Anda di halaman 1dari 3

Borang Penilaian Kriteria

Nama Karya di Atas: Wolf


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.

Kriteria Diukur
Gubahan
Kemahiran / Teknik
Interprestasi
Kreativiti/ Pengelolahan Idea
Kekemasan
Jumlah Markah
Gred

Markah Wajaran
20
25
25
20
10
100
A

Markah Skor
16
20
20
16
8
80
A

80
x 100 =80
100

Pengiraan Markah

Markah

= 80%

Gred

=A

Justifikasi Bagi Markah dan Dua Kriteria Yang Ditetapkan.


Pada pendangan saya, hasil karya ini telah mendapatkan jumlah markah 80% dan
bergred A. Dua kriteria yang telah saya pilih untuk memberikan justifikasi ialah kriteria

kemahiran atau teknik dan kriteria kreativiti dan pengelolahan idea. Dengan itu, markah
skor yang saya bagi untuk kriteria kemahiran ialah 20 dan markah skor bagi kriteria
kreativiti dan pengelolahan idea ialah 16.
Melalui pemerhatian saya berdasarkan kriteria kemahiran tersebut, saya telah
mendapati pengkarya telah menggunakan kemahiran cat air basah atas kering dan
teknik tiupan untuk menghasilkan hasil karya ini. Pengkarya telah menggunakan media
cat air untuk mengaplikasikan kedua-dua kemahiran atau teknik untuk menghasilkan
hasil karya itu. Antara teknik ialah teknik basah atas kering telah menggambarkan rupa
wolf seperti mulut, telinga,muka,mata, hidung dan bulu wolf dengan jelas. Tambahan
pula, teknik tiupan digunakan untuk menghiaskan lagi latar belakang gambar itu bagi
membantu orang lain lebih mudah menumpukan perhatian terhadap gambar wolf itu.
Kemudian, pengkarya sangat kreatif dalam pemilihan warna dalam penghasilan
karya ini sehingga karya ini menjadi menarik. Pengkarya telah menggunakan warna
asas, warna sekunder, warna tertier warna komplementer untuk menghasilkan karya
ini. Antara contoh warna asas digunakan ialah merah, biru dan kuning, maka warna
sekunder digunakan ialah warna jingga, unggu, dan hijau. Antara contoh warna tertier
ialah warna hijau tua, hijau muda, biru tua dan ungu tua. Warna komplementer yang
digunakan ialah warna coklat. Dengan itu, warna hijau, biru, merah, jingga, telah
digunakan untuk menggambarkan kepala wolf. Warna lain,seperti merah, biru, kuning,
jingga, unggu, hijau, hijau tua, hijau muda, biru tua, ungu tua dan warna coklat telah
dijadikan sebagai latar belakang karya. Jadi, pengkarya ini sangat kreatif dalam
penggunaan media dan warna bagi menggambarkan suasana yang mempunyai gaya
tersendiri.

Laporan tentang kemahiran Bahasa Visual yang Digunakan


Menurut pemerhatian saya terhadap hasilan karya yang bernama wolf, garisan nipis
dan garisan tebal telah digunakan dalam karya ini. Garisan dalam karya ini dihasilkan

dengan media cat air. Oleh itu, rupa wolf dan bulunya terdiri daripada berbagai-bagai
jenis garisan nipis dan tebal yang berwarna. Oleh itu, rupa organik wolf telah dihasilkan
dengan media cat air itu.
Tambahan pula, latar belakang karya ini dihasilkan dengan teknik tiupan telah
menimbulkan pelbagai jenis garisan nipis yang tidak teratur. Dengan itu, latar belakang
karya itu mempunyai unsur imbangan tidak simetri. Oleh itu, satu daya tarikan boleh
diwujudkan bagi menarik perhatian orang lain untuk memerhatikan rupa wolf yang
terletak di bahagian tengah dalam kertas lukisan.
Garisan yang nipis dan tebal digunakan untuk menghasilkan bulu wolf telah
menimbulkan kesan jalinan tampak iaitu bulu wolf boleh dinampak dan dirasakan
melalui deria mata, tetapi tidak boleh dirasai dengan tapak tangan. Jadi, rupa wolf itu
boleh dinampak seperti wolf sebenar.
Seterusnya, teknik tiupan yang digunakan untuk menghasilkan latar belakang
karya tersebut telah mewujudkan unsur kontra. Hal ini kerana pelbagai jenis warna
latar belakang yang digunakan adalah bercanggah dengan warna rupa wolf itu telah
mewujudkan unsur kontra dan mudah membantu orang fokus memerhati rupa wolf itu.
Rententan itu, unsur penegasan juga diwujudkan kerana terdapat unsur kontra
dalam karya itu dan terdapat satu

rupa wolf yang bersaiz besar serta terletak di

bahagian tengah kertas lukisan itu mudah membantu orang menumpukan perhatian
terhadap rupa wolf itu. Jadi, rupa wolf itu telah ditegaskan dalam karya tersebut.
Secara ringkasnya, penggabungan pelbagai jenis unsur asas seni reka dan
prinsip rekaan dalam satu karya telah menjadikan karya itu menjadi lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai