Anda di halaman 1dari 5

Malam itu aku berbual panjang dengan Adila, nama Islam pilihan Baek Hee.

Agak lewat
juga kami tidur. Aku sangka dia tak pandai berbahasa melayu. Rupanya dia fasih malah
menggambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UITM bersama dengan abangnya Adli atau
Baek Hyun dan mengambil modul bahasa melayu untuk meningkatkan pertuturannya. Malah
dia suka bahasa melayu. Bapanya pernah menengking memarahinya dalam bahasa Korea.
Tapi dia dengan selamba memarahi bapanya kerana menggunakan bahasa Korea. Terbalik
jadinya. Ada juga dia menyentuh tentang abang sulungnya, tapi aku ubah topik. Malas hendak
bercerita fasal Encik Adam. Nanti kelain pula kisahnya.
Akak? Akak tengok Adam Oppa macamana? tanya Adila padaku lagi. Kali ini kami
sudah mula hendak tidur.
Oh? Akak? Tadi panggil Unnie. Sekarang Akak? Ku balas dengan pertanyaan juga.
Nak panggil Unnie ke? Nanti! Ni macam nak mengelak lagi je? Bila tanya pasal Oppa
mesti alih cerita. Unnie tak suka Adam Oppa ke? Dia jahat ke? Masa nak tidur ni kenapa nak
kacaukan fikiran aku dengan si Cipan tu? Bagus betul adik dia ni.
Ish! Ada abang dikata jahat. Tak baik tahu. Adila. Akak ngantuk la. Esok kena pergi
kerja. Adila lain la. Tengah belajar.
Ayyy Unnie lupa! kata Adila separuh menjerit.
Apa? terbangun aku bila Adila mengatakan aku lupa. Ahhhh! Aku tersengih malu.
Tapi Kata-kataku sudah dipotong oleh Adila.
Apa kata Unnie ikut kami sekeluarga esok? ajak Adila. Ikut diorang? Sekeluarga?
Wow wow! Chop! Kenapa pula ajak aku pergi, helo Adila, Akak bukan kaum keluarga kamu.
So, tak payah ikut pun tak apa dan tak payah ajak langsung pun tak kecil hati tau.

Hah!? Adila, sedar tak? tanya ku.


Sedarlah. Itu sebab saya ajak Unnie ikut sekali. Ala, Unnie ikut saja. Bukan kena buat
apa-apa pun. Datang makan saja. Jawab Adila sambil menggerakkan tangannya seolah-olah
sedang makan.
Makan? Makan je? Tak de buat benda lain?
Yalah! Sebenarnya esok tengahari kami nak pergi majlis perkahwinan anak kepada
kawan Appa. Kawan Appa pun orang Korea juga, cuma mereka itu Kristian. Jangan risaulah
Unnie. Kita bukan pergi gereja, kerana majlis dibuat di rumah mereka. Yang istimewanya,
Unnie, rumah mereka tu rumah tradisional Korea.
Oh. Macam tu. Mesti macam kat dalam drama Korea, kan? Ah! Masakan dia orang,
macamana? soal makanan yang paling aku titikberatkan apabila berkunjung ke majlis orang
bukan Islam. Kuatir ada yang menghidangkan hidangan haram.
Ha ah. Macam yang kat dalam drama Korea. Orang kaya, boleh buat apa saja. Kalau
ada cukup duit, tegaklah rumah sebiji. Balas Adila. Eh, Adila lupa ke? Awak tu pun kaya
juga. Entah-entah keluarga awak pun ada rumah tradisional Korea.
Oh ya ke? Keluarga Adila tak ada rumah tradisional ke kat sini? tanyaku dengan
ujung-ujung mata.
Hehehe. Ada Unnie. Balas Adila dengan sengihan.
Hehehe. Itulah kata orang lain kaya lagi. Sini ada, di Korea pun mestilah ada. Usikku.
Sudahku agak. Mesti keluarga Encik Adam pun ada sebuah rumah tradisional. Sebab Encik
Adam sendiri dah macam Seol Gong Chan. Generasi ketiga yang mengendalikan syarikat.
Makanya, mereka ini pun orang kaya.

Tapi bukan Adila punya. Oppa yang punya. Haraboji dah wasiatkan kepada Oppa.
Syarikat yang Unnie kerja tu Adila dengan Adli yang punya. Tapi sebab kami masih tak capai
umur yang ditetapkan, Oppa yang uruskan. Rumah tu kosong sekarang, tapi kami kerap balik
sana. Kalau tak ada yang tumpang sekaki. Beritahu Adila. Lagi satu perkara yang berkaitan
dengan Encik Adam. Dia sudah ada rumah sebiji. Kalau aku kahwin dengan dia tak payahlah
kami beli rumah. Hahaha! Kuat betul aku berangan. Dapatnya rumah tu besar, penat kau nak
mengemasnya. Melampau betul angan aku ni. Siap kahwin tu. Lepas tu mengemas. Sekejap!
Hello, siapa nak kahwin dengan mamat Cipan tak cukup tu. Merepek kerepek betullah
manusia bernama Iman ni.
UNNIE! terjerit Adila sambil menggoncang bahuku menyedarkan aku tentang angan
yang merepek itu.
Apa? Apa?
Unnie! Saya cerita dia berangan. Senyum-senyum, lepas tu geleng-geleng. Tak
mahulah cerita. Baru nak cerita tentang rumah tu. Tak naklah cerita. Merajuk. Adila nak
tidur. Katanya sambil memusing kan badan lalu berbaring. Pantas aku aku meminta maaf
atas ketelanjuranku tadi sambil menarik tangannya.
Ala, ala, Adila. Janganlah macam ni. Kakak minta maaf. Okey Adila cerita. Akak
dengar ni. Dila bangunlah, kata nak cerita. Pujukku selembut-lembut ala-ala manja plus
gedik.
Betul ni? tanya Adila selepas memusing kepala memandangku. Aku angguk laju-laju.
Buat-buat tertarik, macam nak tahu sangat. Cewah.

Sebenarnya Oppa baru balik Malaysia. Dekat tiga tahun dia jaga syarikat di Korea.
Pada mulanya syarikat itu diuruskan oleh Haraboji, tapi bila Haraboji jatuh sakit, Oppa
terpaksa pergi sana.
Terpaksa? Kenapa pulak?
Adila pun tak tahu apa kena dengan Oppa tu. Adila tak tahu secara lengkap kisah dia
tak mahu ke sana. Yang Adila dengar dia cakap dengan Eomma dia tahu mahu tinggalkan
seseorang yang baru hadir dalam hidupnya. Masa tu betul-betul sebelum dia pergi sana.
Dalam sebulan la.
Oh. Tapi dia tetap pergi jugakan.
Yelah dah kena juga pergi. Tanggungjawab dia Unnie. Tapi dalam 3 tahun tu dia kerap
juga balik sini. Cuma ada satu hari tu dia balik sini dalam keadaan murung. Tak tahu kenapa?
3 hari kemudian dia balik sana. Enam bulan dia tak balik, habis kena marah dengan Eomma.
Lepas tu dia kerap balik. Bila balik sini, Adila pun tak tahu apa yang ada di syarikat sini, tapi
selalu pergi sana. Macam dia CEO di sini. Tapi masa itu Adila tak tahu pun yang itu syarikat
dia.
Iya?
Ha ah. Bila Haraboji buat wasiat dulu, baru Adila tahu, syarikat kat Korea, Adila
dengan Adli yang dapat, tapi Oppa yang uruskan sekarang. Syarikat di sini pula kerjasama
antara Haraboji dengan Oppa. Haraboji beri syarikat, rumah tradisional di sini dan di korea tu
pada Oppa.
Oh... tapi akak kind of confused? A bit? Tapi biarlah. Rasanya dah banyak akak tahu
fasal abang Adila tu, so boleh kita tidur.?

Okey. Macam dah terlebih cerita je? Hehe. The rest, biar Oppa yang cerita. Good night
Unnie.
Good night.

Anda mungkin juga menyukai