana-mana panduan syariat yang telah
ditetapkannya.
Orang yang memusuhi Allah akan hina di sisi Allah samada ketika masih hidup di atas dunia, ketika
dalam kubur dan ketika dibangkitkan semula di akhirat kelak untuk menerima pembalasan. Begitu
juga, orang yang memusuhi Allah akan menjadi hina di sisi orang-orang yang taatkan Allah.
Walaupun orang yang memusuhi Allah memiliki semua harta yang ada di dunia, menduduki pangkat
yang paling tinggi dan mempunyai kuasa yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun seperti Firaun,
Qarun dan Haman, namun dia tetap dihina di dalam diri setiap manusia yang taatkan Allah.
Apatakah lagi di sisi Allah sendiri, secara terang-terangan manusia yang memusuhi Allah ini dihina
dan dikekalkan penghinaannya di dalam al-Quran hingga hari kiamat.
Kadang-kadang dapat dilihat orang yang memusuhi Allah dimulia dan disanjung oleh sesama
manusia. Namun manusia yang menyanjung mereka hanyalah manusia yang sama-sama memusuhi
Allah. Malah ada manusia kategori ini yang hanya memuliakan orang yang memusuhi Allah secara
zahir sahaja, sedangkan batin mereka mengkeji dan membencinya.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau daripada segala-galanya. Maha Suci
Allah daripada sekutu, kekurangan, kecacatan dan kesilapan dalam qadha yang telah ditetapkannya
berlaku ke atas seseorang insan. Allah juga Maha Tinggi kuasaNya mengalahkan dan mengatasi
segala kuasa yang ada di alam ini. Tidak ada kuasa yang akan dapat mengalahkan kuasa Allah

70

R a h s i a S o l a t . c o m | 71
walaupun semua manusia di alam ini dan segala kuasa lain berpadu untuk mengalahkanNya. Allah
tetap Maha Tinggi dan kuasaNya mengalahkan segala-galanya.

Bagi Mu wahai Allah segal pujian di atas segala qadha yang telah Engkau tetapkan. Tidak ada suatu
qadhapun yang ditetapkan oleh Allah ke atas makhlukNya bertujuan untuk menganiaya atau
menzalimi. Malah segala-galanya adalah lambang keadilanNya dan bertujuan untuk mendatangkan
kebaikan bagi insan umumnya.
Kita tidak boleh berburuk sangka terhadap Allah dalam apa-apa qadha yang telah ditetapkannya
walaupun terhadap sesuatu yang zahirnya sekali pandang mendatangkan mudarat dan keburukan
kepada manusia. Namun sekiranya diperhatikan semuanya adalah mempunyai hikmah dan
pengajaran yang boleh dijadikan tauladan oleh orang yang mahu menggunakan akal untuk berfikir
dan mahu kembali bertaubat kepada Allah.
Aku mohon ampun daripada Engkau wahai Allah daripada segala dosa dan aku bertaubat daripada
semua kesalahan yang telah dilakukan wahai Allah.
Sekali lagi kita yang telah melakukan dosa sebelum masuk ke dalam solat memohon kepada Allah
agar mengampunkan dosa yang ada. Kita memohon kepada Allah supaya membuka pintu langit
untuk menerima taubat daripada hambaNya yang telah sedar dan menyesal dari segala
keterlanjuran yang telah dilakukan. Terimalah taubat kami wahai Allah dan ampunkan dosa kami.
Janganlah Engkau bersihkan dosa kami melalui siksaan api neraka sebelum kami layak masuk ke
dalam syurga. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mengampunkan dosa dan amat suka
mengampunkan dosa-dosa hambaMu.

71

R a h s i a S o l a t . c o m | 72

AMALAN-AMALAN SOLAT
Selain daripada bacaan-bacaan yang terkandung di dalam solat, kita juga perlu menghayati
perbuatan-perbuatan yang dilakukan ketika solat. Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan yang
dilakukan sebelum kita memulakan solat. Kita perlu memberikan perhatian dan menumpukan hati
kita terhadap azan, menutup aurat, mengadap kiblat, berdiri tegak dan niat. Sebaik sahaja kita
mendengar azan dilaungkan, maka kita perlu memasukkan ke dalam hati kita kedahsyatan laungan
sangkakala pada hari kiamat kelak. Batin kita pula secara penuh kesedaran menjawab azan yang
dilaungkan satu persatu. Anggota kita pula dengan segera menyahut ajakan muazin menunaikan
solat.
Sekiranya kita dapati diri kita penuh dengan kegembiraan apabila mendengar laungan dan bersegera
mengerjakan solat secara berjemaah bagi lelaki dan mengerjakannya di rumah bagi perempuan
maka ketahuilah bahawa anda akan beroleh kegembiraan di hari akhirat kelak tatkala berdepan
dengan penghakiman Hakim yang Maha Adil.

TAHARAH
Setelah anda membersihkan tempat solat yang merupakan kawasan tempat anda mengerjakan
solat, setelah anda membersihkan pakaian yang membalut tubuh badan atau anggota anda, setelah
anda membersihkan anggota wuduk dengan membasuh kulit anggota tersebut, maka anda jangan
lupa untuk membersihkan hati yang menjadi raja segala anggota tubuh badan anda. Sekiranya anda
membersihkan tempat, pakaian dan tubuh badan daripada najis dan hadas, maka adalah lebih
penting lagi anda memberikan perhatian dan bersungguh-sungguh membersihkan hati anda
daripada karat dan noda dosa dengan bertaubat dan menyesal terhadap kelalaian yang telah anda
lakukan serta dengan keazaman yang jitu untuk meninggalkan perbuatan dosa di masa akan datang.
Bersihkanlah batin anda iaitu hati yang menjadi tempat dilihat oleh Allah yang anda sembah.

MENUTUP AURAT
Apabila anda menutup aurat untuk menunaikan solat, anda perlu tahu bahawa anda menutup
anggota yang jika dilihat oleh orang lain merupakan satu keaiban bagi anda. Ini kerana anggota
badan yang zahir dilihat oleh orang lain yang memandang ke arah anda. Jika anda menjaga anggota
zahir dengan pakaian yang bersih dan indah supaya orang tidak melihatnya dengan pandangan keji
dan hina, maka bagaimana pula dengan anggota batin anda iaitu hati serta segala rahsia anda yang
tidak ada pihak lain mengetahuinya kecuali Allah yang Maha Melihat dan akan memberitahu segala
yang ada di dalam diri anda. Ingatlah kepada kekejian-kekejian batin yang ada pada anda ketika anda
menutup aurat zahir dan insaflah bahawa anda tidak sekali-kali dapat menutupnya daripada
penglihatan Allah.
Segala kekejian batin itu perlu dibersihkan dengan penyesalan, rasa malu dan takut kepada Allah.
Anda timbulkan kesedaran ini ketika hendak berdepan dengan Allah. Dengan itu anda akan berdiri di
depan Allah sebagaimana orang yang melakukan kesalahan dan menyesal atas perbuatannya dengan
menundukkan kepala, penuh rasa malu dan takut akibat daripada kesalahannya.

72

R a h s i a S o l a t . c o m | 73

MENGHADAP KIBLAT
Menghadap kiblat bermakna anda mengalihkan hadapan tubuh badan anda daripada segala penjuru
untuk anda hadapkan ke arah Baitullah. Pada ketika ini anda perlu faham bahawa bukan sahaja
anggota zahir yang perlu dihadapkan ke Baitullah, malah anggota batin anda juga merangkumi hati,
fikiran dan perasaan perlu dilarikan daripada sebarang gangguan untuk dibawa menghadap Allah
Rabbul Jalil.
Memalingkan anggota zahir daripada sebarang arah untuk dihadapkan ke Baitullah adalah sebagai
isyarat dan bantuan untuk turut memalingkan anggota batin dari sebarang arah bagi ditujukan
kepada Allah semata-mata di dalam solat. Sekiranya hadapan badan anda tidak dapat diarahkan ke
Baitullah melainkan dengan mengalihkannya daripada arah-arah yang lain, maka begitu juga dengan
hati dan fikiran, ia tidak dapat diarahkan kepada Allah melainkan dengan mengalihkan dan
melarikannya daripada perkaraperkara yang lain.

IKTIDAL
Ketika iktidal, tubuh badan dan hati anda berdepan dengan Allah bersama-sama dengan perasaan
tunduk, rendah diri, hina dan jauh daripada perasaan sombong dan takabur. Pada ketika iktidal,
anda hendaklah menggambarkan di dalam fikiran kedahsyatan anda berdiri di depan Allah Taala di
hari akhirat kelak ketika berlakunya pembentangan dan hisab terhadap kerja-kerja yang anda
lakukan di dunia ini. Sambil anda bangun daripada rukuk dan berdiri tegak, anda perlu
membayangkan bahawa anda sedang diperhatikan oleh pandangan Allah yang tidak ada penghalang
baginya daripada mengetahui segala perlakuan samada yang zahir mahupun yang batin. Sudah
semestinya pada ketika ini anda rasa malu dan hina disebabkan kerja-kerja yang telah anda lakukan.

NIAT
Dengan niat, anda perlu menanamkan keazaman yang jitu di dalam diri untuk mematuhi perintah
Allah supaya menunaikan solat dengan sempurna hingga ke akhirnya serta menjauhkan diri daripada
melakukan perkara yang membatalkan dan merosakkannya. Semua itu anda lakukan dengan ikhlas
hanya semata-mata hendak mendapatkan ganjaran daripadaNya dan kerana takut kepada balasan
serta bagi mendekatkan diri kepadaNya sedaya yang mungkin. Janganlah anda berdepan dengan
Allah dengan adab yang buruk dan dalam keadaan anda membawa dosa maksiat. Rasakanlah dalam
diri anda kehebatan munajat, kepada siapa anda munajat dan bagaimana anda munajat?
Pada ketika ini sudah semestinya dahi anda dibasahi peluh, muka anda merah ketakutan dan tulangtulang anda menjadi menggeletar kerana merasakan kehebatan Allah yang sedang anda berdepan
dengannya.

73

R a h s i a S o l a t . c o m | 74

TAKBIR
Apabila lidah anda menuturkan lafaz takbir maka jangan pula hati anda mendustakannya. Sekiranya
di dalam hati anda ada yang lebih besar daripada Allah maka Dia menjadi saksi bahawa anda adalah
seorang pendusta walaupun lidah anda menuturkan bahawa Allah adalah lebih besar daripada
segala-galanya. Sekiranya hawa nafsu lebih besar dan berkuasa ke atas anda berbanding daripada
mematuhi perintah-perintah Allah maka bermakna hawa nafsu lebih besar dan lebih anda patuhi
daripada Allah. Pada ketika itu anda telah menjadikannya sebagai tuhan selain daripada Allah.
Adalah dikhuatiri kata-kata Allahu Akbar yang anda tuturkan hanya semata-mata tuturan lidah
sedangkan ia tidak direalisasikan oleh tindak-tanduk anda.
Takbir adalah satu ikrar daripada insan menyatakan bahawa tidak ada perkongsian hak antara Allah
dan makhluk yang diciptakannya. Hak Allah adalah yang paling utama dan penting dilunaskan. Ia
melebihi segala hak manusia. Sekiranya hak Allah dikebelakangkan dan hak manusia lebih
diutamakan maka ikrar yang dilafazkan melalui takbir ini telah dicerobohi dan telah berlaku syirik
terhadap Allah. Takbiratul ihram adalah pemisah antara kesibukan manusia terhadap urusan dunia
dan penumpuan manusia terhadap pembinaan kekuatan diri melalui hubungan dengan Allah Taala
untuk berdepan dengan kehidupan dunia yang berikutnya selepas menunaikan solat.

RUKUK DAN SUJUD


Ketika rujuk dan sujud anda mestilah memperbaharui ingatan terhadap kebesaran dan kehebatan
Allah di samping mengharapkan keampunanNya daripada segala dosa dan balasan azabNya.
Perasaan takut dan mengharapkan keampunan ini diikuti pula dengan keazaman hendak
memperbaiki amalan hidup dengan berpandukan petunjuk yang dipamirkan oleh Rasulullah s.a.w.
Seterusnya ketika rukuk anda berhenti sebentar untuk tunduk kepadaNya dalam keadaan hina dan
rendah diri disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh melembutkan hati dan kekhusyukan di
depan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa. Usaha anda melalui hati ini dibantu dengan
tuturan lidah dengan melafazkan secara bersungguh dan penuh kefahaman ucapan tasbih ketika
rukuk dan sujud.
Ketika rukuk, insan mesti merasakan pengabdian diri di hadapan Tuhannya, merasakan kefakiran
dan betapa perlu kepada Allah yang Maha Kaya, merasakan kelemahannya di hadapan kekuatan
Allah yang Maha Perkasa dan merasakan kejahilan di hadapan Allah yang Maha Mengetahui segalagalanya. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya:
74

R a h s i a S o l a t . c o m | 75
Ketahuilah bahawa aku dilarang membaca ayat al-Quran ketika rukuk dan sujud. Ketika
rukuk hendaklah kamu mengagungkan Allah dan pada ketika sujud hendaklah kamu
bersungguh-sungguh berdoa kerana doa kamu akan diperkenankan pada ketika itu.
Sujud pula adalah keadaan hamba paling hampir dengan Allah. Ini kerana Rasulullah s.a.w telah
memberitahu bahawa keadaan yang mana hamba paling hampir kepada Tuhannya ialah ketika
sujud.
Sabda baginda:

Maksudnya:
Keadaan hamba yang paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud. Maka dengan
itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika itu.
Wujud perbezaan antara rukuk dan sujuk. Pada setiap rakaat seorang insan hanya perlu rukuk sekali.
Berlainan dengan sujud. Setiap rakaat seorang insan yang menunaikan solat perlu sujud dua kali. Ada
beberapa alasan mengapa wujud perbezaan ini:
i. Sujud yang pertama mengingatkan insan bahawa dia dijadikan daripada tanah. Manakala sujud
kedua mengingatkannya bahawa lambat laun dia akan kembali kepada tanah walau panjang mana
sekalipun umurnya.
ii. Sujud adalah rukun solat yang paling penting dan mulia. Oleh itu Allah menyuruh insan
mengulangi dua kali bagi memberi peluang kepadanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam
tempoh yang lebih lama serta bagi merasai kenikmatan bermunajat kepadaNya. Firman Allah:

Maksudnya:
Maka sujudlah kamu di dalam solat dan dekatkanlah diri kamu kepadaNya dengan doa-doa
yang meminta kebaikan. (al-Alaq: 19)
iii. Sujud adalah rukun solat yang tidak dihadiri oleh syaitan. Syaitan tidak dapat berbuat apa-apa
terhadap insan yang menunaikan solat ketika dia sujud. Sabda baginda s.a.w:

75

R a h s i a S o l a t . c o m | 76
Maksudnya:
Apabila anak Adam membaca ayat sajdah lalu dia sujud, maka syaitan akan melarikan diri
sambil menangis dan berkata: ruginya aku, anak Adam diperintahkan supaya sujud lalu dia
sujud dan dia beroleh syurga. Sedangkan aku diperintahkan supaya sujud tetapi aku ingkar
lalu aku beroleh azab neraka.
iv. Sujud adalah rukun solat yang membuatkan insan yang menunaikannya merasai kemanisan
munajat kepada Allah. Abu Bakar r.a telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Ajarkan kepada aku doa
yang boleh aku baca di dalam solat. Baginda berkata, ucapkanlah :

v. Sujud adalah rukun solat yang Allah akan mengampunkan dosa dan mengangkat darjat insan yang
mengerjakannya. Al-Thauban seorang budak suruhan Rasulullah s.a.w berkata: Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w tentang amal yang paling disukai oleh Allah. Baginda menjawab:

Maksudnya:
Hendaklah engkau memperbanyakkan sujud, kerana engkau tidak sujud sekali melainkan
Allah akan mengangkat engkau satu darjat dan menghapuskan satu dosa daripada engkau.
Rukuk dan sujud perlu dilakukan dengan sempurna. Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya:
Solat seseorang tidak sempurna sehinggalah dia sujud dan rukuk dengan sempurna.
Rasulullah s.a.w juga mengkeji insan yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya di dalam solat melalui
sabda baginda:
76

R a h s i a S o l a t . c o m | 77
Maksudnya:
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang mencuri di dalam solatnya iaitu yang tidak
sempurna rukuk, sujud dan khusyuknya.

DUDUK TASYAHUD
Ketika duduk tasyahud, anda hendaklah duduk dengan penuh bersopan sebagai duduk seorang
hamba di hadapan tuannya.
Seterusnya anda membaca ucapan tahyat sepertimana yang telah dijelaskan. Setelah selesai
membaca ucapan tahyat dan sebelum memberi salam, anda boleh membaca doa-doa yang mathur
dengan penuh khusyuk, mengharap dan yakin akan diperkenankan oleh Allah. Anda tidak boleh lupa
di dalam doa-doa yang dibaca terhadap ibu-bapa dan saudara-saudara mukminin yang lain.
Semua ini mesti anda lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati dengan menganggap
bahawa solat yang sedang anda tunaikan dan yang akan berakhir sebentar lagi adalah solat yang
terakhir dapat anda tunaikan sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
Tunaikanlah solat seperti orang yang tidak akan menunaikannya lagi selepas itu.

77

R a h s i a S o l a t . c o m | 78

BEBERAPA ADAB SOLAT


1. Menunaikan solat di awal waktu dan tidak menangguhkan perlaksanaannya.
Antara bentuk kesempurnaan solat yang ditunaikan oleh seorang insan ialah ia dilaksanakan di awal
waktu. Insan tidak boleh disibukkan oleh sebarang urusan sehingga menyebabkan melewatlewatkan solat hingga ke penghujung waktu atau sehingga menunaikannya di luar waktu. Allah telah
memuji orang-orang beriman yang memelihara solat dan menunaikannya di dalam waktu. Mereka
tidak sibuk dengan urusan lain sehingga melewatkan solat. Firman Allah:

Maksudnya:
Dan mereka yang menjaga solat mereka. (al-Maarij: 34)
Makna ayat di atas ialah mereka menjaga solat dengan menunaikannya di dalam waktu dan sentiasa
berterusan menunaikan solat lima waktu. Nabi s.a.w telah ditanya tentang amalan yang paling
mulia. Baginda bersabda:

Maksudnya:
Solat di awal waktunya.
Antara petunjuk yang dibawa oleh Nabi s.a.w ialah menunaikan solat di awal atau di dalam
waktunya. Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan: Sesungguhnya baginda sedang berada bersama
keluarganya berbual-bual. Apabila datang waktu solat maka baginda akan keluar melaksanakannya
seolah-olah baginda tidak kenal mereka dan mereka tidak kenal baginda. Begitulah sifat para
sahabat r.a. Allah telah menyifatkan mereka dengan firmanNya:

Maksudnya:

78

R a h s i a S o l a t . c o m | 79
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah
ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta
diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah
pada waktu pagi dan petang.
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalikbalik hati dan pandangan. (al-Nur: 36-37)
Mufassirun berkata ayat ini diturunkan ke atas para sahabat yang sedang berada di pasar. Apabila
mereka mendengar seruan azan maka mereka akan meninggalkan semua kerja dan bersegera
mentaati perintah Allah menunaikan solat. Mereka tidak disibukkan oleh dunia daripada
menunaikan solat. Allah telah memberikan amaran kepada hamba-hambaNya yang beriman supaya
tidak disibukkan oleh harta dan anak-anak daripada menunaikan solat melalui firmanNya:

Maksudnya:
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan jangan juga oleh
anak-anak daripada zikrullah. Sesiapa yang melakukan perbuatan sedemikian maka mereka
itu adalah orang-orang yang rugi.
(al-Munafiqun: 9)
Makna zikrullah dalam ayat di atas ialah solat lima waktu sebagaimana yang dikatakan oleh setengah
mufassirun.

2. Mengerjakan solat secara berjemaah.


Solat berjemaah adalah sunat muakkad dan insan yang menunaikan solat secara berjemaah akan
mendapat ganjaran yang lebih berbanding dengan insan yang menunaikanya secara sendirian. Solat
berjemaah adalah lebih dekat untuk diterima dan lebih meninggikan darjat serta lebih menambah
iman pada insane yang menunaikannya. Firman Allah:

79

R a h s i a S o l a t . c o m | 80
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang
beriman pada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut
kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu menjadi orang yang tergolong ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Taubah: 18)
Insan yang memakmurkan masjid ialah insan yang dating mengerjakan solat berjemaah di dalamnya.
Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang pergi ke masjid di waktu pagi dan di waktu petang akan
disediakan baginya oleh Allah satu kedudukan di dalam syurga setiap kali dia keluar ke masjid di
waktu pagi atau petang.
Hadis ini menyatakan bahawa seseorang insan yang berulang alik ke masjid akan diangkat darjatnya
berdasarkan kekerapan dia berulang-alik ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

Maksudnya:
Apabila seorang yang bersuci di rumahnya dengan sempurna kemudian berjalan menuju salah
satu rumah Allah (masjid) untuk menunaikan salah satu solat yang difardhukan oleh Allah maka
dengan setiap langkahnya Allah akan menghapuskan dosa atau mengangkat darjatnya.

3. Melazimkan diri dengan membaca ayat-ayat al-Quran dan zikir


selepas solat serta berdoa kepada Allah dengan mengharapkan doa itu diterima oleh Allah.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang disunatkan insan yang menunaikan solat supaya membacanya
selepas solat. Antaranya ialah ayat Kursi. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat maka dia akan berada di bawah
perlindungan Allah sehingga ke solat yang lain.
Antara zikir yang disunatkan selepas solat ialah tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali disudahi
dengan

Sabda baginda yang bermaksud:

80

R a h s i a S o l a t . c o m | 81
Sesiapa yang bertasbih mensucikan Allah setiap kali selepas solat 33 kali, mengucap tahmid memuji
Allah 33 kali dan takbir membesarkan Allah 33 kali yang jumlahnya 99 kali, kemudian berkata untuk
melengkapkan 100 kali

Maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

81

R a h s i a S o l a t . c o m | 82

BAB 3 : KESAN SOLAT YANG


DITUNAIKAN DENGAN SEMPURNA
ZAHIR DAN BATIN
Solat yang ditunaikan dengan sempurna zahir dan batin ialah solat yang ditunaikan dengan
menggerakkan anggota melakukan rukun perbuatan, menggerakkan lidah menunaikan rukun bacaan
dan menggerakkan hati melakukan penelitian dan penghayatan terhadap perbuatan dan bacaan
akan mendatangkan hasil dan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan insan yang
menunaikannya.
Kesan dan hasil solat dalam kehidupan telah dinyatakan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w dengan jelas.
Antara kesan dan hasil yang telah dinyatakan ialah:

MENGHAPUS SEGALA DOSA


Solat yang ditunaikan dengan sempurna akan menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan
sebelum menunaikan sesuatu solat. Kesan ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabda baginda:

Maksudnya:
Perumpamaan solat lima waktu (yang ditunaikan dengan sempurna) ialah umpama sungai
yang mengalir di depan pintu seseorang kamu, lalu dia mandi di dalam sungai tersebut
sebanyak lima kali sehari semalam, adakah ada lagi daki dan kotoran yang tinggal? Para
sahabat menjawab: Tidak ada lagi kotoran yang tinggal. Baginda berkata: Maka
begitulah solat lima waktu (akan menghapuskan dosa dan tidak ada lagi dosa yang tinggal).
Kesan solat yang ditunaikan dengan sempurna menghapuskan dosa juga dijelaskan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabda baginda:

82

R a h s i a S o l a t . c o m | 83

Maksudnya:
Apabila seseorang kamu berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya dan kemudian
keluar daripada rumah untuk menunaikan solat maka dia tidak mengangkat kaki kanannya
melainkan Allah akan mencatatkan baginya satu pahala kebajikan dan dia tidak
mengangkat kaki kirinya melainkan Allah akan menghapuskan satu dosa kejahatannya.
Maka sama sahaja samada seseorang kamu tinggal dekat dengan masjid atau tinggal jauh
daripadanya.
Sekiranya dia sampai ke masjid sedangkan orang ramai telah menunaikan separuh solat dan
tinggal separuh lagi maka hendaklah dia menunaikan separuh yang sempat bersama
mereka dan kemudian menyempurnakan yang selebihnya. Sekiranya dia sampai ke masjid
sedangkan orang ramai telah selesai menunaikan solat maka hendaklah dia
menyempurnakan solatnya, maka dia beroleh ganjaran yang sama dengan orang
berjemaah.
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya:
Tidak ada seorang muslim yang mendapati waktu solat telah masuk lalu dia mengambil
wuduk dengan sempurna, solat dan rukuk dengan khusyuk melainkan solat itu menjadi
kafarah yang menghapuskan dosa-dosa yang lalu walaupun banyak selagi mana dia tidak
melakukan dosa besar.
Solat menghapuskan dosa juga disebut dalam sabda baginda s.a.w:

83

R a h s i a S o l a t . c o m | 84

Maksudnya:
Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa-dosa
yang dilakukan antaranya apabila seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda. Maksudnya:
Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk lalu dia membasuh mukanya maka
segala dosa disebabkan penglihatan matanya akan keluar bersama air atau bersama titisan
air yang terakhir, apabila dia membasuh dua tangannya maka segala dosa yang dilakukan
oleh tangannya akan keluar bersama air atau titisan air yang terakhir, apabila dia
membasuh dua kakinya maka segala dosa yang dilakukan oleh kakinya akan keluar bersama
air atau titisan air yang terakhir sehinggalah dia keluar dalam keadaan bersih daripada
dosa-dosa.
Apabila dosa-dosa telah dihapuskan oleh Allah melalui solat yang ditunaikan dengan sempurna maka
hati manusia menjadi bersih. Ini kerana dosa akan mengakibatkan titik hitam pada hati.
Sabda Rasulullah s.a.w menjelaskan hakikat ini:

Maksudnya:
Apabila anak Adam melakukan kesalahan dosa maka akan diletakkan titik hitam pada
hatinya.
Titik hitam ini jika telah banyak akan menyebabkan hati menjadi hitam. Hati yang hitam akan
menjadi keras dan cenderung kepada perbuatan mungkar dan keji. Sebaliknya hati yang bersih akan
cenderung melakukan perbuatan baik dan makruf serta keberatan untuk melakukan perbuatan keji.

MENDIDIK ANGGOTA MEMPRAKTIKKAN AKHLAK MULIA DAN


MENGHALANG DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI DAN
MUNGKAR
Insan yang menunaikan solat dengan sempurna adalah seorang yang mempunyai akhlak yang tinggi,
perlakuan yang mulia dan corak hidup yang terpuji. Perkataan dan perbuatan yang dilakukannya
menyenangkan hati orang lain. Tingkah lakunya indah, tutur katanya beradab dan penampilannya

84

R a h s i a S o l a t . c o m | 85
menarik sekali. Hati insan lain tertarik dan terpaut dengan penampilan insan ini kerana Allah telah
menyukai dan menjadikan hati orang lain suka kepadanya. Allah berfirman dalam hadis qudsi:
Maksudnya:
Sesiapa yang memusuhi seorang waliKu maka aku pasti mengistiharkan perang
terhadapnya. Tidak ada amal yang lebih Aku sukai seorang hambaKu mendekatkan diri
kepadaKu selain daripada amal yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Tidaklah seseorang
hamba mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehinggalah Aku
mengasihinya. Apabila Aku telah mengasihinya maka Aku adalah pendengaran yang
digunakannya untuk mendengar, pandangan yang digunakannya untuk melihat, tangannya
yang digunakan untuk memukul dan kaki yang digunakannya untuk berjalan. Sekiranya
hamba ini meminta daripada Ku nescaya Aku akan memberikannya dan sekiranya dia
meminta perlindungan padaKu nescaya Aku akan melindunginya.
Solat yang ditunaikan dengan sempurna zahir dan batin juga akan menghalang dan menjadi benteng
bagi insan yang menunaikannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Kesan solat ini
dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:

Maksudnya:
Dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)
Solat boleh menghalang insan yang menunaikannya dengan sempurna daripada melakukan
perbuatan keji dan mungkar kerana ketika menunaikan solat, insan tersebut telah melalui beberapa
detik yang memberikan kesan yang mendalam ke dalam jiwanya sebaik sahaja dia selesai
menunaikan solat. Detik-detik tersebut ialah:
i. Dia telah menghadapkan mukanya kepada Allah dan menyedari Dia memerhatikan dosa-dosa lalu
yang telah dilakukannya. Oleh itu, insan itu telah bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi lagi
perbuatan dosa.
ii. Dia telah berikrar bahawa hidup dan matinya hanya akan dihabiskan dalam bentuk mengabdikan
diri kepada Allah. Semua yang akan dilakukannya akan diniatkannya kerana Allah Taala.
Adalah mustahil sesuatu dosa yang dilakukan diniatkan kerana Allah. Sekiranya dia ingat terhadap
ikrar yang dibuat di dalam solat yang telah ditunaikannya maka dia akan menghalang dirinya
daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar kerana ia tidak dapat dijadikan sebagai ibadah
kepada Allah.
iii. Dia telah berdoa dan meminta daripada Allah supaya menunjukkan kepadanya jalan yang lurus,
iaitu jalan mereka yang telah dikurniakan nikmat olehNya, bukan jalan orang yang dimurkai dan
85

R a h s i a S o l a t . c o m | 86
bukan juga jalan orang yang sesat. Jalan yang lurus ialah jalan ketaatan dan jalan kebaikan, bukannya
jalan kemungkaran dan kekejian. Dengan menghayati doa yang dibacanya di dalam surah al-Fatihah
yang dibaca di dalam solat, maka Allah akan membimbingnya ke jalan yang lurus, jalan ketaatan dan
kebaikan dan menjauhkannya daripada jalan yang bengkok dan berliku, jalan kekejian dan
kemungkaran.
iv. Dia telah meminta ampun kepada Allah daripada segala dosa yang telah dilakukannya sebelum ini
melalui beberapa istighfar dan lafaz taubat yang dilafazkannya ketika dalam solat.
Sebelum salam, dia telah membaca istighfar yang memohon Allah mengampunkan dosanya samada
yang dilakukan secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi, yang dahulu dan yang terkemudian
dan segala dosa yang diketahui oleh Allah. Istighfar dan taubat ini akan membuatkannya berhati-hati
dalam tindak tanduk selepas solat supaya tidak melakukan lagi dosa-dosa kerana ia mencanggahi
makna istighfar dan taubat. Ini kerana makna istighfar dan taubat ialah menyesal dan berazam tidak
akan melakukan dosa lagi.
v. Solat yang ditunaikan dengan sempurna telah membersihkannya daripada dosa-dosa yang telah
lalu. Hatinya telah dibersihkan daripada titik-titik hitam akibat dosa. Sebaik selesai menunaikan solat
hatinya menjadi putih bersih dan jauh daripada kekotoran rohani. Hati yang bersih akan cenderung
dan ringan untuk melakukan amal kebaikan dan yang mendatangkan pahala serta akan jauh atau
berat untuk melakukan perbuatan keji yang mengakibatkan dosa. Dengan itu insan yang
menunaikan solat dengan sempurna akan lebih dekat kepada amal kebaikan dan jauh daripada amal
kejahatan dan kekejian.
Walaupun solat menghalang insan daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, bukanlah
bermakna insan yang menunaikan solat langsung tidak melakukan dosa. Ini kerana insan yang
terselamat daripada melakukan dosa hanyalah para nabi a.s.
Akan tetapi apabila insan yang menunaikan solat melakukan dosa secara di luar kawalannya maka
dia akan segera bertaubat kepada Allah Taala disebabkan sifat taqwa yang ada di dalam dirinya.
Firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila diperdaya oleh sekumpulan syaitan
maka mereka akan segera sedar dan menghindarkan diri daripada dosa yang telah
dilakukan dengan bertaubat kepada Allah daripada dosa tersebut. (al-Araf: 201)

86

R a h s i a S o l a t . c o m | 87

BEROLEH KETENANGAN DAN KEREHATAN


Insan yang menunaikan solat dengan sempurna akan beroleh ketenangan dan kerehatan jiwa yang
tidak ada tolok bandingnya.
Ini kerana Allah Taala telah memberi panduan kepada insan bahawa sumber unggul yang boleh
mendatangkan ketenangan ialah dengan mengingati Allah atau zikrullah. Zikrullah yang paling utama
dalam siri kehidupan seorang insan di dunia yang telah disyariatkan oleh Allah dan diajar oleh
RasulNya ialah solat samada yang wajib atau yang sunat. Firman Allah:

Maksudnya:
Ketahuilah bahawa dengan zikrullah akan menenangkan hati. (Al-Radu: 28)
Di dalam solat seorang insan memenuhi hidupnya dengan berikrar akan mengabdikan diri dalam
segenap aktiviti kepada Allah, memuji Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan, meminta
panduan dan petunjuk ke arah jalan yang lurus iaitu jalan agama Islam, mengucap tasbih mengakui
keagungan kekuasaanNya, meminta ampun daripada segala kesilapan dan kesalahan yang lalu.
Semua ucapan-ucapan ini ditujukan kepada Allah yang merupakan Tuhan segala makhluk yang Maha
Mendengar pujian yang diucapkan oleh hambaNya, yang memperkenankan doa hambaNya yang
meminta, yang memberikan petunjuk kepada hambaNya yang meminta petunjuk dan yang
merahmati hambaNya yang tunduk dan akur dengan keagungan kuasaNya.
Oleh kerana solat yang ditunaikan dengan sempurna menghasilkan kerehatan ketika sebelum,
sedang dan selepas menunaikannya maka Rasulullah s.a.w telah minta Bilal supaya memberikan
kerehatan kepada baginda melalui solat. Permintaan ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w melalui
sabda baginda yang bermaksud:
Rehatkanlah kami dengan solat wahai Bilal.
Apabila baginda s.a.w berdepan dengan kesukaran atau ditimpa oleh sesuatu kesusahan maka
baginda akan menunaikan solat untuk mendapat petunjuk dan ketenangan. Begitulah yang telah
dilakukan oleh para salafussoleh. Apabila mereka ditimpa bencana atau perkara yang merisaukan,
maka mereka akan segera menunaikan solat untuk mendapatkan ketenangan dan hidayah daripada
Allah.
Musibah dan bencana yang menimpa insan yang menunaikan solat tidak akan menggugat
ketenangan dan kerehatan jiwanya. Ini kerana dia sedar bahawa segala yang berlaku ke atasnya
adalah di bawah kekuasaan Allah. Semuanya tidak akan berlaku kecuali dengan izin Allah. Insan ini
memahami firman Allah:

87

R a h s i a S o l a t . c o m | 88

Maksudnya:
Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah ia
berlaku. (Taghabun: 11)
Dengan keimanan yang tinggi, insan yang menunaikan solat akan tenang dan tidak keluh kesah
apabila ditimpa bencana. Begitu juga dia tidak akan terlalu bergembira hingga lupa untuk bersyukur
kepada Allah apabila beroleh sesuatu nikmat. Dalam kedua-dua keadaan, insan beriman akan
tenang. Apabila dikurniakan nikmat dia akan bersyukur. Apabila ditimpa bencana dia akan bersabar.
Kategori insan seperti ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabda baginda:

Maksudnya:
Amat hairan sekali keadaan seorang mukmin. Apabila dikurniakan kegembiraan dia akan
bersyukur dan apabila ditimpa kedukaan dia akan bersabar.
Insan yang menunaikan solat juga yakin bahawa jalan penyelesaian bagi segala kesempitan dan
masalah ada di dalam kekuasaan Allah dan akan membantunya menghadapi kesempitan sekiranya
dia bertaqwa dan bertawakkal sepenuhnya kepadaNya. Keyakinan ini adalah didasarkan kepada
firman Allah:

Maksudnya:
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar
daripada kesempitan dan kesusahan, dan Dia akan mengurniakan rezeki kepadanya
daripada sumber yang tidak disangka-sangka. (al-Talaq: 2-3)
Insan ini juga menyakini bahawa dengan bertaqwa kepada Allah sepenuh hati dan ikhlas
mengabdikan diri kepadaNya, maka Allah akan mempermudahkan perjalanan hidupnya di dunia dan
di akhirat.
Keyakinan ini disandarkan kepada firman Allah yang bermaksud:
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memudahkan urusannya. (al-Talaq: 4)
88

R a h s i a S o l a t . c o m | 89
Seorang insan muslim yang menunaikan solat dengan penuh penghayatan dan khusyuk akan
melakukan rekreasi minda sebanyak lima kali sehari semalam. Rekreasi yang pertama tatkala insan
muslim bangun daripada tidur di awal pagi yang penuh keheningan. Dengan minda yang kosong,
insan ini menghadap Allah, bermunajat sepenuh jiwa.
Rekreasi kedua dilakukan ketika berhenti rehat daripada kepenatan kerja di tengahari. Setelah
bergelumang dengan kerja dengan memerah tenaga jasmani dan akal, setelah insan berasa penat
dari segi jasmani, minda dan jiwa, maka dia datang berdepan dengan Allah mendapatkan kerehatan.
Setelah mendapat ketenangan dan kerehatan jiwa, insan ini berkecimpung semula melakukan kerja
dan tugas yang sepatutnya dilakukan.
Setelah penat bekerja, sekali lagi insan ini datang merehatkan jiwa dan jasmaninya di hadapan
Tuhan Rabbul Jalil. Di waktu senja dan malam sebelum tidur, sekali lagi insan ini datang mengadap
Tuhan yang memerhatikan dan memberikan ganjaran terhadap segala kerja yang telah
dilakukannya. Setelah melakukan rekreasi minda lima kali, insan muslim ini akan tidur dengan penuh
ketenangan dan lapang jiwa sebagai persiapan untuk memulakan kitaran hidup pada hari
berikutnya.
Dengan semua faktor-faktor yang menghasilkan kerehatan dan ketenangan dalam jiwa insan yang
menunaikan solat maka dia akan hidup jauh daripada kerisauan, kebingunan, rasa tidak tenteram
dan tekanan perasaan yang kadang-kadang menyebabkan seseorang insane membunuh diri.

MEMBANGKITKAN SEMANGAT MELAKUKAN KERJA KEBAIKAN


TERUTAMA KEWAJIPAN
Di dalam solat, insan yang menunaikannya telah menyedari bahawa penghujung hidup adalah
kematian. Selepas mati dia akan melalui alam kubur dengan kepelbagaian peristiwa yang
menggerunkan sehinggalah dibangkitkan semula dengan tiupan sangkakala yang kedua. Kubur
menjadi taman syurga bagi orang baik, dan menjadi lubang api neraka bagi orang jahat. Akhirat pula
menjadi tempat bersukaria mengecapi nikmat bagi orang yang timbangan amalan kebaikannya lebih
berat daripada timbangan amalan kejahatan.
Kunci yang menentukan bahagia atau derita bagi seseorang insan di dalam dua alam ghaib ini ialah
amal atau kerja.
Oleh itu insan yang menunaikan solat dengan sempurna akan beroleh semangat dan motivasi yang
tinggi untuk melakukan kerja-kerja di dunia ini yang boleh menjamin kebahagiaannya di alam kubur
dan alam akhirat samada kerja yang berbentuk ibadat khusus atau kerja-kerja mengurus alam yang
menjadi pelengkap kepada kesempurnaan amalan agama seseorang. Para ulamak mengkategorikan
kerja-kerja mengurus alam ini ke dalam kategori kerja yang hukum melaksanakannya adalah fardhu
kifayah. Namun kedua-dua bentuk kerja ini adalah diambil kira dalam neraca Allah dalam
menentukan nasib seseorang insan.
Insan yang telah menyedari betapa pentingnya peranan kerja dalam menentukan nasib selepas mati
selain daripada nasib di dunia akan mempunyai satu semangat dan keinginan yang kental dalam
89

R a h s i a S o l a t . c o m | 90
melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan. Insan seperti ini akan memastikan bahawa
segala kerja yang berstatus wajib disempurnakan dengan baik kerana dia yakin sekiranya kerja ini
tidak dilaksanakan atau dilaksanakan tetapi secara tidak sempurna akan menyebabkan dosa ke
atasnya. Sebaliknya, jika kerja wajib ini disempurnakan dengan baik akan mendatangkan ganjaran
pahala daripada Allah.
Manakala kerja yang berstatus sunat akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh dan
bersemangat kerana dia yakin kerja-kerja yang sunat itulah yang akan melengkapkan yang wajib dan
yang akan membezakan kedudukannya di sisi Allah Taala. Kerja-kerja yang harus pula akan
dilakukannya dengan niat sebagai ibadah dan kepatuhan kepada syariat Allah.
Insan yang bersifat positif dan berintegriti seperti ini akan menyempurnakan sepenuhnya
tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dengan ikhlas serta jauh
daripada pengkhianatan dan penyelewengan.
Dari satu aspek lagi insan yang menunaikan solat akan bangun awal pagi untuk menunaikan solat
fajar dan aktiviti hidup yang selepasnya dengan segar dan aktif. Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
Syaitan akan mengikat kamu tatkala seseorang kamu tidur dengan tiga ikatan. Setiap ikatan
ini akan mencengkam kuat sepanjang malam lalu dia akan terus tidur. Apabila dia bangun
lalu menyebut nama Allah maka akan terungkai satu ikatan.
Apabila dia berwuduk maka akan terungkai satu ikatan. Apabila dia menunaikan solat maka
akan terungkai semua ikatan. Dengan itu dia akan berpagi-pagian dalam keadaan sihat,
segar dan aktif. Sekiranya tidak dia akan berpagi-pagian dalam keadaan lesu dan malas.

BERHATI-HATI DALAM TINDAK TANDUK SEHARIAN DAN MERASAI


MURAQABATULLAH
Insan yang menunaikan solat dengan sempurna akan berhati-hati dalam tindakannya dalam
kehidupan di dunia ini. Insan ini akan berfikir dengan teliti sebelum melakukan sebarang tindaktanduk samada yang besar ataupun yang kecil. Ada tiga sebab yang menjadikan insan ini berhati-hati
dalam tindakannnya di dunia:
Pertama: Kerana di dalam solat dia telah berikrar di hadapan Allah bahawa solat, korban, hidup dan
matinya hanya kerana Allah semata-mata, bukannya kerana sebab-sebab yang lain. Dengan ikrar ini
dia akan melaksanakan aplikasi tauhid dalam semua kegiatan dan amal yang dilakukannya secara
sedar. Dia akan berhati-hati supaya tidak ada kerja atau tindakan yang dilakukannya di dunia ini yang
disekutukan dengan yang lain selain daripada Allah. Dia tidak akan mensekutukan Allah dalam amal
dan kerja yang dilakukannya walau sekecil mana pun kerja atau amal tersebut. Dia tidak akan
mensekutukan Allah dengan manusia, tidak juga dengan harta dan tidak juga dengan nafsu yang ada
di dalam dirinya.

90

R a h s i a S o l a t . c o m | 91
Kedua: Kerana di dalam solat insan ini telah melalui satu peringatan yang amat berharga iaitu Allah
sebagai pemilik dan penguasa tunggal hari akhirat. Hari akhirat adalah hari pembalasan terhadap
semua amal dan kerja yang dilakukan oleh manusia ketika hidup di dunia. Pembalasan terhadap
amal pada hari tersebut bukan secara rawak atau bukan juga terhadap amal atau kerja tertentu.
Akan tetapi pembalasan yang akan dijalankan adalah terhadap semua amal dan kerja secara
terperinci dan adil samada amal atau kerja itu besar atau kecil, penting atau tidak penting, kerja
yang dilakukan secara terang-terangan atau secara tersembunyi, kerja peribadi atau kerja
masyarakat.
Ketiga: Konsep yang dipegang oleh seorang insan yang menunaikan solat ialah sembahlah Allah
seolah-olah anda melihatNya. Jika anda tidak dapat melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat
anda. Konsep yang dipegang ketika menunaikan solat mesti dipanjangkan sehingga ke luar solat.
Konsep Allah melihat insan perlu direalisasikan dalam aktiviti kehidupan seharian dengan
kepelbagaian aktiviti yang dilakukan.
Dengan menghidupkan konsep Allah melihat insan atau muraqabatullah akan melahirkan insan yang
amat berhati-hati dan berwaspada dalam semua tindak tanduk dan kerja amal yang hendak
dilakukannya. Setiap kerja dan perbuatan yang hendak dilakukan oleh insan yang merasai
muraqabatullah ini akan dipastikannya menepati kehendak syariat dan peraturan yang telah
diturunkan oleh Allah dan tidak melanggar larangan-larangan yang telah digariskanNya.
Konsep muraqbatullah ini telah menanamkan satu banteng rohaniah atau satu kekuatan dalaman
yang mendorongnya melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan. Insan
seperti ini bukan melakukan kebaikan kerana mahukan ganjaran daripada manusia dan bukan juga
tidak melakukan kejahatan kerana takutkan tindakan manusia. Akan tetapi keberhatiannnya dalam
tindak tanduk adalah dikawal oleh kesedaran dalam diri.
Oleh kerana tiga sebab yang telah diperingatkan kepadanya ketika menunaikan solat, maka insan
yang baru selesai menunaikan solat ini akan berhati-hati dalam melakukan sebarang kerja atau amal
bagi memastikan bahawa ia dilakukan dengan menepati garis sempadan yang telah ditetapkan oleh
syariat Islam untuk mendapat redhaNya dan mendapat ganjaran baik daripadaNya di akhirat kelak.

MENDAPAT PETUNJUK ALLAH DALAM MENENTUKAN HALA TUJU


HIDUP DALAM SEGALA AKTIVITI YANG DILAKUKAN
Kehidupan insan bukan setakat di dunia. Malah hidup di dunia hanyalah sementara dan jambatan
yang menghubungkan insane dengan alam akhirat yang kekal abadi. Hidup di dunia hanyalah buat
tempoh tertentu bagi membolehkan insan bercucuk tanam, melakukan kerja bagi menentukan nasib
dan kedudukannya di akhirat. Oleh itu insan dituntut supaya menjalani kehidupan dunia dengan
mengikut petunjuk syariat yang telah diturunkan oleh Allah sebagai Tuhan yang memiliki dan
berkuasa di kedua-dua alam ini.
Adalah penting insan memastikan segala jenis aktiviti yang dilakukannya di dunia berada di atas
landasan jalan yang lurus.

91

R a h s i a S o l a t . c o m | 92
Namun insan penuh dengan kelemahan dan kelalaian. Kadang-kadang insan terpesong daripada
jalan yang lurus disebabkan faktor-faktor pemesong yang ada di dalam dirinya dan yang ada di
sekelilingnya.
Oleh itu adalah penting insan meminta daripada Tuhan Penguasa dunia dan akhirat agar
membimbing dan memimpin tangannya ke arah jalan yang lurus. Permintaan inilah yang diucapkan
oleh insane ketika membaca surah al-Fatihah dan doa antara dua sujud selain daripada doa yang
dibaca selepas solat. Insan yang menunaikan solat berkata: Tunjukkanlah kepada kami jalan yang
lurus, berilah kami petunjuk. Ketika tahyat pula insan ini meminta: Berilah keselamatan kepada
kami dan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Keselamatan apakah yang lebih bernilai daripada
selamat daripada bakaran api neraka? Permintaan ini dilakukan di hadapan Allah yang bersifat Maha
Memperkenankan Doa dan Maha Mengasihani hamba-hambaNya yang soleh.
Dengan doa-doa dan permintaan-permintaan yang ikhlas dan khusyuk serta merendah diri ini, Allah
akan membimbing dan memberikan petunjukNya kepada insan yang melakukannya di dalam solat.
Kesannya ialah insan ini akan hidup dalam keadaan yang stabil dan seimbang, berada di atas
landasan syariat Allah dan panduan rasulNya dalam semua kerja dan amal yang dilakukannya.

MENGUKUHKAN KESABARAN DAN KEUPAYAAN MENGHADAPI


CABARAN
Solat akan mengukuh dan memantapkan kesabaran dan keupayaan insan yang menunaikannya
dengan sempurna dalam menghadapi cabaran-cabaran hidup kerana menunaikan solat perlu kepada
usaha dan kesungguhan yang tinggi. Ketika membuat persediaan untuk solat dengan mandi hadas
sekiranya berlaku sebab-sebab yang mewajibkan mandi hadas, berwuduk selepas berlaku hadas,
bangun di awal pagi untuk menunaikan solat subuh, pergi menunaikan solat berjemaah atau solat
Jumaat, seseorang insan itu perlu kepada keazaman yang kuat, kesabaran yang tinggi dan
kesungguhan yang jitu. Tanpa keazaman, kesabaran dan kesungguhan ini, seseorang insan tidak
akan berupaya menunaikan solat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syarak.
Seorang insan yang hendak menunaikan solat bukan sahaja berdepan dengan cabaran berbentuk
fizikal seperti membersihkan badan daripada najis dan hadas dan berjalan atau berkenderaan
menuju ke tempat solat berjemaah, malah insan itu juga terpaksa berdepan dengan cabaran yang
berbentuk spiritual. Dari aspek spiritual, insan yang hendak menunaikan solat di awal waktu sebaik
sahaja azan dilaungkan akan berdepan dengan cabaran rasa malas, penat, jemu di samping bisikan
syaitan yang sentiasa cuba memujuk insan supaya melewat-lewatkan solat.
Begitu juga ketika insan berusaha untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat dengan meneliti
dan menghayati erti bacaan dan perbuatan yang dilakukannya dalam solat, dia akan berdepan
dengan cabaran tarikan syaitan kepada perkara-perkara lain di luar solat. Berbagai jenis lintasan dan
ingatan akan dating ke dalam kotak fikiran dan sanubarinya yang boleh memesongkan penumpuan
terhadap bacaan dan perbuatan dalam solat.

92

R a h s i a S o l a t . c o m | 93
Insan yang tidak ada keazaman, kesabaran dan kesungguhan tidak akan dapat mencapai
kesempurnaan solat yang dituntut oleh syarak. Kesempurnaan solat hanya akan diperolehi oleh
insan yang benar-benar bertekad, mempunyai keazaman dan kesabaran serta kesungguhan yang
tinggi untuk masuk ke alam solat dengan sepenuh jiwa, perasaan dan tubuh badannya.
Firman Allah:

Maksudnya:
Dan hendaklah kamu meminta tolong dengan sifat kesabaran dan dengan menunaikan
solat, kerana sesungguhnya solat amat berat dilaksanakan kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk. (al-Baqarah: 45)
Firman Allah lagi:

Maksudnya:
Dan hendaklah engkau menyuruh keluarga engkau menunaikan solat dan hendaklah engkau
bersabar melaksanakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada engkau, malah Kamilah
yang memberikan engkau rezeki. Kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.
(Taha: 132)
Insan yang menunaikan solat dan berjaya melepasi cabaran-cabaran yang ada di sepanjang
menunaikan solat dengan kesabaran dan kesungguhan akan berupaya berdepan dengan kesusahan
dan cabaran di sepanjang kehidupannya di dunia samada cabaran yang berbentuk fizikal mahupun
spiritual. Insan seperti ini akan berupaya melalui cabaran hidup dengan jayanya.

MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN DAN PERPADUAN


Melalui solat secara umum dan solat berjemaah secara khusus, tali persaudaraan dan rasa kasih
sayang sesama individu dalam masyarakat akan bertambah kukuh. Ini kerana ketika menunaikan
solat, semua orang telah merasai persamaan taraf di sisi Allah Taala tanpa merasakan kelebihan
pada seseorang ke atas orang lain. Setiap orang melakukan perbuatan dan membaca bacaan yang
sama ketika menunaikan solat tanpa ada perbezaan antara orang kaya dan orang miskin, orang
berpangkat tinggi dan orang berpangkat rendah, golongan bangsawan dan golongan petani, ahli
agama dan orang awam.

93

R a h s i a S o l a t . c o m | 94
Di dalam solat semua insan yang menunaikannya saling mendoakan keselamatan dan agar beroleh
petunjuk daripada Allah.
Di dalam al-Fatihah, masing-masing saling mendoakan supaya sama-sama diberikan petunjuk oleh
Allah ke jalan yang lurus melalui kata-kata
tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan mereka yang telah Engkau berikan nikmat ke atas
mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Ketika tahyat pula, insan yang bersolat saling mendoakan keselamatan antara satu sama lain melalui
doa: Selamat sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hambaMu yang soleh. Dengan doa yang
lahir dari hati yang bersih dan ikhlas ini secara langsung telah memupuk semangat kasih sayang dan
persaudaraan yang amat erat sesama insan yang menunaikan solat di seluruh dunia. Masing-masing
mengharapkan saudara yang lain beroleh kesejahteraan dan keselamatan hidup di dunia dan di
akhirat. Jiwa insan yang berdoa ini jauh daripada sifat hasad dengki dan permusuhan sesama
saudara seagama.
Semangat persaudaraan dan kasih sayang yang hanya diasaskan di atas landasan taqwa dan iman
kepada Allah serta jauh daripada kepentingan duniawi adalah satu kelebihan yang diperoleh oleh
insan yang mengamalkannya. Insan ini akan menerima ganjarannya di dunia dan di akhirat. Sabda
Rasulullah s.a.w:
Maksudnya:
Tujuh golongan yang akan diberi perlindungan oleh Allah pada hari yang tidak ada
perlindungan kecuali perlindunganNya: pemimpin yang adil, pemuda yang menghabiskan
usianya dalam mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya tertambat dengan masjid
apabila keluar daripadanya sehingga kembali semula, dua lelaki yang berkasih sayang
kerana Allah, kedua-duanya bertemu dan berpisah kerana Allah ...

94

Anda mungkin juga menyukai