Anda di halaman 1dari 8

Zaman Batu bermula dengan pengenalan alat-alat batu oleh hominid seperti Homo

Habilis dan berakhir sehingga pengenalan industri pertanian. Secara umumnya, masyarakat
Paleolitik merupakan pemburu dan pengumpul makanan. Mereka juga tinggal di gua atau ceruk
peneduh.
Masyarakat yang hidup pada Zaman Paleolitik telah mencipta pelbagai jenis alat batu
yang bertujuan untuk memburu binatang sebagai bahan makanan mereka. Alat-alat batu yang
dicipta oleh masyarakat Paleolitik adalah berbentuk kasar dan hanya ditajamkan pada sebelah
bahagian sahaja. Alatan batu yang digunakan oleh mereka juga merupakan objek yang tumpul
disamping tidak mempunyai alat pemegang yang khusus pada alat batu tersebut. Oleh kerana
masyarakat Zaman Paleolitik hanya mementingkan fungsinya dan penggunaannya berbanding
dengan seni, maka tidak ada perubahan besar dalam tradisi pembuatan alatan batu ini dari zaman
awal hinggalah ke Zaman Paleoliik Pertengahan.
Namun begitu, pada Zaman Paleolitik Akhir terdapat sedikit perubahan dari segi
pembuatan alat batu dan teknik memburu binatang. Alatan batu yang dibuat juga lebih halus
buatannya berbanding dengan Zaman Paleolitik Awal dan Pertengahan. Bukti-bukti tinggalan
alatan batu yang digunakan untuk tujuan memburu binatang dari Zaman Paleolitik telah ditemui
di beberapa tapak arkeologi di Malaysia dan di sekitar Asia Tenggara misalnya penemuan tapaktapak arkeologi di Lenggong iaitu di Kota Tampan, Perak. Alatan batu yang telah ditemui di sini
kebanyakannya berbentuk kasar dan hanya ditajamkan pada sebelah bahagian sahaja. Binatangbinatang yang telah diburu oleh masyarakat Zaman Paleolitik juga akan dilapah dagingnya
dengan menggunakan alat-alat batu tersebut.

Menunjukkan Cara Masyarakat Paleolitik Melapah Hasil Buruan Dengan


Menggunakan Alat Batu.

JENIS ALAT-ALAT BATU

Secara umumnya, peralatan manusia kebanyakannya terdiri daripada batu, kayu serta tulangtulang haiwan yang telah diburu ketika Zaman Paleolitik. Selain itu, alat batu juga dibuat dengan
kaedah cuba-cuba berdasarkan pengetahuan yang sedikit tentang kualiti dan sifat bahan mentah.
Alat-alat batu juga dipakai untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai penanda kepurbaan
manusia, sebagai petunjuk kemajuan budaya, sebagai ciri penanda dalam pengelompokan
budaya pada kurun waktu atau di tempat tertentu dan sebagai petunjuk organisasi ekonomi.
Tetapi, kita perlu menyedari batas-batas banyak darah yang secara realistik dapat diperas

daripada batu-batu ini. Selain itu, banyak himpunan alat batu terutamanya yang berasal dari masa
yang lebih lama mempunyai ciri-ciri bentuk yang saling bertumpang-tindih atau tidak teratur.
Pada peringkat awal, ahli arkeologi mendefinisikan batu kepada beberapa kelas dan jenis
seperti serpih (flakes), pecahan (chips) dan batu yang dibentuk (shaped) atau diserpih berulang
dan seteruskan dihitung jumlah.masing-masing. Pada masa seterusnya, istilah-istilah seperti
kapak perimbas (chopper), lancipan (point), serut (scraper) dan kapak genggam (hand-axe) telah
diperkenalkan dengan mengacukan bentuk dan fungsi alat batu supaya dapat dikenali dengan
lebih spesifik dan terperinci.

Rajah 2 : Bahan Asas Yang Digunakan Untuk Membuat Alat Batu Iaitu Kuarzit

Rajah 3 : Batu Yang Mempunyai Banyak Garisan Kelemahan Biasanya Dibuang.

Rajah 4: Batu Yang Terlalu Keras Juga Dibuang Kerana Sukar Untuk Dibentuk.

Alat-alat batu yang besar dan cukup berat pula dibuat dengan menyerpih kerakal sungai,
serpihan besar atau bongkah batu inti yang ditambang ini disebut alat batu kerakal. Alat-alat

batu ini mempunyai sisi tajam panjang, letak tajaman pada alat, sudut tajaman dan luas
permukaam yang diserpih dan kulit batu yang tidak dipangkas.
Selain itu, alat-alat berukuran lebih kecil yang dibuat dari serpihan yang dipangkas dari
suatu batu inti atau pecahan-pecahan batu yang reltif berukuran kecil. Alat-alat ini jarang
menunjukkan ciri dan bentuk sisi tajaman tertentu. Alat-batu ini juga kelihatan agak kasar dan
kurang sesuai digunakan untuk memotong sesuatu yang amat memotong benda yang besar.
Kebanyakan alat batu pula diperbuat daripada pelbagai jenis bahan mentah seperti kuartzit,
kuarza, rijang, flin serta batu gunung berapi.
Limbah pembuatan alat batu pula dipakai untuk menyerut serpihan yang dipakai,
pecahan (bentuknya seperti serpih yang tidak mempunyai bulbs of percussion atau bulbus, iaitu
satu sisi cembung akibat penyerpihan atau pemecahan batu inti), pecahan-pecahan batu inti dan
bongkahan batu serta batu inti yang telah dibuang.
Proses pemilihan batu pada Zaman Paleolitik pula sebenarnya dapat dikaitan dengan
ukuran dan bentuk tajaman alat-alat tersebut. Selain itu, kajian yang telah dilakukan oleh Zuraina
Majid di beberapa tapak arkeologi di Lenggong sering menemui mata tepi yang sama dan
menunjukkan bahawa penekanan mereka adalah terhadap mata tepi dan bukannya morfologi
umum repihan. Walaupun alat batu secara keseluruhan nampaknya hanya bersifat kebetulan,
namun bentuk alat, sisi tajaman dan ukuran sering berkaitan satu sama lain dalam batas-batas
tertentu. Selain itu, batu pelandas yang selalunya mempunyai dasar yang direpih supaya ia stabil,
batu teras dan batu pemukul kuarza selalunya digunakan untuk merepih batu teras.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa terdapat dua kelas utama alat-alat batu
iatu alat berat yang berfungsi mirip kapak atau penetak dan alat-alat dengan fungsi penyerut dan
pemotong. Selain itu, ciri-ciri alat batu buatan manusia ialah seperti platun palu (striking
platform), Bulba Pemukulan (Bulb of percussion), Fisur (Fissures) dan Riak (Ripples).
Kegunaannya ialah menebang pokok, menajamkan batang kayu untuk membuat alat, menyiat
kulit atau meotong daging haiwan dan memotong muncung siput sedut (chopping the apex of
riverine sheels.).
Manusia pada zaman prasejarah membuat alat batu repihan dan pebel untuk keperluan
kerja ringan dan kerja berat seperti memotong, mengikis, menetak dan menumbuk. Apabila
memiilih bahan mentah, mereka mencari batu yang sesuai dari segi berat, bentuk, kekerasan dan
jenis yang mudah direpih untuk mendapatkan mata tepi yang tajam untuk menyembelih haiwan,
menebang pokok dan membuat alat kayu. Contohnya, lama-kelamaan teknologi batu diperbaiki
dan mereka gunakan teknik mengasar mata tepi, membuat alat berulu dan lesong batu. Mungkin
kita tidak sedar bahawa ramai kita di Malaysia mempunyai artifak prasejarah di dapur, iaitu batu
tumbuk yang kini hampir dipupuskan oleh blender dan electric chopper yang semakin popular.

Rajah 5 : Beberapa Jenis Batu Yang Digunakan Dalam Pembuatan Alat-Alat Batu

Rajah 6 : Contoh Alat-alat Batu Zaman Paleolitik di Lenggong

Anda mungkin juga menyukai