Anda di halaman 1dari 15

1

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


Nasionalisme di Malaysia berakar umbi dripada gerakan penentangan pemimpin tempatan
terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.
Soalan 1 : Konsep (Kefahaman) 5m
a) Maksud nasionalisme
Perasaaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara.
Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air
Daripada belengu penjajahan.
Gerakan ini akan membebaskan tanah air daripada cengkaman ekonomi penjajahan.
Dan bebas daripada pengaruh budaya asing / Barat.
b) Latar belakang perkembangan nasionalisme sebelum Perang Dunia Ke-2 di negara kita.
Pengertian / Makna / Ciri-ciri
Sebab / Faktor
Tokoh / Pemimpin Tempatan
Cara Kebangkitan
Kesan kebangkitan
Gerakan nnasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apaapa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa
penjajah.
Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan
rakyattempatan sejak abada ke-20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
Gerakan ini merupakan reakis spontan masy tempatan untuk menjaga
kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasi oleh orang luar.
Antara pemimpin setempat ialah Dol said, Dato Maharaja Lela, Rentap dan mat
Salleh.
Soalan 2 : Pemahaman (15m)
a) Faktor-faktor / Sebab-sebab kebangkitan tokoh tempatan menentang British
b) Faktor / Kebangitan nasionalisme masa sebelum Perang Dunia Ke-2
c) Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British adalah wajar. Berikan hujah anda
Dasar Penjajahan British
Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Tanah Melayu.
Penguasaan politik yang luas.
Menyebabkan kawasan jajahan terikat dengan undang-undang dan peraturan.
Memudahkan British berkuasa tanpa halangan daripada banyak pihak.
Berasa tergugat dengan dasar perluasan kuasa British.
Naning dipaksa menjadi tanah jajahan takluk British.
Naning juga dipaksa membayar ufti kepada British.

Pentabiran British
British juga memaksa penduduk tempatan supaya mengguna pakai sistem pentadbiran
British.
British telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai.

Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student


Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Undang-undang dan peraturan tanah yang membebankan pennduduk tempatan.


Setiap tanah yang hendak dibuka hendaklah mendapat keizinan daripada British.
Ini bertentangan dengan adat tradisi masy tempatan.
Sebelum ini mereka bebas membuka tanah mengikut keperluan tanpa membayar
cukai
Ekploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan
Dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan.
Saudagar2 dari NNS dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih
timah.
Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Campur Tangan British Dalam Adat Resam


British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan
budaya masyarakat tempatan.
Misalnya, JWW Birch telah campur tangan dalam adat resam masy Melayu.
Beliau telah menghapuskan amalan menggunakan orang suruhan yang menjadi
amalan sebelum ini.

Pembesar Kehilangan Kuasa dan Pengaruh


Terhadap anak buah dan kawasan mereka.
Kebanyakan pemimpin tempatan dilantik oleh Sultan untuk mentadbir kawasan
mereka.
Lantikan itu menyebabkan mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerah seperti
pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
Campur tangan British menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mendorong
mereka menentang British.

Kesulitan Penduduk Tempatan


Akibat pelaksanaan undang-undang dan peraturan British.
Kesetian kepada ketua juga mendorong mereka memberikan kerjasama untuk
menentang British.

Soalan 3 : Pemahaman (30m)


a) Peristiwa penentangan tokoh tempatan / Pemimpin tempatan
i)
Penghulu Dol Said (Naning)
ii)
Dato Maharaja Lela (Perak)
iii)
Yamtuan Antah (Negeri Sembilan)
iv)
Dato Bahaman (Pahang)
v)
Tok Janggut (Kelantan)
vi)
Hji abdul Rahman Limbong (Terengganu)
vii)
Rentap (Batang Lupar)
viii)
Linggir (Batang Saribas)
ix)
Syariff Masahor dan Dato Patinggi Abdul Gapur (Mukah / Kuching)
x)
Mat Salleh (Sungai Sugut)
xi)
Antanom / Rundum
b) Peristiwa penentangan pemimpin tempatan di Tanah Melayu sebelum abad ke-20. (i-vi)
c) Rentetan penentangan di Sarawak dan Sabah menentang British.(vii-xi)
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Penghulu Dol Said di Naning, Melaka


Faktor penentangan adalah kerana British meletakkan naing sebagai sebahagian wilayah
British / jajahan takluk British.
Dol said mengingkari arahan British supaya naning menghantar ufti kepada negeri Melaka.
British menghantar tenteranya untuk menakluki Naning.
Dol Said menentang British dengan bantuan ketenteraan daripada Yamtuan Ali dari
Rembau, Syed Syaban, penghulu Renai dan Dato Kelana Sungai Ujong.
Dol Said berjaya mengalahkan 150 tentera British.
Serangan kali kedua British berjaya mengalahkan Naning keran tidak mendapat sebarang
bantuan.
Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka
Linggir di Sarawak
Pemimin kaum Iban di Saribas.
Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849.
Menyerang kapal Nemesis yang berlabuh di Batang Lupar
Merupakan tindakbalas terhadap langkah JB / Kapten Farquhar menghalang perlayaran
mereka di Sungai Saribas.
Linggir dan pengikutnya tewas dlaam pertempurann tersebut,
Rentap di Sarawak

1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan JB di Kubu Ng. Skrang.

Kerana tindakan JB yang cuba menghapuskan orang Iban di Sg. Skrang.

Orang Iban dianggap sebagai lanun.

Berjaya mengusir JB.

Jb membalas dengan membakar perkampungan mereka.

Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu baru di sana.
1861, tentera JB berjaya mengalahkan Rentap menyebabkan beliau dan pengikutnya
terpaksa berundur ke Ulu Sg. Entabai.

Serangan mereka semakin lemah.


Syarif Masahor di Sarawak
bersama datp patinggi Abdul Gapur.
Merupakan penentangan oleh orang Melayu.
Menolak penguasaan JB di wilayah mereka di Sungai Rajang.
Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh mereka terhadap penduduk
setempat.
1855, JB membina Kubu di Kanowit dan Syariff Masahor telah menyerang kubu
berkenaan.

Dato Maharaja Lela (Perak)


Di Perak, penentangan diketuai oleh Dato Maharaja Lela yang dilakukan secara bersatu
dengan pembesar dan Sultan.
Penentangan disebabkan oleh;
Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat.
Pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student


Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.


British campur tangan dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
JWW Birch tidak menghormati sistem sosial dan tidak tahu berbahasa Melayu
Februari 1875, bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato Maharaja lela dan pembesar
Melayu perak. Dato Maharaja Lela telah membuat kubu di Pasir Salak.
21 Julai 1875, mesyuarat antara DM dengan pembesar2 Melayu di Durian Sebatang
menentang undang2 British.
12 September 1875, DM bersetuju untuk membunuh JWW Birch selepas bermesyuarat
dengan Sultan Abdullah.
(Untuk lebih lanjut boleh rujuk muka surat 38 Buku Teks Sejarah Ting 5)
Yamtuan Antah (Seri Menanti, N9)
Menentang bersama Dao Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah Tunggal.
Malah Dato Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April
1874.
Beliau juga menentang Dato Kelana yang mempelawa British untuk campur tangan dalam
pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin ini berebut untuk mendapatkan sempadan kawasan yang mengenakan
cukai kepada pedagang bijih timah dari NNS.
Yamtuan Antah menentang kerana British menduduki Sg. Ujong selepas dipelawa oelh Dato
Kelana.
British juga menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi.
Akhirnya Yamtuan Antah menandatangani perjanjian damai pada 1888.
Dato Bahaman (Pahang)
Beliau menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam
dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai
dan penubuhan pasukan polis luar.
Dato Bahaman merupakan Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
1890, beliau menentang pembinaan Balai Polis di Lubuk Terua, iaitu kawasan pengaruhnya.
1891, mereka menyerang British kerana menangkap anak buahnya dan pada tahun 1892,
Lubuk Terua berjaya ditawan oleh beliau.
1895, akibat dari tekanan British, beliau telah berundur ke Kelantan.
Tok Janggut (Kelantan)
Nama sebenar beiau Haji Mat Hassan bin Munas.
Mendapat pendidikan agama di Makkah serta mahir dalam ilmu persilatan.
Menentang setelah sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910 di Pasir Puteh
Kelantan.
Tok janggut membantah pelaksanaan sistem cukai yang diperkenalkan dan enggan membayar
cukai tersebut.
Namun, bantahan beliau tidak dilayan ,alah sebaliknya pihak polis diarahkan untuk menangkap
beliau tetapi gagal.
1915, Pasir Puteh berjaya diduduki dan mereka membentuk kerajaan sementara di situ
sebelum British menyerang semula.
Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British telah membawa masuk tentera dari NNS
dengan Kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.

Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student


Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Tok Janggut telah terkorban dan mayatnya diarak seluruh pekan Kota Bahru seelum digantung
di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masy
tempatan yang berani menentang British.

Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu)


nama sebenar beliau ialah haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.
Mendapat gelaran Limbong kerana beliau sering mengajar agama di Limbong, Kemaman.
Beliau juga merupakan seorang ulama yang tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan
undang2 tanah British di Terengganu.
Julai dan Ogos mereka telah membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan
peraturan tanah British.
Kemarahan penduduk kampung terhadap British memuncak dengan melancarkan serangan
bersenjata pada bulan Mei 1928.
Mereka berjaya menduduki Kuala Berang.
Dengan menggunakan nama Sultan Terengganu, British berjaya menawan semula Kuala
Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.
Haji Abdul Rahman Limbog teah diserang 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Beliau
berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.
Mat Salleh (Sabah)
Beliau merupakan pemerintah Daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dan telah melaksanakan sistem cukai kepala
dan surat perahu.
Pegawai di situ juga bertindak kasar kepada penduduk tempatan.
1895, Mat salleh telah ke Sandakan untuk berbincang namun beliau tidak dilayan.
Sebaliknya, kampung beliau di Beaufort telah diserang dan dibakar menyebabkan Mat Salleh
melarikan diri.
1897, Mat salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pulau gaya.
SBUB telah menawarkan pelan damai kepada beliau dengan menyerahkan Tambunan namun
SBUB terlebih dahulu mungkir janji.
Mat Salleh telah menyerang sekali lagi kubu SBUB dan dibalas oleh pasukan tentera SBUB.
Mat Salleh akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
Soalan 4 : Menganalisis (10m)
a) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan.
Menghantar pasukan tentera untuk menyerang pemimpin tempatan.
Memusnahkan kubu pertahanan pemimpin tempatan. Misalnya Kubu Rentap di Bukit
Sadok.
Membakar perkampungan pemimpin tempatan. Misalnya perkampungan Rentap di
Sarawak dan Mat salleh di Sabah.
Membina kubu pertahanan. Misalnya JB membina Kubu di Kanowit bagi menahan
tentangan dari Syariff Masahor.
Mengenakan hukuman gantung kepada pemimpin tempatan. Misalnya Dato maharaja
Lela dan pengikutnya.
Mengenakan hukuman dibuang negeri seperti Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu
telah dibuang negeri ke Makkah.
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Menggunakan nama Sultan kerana tahu bahawa orang Melayu tidak akan menderhaka.
Contohnya British di Terengganu telah menghantar tiga orang pegawai untuk menawan
Kuala Berang

b) Cara / Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.


Menggunakan taktik serangan gerila. Contoh Rentap dan dol said.
Mendapatkan bantuan daripada pembesar daerah lain. Dol Said mendapat bantuan
daripada Yamtuan Ali dan Pembesar Rembau.
Menyerang kapal British. Linggir menyerang Kapal Nemesis milik JB.
Menyerang kubu pertahanan British. Kubu JB di Kanowit telah diserang oleh Syariff
Masahor.
Membunuh / menikam Residen British melalui serang hendap. Digunakan oleh dato
Maharaja Lela untuk membunuh JWW Birch.
Menandatangani perjanjian dengan British. Yamtuan Antah di Seri Menanti.
Mendapatkan perlindungan politik dari negara luar. Misalnya, Dato Bahaman mendapat
perlindungan politik dari Raja Chulalongkor dan menetap di Chiang Mai.
Menawan lokasi penting British. Contoh, Tok Janggut berjaya menawan Pasir Putih dan
berjaya membentuk kerajaan sementara di situ.
c) Sumbangan tokoh-tokoh tempatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Membuka mata British bahawa orang tempatan tidak menerima campur tangan mereka
dalam pentadbiran.
Memelihara warisan dan budaya tempatan.
Mempertahankan maruah dan kuasa sebagai penguasa
Mengekalkan pengaruh yang diamanahkan kepada mereka
Mengelakkan daripada adat resam dicabuli oleh orang luar.
Menghapuskan campur tangan British dalam pentadbiran.
Memastikan budaya barat tidak meresap dalam kehidupan masyarakat tempatan.
Mendapatkan semula hak pribumi kepada masyarakat tempatan.
Memartabatkan undang-undang adat tempatan
Menjaga kebajikan masyarakat tempatan.
d) Kesan sekiranya tidak berlaku kebangkitan pemimpin tempatan / gerakan nasionalisme
sebelum Perang Dunia Ke-2
Pemimpin hilang pengaruh dan jawatan.
Terpaksa menerima pentadbiran barat.
Pentadbiran tradisional terhapus.
Undang-undang British digunapakai.
Ekonomi dikuasai oleh penjajah.
Rakyat dikenakan pelbagai jenis cukai yang membebankan.
Perlu mendapatkan kebenaran British untuk emmbuka tanah.
Pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan wilayah.
Pentadbiran tempatan dikuasai oleh Pegawai British.
Kedaulatan negara terjejas.
e) Sumbangan tokoh-tokoh tempatan dalam menyemarakkan gerakan anti-penjajahan di Tanah
Melayu.
Bersemangat patriotisme dalam diri setiap warganegara.
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Memupuk perpaduan kaum.


Hebat jati diri anak bangsa terutama generasi muda.
Berwawasan dalam memajukan diri dan bangsa.
Berdisiplin daam kehidupan seharian.
Mematuhi undang-undang negara setiap masa.
Berilmu pengetahuan menjamin masa depan yang cerah.
Tidak putus asa dalam mengejar cita-cita
Semangat kerjasama antara kaum
Sanggup berkorban demi mempertahankan negara
Menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
[mana-mana jawapan munasabah]

f) Perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang British berkesan/ menggugat kedudukan British


di Tanah Melayu.
Dol said berjaya mengalahkan British dalam serangan pertama.
Penggunaan taktik serangan gerila.
Mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan.
Menyebabkan British tidak campur tangan hampir selama 50 tahun.
British menanggung kerugian.
Rentap berjaya mengusir JB di Nanga Skrang.
JB mengambil masa yang lama untuk mengalahkan Rentap di Bukit Sadok.
Syariff Masahor berjaya menyerang Mukah.
Mat Salleh berjaya menawan kubu SBUB di Pulau Gaya.
SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh.
Dato Maharaja Lela berjaya membunuh JWW Birch.
Kapten Innes terbunuh.
British terpaksa meminta bantuan daripda India dan Hong Kong.
Dato Bahaman berjaya menawan Lubuk Terua.
British mempunyai muslihat dengan mengambil tindakan kekerasan terhadap tokoh-tokoh
perjuangan tempatan. Buktikan pernyataan tersebut . (Jawapan sama dengan 4(a)
Soalan 5 : Mengaplikasi (15m)
a) Cara anda menunjukkan / menzahirkan semangat nasionalisme terhadap negara.
Menghayati Rukun Negara

Mempelajari Sejarah negara.


Mengibarkan Jalur Gemilang

Mendalami ilmu pembentukan negara.


Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh
Menjaga khazanah sejarah dan warisan
semangat.
budaya masyarakat tempatan.
Mengekalkan semangat perpaduan.

Menghormati pemimpin negara.


Menghormati lambang negara.

Menyanjung YDPA sebagai Ketua Negara.


Menjaga kedaulatan negara.

Tidak memperlekehkan perlembagaan


negara
Menghayati nilai murni.

Mematuhi undang-undang negara.


Menghayati perjuangan tokoh tempatan.

Tidak membocorkan maklumat negara.


b) Peranan anda bagi menggelakkan penjajahan semula berlaku di negara kita.
Bersatu dengan pemimpin
Menanam semangat jati diri yang tinggi
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Sanggup berkorban mempertahankan negara.


Mempunyai semangat juang yang kental
Saling menghormati antara kaum
Menyertai pasukan keselamatan
Mengenepikan kepentingan diri daripada kepentingan negara
Mempertahankan kedaulatan negara.
Menambah bilangan anggota keselamatan
Memastikan undang-undang negara tidak dicabuli.
Memantapkan sistem pemerintahan beraja berpelembagaan.

c) Semangat nasionalisme merupakan prasyarat bagi menjamin kedaulatan negara daripada


penjajahan. Berikan ulasan anda.
Mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia.
Memperkasakan perpaduan bangsa.
Mengelakkan rakyat terpengaruh dengan anasir luar.
Mengukuhkan keharmonian negara.
Menjamin keamanan dan keselamatan negara.
Memantapkan ekonomi negara.
Mewujudkan semangat setia negara yang tinggi.
Melahirkan rakyat yang sanggup berkorban untuk negara
Mewujudkan semangat kerjasama yang tinggi.
Menghindari budaya negatif dalam kalangan rakyat.
Memantapkan sistem perundangan negara
Menguatkan sistem pertahanan dan keselamatan negara
Melahirkan masyarakat yang berani dan berjiwa kental.
d) Anda dilantik sebagai pemimpin untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada
penjajahan. Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab tersebut?
Mengetatkan undang-undang negara.
Berlaku adil kepada semua rakyat.
Berpegang kepada ajaran agama.
Memastikan keamanan negara.
Memastikan kestabilan politik.
Mewujudkan kestabilan sosial.
Memastikan kemajuan ekonomi.
Mewujudkan kehidupan yang sistematik.
Mengelakkan penindasan kepada rakyat.
Membendung gejala negatf yang tidak sihat.
Memantapkan sistem pentadbiran.
Mengekalkan kerjasama antara rakyat.
e) Semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan negara daripada dijajah
semula. Beri alasan anda.
Berani meneroka bidang baru
Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
Mengekal dan memperkukuh perpaduan.
Bersikap terbuka dan sedia menerima pembaharuan.
Mewujudkan pentadbiran yang sistematik
Memantapkan dasar-dasar kerajaan
Berusaha untuk kecemerlangan diri
Meahirkan rakyat yang mampu bersaing
Melahirkan pemimpin negara yang bijak dan berpandangan jauh
Mengamalkan hidup yang berakhlak dan brdisiplin
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

Melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran.

f) Masyarakat Malaysia mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Buktikan.


Mematuhi peraturan dan undang-undang negara yang telah ditetapkan
Menghayati Rukun Negara
Berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Berpegang kepada nilai sejagat.
Bangga terhadap kejayaan Malaysia di peringkat global
Bangga dengan kepelbagaian bahasa, budaya dan agama rakyat Malaysia.
Bangga dengan keunikan negara.
Menjaga warisan dan tempatan bersejarah
Mengambil iktibar dari peristiwa lalu
Berani berjuang dan mempertahankan negara.
Berbangga dengan aset negara.
g) Ciri-ciri warganegara Malaysia ynag mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
Tidak menghormati lagu Negaraku.
Menyalahgunakan internet.
Memijak bendera Malaysia.
Mengkritik pemimpin
Tidak menghormati pemimpin.
Pemimpin menyalahgunakan kuasa
Menerima amalan rasuah.
Perpaduan semakin menurun.
Tidak mematuhi peraturan negara.
Pemimpin tidak berlaku adil.
Politik tidak stabil kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat.
Soalan 6 : Menilai (10m)
a) Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British tidak berjaya. Berikan hujah anda.
Tidak setuju + Hujah + Bukti + Contoh
Bersetuju + Hujah + Bukti + Contoh
b) Mampukah pemimpin tempatan menentang British. Berikan alasan.
Mampu + Alasan anda
Tidak mampu + Alasan anda
c) Cabaran pemimpin tempatan ketika berjuang menentang British.
Tidak bersatu antara pemimpin bersama pemimpin dan rakyat.
Bilangan pejuang yang sedikit.
Penentangan bersifat setempat dan tidak mendapat kerja sama pembesar daerah atau
wilayah
Tiada orgasasi yang tersusun kerana bilangan anggota yang sedikit.
Perjuangan tidak terancang.
Strategi pimpinan British lebih berkesan di mana British berupaya membina pertahanan
yang kuat.
British mendapat bantuan dari negara lain seperti India.
Penggunaan senjata moden oleh tentera British
Tokoh setempat pula menggunakan senjata tradisional seperti keris, lembing dan tombak.
British menggunakan tipu muslihat yang berjaya memeprdaya Sultan atau Pemebesar.
Misalnya dalam Perjanjian Pangkor di Perak dan Perjanjian 1941 di Sarawak.
d) Kejayaan British menghapuskan / mengatasi kebangkitan pemimpin tempatan. Buktikan.
Strategi British lebih berkesan
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

10

Brtish mendapat bantuan dari negara lain


Teknologi persejataan yang moden dan canggih
British memiliki senjata moden seperti meriam dan senapang
British menggunakan tipu muslihat
Sultan dan Pembesar diperdaya oleh British melalui perjanjian.
British menggunakan nama Sultan
British menghantar 3 orang pegawai bagi menawan Kualan Berang bagi menamatkan
pembukaan tanah oleh rakyat tempatan.
British mengenakan hukuman gantung kepada penentang tempatan
Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela terkorban dan mayatnya diarak di seluruh pekan Kota
Bahru.
e) Tindakan kekerasan British menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan adalah tidak
wajar. Berikan alasan anda.
Tidak wajar kerana;

Mengakibatkan pertumpahan darah.


Mengakibatkan perperangan.

Menjatuhkan maruah pemimpin


Mencetuskan dendam dan rasa tidak puas
tempatan.
hati

Menyebabkan
ramai
nyawa
Menjejaskan taraf kehidupan rakyat
terkorban.

Kedaulatan negara terjejas.

Menggugat ekonomi tempatan

Menjejaskan keamanan negara.

Menjatuhkan maruah Sultan dan


pembesar.
f) Merasionalkan cara perjuangan / gerakan tokoh-tokoh tempatan menentang British.
Senjata / Perperangan
- Tidak wajar kerana;
a) Tokoh tempatan menggunakan senjata tradisional
b) British membina kubu pertahan yang lebih kukuh
c) Berlaku pertumpahan darah
d) Mengakibatkan rakyat terkorban
e) British mempunyai tentera yang lebih ramai berbanding tokoh tempatan.
f) British mempunyai alat perang yang lebih moden.
Melalui media cetak dan persatuan / badan sosial
- Wajar kerana;
a) Rakyat memahami maklumat perjuangan para nasionalisme
b) Rakyat dapat menerima maklumat terkini tentang dasar-dasar negara.
c) Rakyat mengenali tokoh nasionalisme
d) Rakyat mengaitkan kemakmuran pada masa kini dengan perjuangan lampau
e) Rakyat dapat mengetahui perkembangan semasa tentang program pembangunan
insan
f) Rakyat sedar akan peranan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
g) Terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangan tokoh perjuangan tempatan.
Mengapakah keadaaan ini berlaku?
- Tidak yakin dengan perjuangan tokoh tempatan.
- Tidak berfikiran terbuka
- Beranggapan bahawa pemimpin negara tidak bijaksana
- Mengagungkan penjajah British
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

11

- Kurang mempunyai semangat patriotik


Bagaimanakah cara untuk mengelakkan keadaan tersebut berlaku?
- Semangat kerjasama dan tolong menolong yang kukuh.
- Berdisiplin dan gigih berusaha
- Menghargai perjuangan tokoh tempatan
- Mendalami ilmu sejarah perjuangan bangsa.
- Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan.
- Sentiasa bersikap terbuka dan majukan diri.

h) Semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur / terkhakis. Buktikan.


Tidak menghormati institusi beraja.
Mempertikaikan perlembagaan negara
Menyebarkan maklumat negara kepada negara luar
Suka memberontak
Suka menentang pemimpin
Pemimpin tidak bersatu dan sering bertelingkah
Kedaulatan negara terancam dan diceroboh
Pentadbiran negara kucar kacir dan huru hara.
Mewujudkan perhimpunan haram
Mencetuskan rusuhan kaum.
Pemimpin yang menerima rasuah.
i)

Kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme. Berikan hujah
anda.
Rakyat berpecah belah.
- Keamanan dan keharmonian terancam
- Lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri
Ekonomi tidak berkembang
- Pertumbuhan ekonomi akan tergendala
- Kemakmuran negara tergugat
- Pembanguan negara terbantut
Kedaulatan negara terancam
- Negara terdedah dengan campur tangan kuasa asing
- Imej negara terjejas
Politik tidak stabil
- Pentadbiran akan kucar-kacir
- Demontrasi jalanan akan berleluasa
- Rakyat tidak menghormati pemimpin
Masyarakat hilang jati diri
- Minda masyarakat dijajah
- Terpengaruh dengan budaya asing
- Budaya lepak dan rempit

j)

Berjayakan usaha kerajaan memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.


Berikan ulasan anda.
Konsep 1 Malaysia
Pertandingan melukis poster tokoh tempatan
Menganjurkan Program Latihan Khidmat Pertandingan
Mendeklamasikan
Sajak
Negara
Patriotik
Forum Belia Tegas
Seminar Kebangsaan Sejarah Negara

Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student


Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

12

Kempen Cintai Negara


Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik


Pertandingan menulis Esei Kenegaraan

Soalan 7 : Menjana Idea (10m) (bina ayat lengkap ICHUN)


a) Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda terhakis.
Pengaruh media massa
Pengaruh luar
Tidak menghayati sejarah pembentukan negara
Kurang kesedaran kenegaraan
Tidak menghayati perjuangan tokoh negara
Tidak menghormati lambang negara dan Tidak menghormati lagu Negaraku
Mencabul hak dalam perlembagaan
Mencaci institusi beraja
Mempertikaikan peranan Yang Di Pertuan Agong
b) Cadangan untuk memperkasa semangat neasionalisme dalam kalangan generasi muda.

Memperkuatkan jati diri


Menghayati sejarah dan pembentukan bangsa dan negara.
Mengelakkan pertelingkahan antara kaum
Sanggup berkorban untuk negara.
Mengutamakan kepentingan negara daripada diri sendiri.
Menghindari salah faham dan prasangka negatif
Mengutamakan semangat perpaduan / muhibah
Menjayakan konsep 1 Malaysia
Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan lawatan ke tempat2 bersejarah
Menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni.
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

c) Cabaran untuk memperkasa semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.


a) Pengaruh Laman Sosial
- Maklumat tidak sahih
- Mengandungi unsur negatif
b) Minda Kelas Ketiga
- Kesedaran menimba ilmu pengetahuan yang masih rendah.
- Pengetahuan kenegaraan tidak mendalam
c) Bahasa Campuran
- Penyalahgunaan bahasa dan istilah
- Mengenepikan bahasa kebangsaan
d) Gejala Sosial
- Keruntuhan akhlak
- Pegangan agama yang longgar
e) Kurang Kesedaran Kenegaraan
- Menganggap keselamatan dan keamanan tanggungjawab pihak berkuasa shj.
- Kurang semangat kekitaan dan patriotisme
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

13

f)

Vandalisme
- Tidak rasa kepunyaan terhadap harta awam
- Tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan.

d) Program 1 Malaysia dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum
bagi memupuk semangat sayangkan negara.
Tidak bermusuhan antara satu sama lain
Sentiasa bekerjasama
Bersikap menghormati antara satu sama lain
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
Mewujudkan 1 bangsa Malaysia
Tidak berlakunya rusuhan kaum
Menghormati agama dan budaya kaum lain
Mewujudkan semangat muhibbah
Mengenali budaya kaum lain
Mewujudkan keharmonian
Mengeratkan persefahaman antara kaum.
e) Peranan anda memperkasa semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan.
Kurikulum
- Mempelajari Sejarah dengan bersungguh-sungguh
- Menghayati nilai murni melalui Pendidikan Moral dan Sivik
- Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan
Ko-kurikulum
- Menganggotai Majlis Kepimpinan Pelajar
- Menyertai aktivti Kelab dan Persatuan Sejarah
- Menyertai badan beruniform
Lawatan sambil belajar
- Galeri Sejarah / Muzium
- Persidangan Parlimen
- Memorial Tunku Abdul Rahman
Program berbentuk patriotik
- Pameran Sempena Sambuatan Bulan Kemerdekaan
- Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
- Menubuhkan Galeri Sejarah
f) Cadangkan ciri-ciri warganegara / generasi muda yang berupaya mempertahankan
kedaulatan negara.
Bertanggungjawab
Peka kepada isu-isu semasa
Sanggup berkorban untuk negara
Cinta akan keamanan dan keharmonian
Mematuhi undang-undang
Mengharumkan nama negara
Taat setia kepada negara
Berbangga menjadi warganegara Malaysia
Semangat patriotik yang tinggi
Menghargai khazanah dan warisan negara
g) Selepas negera merdeka, semangat nasionalisme rakyat sangat penting untuk mengekalkan
kedaulatan negara. Berikan hujah anda.
Memupuk semangat patriotik
Ekonomi berkembang pesat
Melicinkan sistem pentadbiran negara
Memiliki jati diri yang tinggi
Bersatu padu antara kaum
Tidak mementingkan diri sendiri
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

14

Mewujudkan politik yang stabil


Kedaulatan negara terjamin

Semangat juang yang kental


Tidak mudah berputus asa

h) Beberapa situasi yang berlaku dalam negara ketika ini boleh menggugat / mengancam kedaulatan
negara. Berikan pandangan anda.
- Sama jawapan dengan 6(h)
i)

j)

Segelintir warganegara Malaysia telah menghina dan memperlekeh negara.


Beri cadangan anda, tindakan yang patut diambil terhadap warganegara tersebut.
- Menekan nilai patriotisme dan kewarganegaraan yang tinggi
- Sejarah dijadikan subjek penting dalam peperiksaan
- Memberi kesedaran akan pentingnya semangat patriotisme
- Kempen Sayangi Negara harus dijalankan
- Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada mereka
Kesan jika sikap tersebut gagal dibendung.
- Negara akan mundur
- Perpaduan akan terjejas
- Tidak wujud persefahaman antara masyarakat
- Modal insan tidak dapat dilahirkan
- Tidak mampu berdaya saing
- Tidak mengamalkan budaya dan semangat berpasukan
Cabaran yang dihadapi oleh negara bagi mewujudkan masyarakat yang patriotik.
- Jawapan rujuk 7 (c)

k) Nasionalisme tonggak survival bangsa dan negara. Berikan ulasan anda.


Mewujudkan semangat sanggup berkorban untuk negara.
Melangkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
Mengurangkan karenah birokrasi
Menjamin keamanan negara
Mengukuhkan perpaduan kaum
Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif
Menggalakkan pertukaran teknologi dengan negara lain dan maju
Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam semua bidang
Menjadikan negara sebuah pengeluar hub halal yang dikenali di seluruh negara di dunia
Soalan 8 : Iktibar (5m)
a) Semangat nasionalisme pemimpin tempatan wajar dicontohi oleh generasi muda bagi
mengekalkan kemerdekaan / kedaulatan negara. Berikan ulasan anda.
b) Unsur-unsur patriotisme / nasionalisme yang perlu ada dalam diri bagi mengekalkan kemakmuran
negara.
c) Cara anda menghargai perjuangan / pengorbanan pemimpin tematan menentang British.
Soalan 9 : Rumusan (5m)
Pengetahuan
a) Tokoh-tokoh pemimpin tempatan terdiri daripada ............................
b) Faktor yang membawa kebangkitan nasinalisme ialah ............................
c) Cara tokoh tersebut berjuang ialah .............................
d) Kesan kebangkitan pejuang tempatan adalah ................................
Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student
Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab

15

Nilai Murni / Unsur Patriotik


a) Cinta akan negara yang tinggi / berkorban nyawa / Contoh, Tok Janggut
b) Bersatu / Semangat Kekitaan
c) Berani mempertahankan maruah serta warisan / mislanya Dato Maharaja Lela
d) Setia kepada raja / Contoh Hj. Abdul Rahman Limbong
e) Mempertahankan hak dan kuasa / Misalnya Rentap, Dato Bahaman
f) Menghargai perjuangan tokoh tempatan
Harapan dan Masa Depan Malaysia
a) Rakyat Malaysia kukuhkan semangat nasionalisme / mempertahankan negara dari campur tangan
kuasa asing / mengekalkan kedaulatan.
b) Pemimpin yang berwibawa / mentadbir negara dengan cekap / negara akan mencapai tahap
negara maju.
c) Bangga sebagai warganegara Malaysia
d) Saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan.

Disediakan oleh : Lucas Tinting/SMKP/PanitiaSej/2015 & 5B 2015 Student


Semoga Berjaya dan Dipermudahkan Ketika Menjawab