Ceramah ini telah dijalankan pada hari Isnin, 18 Oktober 2010
bertempat diDewan Tun Fatimah,IPG Kampus Perempuan Melayu. Program ini
dianjurkan olehPISMP Semester 6 Ambilan Januari 2008 sebagai memenuhi pro forma Bina InsanGuru bagi semester ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada gurupelatih mengenai bagaimana untuk menjadi guru yang inovatif.Ceramah mengenai Guru Inovatif" ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar b. Abdul. Kepentingan pengetahuan mengenai guru inovatif ini kepada guru pelatih adalahuntuk mengetahui bagaimana untuk membina inovasi dalam sistem pendidikan. Ia jugamenjadi panduan kepada guru dalam menjalankan tugas agar tidak alpa dan lekaterhadap tanggujawab sebagai pendidik.Pelbagai input positif yang diperolehi melalui ceramah ini, selain mendedahkanbakal guru seperti saya ini tentang bagaimana untuk menjadi guru yang kreatif ia jugamemberi informasi tentang isu-isu semasa yang melibatkan inovasi dalam pendidikan.Ceramah ini juga menerangkan perbezaan antara inovatif dan kreatif. Semua orangmampu menjadi seorang yang kreatif namun tidak semua orang mampu menjadiinovatif.Ceramah ini juga membantu guru pelatih membina pemikiran yang positif danmotivasi kendiri profesion perguruan. Motivasi untuk menjalankan tanggungjawabdengan penuh keikhlasan dan dedikasi serta sentiasa berlandaskan hukum agama dannegara. Melalui ceramah ini juga, guru pelatih diberi kesedaran dalam menghayatikonsep kerja sebagai satu ibadat serta hidup untuk berbakti kepada negara danmasyarakat.