Anda di halaman 1dari 16

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM

KEMASYARAKATAN & HUBUNGAN ETNIK

Etnosentrisme
Ras dan Rasisme
Prejudis
Stereotaip
Diskriminasi
Integrasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
Pluraliti
DEFINITION
EXPLANATION
FACTORS
EFFECTS
EXAMPLE

Konsep Masyarakat
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan
dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil
merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam
anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.
Etnik
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan
bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal
atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza
berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan
kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina,
India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai
etnik.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.
Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya
dengan satu tingkahlaku yang sama.

Etnosentrisme
Etnosentrisme pula
merujuk kepada
kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa
budaya mereka adalah
lebih baik daripada
kelompok lain.

Ras dan Rasisme


Ras dan Etnik kerap kali
dicampur aduk sehingga
maknanya menjadi lebih
kurang sama.
Ras bolah dikatakan
sebagai kelompok sosial
yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal nyata
seperti warna kulit,
warna mata dsbnya.

Rasisme
Pandangan, pemikiran
atau kepercayaan negatif
sesuatu kelompok sosial
atau para anggotanya
terhadap sesuatu
kelompok lain
berdasarkan ras sematamata dan ini ditunjukkan
secara terbuka melalui
tindakan terbuka. Ia
berkaitrapat dengan
konsep prejudis dan
stereotaip, diskriminasi

Prejudis: pandangan
negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati
seseorang atau kelompok
etnik tertentu; prejudis tidak
diluahkan secara terbuka.
Apabila prejudis disuarakan,
prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan
umum yang negatif terhadap
sesuatu etnik.orang; Belanda
itu bersifat kedekut.

Diskriminasi: Pandangan,
pemikiran dan
kepercayaan negatif
seseorang atau kelompok
etnik terhadap anggota
lain. Ia merupakan
perbuatan membanding
bezakan seseorang
individu atau sesuatu
kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.

KEPENTINGAN BUDAYA

KONSEP PERPADUAN DAN


INTEGRASI

Perpaduan: satu proses yang


menyatupadukan seluruh
masyarakat dan Negara
supaya setiap anggota
masyarakat dapat
membentuk satu identity dan
nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan tana
air.

Integrasi: satu proses bagi


mewujudkan sati identity nasional
dalam kalangan kumpulan
terpisah dari segi kebudayaan,
social dan lokasi dalam sesebuah
unit politik. Unsur integrasi
terdiri daripada-integrasi
wilayah, ekonomi, kebudayaan,
social, pendidikan, politik
Segregasi: pemisahan atau
pengasingan antara satu
kumpulan etnik dengan kumpulan
etnik yang lain dalam sesebuah
negara

Akomodasi:
1. Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang
lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya
hidup masing-masing.
2. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam
pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam bidang ekonomi, pendidikan
mereka saling memerlukan.
3. Switzerland ialah Negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik
Jerman, Perancis dan Itali saling membuat
penyesuaian antara mereka.

Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan


dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang
berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara


kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima
identiti kumpulan etnik majoriti.

Amalgamasi: satu proses yang terjadi


apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara
utama ialah melalui perkahwinan campur.
Pluraliti: Pluralisme budaya bukan
fenomena baru. Interaksi antara pelbagai
budaya seperti Arab Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda,
British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai