Anda di halaman 1dari 7

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang

dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi


kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah
dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh
Allah subhanahu wa taala.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula
dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah
pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia
telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng
kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah
al-Islamiah.
Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa
yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang
berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah
dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng
serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan
untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu
dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif
berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh
misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan
Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang.
Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan
artikel ini, Insya Allah.
Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah
Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat
Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat
warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota
Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A
Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang
berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.
Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut.
Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi
maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat
Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila
kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian
akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era

kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap
yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda.
Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi
pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula
goyah.
Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam
California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara
sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil Window 10/40, kerana
Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta
dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan
Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersamasama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku
mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan
judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada
tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik
mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku
ini (sila rujuk gambar 1 & 2).

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang.


Buku-buku ini ialah Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen oleh William
Miller, Kisah Al Masih,iaitu riwayat hidup Isa (a.s.) berdasarkan kitab Lukas
dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), Circumcised Heart oleh Hilmy
Nor dan Freedom of Religion In Malaysia oleh Lee Min Choon. Dua buku
terakhir telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre.

Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan
dari buku Yehezkiel (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilahistilah Arab seperti Allah sebagai nama Tuhan, imam untuk paderi dan
beberapa istilah lain seperti nabi, malaikat dan lain-lain lagi. Istilah-istilah
ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh
The Bible Society of Malaysia beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara
Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada
dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik
dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri
kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian.
Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya
dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undangundang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin
Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah
Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu
yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah
kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku


Freedom of Religion In Malaysia, halaman 42.
Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan
pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang
pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang
murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar
tempatan?

Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku
Freedom of Religion In Malaysia, halaman 51.

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam.
Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang
beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus
Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap
begitu lagi.
Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w.
Sabdanya:
Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum
perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.
Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangantangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam
yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi
gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara
seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi
apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir?
Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan
cara-cara menyekat gejala murtad.
Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat caracara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan
murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan
Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur
ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di
mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada
kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporakperandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) .
Firman Allah:
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi
Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
(Surah Ash Saf: 8)

Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, The Herald, yang diterbitkan oleh Uskup
Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun
2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku
Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan
telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.
Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan
bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim
wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan
pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan
dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.
Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu
agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama
sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di
sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan
murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki
sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar
supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi
kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap
di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira
warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi
munkar. Firman Allah Taala:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya
Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak
pendirian kamu. (Surah Muhammad:7)
Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi
ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala
murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-Uzmaa.
Sekian, wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai