Anda di halaman 1dari 64

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR


KERJA KURSUS PENDEK
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDU 3102)

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAKKANAK PERINGKAT UMUR 6-12 TAHUN.


NAMA

: HAZANAH BINTI ABDULLAH

NO K/P

: (900423-06-5732)

OPSYEN

: PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011

PENSYARAH : ENCIK ZAKARIA BIN KALIMAN


TARIKH HANTAR : 1 APRIL 2011

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t,
Pertama sekali izinkan saya menguucapkan setinggi kesyukuran kepada Tuhan
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana tanpanya tidak mungkin saya dapat
menyempurnakan kerja kursus ini tanpa sebarang masalah dan dugaan. Diharap segala
usaha yang dicurahkan ke atas kerja kursus ini diterima oleh pensyarah yang mengajar.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, En Zakaria
bin Kaliman yang banyak membantu saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Selain itu
bimbingan dan sokongan beliau terhadap kerja kursus saya ini amat dihargai. Tanpa
beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah
ditetapkan.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan dan
dorongan tidak kira siang mahupun malam. Ini telah membakar semangat saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sempurna lagi.
Selain itu, ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan rakan-rakan opsyen
Sains dalam bersama-sama menyiapkan kerja kursus ini dengan memberi maklumat dan
beberapa bantuan bagi permudahkan saya. Saya berharap supaya kerja kursus saya kini
dapat diterima oleh En Zakaria dengan jayanya.

1.1 KONSEP PERTUMBUHAN DAN


PERKEMBANGAN KANAKKANAK
1.2 Konsep pertumbuhan kanak-kanak.
1.3 Ciri-ciri pertumbuhan.
1.4 Konsep perkembangan.
1.5 Ciri-ciri perkembangan.

1.0 KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi
merealisasikan

sebuah

kehidupan.

Proses

tersebut

adalah

pertumbuhan

dan

perkembangan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan atau
mendewasakan semua benda hidup. Perkembangan manusia melibatkan perubahan.
Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak
dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan
sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Pertumbuhan pula adalah perubahan
fizikal yang terhad pada beberapa faktor.

1.1 KONSEP PERTUMBUHAN KANAK-KANAK


Woolfolk dan Margetts (2007) menyifatkan pertumbuhan sebagai perubahan
dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz
bahagian-bahagian badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf otak. Menurut Dr. Ragbir
Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-perubahan fizikal dan kuantitatif yang
berlaku dalam diri manusia.
Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif
iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan
terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan berhenti. Pertumbuhan adalah
perubahan yang nyata dan di ukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.

1.2 CIRI-CIRI PERTUMBUHAN KANAK-KANAK


Ciri-ciri dalam pertumbuhan kanak-kanak adalah seperti berikut:-

Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.

Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara
fizikal.

Selain daripada itu, saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah.
Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk
menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan
fizikal.

Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibu


bapa dan persekitaran individu tersebut.

Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu kepada individu dan ia berlaku


peringkat demi peringkat.

MEMBESAR SECARA BERPERINGKAT

Sumber : Buku Perkembangan Kanak-Kanak untuk PISMP

1.3 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

AT
AN
LO
NG

PEN D A PA
T
M EN G EN A
I
PER KEM B
AN G AN

D.S
W R IG H T
D A N ANN
TAYLO R

SA
NT
RO
CK

CRO
W
AN D
CRO
W

DR.
RA G B
IR
K A UR
K ER L
E.
G A RI
SON

R O B ER
T
H AVIG
H U R ST

ARN
O LD
GES
EL

Terdapat pelbagai pendapat mengenai perkembangan antaranya ialah:-

Santrock (2008) -dalam BUKU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK UNTUK


PISMP mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat.

Dr. Ragbir Kaur (2008) - perkembangan didefinisikan sebagai perubahanperubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir
hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang
berlaku secara progresif dalam diri manusia.

Menurut Arnold gesel(1949) - perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut pola


dan urutan tertentu. Tingkah laku seseorang akan berubah mengikut jadual masa
yang ditetapkan. Kanak-kanak akan berubah perkembangan mengikut peringkat
umur berdasarkan apa yang dikatakan oleh Arnold.

Robert Havighurst - perkembangan kanak-kanak berkait rapat dengan struktur


biofizikal

dan

fungsi

perkembangan

sendiri.

Perkembangan

kanak-kanak

dipengaruhi faktor persekitaran.

Menurut Kerl E. Garison- perkembangan kanak-kanak adalah dihasilkan daripada


tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan, ada berbentuk struktur kemahiran satu siri tingkah laku
ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa peraturan semula jadi dan
sifat-sifat yang sejagat. Perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang
saling berkait rapat di antara perubahan kuantitatif yang menuju ke arah yang
tertentu dan mengikut perkara yang dijangkakan.

Crow dan Crow (1980) - perkembangan ialah perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dalam aspek pemikiran, rohani, sosial, moral
dan sahsiah. Perkembangan bersifat berterusan iaitu sejak lahir hinggalah mati.
Perkembangan ialah proses yang menggalakkan kematangan seseorang individu.
Ia adalah faktor baka dan persekitaran.

D.S Wright dan Ann Taylor - mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan


yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur

organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan


pertambahan umur.

Atan Long - perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan
daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu
organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun
peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terusmenerus,

dari

awal

sehingga

akhir

hayat

sesuatu

organisma.

Proses

perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen
yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma,
sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa.
Kesimpulannya - perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang
sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah
berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir
hayatnya.

1.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat antaranya:1. Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.
2. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial.
Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.
9

3. Ia dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.


4. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta
mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya
meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari.
5. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu.
6. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi
peringkat-peringkat kematangan tertentu.
7. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah
tertentu serta dijangkakan.
8. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai
tahap yang maksimum.

BAKA JUGA MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN

10

2.0 PRINSIP-PRINSIP
PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN KANAKKANAK

2.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

11

Berikut merupakan prinsip- prinsip penting dalam perkembangan kanak-kanak:2.1 ARAH


Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada
peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti:

- Arah kepala ke kaki (cephalocaudal)


- Arah tengah ke tepi (proximodistal).
12

Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah
kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian
kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kepala kanakkanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian
kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila
kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat
mengangkat kepalanya. Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari
arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di
dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup
terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang
belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan
berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi
menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

2.2 SUSUN ATUR TERSENDIRI


Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.
Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Corak yang
lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia
mungkin terlambat dalam beberapa aspek perkembangan, tetapi dapat sampai ke
peringkat kanak-kanak lain seperti yang sepatutnya.
2.3 MENYELURUH
Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi gerak balas secara
menyeluruh ke atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot masih belum matang.
Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh
badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya kerana jarinya masih
belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda hanya
memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi kanakkanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal, ketakutan kanakkanak ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian ketakutannya hanya kepada perkara-

13

perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut proses pembezaan
setelah itu proses penyatuan akan berlaku
2.4 BERTERUSAN
Perkembangan diri seseorang berlaku secara berterusan. Perkembangan ini berlaku pada
kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu
berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain.
Umpamanya, rumah tangga yang tegang pada peringkat awal perkembangan kanakkanak mempengaruhi sahsiah kanak-kanak seterusnya. Tanggapan negatif kepada ibu
bapa yang kerap bertengkar sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani
pada peringkat awal terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat
kanak-kanak sewaktu dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecacatan kecil pada peringkat
awal

kehamilan,

kecacatan

ini

membesar

selepas

ia

dewasa

nanti.

2.5KECEPATAN
Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama. Anggota yang berlainan
mempunyai kecepatan yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi kecerdasannya tetapi
masih belum matang selalunya mempunyai perkembangan kecerdasan yang mendahului
peringkat kematangan jasmani, kemasyarakatan dan emosi. Mereka selalunya susah
menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya dan juga kanak-kanak yang lebih
tua.
2.6 BERKAITAN DAN MEMPENGARUHI
Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan mempengaruhi
perubahan keseluruhan anggota lain. Pertalian ternyata didapati di antara kematangan
jasmani dengan kematangan mental. Kesan daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat
matang berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini
bukan sahaja terdapat pada keadaan jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan
tingkah laku. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah
proses

yang

2.7 BERBEZA
14

bersepadu

melibatkan

penyesuaian

keseluruhan

badan.

Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru, tidak semua
kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang
sama. Frank (1950) mengatakan bahawa perkembangan hidup seseorang bergantung
kepada pewarisan dan alam sekeliling yang amat unik. Walaupun kecepatan perkembangan
mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak, perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak
yang berbadan tinggi pada satu peringkat umur akan berbadan tinggi juga pada peringkatperingkat umur yang lain, sedangkan yang berbadan rendah akan rendah juga
kemudiannya. Lingkungan umur akal bagi kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap juga
menunjukkan kekekalan sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental yang cepat
akan berterusan cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya tertinggal semakin
jauh apabila dia semakin membesar.
2.8 BERPERINGKAT-PERINGKAT
Hidup manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang
nyata bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu memberikan sifat keutuhan
dan sifat yang unik. Walaupun terdapat peringkat-peringkat ini, tetapi garis-garis
pembahagian tidak nyata bagi memisahkan di antara satu di antara satu dengan yang lain.
Terdapat tujuh peringkat perkembangan yang ketara iaitu:

PERINGKAT
Peringkat 1
Peringkat 2

PENERANGAN
Peringkat sebelum lahir sehingga bayi dilahirkan. 280 hari dalam kandungan.
Peringkat bayi merah iaitu daripada masa lahir sehingga kira-kira 10 ataupun

Peringkat 3
Peringkat 4
Peringkat 5

14 hari kemudian.
Peringkat bayi daripada umur 2 minggu sehingga kira-kira 2 tahun.
Peringkat kanak-kanak iaitu antara umur 2 tahun sehingga akil baligh.
Peringkat remaja iaitu daripada akil baligh sehingga peringkat dewasa iaitu

Peringkat 6
Peringkat 7

kira-kira berumur 25 tahun.


Peringkat dewasa
Peringkat tua

15

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG


MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
3.1 Faktor Kebakaan /Endogen.
3.2 Faktor persekitaran/Eksogen.
16

3.2.1 Faktor pralahir


3.2.2 Faktor selepas lahir.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN


3.1 FAKTOR KEBAKAAN (GENETIK) / ENDOGEN

GEN

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa
baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur
organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseorang
individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaanpersamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu
17

kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.
Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi
manusia.
Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti
warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit
seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara
anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifatsifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen
yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula
akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan
pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang
berbeza itu.
Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat
daripada ciri-ciri berikut:

3.1.1

Ciri-ciri fizikal- Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau
coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan
warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil,
bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa.
Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh
gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen.
Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanakkanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat
dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

3.1.2

Ciri Fisiologi- Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang
sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah
penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh
pengaruh baka.

18

3.1.3

Kecacatan mental- Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen


yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali
persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan
oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk
menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak
dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid
beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas
kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu
biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua
faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan
seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh
baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus.

3.1.4

Sahsiah- Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh


persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya,
perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka.
Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi
oleh faktor baka.

3.1.5

Kecerdasankecerdasan

Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan


seseorang

individu.

Ini

bermakna

ibu

bapa

yang

tinggi

kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga


tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga
memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan
kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental
kanak-kanak.

3.2 FAKTOR PERSEKITARAN /EKSOGEN


Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang
individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula
mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit
19

kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik


yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Pengertianpengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam
sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pra lahir atau selepas lahir. Terdapat dua
kategori

faktor

persekitaran

iaitu

faktor

pra

lahir

dan

faktor

selepas

lahir.

3.2.1 FAKTOR PRALAHIR


Pemakanan- Makanan yang seimbang adalah penting bagi
menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang
sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.
Kesihatan Ibu- Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat.
Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan menyebabkan kecacatan
seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta.
Penyalahgunaan Dadah- Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya
akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang
bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah
Thalidomide.
Kesan X-Ray- Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang
ibu kepada X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya
cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.
Emosi Ibu- Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan
kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat.
Umur Ibu-Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu
yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melahirkan bayi yang mengalami
kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.
20

3.2.2

FAKTOR SELEPAS LAHIR

PEMAKANAN

makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi Susu ibu amat
baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani
dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan.
Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang
individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai
penyakit.

KELUARGA

Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu


bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi
ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak
dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah
keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak.

SIKAP KEPIMPINAN
-

Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap
anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan
anak-anak mereka mengemukakan pendapat atau cadangan. Ini akan
menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak
seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat
bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa
yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk
menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat
majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.

RAKAN SEBAYA
21

Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur


yang sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya,
rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih
kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah makhluk sosial
yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi
afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.

SEKOLAH

Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh
mempengaruhi

perkembangan

mental,

sosial

dan

jasmani

seseorang.

Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan


perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah
juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di
antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah
yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi
dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah
yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan
menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan.
TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal seseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya.


Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di
antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar.
Nilai-nilai

seperti

tolong-menolong,

bertimbang

rasa,

kemesraan

dan

sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Pendudukpenduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan
penduduk-penduduk di luar bandar. Kanak-kanak akan membesar menjadi
individu-individu yang juga selalu mengharapkan ganjaran.
SEBARAN AM
22

Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku,


wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan
sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh,
program TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-kanak
mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.

PUSAT IBADAH

Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu
tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu.
Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati
nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang
lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.

PERSEKITARAN DUNIA

Ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin, ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain


di seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat iaitu dari
segi idea, budaya, ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan atau falsafah hidup
penduduk berkenaan juga turut dipengaruhi.

Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan


kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak
tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem
Ekologi Bronfenbrenner 1979,1989) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap
tertentu.

Menurut

beliau

terdapat

lima

tahap

dalam

perkembangan

ini

iaitu:

1. Mikrosistem- Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada


apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti
patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli
keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik.
23

2. Mesosistem- merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang lebih


luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya,
bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu
memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga.
3. Eksosistem- menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin
kurang

berkaitan

dalam

hidup

mereka.

Melihat

bagaimana

kanak-kanak

didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa
dan institusi sosial lain.
4. Makrosistem- makrosistem mewakili norma-norma, nilai dan amalan masyarakat
ia adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan kanak-kanak
dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai
sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.
5. Kronosistem- persekitaran kita tidak kekal sama. Ia berubah mengikut peredaran
masa. Sebagai contoh, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa
perubahan

dan

memberi

kesan

kepada

perkembangan

kanak-kanak.

Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan


bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan
kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Kanak-kanak tidak lari daripada
berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak
langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

24

4.0 PERKEMBANGAN
FIZIKAL KANAK-KANAK
25

6.12 TAHUN
4.1 Konsep perkembangan fizikal kanak-kanak
4.2 Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak
4.3 Peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak
4.4 Hasil Kajian-Data dan perbincangan

4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK


4.1 Konsep Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-12 tahun)
Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada
perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan
mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat
melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka
26

bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz
tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan
seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada
ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu
bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait
fenotip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi
pengaruh baka juga memainkan peranan penting.
Menurut Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004),
kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap
aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada
anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar
ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

4.2 Prinsip Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-12 tahun)


Prinsip asas perkembangan fizikal kanak-kanak dihuraikan seperti berikut:
4.2.1 Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.
Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal
pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya
kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam
masa dua bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap
dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada usia 6 tahun hingga 12 bulan,
bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya
berjalan.
27

4.2.2 Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.
Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar
badan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu
sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan
bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran akan
cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat
mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan
kedua-dua tangan untuk menggenggam objek. Seterusnya bayi dapat memegang
objek dengan sebelah tangan kerana otot tangan sudah mengembang.
4.2.3 Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.
Sebagai contoh nya, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan
menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden yang sama berlaku,
bayi masih akan menangis tetapi bolah menunjuk kepada kepala yang sakit.
Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan memberitahu
kepalanya sakit.
4.2.4 Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa
peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti
misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada
peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

4.3 Peringkat Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-12 tahun)


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran
28

psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi
susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga
10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki
mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai
tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak
menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil
baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus
kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus,
koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih
kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait,
membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki
cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

KANAK-KANAK SUDAH BOLEH


BERMAIN
ALAT MUZIK.
KAJIAN
PERKEMBANGAN

4.4 HASIL
PERBINCANGAN

FIZIKAL -DATA DAN

Saya membuat pemerhatian mengenai perkembangan fizikal kanak-kanak di


Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 6, selepas meminta kebenaran pihak pengurusan
sekolah.(sila rujuk lampiran 1). Untuk melihat perkembangan fizikal kanak-kanak dengan
lebih jelas, saya memilih dua orang pelajar bagi setiap peringkat umur dalam lingkungan
6-7 tahun dan 7-12 tahun. Saya memilih peringkat umur ini kerana kadar pertumbuhan
dan perkembangan fizikal mereka stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan
peringkat-peringkat umur sebelum ini.
Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Untuk mendapatkan
29

data perkembangan fizikal, saya mengambil saiz badan, saiz kepala, tinggi dan berat bagi
setiap kanak-kanak. Kemudian perbezaan antara kanak-kanak di setiap peringkat umur
dan purata antara setiap peringkat umur diambil bagi membandingkan bentuk
perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut.
Ketinggian diambil menggunakan unit ukuran sentimeter (cm) manakala berat
mengikut unit ukuran kilogram (kg). Bagi saiz kepala pula, ukur lilit kepala dilakukan pada
bahagian kepala dan dahi manakala saiz badan diukur berdasarkan ukuran lebar bahu
kanak-kanak. Kedua-dua ukuran ini juga diambil mengikut ukuran sentimeter (cm).
Semua pelajar memberi kerjasama yang baik semasa proses pengukuran. Kami
menggunakan timbang sebagai medium ukuran bagi berat. Manakala untuk mengukur
saiz badan, tinggi, dan ukur lilit kepala saya menggunakan pita pengukur sebagai medium
ukuran. Kami menjalankan kajian ini di kantin dan perpustakaan Sekolah Kebangsaan
Jengka 6.

