Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KESELURUHAN

Menghafal adalah cara yang susah payah untuk mengkoleksi informasi. Tetapi dalam proses itu
sesungguhnya kita tidak dilatih menggunakan itu buat memecahkan persoalan GOENAWAN
MOHAMAD
Dengan keizinan Tuhan, saya dapat juga menyiapkanbuku log bagi unit beruniform Pengakap
untuk semester 4 ini. Tugasan ini amat mencabar bagi saya kerana ia merupakan kali kedua saya
melibatkan diri dalam unit beruniform Pengakap dan telah menyertai banyak perkhemahan dan telah
mendapat banyak ilmu dan pengetahuan daripada pengakap ini. Saya berasa amat gembira kerana
dengan sempurna dapat juga menyiapkan buku log dan saya percaya dan yakin ini akan mambantu saya
di masa hadapan kelak.
Sepanjang enam bulan ini, iaitu satu semester ini, saya telah mempelajaribanyak perkara baru
seperti tali dan ikatan, kemahiran kraf perkhemahan, ikhtihar hidup, pengurusan dan persiapan
perkhemahan, kebudayaan, pengembaraan dan juga khidmat komuniti. Ini semua adalah penting dan
perlu diketahui oleh setiap ahli pengakap. Kami juga akan melakukan istiadat Laung Agung pada setiap
perjumpaan dan pengakhiran perjumpaan.
Sebagai seorang bakal guru, saya menambah pengetahuan saya terhadap persatuan pengakap.
Saya dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat bagaimana persatuan pengakap di jalankan di sekolah
dan ini amat penting bagi saya untuk menyediakan saya untuk menjadi pemimpin pengakap pada masa
hadapan kelak. Selain itu, pengakap ini juga mendisiplinkan saya dan mengajar saya membuat kerjanya
pada tepat masanya

Anda mungkin juga menyukai