Anda di halaman 1dari 6

si tempat kosong dengan perkataan yang diberi dengan betul.

melukis

melahirkan

memberi

terlanggar

menyanyi

11. Pak Omar sedang _______________________ burung merpatinya makan bijirin.


12. Isteri Hamid ____________________ seorang anak perempuan.
13. Rohana menari sambil _____________________.
14. Abu Bakar ____________________ tiang elektrik itu.
15. Kegemaran Nani ialah ________________________.
J. Suaikan rangkai kata dengan gambar kemudian tulis di bawahnya
6. buku tulis
7. kapal laut
8. doktor bedah
9. kapal terbang
10. harimau belang
11. lampu isyarat
Susun ayat-ayat di bawah berpandukan gambar yang diberi.
Dia jatuh dan semua telur yang di bawanya pecah.
Dia tergelincir kerana terpijak kulit pisang.
Puan Llim mahu menjual sebakul telur di pasar.
Dia begitu gembira bermain dengan belonnya.
Aminah membeli sebiji belon berwarna merah.
Belonnya terkena duri lalu pecah.
abungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi.
1. Wai Man menangis.
Wai Man terjatuh dari pokok. ( kerana )
2. Bapa mendengar radio.
Bapa membaca surat khabar. ( sambil )
3. Kakak memadamkan lampu.
Kakak tidur. ( lalu )
4. Budak itu rajin.
Budak itu pintar. ( serta )
5. Sang Kancil bijak.
Sang Buaya bodoh. ( tetapi )

E. Bulatkan jawapan yang paling sesuai.


1. _________ di dalam kelas itu pandai belaka.
A. Murid-murid B. Anak-anak C. Budak-budak

2. Di dalam gua itu terdapat sarang _________.


A. kekuda B. lelabah C. kekacang
3. Kayu itu dimakan oleh ________ .
A. agar-agar B. kura-kura C. anai-anai
4. Para pemandu dinasihatkan memandu dengan _______________ di jalan raya.
A. berbaik-baik B. berhati-hati C. bersungguh-sungguh
5. Razli ________ datang ke rumah saya.
A. jarang-jarang B. jarak-jarak C. ramai-ramai
. Pilih perkataan berimbuhan yang betul untuk mengisi tempat kosong.
1. Rumah Devi tidak _______________ ____ rumah Lisa. ( tercantik , secantik )
2. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang menangis.
( mendukung , pendukung )
3. Adik menangis kerana ____________________ dari katil. ( berjatuh , terjatuh )
4. ________________________ Ramu tidak diterima oleh abangnya. ( Pendapat ,
Mendapat )
5. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru
Cina.
( kunjungan , berkunjung )
6. Mereka ______________________ ialah adik-beradik kembar. ( kedua , berdua )
7. ___________________________ begitu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
( Pakaian , Memakai )
H. Lengkapkan cerita di bawah dengan perkataan yang diberi.
1. Sang Musang sedang ___________________________ di bawah sebatang pokok.
2. Tiba-tiba musang __________________________ bau daging.
3. Musang ___________________________ ke atas pokok . Musang nampak seekor
gagak
________________________ di atas dahan dan paruhnya ada sepotong daging.
4. Musang pun ________________________ gagak dan menyuruh gagak menyanyi.
5. Sebaik sahaja gagak _____________________________ mulutnya , daging itu jatuh.
6. Musang pun melarikan daging itu. Gagak _____________________________
sungguh marah dan menyesal.
berasa terhidu bertenggek membuka mendongak berfikir berbaring memuji

NAMA : ___________________________________

TAHUN : ____________

Baca petikan-petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan


lengkap.
Jali suka bersukan. Acara yang disukai olehnya ialah acara olahraga dan bermain
bola keranjang. Jali selalu mengambil bahagian dalam acara lumba lari 100 meter di
sekolahnya. Dia juga mewakili sekolah dalam pasukan bola keranjang. Tiap-tipa petang
dia bermain di gelanggang di hadapan rumahnya.
1. Apakah yang disukai oleh Jali ?
2. Permainan apakah yang diminati oleh Jali ?
3. Dalam acara apakah Jali selalu mengambil bahagian ?
4 . Bilakah Jali selalu bermain bola keranjang ?
5. Di manakah Jali selalu bermain bola keranjang ?

Jalil dan Zamri adik beradik. Jalil darjah tiga dan Zamri darjah enam. Mereka
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Melur.
Zamri pandai. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Jalil pula
seorang yang gemar bersukan. Dia selalu memenangi acara sukan yang disertainya.
Mereka berdua juga gemar bermain bola sepak dan badminton.
1. Siapakah yang lebih tua antara mereka berdua ?
2. Di manakah kedua-dua orang budak itu bersekolah ?
3. Apakah kelebihan yang ada pada Zamri ?
4. Apakah kelebihan yang ada pada Jalil ?
5. Apakah kegemaran mereka ?

Pemberita : Doktor Aris, bagaimana keadaan budak itu ?


Doktor Aris : Budak itu masih dirawat. Keadaannya agak parah. Hampir seluruh
tubuhnya
melecur dijilat api.
Pemberita : Dapatkah dia diselamatkan ?
Doktor Aris : Saya rasa dapat. Tetapi parut-parut melecur itu tidak mungkin hilang dalam
masa
yang singkat.
Pemberita : Boleh doktor terangkan tentang kejadian itu ?
Doktor Aris : Suatu kebakaran telah berlaku di rumah budak ini. Ibu bapanya tiada di
rumah. Cuma
tinggal dia dan dua orang adik kecilnya. Walaupun berumur 10 tahun,
budak ini
sangat berani. Dia berjaya menarik keluar kedua-dua orang adiknya.
Malangnya
sebatang kayu menghempap tubuhnya.
Pemberita : Apakah nasihat doktor kepada ibu bapa khususnya ?

Doktor Aris : Saya ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak kecil
tanpa jagaan
sesiapa di rumah.
1. Apakah yang terjadi kepada budak itu ?
2. Mengapakah budak itu dikatakan berani ?
3. Apakah kesan jangka panjang yang mesti ditanggung oleh budak itu ?
4. Apakah nasihat doktor pada hujung dialog ini ?

PENGUMUMAN
Tarikh
: 7 Ogos 1996
Hari
: Sabtu
Masa
: 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Padang Sek. Keb. Tun Aminah
Anjuran : Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sek. Keb. Tun Aminah.
Syarat-syarat Penyertaan :
1. Terbuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
2. Murid-murid hendaklah pelajar dari Sek. Keb. Tun Aminah sahaja.
3. Mesti mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa.
1. Bilakah tarikh dan waktu acara larian ini bermula ?
2. Siapakah penganjur larian ini ?
3. Siapakah yang boleh menyertai acara larian ini ?
4. Siapakah yang boleh memberi kebenaran bertulis kepada peserta ?
5. Mengapakah acara larian ini diadakan ?
Pada suatu petang , Amir dan Alan berbasikal pulang dari sekolah. Mereka ada
latihan badminton di dewan sekolah.
Untuk menghilangkan penat, mereka berhenti sebentar di bawah pokok ketapang
yang rendang berdekatan sebuah lombong. Lombong itu telah dijadikan tempat berehat
bagi penduduk Taman Perdana.
Amir ternampak sesuatu seperti sebatang kayu terapung di permukaan air di
dalam lombong itu. Dia mengambil dua ketul batu lalu membaling ke arah kayu itu.
Tiba-tiba batang kayu itu bergerak. Amir dan Alan ketakutan lalu lari
bertempiaran.
Apabila sampai di rumah, dalam ketakutan yang tercungap-cungap amir segera
mendapatkan ayahnya. ayahnya bertanya apa yang berlaku kepada Amir dan Alan.
Mereka berebut-rebut menceritakan apa yang dilihat oleh mereka di lombong itu.
Ayah Amir ketawa mendengar cerita mereka itu . Dia pun menerangkan apa yang
sebenarnya dilihat oleh Amir dan Alan tadi. Rupa-rupanya, yang disangka mereka seekor
buaya itu adalah seekor biawak sahaja.
1. Apakah latihan yang disertai oleh Amir dan Alan di dewan sekolah ?
2. Di manakah mereka berhenti untuk menghilangkan penat ?

3. Apakah yang Amir nampak terapung di permukaan air di dalam lombong itu ?
4. Mengapakah Amir dan Alan lari bertempiaran ?
5. Apakah sebenarnya yang dilihat oleh Amir dan Alan di dalam lombong itu ?
F. Bina ayat berlapis daripada ayat-ayat selapis di bawah.
35. Tolong tutup pintu itu.
Tolong tutup tingkap itu. (dan)
36. Kamu mahu naik kereta ?
Kamu mahu naik kereta api ?

( atau )

37. Adik saya bertubuh kurus.


Adik saya kuat makan. ( tetapi )
38. Budak-budak itu meniup belon.
Belon itu pecah. ( hingga )
39. Pemuzik itu memukul gendang.
Gendang itu dipukul dengan kuat.

( dengan )

40. Pakaian songket memang cantik.


Pakaian songket mahal. ( tetapi )
41. Pak Samad memukul ular itu.
Ular itu mati. ( hingga )
42. Perempuan itu berlari.
Perempuan itu menjerit-jerit.

(sambil )

Lengkapkan ayat berpandukan perkataan diberi.


Sekolah menaiki berbual-bual membunyikan menjaga
16.
17.
18.
19.
20.

Daud dan Liman sedang basikal.


Sambil menunggang basikal mereka .. .
Setiap pagi mereka berbasikal pergi ke .. .
Mereka sentiasa . Kebersihan basikal mereka.
Mereka loceng apabila ada sesuatu berlaku.

E. Sambung ayat di bawah supaya menjadi lengkap.


a.
b.
c.
d.
e.

kerana dia seorang murid yang rajin.


perlu dimasak sebelum dibuat minuman.
hari sudah larut malam.
perhentian bas untuk menunggu bas
disembelih pada hari kenduri perkahwinan Pak Busu.

21.
22.
23.
24.
25.

Zahid merasa mengantuk kerana


Air paip di rumah kita ..
Dia berjalan kaki ke
Dua ekor lembu telah .
Cikgu Yati selalu memuji Jasmin

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.


Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-bagai
jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku, langsat dan ciku di
dusunnya.
Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak
lelakinya untuk menjaga kebun tersebut.
Tiap-tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok
buahnya. Dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali. Pak Abu juga akan
membungkus buah-buahan yang sedang masak dangan beg-beg plastik supaya tidak
dimakan oleh burung dan tupai.
Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia murah dan
lazat. Kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun Pak Abu untuk
menikmati kelazatan buah-buahan.
1. Apakah buah yang ditanam oleh Pak Abu ?
2. Siapakah yang membantu Pak Abu menjaga dusunnya ?
3. Mengapakah Pak Abu membungkus buah-buahan yang sedang masak ?
4. Mengapakah penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu ?
5. Berapakah luas dusun Pak Abu ?

Anda mungkin juga menyukai