Berikut merupakan kanak-kanak yang kami ambil sebagai sampel kajian kami:-

Kanak- kanak peringkat umur (6-7) tahun

Mengukur ketinggian
30

Mengambil saiz kepala

Mengambil lebar bahu

Kanak kanak peringkat umur 7-12 tahun. Kami memilih kanak-kanak yang berusia 9
tahun.

Mengambil berat badan


31

Mengambil ukur lilit kepala

7 TAHUN

6 TAHUN

NAMA

TINGGI
(CM)

SAIZ
KEPALA
(CM)

SAIZ BADAN
(CM)

MUHAMMAD HAIKAL BIN AHMAD


KHADRI
SITI NUR AISYAH BINTI MOHD
HUSANI
PURATA

112.50

19.00

21.00

34.00

109.50

16.00

49.50

31.00

111.00

17.50

35.25

32.50

WAN MUHAMMAD AIMAN


MUHAMMAD REDZUAN
PURATA

L
L

121.00
114.00
117.5

30.00
18.00
24.00

51.00
50.00
50.50

38.00
33.00
35.50

4.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL (KETINGGIAN)

32

BERAT(
KG)

PERBEZAAN KADAR KETINGGIAN


120.00
118.00
116.00
114.00

PURATA KETINGGIAN KANAK-KANAK

112.00
110.00
108.00
106.00
6 TAHUN

9 TAHUN

Setelah mengira purata bagi keseluruhan peringkat umur saya dapati kadar pertumbuhan
dan perkembangan pada peringkat ini(6-12 tahun) stabil dan tidaklah begitu ketara jika
dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Oleh itu saya hanya mengambil
33

purata antara kanak-kanak berumur 6 tahun, 8 tahun, 10 tahun dan 12 tahun sebagai
medium perbincangan.
Berdasarkan purata ketinggian yang saya peroleh , saya melihat satu peningkatan
yang baik dan sekata bagi setiap peringkat umur yang saya kaji. Perbezaannya ketinggian
tidaklah begitu ketara. Faktor yang mempengaruhi peningkatan tinggi yang baik adalah
disebabkan

kanak-kanak

ini

mendapat

makanan

berkhasiat

yang

secukupnya.

Disebabkan kedudukan sekolah yang saya pilih terletak di tengah-tengah kota ilmu iaitu di
Bandar Baru Bangi saya dapati kebanyakan pelajar di sekolah ini adalah di kalangan
keluarga yang berada dan berpendidikan. Jadi tidak mustahillah mereka mendapat
penjagaan makanan yang khusus dan teratur. Ibu bapa yang berpendidikan sangat
mementingkan kesihatan anak-anak mereka yang masih belajar

dan membekalkan

makanan tambahan yang mempunyai unsur lain seperti vitamin c atau b kompleks. Yang
dapat menjana perkembangan mental dan fizikal yang baik.
Semasa saya mengukur mereka saya sempat bertanyakan sarapan yang mereka
selalu makan sebelum ke sekolah. Menurut mereka, kebanyakan ibu bapa mereka hanya
sempat menyiapkan roti dan mentega sebagai alas perut mereka untuk ke sekolah.
Sebenarnya, gandum ialah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan dikatakan produk
gandum ini akan menjadikan seseorang individu itu tinggi daripada individu yang
mengambil produk beras. Pemilihan makanan untuk anak-anak yang sedang membesar
adalah sangat penting ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak bergantung pada
cara pemakanan dan tahap kesihatan mereka.

34

4.4.2 PERKEMBANGAN FIZIKAL(BERAT)

BERAT

PERBEZAAN BERAT

25
20
PURATA BERAT

15
10
5
0
6 TAHUN

9 TAHUN

UMUR

Menerusi graf bar di atas kita dapat melihat peningkatan berat badan dari satu
umur ke peringkat umur yang lain. jika kita fikir secara logik. Peningkatan berat badan
seseorang saling berkaitan dengan ketinggian mereka. Apabila mereka semakin tinggi
maka secara tidak langsung berat badan akan semakin bertambah. Ini mungkin berlaku
pada kanak-kanak yang membesar secara normal. Lain pula yang berlaku pada kanakkanak yang menghadapi obesiti. Berat badan mereka meningkat secara mendadak dan
tidak seiring dengan perkembangan yang sepatutnya.

35

Berat badan yang normal meningkat dengan baikdan ia meningkat dengan


perlahan iaitu sekitar 3 hingga 6 paun setahun. Ini akan berterusan sehingga ke tahap pra
remaja. (Liftshitz, Finch 1991) pemakanan kanak-kanak perlu dikawal mengikut diet yang
sihat bagi pertumbuhan badan yang baik. Oleh itu, saya berpendapat pelajar ini mendapat
kawalan makanan yang baik daripada keluarga. Hal ini, dikuatkan lagi dengan maklumat
yang didapati melalui sesi temu bual bersama mereka yang mengatakan mereka tinggal
bersama keluarga yang mementingkan makanan yang berkhasiat.
Selain itu, pengambilan makanan tambahan oleh sebahagian pelajar sekali lagi
menguatkan bukti bahawa mereka terdiri daripada keluarga yang amat mementingkan
kesihatan dan pemkanan yang berzat
4.4.3 PERKEMBANGAN FIZIKAL (SAIZ KEPALA)

PERKEMBANGAN SAIZ KEPALA


60
50
40

PURATA SAIZ KEPALA

30
20
10
0
6 TAHUN

9 TAHUN

12 TAHUN

UMUR

36

Saiz perkembangan merupakan salah satu daripada perkembangan yang dapat


kita lihat pada seseorang kanak-kanak. Kebiasaannya pada peringkat ini kanak-kanak
mengalami tumbesaran yang perlahan dan sekata namun menerusi graf di atas kita dapat
lihat bahawa perkembangan purata saiz kepala kanak-kanak berumur 8 tahun agak tinggi
jika dibandingkan dengan peringkat umur yang lain. Ini mungkin disebabkan fizikal kanakkanak yang dipilih ini lebih besar daripada peringkat umur yang lain. Perkembangan ini
mungkin disebabkan faktor biologi ataupun persekitaran.
Dari sudut perkembangan biologi, perkembangan mereka mungkin disebabkan
genetics keluarga yang mempunyai ukuran lilit kepala yang lebih besar. Berdasarkan
Frank (1950) mengatakan perkembangan hidup seseorang bergantung kepada pewarisan
dan alam sekelilig yang amat unik. Walaupun kecepatan perkembangan mungkin
berbeza-beza

bagi

kanak-kanak

perkembanganini

adalah

tekal.Dari

perspektif

persekitaran pula, perkembangan ini mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan yang
sihat. Makanan yang sihat menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat,
makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja
membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat
melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit.
4.4.4 PERKEMBANGAN FIZIKAL (SAIZ BADAN)

PERKEMBANGAN SAIZ BADAN


34
33.5

PURATA
SAIZ
BADAN

33
32.5
32
31.5
6 TAHUN 9 TAHUN

37

SAIZ BADAN
(CM)
UMUR

Dari aspek saiz badan, banyak bahagian yang boleh kita jadikan medium ukuran.
Untuk kajian ini, saya mengambil ukuran lebar bahu sebagai medium pengukuran bagi
saiz badan. Saya mengambil lebar bahu sebagai perkembangan saiz badan kerana
pengalaman saya sendiri. Pasti pada setiap tahun kita akan membuat satu baju baru, dan
sepastinya aspek ukuran yang selalu di ambil adalah lebar bahu kita kerana bahu kita
semakin mengembang dari tahun ke setahun. Lelaki selalunya mempunyai bahu yang
lebih lebar dari perempuan. Ini kerana stamina lelaki yang lebih kuat daripada wanita,
mendorong kepada perkembangan otot-otot halus dan kasar yang lebih tinggi.
Perkembangan saiz badan juga mungkin dipengaruhi oleh faktor keluarga,
pemakanan, tabiat suka bersukan dan beriadah, pengambilan ubat-ubat tertentu. faktor
keturunan juga adalah penyumbang kepada perkembangan saiz seseorang individu
namun pemakinan sekali lagi pendorong penting dalam perkembangan ini.Kebiasaannya
pada peringkat ini kanak-kanak memerlkan makanan yang banyak untuk membantu
pertumbuhan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak memerlukan 1700 kalori sehari dan
kurang 35% kalori adalah lemak. Kebanyakkan kanak-kanak mengalami kelebihan dan
kekurangan zat makanan kerana tidak mendapat nutrisi. Bagi kanak-kanak yang aktif
bersukan akan mempunyai tahap kesihatan dan saiz badan yang ideal.

38

5.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF


KANAK-KANAK(6-12 TAHUN)
5.1 Konsep perkembangan kognitif kanak-kanak.
5.2 Peringkat operasi konkrit.
5.3 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget .
5.4 Hasil kajian perkembangan kognitif data dan
perbincangan.

5.1 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak (6-12 tahun)

39

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategorikan, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting
untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak
memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan
kepada yang seterusnya.
Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapat
dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperoleh ilmu secara taakulan atau pemikiran
melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan rapat dengan
perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih
berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan
orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Tambahan pula,
perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu
proses

pemikiran

berlandaskan

pengendalian

metakognisi.

Kesimpulannya,

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut


yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal, membanding beza dan berfikir
tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak
tersebut.

5.2 Peringkat Operasi Konkrit (6-12 tahun)


40

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah


daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin, 1997).
Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain
berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi
konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin
arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia dapat
menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami orang lain masing-masing
mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang diperoleh oleh kanak-kanak
peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan secara serentak tentang
keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate atau sub-kumpulan
yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan 'class inclusion'.

MEMAHAMI PERSEPSI ORANG


LAIN

41

5.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Menurut

Jean

Piaget,

kanak-kanak

akan

melalui

peringkat-peringkat

perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanakkanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama:
5.3.1 Skema (Schema)
Struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet
yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang
diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang
bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam.
Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu
atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan
mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu
menghisap.
5.3.2 Penyerapan (Assimilation)
Proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau
pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu peneyrapan(fitting)
Maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana
manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh
disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke
dalamnya.
kuantitatif.
42

Oleh itu perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan

5.3.3 Pengubahsuaian (Accommodation)


Menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema).
Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke
dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak
atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema
yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan
tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
5.3.4 Keseimbangan (Equilibrium)
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses
penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima
maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya
proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka
maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang
baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan
tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari
kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur
mereka. Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat iaitu Peringkat Deria
Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12
tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).
Peringkat Sensori Motor (0 2 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang
bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak

43

kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambing yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar
koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataanperkataan dengan objek-objek yang dapat di lihat dalam persekitarannya.
Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun)
Kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan
akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh
mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh
memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.
Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.
Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka
tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan
aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan
pengalaman secara langsung.
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya
untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau
generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbolsimbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep
dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah
matematik.
Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat
dalam proses operasi kognitif dan mengimplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang
objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental
dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan
simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang
beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah
pengekalan terutamanya isi padu dan berat, mengklasifikasikan dan mengkategorikan
serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).
44

HASIL KAJIAN PERKEMBANGAN KOGNITIF -DATA DAN


PERBINCANGAN
Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran
individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi
yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausuble.
Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur mental kanakkanak. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan, penyelesaian
masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak mengkoordinasi berbagai-bagai cara
memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah, adalah salah satu cara yang boleh kita
gunakan bagi mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut Jean Piaget (1930),
perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Skema adalah bentuk asas pengetahuan
manusia. Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat kelahiran.
Bagi melihat perkembangan kognitif kanak-kanak ini, kami melaksanakan beberapa
jenis Piagets Conservation Tasks, untuk melihat perkembangan kognitif mereka. Saya
menjalankan kajian ini di kawasan sekitar rumah saya. Saya memilih kanak-kanak yang
berumur sekitar umur 6 sehingga 12 tahun sebagai kajian saya. Antara ujian yang saya
jalankan ke atas mereka ialah uji kaji Isi padu air, ukuran tali, bilangan gula-gula dan
bilangan duit syiling. Saya kemudiannya merekodkan data perkembangan kognitif kanakkanak tersebut daripada uji kaji ini. Seterusnya perbezaan antara setiap kanak-kanak di
setiap peringkat umur di kaji untuk mengetahui bentuk dan sebab perbezaan
perkembangan kognitif itu berlaku. Berikut merupakan uji kaji yang dijalankan ke atas
kanak-kanak yang di pilih:-

45

UJIAN 1 : Isi padu air


200 mililiter air diisi dan disukat dalam dua buah gelas yang sama saiz (A dan B).
Air yang diisi ke dalam gelas tersebut ditunjukkan kepada kanak-kanak tersebut.
Kemudian air dari gelas A dituang ke dalam gelas yang lebih panjang dan tirus iaitu gelas
C. Manakala air dari gelas B masih dibiarkan. Kanak-kanak tersebut dikehendaki menilai
isi padu air dalam gelas B dan gelas C tersebut sama ada isi padu air tersebut berubah
atau tidak setelah diisi ke dalam botol yang berlainan saiz dan kanak-kanak itu di tanya
gelas yang mana mempunyai lebih banyak air.
Kanak-

kanak

peringkat umur ( 6-7) tahun

Kanak kanak peringkat umur (7-12) tahun

UJIAN 2: Ujian Biskut


46

Sekeping biskut sahaja akan diberikan kepada kanak-kanak. Kemudian. Dua


keping lagi untuk saya. Kanak kanak tersebut dikehendaki menyatakan bahawa adakah
adil jika situasi tersebut. Kemudian, biskut kanak kanak tersebut akan dipatahkan
menjadi dua. Sekali lagi kanak-kanak tersebut dikehendaki menyatakan bahawa adakah
itu adil atau tidak.

UJIAN 3: Bilangan duit syiling


Dua baris duit syiling disusun dengan teratur dalam dua baris seperti di bawah dan
ditunjukkan kepada kanak-kanak tersebut. Kemudian kanak-kanak itu di tanya
adakah bilangan duit syiling di dalam setiap baris sama. Kemudian salah satu baris duit

47

syiling tersebut di panjangkan. Seterusnya kanak-kanak tersebut di tanya soalan yang


sama.
sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

sen

SETELAH DISUSUN

sen
sen

sen
sen

sen

sen

sen

SATU BARISAN
DIPANJANGKAN

Berikut merupakan data yang diperoleh hasil daripada ujian-ujian perkembangan


kognitif yang dilakukan ke atas kanak-kana 6-12 tahun)

48

NAMA

9 TAHUN

6 TAHUN

1- JAWAPAN SEBELUM OBJEK DIUBAH


2- JAWAPAN SELEPAS OBJEK DIUBAH

MUHAMMMAD HAIKAL BIN AHMAD


KHADRI
SITI NUR AISYAH BIN MOHD
HUSANI

MUHAMAD REDZUAN
MOHAMADIAH
WAN MUHAMMAD AIMaN BIN
ABDUL MUTALIB

ISI PADU
AIR
1
2
L
/

UJIAN
BISKUT
1
2
X
/

BILANGAN DUIT
SYILING
1
2
X

(JADUAL 2 : DATA PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK UMUR 6-12 TAHUN


SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 6

Menurut Piaget kanak-kanak tidak dapat membezakan panjang, berat, isi padu
dan bilangan duit syiling apabila kedudukan objek diubah. Setelah saya menjalankan
kajian ini terhadap kanak-kanak tersebut, saya bersetuju dengan pendapat yang di
utarakan oleh beliau.
Menerusi data pemerhatian yang dibuat, bagi pelajar tahun 1 dan 3. Mereka
masih lagi tidak dapat membanding beza sesuatu dengan baik. Menurut Piaget pada
tahap sepatutnya mereka sepatutnya sudah boleh menyatakan jumlah air dalam bekas B
dan C adalah sama banyak kerana tiada penambahan air dan pengurangan air yang di
lakukan. Apabila peringkat umur semakin meningkat mereka sudah mampu berfikir secara
abstrak dan membuat hipotesis.
Berdasarkan data yang diambil kita dapat lihat Muhammad Haikal dan Siti
Nuraisyah

masih lagi tidak boleh berfikir secara logik dalam ujian 1 dan ujian 2. Ini

mungkin kerana faktor pemikiran mereka yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik. Ibu
bapa yang cerdas selalunya melahirkan anak-anak yang cerdas. Mungkin baka yang
diwarisi sedikit perlahan perkembangannya. Perkara sebegini adalah normal, setiap
individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru, tidak semua kanakkanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama.

49

Pada peringkat umur 6 tahun, mereka masih tidak berfikir secara logik. Mereka
juga kelihatan sukar memahami arahan yang diberi. Apabila diberi penerangan satu
persatu barulah mereka boleh menjawab segala soalan yang diberi. Jawapan yang
diberikan juga mengenai ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Apabila ia melihat air
dalam gelas c lebih tinggi dari air dalam bekas b, ia terus membuat persepsi bahawa air
dalam gelas c lebih banyak. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam peringkat umur yang lain
kerana mereka sepatutnya sudah boleh berfikiran secara logik.
Bagi peringkat, 7-12 tahun, Muhammad Aiman dan Muhammad Redzuan juga
tidak boleh berfikir secara logik dalam ujian 1 dan 2. Mungkin juga disebabkan kanakkanak ini berasal dari kampung maka cara pemikiran mereka agak berlainan dengan
kanak-kanak yang berada di bandar. Mereka mungkin terpengaruh dengan faktor
persekitaran dan sosial seperti cara pergaulan mereka dengan orang di sekeliling mereka
seperti ibu bapa dan rakan-rakan.
Menerusi pemerhatian ini dapat saya simpulkan bahawa setiap perkembangan
ini adalah secara berperingkat dan berlaku secara berterusan. Perkembangan ini berlaku
pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza

50

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN


KOGNITIF& FIZIKAL KANAK-KANAK
TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN(6-12 TAHUN)
6.1 Implikasi perkembangan fizikal terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
6.2 Implikasi perkembangan kognitif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
6.3 Kesimpulan implikasi perkembangan kognitif dan
fizikal terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.

51

5.1 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(6-12 TAHUN)
Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran telah dikenal pasti. Antara implikasinya ialah :5.1.1 Melukis dan bermain muzik- kanak-kanak tersebut telah boleh diajar bermain
muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis kerana perkembangan otot-otot halus,
koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk aktiviti seperti ini.
5.1.2 Pertumbuhan tulang dan otot telah bersedia - untuk seseorang individu
mempelajari kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang. Oleh
sebab itu bolehlah melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihanlatihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta
membina pergerakan yang lebih cekap.
5.1.3 Aktiviti yang lasak aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki misalnya bola
sepak dan permainan atau sukan yang sesuai kerana mereka lebih cenderung ke
arah itu.
5.1.4 Aktiviti kurang lasak - Manakala untuk kanak-kanak perempuan, aktiviti yang
sesuai untuk mereka ialah bola jaring atau sukan lain yang kurang lasak.
5.1.5 Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanakkanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika
kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan
masalah penyesuaian. Ini bermakna sikap menjaga kebersihan badan dan konsep
kendiri perlu dibentuk. Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat memahami
pengetahuan tentang penjagaan kesihatan tubuh badan dan cara untuk mengawal
dan meningkatkan kesihatan. Di samping menjadikan kanak-kanak berkemahiran
menguruskan anggota badan, dan keperluan asas kemahiran fizikal.
5.1.6 Belajar peranan jantina -Ibu bapa dan adik beradik seseorang individu dapat
mengajar kanak-kanak lelaki bertingkah laku seperti lelaki dan kanak-kanak
52

perempuan bertingkah laku seperti perempuan. Mereka juga dapat belajar


menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Seseorang individu itu akan belajar
bertolak ansur, tolong-menolong dan hormat-menghormati dengan rakan sebaya.
5.1.7 Baka dan persekitaran- Tinggi atau rendah seseorang itu ditentukan oleh baka
atau persekitaran. Tinggi atau rendah seseorang itu ditentukan oleh baka.
Manakala, makanan yang seimbang boleh menjamin kesihatan yang baik.
5.1.8 Meningkatkan pengetahuan - deria persepsi, pertimbangan, ingatan, imaginasi,
pemikiran kreatif dan sebab untuk persembahan kemahiran fizikal seperti:

Menilai kesihatan diri dan mengamalkan penjagaan kesihatan.

Menyatakan penghargaan diri dan orang lain.

Meningkatkan komunikasi dan memahami pandangan orang lain.

Memberikan peluang membuat keputusan dan pemilihan peralatan yang terhad


dan secara tidak langsung meningkatkan sikap berdikari dan keseronokan bermain.

Menyatakan perasaan dan emosi.

Membina tahap pencapaian tingkah laku.

Membuat penilaian fizikal.

6.2 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(6-12 TAHUN)
53

Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak mempunyai empat


peringkat iaitu peringkat sensori motor (semenjak lahir 2 tahun), peringkat pra operasi
(2 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 - 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11
tahun ke atas). Jadi kanak-kanak yang saya kaji itu ada yang tergolong dalam peringkat
pra operasi iaitu kanak-kanak 6 dan 7 tahun, peringkat pra operasi iaitu kanak-kanak 2
hingga 7 tahun dan kanak-kanak operasi formal iaitu kanak-kanak 12 tahun.
Bagi implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi
dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud
seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Di samping itu,
arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai dengan contoh. Sebagai contoh,
arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti
dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.
Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 6 hingga 12
tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit
terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D
seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak
harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai
contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan
cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

6.3 KESIMPULAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF


KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

54

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan


manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di
antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah
unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan,
pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani,
intelek, emosi dan sosialnya.
Mengikut

kajian

pakar-pakar

pendidik,

kanak-kanak

pada

keseluruhannya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk
membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan
merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari
segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang
demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang
mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi
perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan
sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas
dalam aktiviti pengajaran mereka.
Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah
tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini
ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang
ditentukan. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka
dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran
mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani
aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini
biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan
masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan
55

mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta
cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang
memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau
secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu
mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Hasil kajian dan penelitian saya di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 6 ini
mendapati pelajar di sekolah ini mempunyai rekod perkembangan fizikal dan kognitif yang
berkembang dan maju.

56

Bagi mendapatkan data dan maklumat pelajar, saya telah memilih beberapa orang
murid di sekolah berkenaan. Rata-rata daripada mereka memberikan kerjasama yang
sepenuhnya. Begitu juga dengan guru yang sentiasa memberi komitmen dan pertolongan
dari segi pengumpulan data dan maklumat.
Perkembangan fizikal dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Antaranya sukan, olahraga, permainan, aktiviti luar kelas dan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pergerakan lain. Subjek pendidikan jasmani yang dilaksanakan dua kali
seminggu juga membantu perkembangan fizikal murid-murid.
Perkembangan kognitif pula dapat dilihat melalui hasil kerja murid dan mata
pelajaran Matematik dan Sains. Selain itu, saya juga mengambil sampel lukisan yang
dilukis oleh dua orang murid yang menjadi bahan ujian untuk melihat dan membandingkan
perkembangan kognitif masing masing. Dalam hal ini, mereka dapat meningkatkan
kekreatifan mereka dan meningkatkan imaginasi, secara tidak langsung, seni juga
membantu peningkatan kognitif mereka.
Kesimpulannya,setiap perkembangan ini adalah secara berperingkat dan
berlaku secara berterusan. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan
yang berbeza-beza. Disamping itu, ibu bapa dan guru haruslah memainkan peranan
mereka contohnya memastikan pemakanan yang diambil oleh mereka sihat dan
membantu tumbesaran.

REFLEKSI

57

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat


juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) Perkembangan Kanak- kanak untuk
semester pertama ini dalam program Ijazah Sarjana Muda ini. Dalam tugasan ini, saya
dikehendaki membuat pembacaan dan pemerhatian dari segi aspek fizikal dan kognitif
kanak-kanak peringkat umur 6-12 tahun sepanjang proses Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Jengka 6.
Dalam kajian ini, saya telah mengumpul data perkembangan saiz badan, saiz
kepala, tinggi dan berat untuk melihat perkembangan fizikal kanak-kanak. Sepanjang
proses ini, saya telah mendapat banyak pengalaman terutamanya cara untuk
berkomunikasi bersama kanak-kanak. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui cara
yang berkesan untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Berkomunikasi bersama
mereka banyak mengajar saya erti kesabaran terutamanya melayan kanak-kanak yang
terlalu aktif dan banyak kerenah.
Dalam ujian kognitif, saya dapat mengetahui bahawa cara pemikiran kanak-kanak
banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan berbeza kematangannya dalam
pemikiran. Sememagnya, ujian kognitif yang dilaksanakan ini membuka minda saya
bahawa kanak-kanak ini mempunyai tahap pemikiran yang mengikut logik mereka sahaja.
Untuk memantapkan hasil tugasan ini, saya telah menggunakan bentuk visual
untuk memudahkan saya menganalisis maklumat. Secara tidak langsung, ia dapat
meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ICT. Sudah tentu ia memudahkan dan
member manfaat kepada saya terutamanya apabila menjadi guru kelak.
Akhir sekali, tugasan ini banyak memberikan saya faedah kepada saya secara
langsung mahupun tidak langsung.

RUJUKAN
SUMBER BUKU

58

1. Abdul Rahim M. Ali. (2008). Ilmu dan Pendidikan DPM. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
2. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. .
3. Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd. Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007).
Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor
Doc. Sdn. Bhd.
5. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan
Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman.
SUMBER INTERNET
1. Aiman bin Isa.(2009). Konsep dan Prinsip Kanak-kanak. 10 Mac 2009. daripada
http://notapismp.blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsip-perkembangankanak.html
2. Badrul bin Ahmad. (2008). Children. 23 Mac 2008. Daripada
http://el-children.blogspot.com/
3. Chee Lee Min. (2007). Pra Sekolah. 25 April 2007. daripada
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
4. Farhan bin Ismai.(2010). Faktor Perkembangan Kanak-kanak.
Daripada.http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2005&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive

59

LAMPIRAN

PROFIL DIRI MURID 9 TAHUN


60

NAMA

WAN MUHAMMAD AIMAN BIN ABDUL MUTALIB

JANTINA

LELAKI

TARIKH LAHIR

11 FEBRUARI 2002

TEMPAT LAHIR

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR

AGAMA

BANGSA
PENJAGA
NAMA IBU

:
:

ISLAM
MELAYU
ABDUL MUTALIB BIN MAT TAHAR

: TAHIRAH BT MOHAMAD RASIP


ALAMAT PENJAGA :
168, FELDA JENGKA 6, 26410
BANDAR JENGKA PAHANG

61

NAMA

MUHAMMAD REDZUAN BIN MOHAMADIAH

JANTINA

TARIKH LAHIR

4 OKTOBER 2002

TEMPAT LAHIR

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR

LELAKI

AGAMA

ISLAM

BANGSA

MELAYU

PENJAGA
NAMA IBU

MOHAMADIAH BIN SABRAN


: TAHIRAH BT MOHAMAD RASIP

ALAMAT PENJAGA : 107, FELDA JENGKA 6, 26410 BANDAR JENGKA PAHANG

PROFIL MURID ( 6 TAHUN)

62

NAMA

MUHAMMAD HAIKAL BIN AHMAD KADRI

JANTINA

TARIKH LAHIR

24 SEPTEMBER 2005

TEMPAT LAHIR

HOSPITAL BESAR TEMERLOH

LELAKI

AGAMA

ISLAM

BANGSA

MELAYU

PENJAGA
NAMA IBU

AHMAD KADRI BIN ISMAIL


: NAJIDAH BINTI IBRAHIM

ALAMAT PENJAGA :
JENGKA

5 W RUMAH GURU, FELDA JENGKA 6, 26410 BANDAR


PAHANG

63

NAMA

siti nuraisyah binti mohd husani

JANTINA

perempuan

TARIKH LAHIR

16 mac 2005

TEMPAT LAHIR

HOSPITAL mentakab

AGAMA

ISLAM

BANGSA

MELAYU

PENJAGA
NAMA IBU

mohd husani bin shukor


: fatimah BINTI IBRAHIM

ALAMAT PENJAGA : no 78, FELDA JENGKA 6, 26410 BANDAR JENGKA


PAHANG

64

Anda mungkin juga menyukai