Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang
diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula
diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi
telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian
ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan
semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah
bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Gaya Gunting (Scissors)


Gaya Eastern Cut-Off.
Gaya Guling Barat (Western Roll).
Gaya Guling Pelana (Straddle).
Gaya Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya pertama hingga gaya keempat


termasuk dalam fasa layangan. Bagi gaya pertama hingga ketiga tidak akan
menghasilkan lompatan yang tinggi. Ini disebabkan gaya-gaya tersebut
kurang sempurna dari segi teknik melompat. Oleh yang demikian gaya guling
pelana (Straddle) dan gaya Flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan
lompatan yang tinggi.
SEJARAH
Tidak dapat dipastikan apakah Lompat Tinggi pernah disenaraikan dalam
sukan Olimpik kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat
mengatakan acara Lompat Tinggi ini pernah dijiadikan acara dalam sukan
tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal
tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan
diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England
yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan
pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya
melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi
bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian
dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang
melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada
masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa
sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua
batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan
merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static

atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan


berdiri dan menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan
diperbaiki dari masa-kesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan
undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu.
Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah
dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak
boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan
yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat
terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu
hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam
sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga
di pelbagai peringkat.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya
static dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh
peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta
Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati
khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang
kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan
pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak
harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika
Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik
lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara
ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu
penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang
diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali
sebagai gaya guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward
dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College
dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari
Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi
dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama
berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika
dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus
untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga.
Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini
disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan
yang diperlukan adalah seperti berikut :1. Tiang Lompat Tinggi.
Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubahubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah
umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu
pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini
hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan
tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
2. Palang Lompat Tinggi.
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu,
logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau
segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua
tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah
dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
3. Kawsan Mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak
penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat.
Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan
pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan
yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan
diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu
kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap.
Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan
tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan
betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring
atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan
peserta.
4. Pita Pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang
berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali
sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam
acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi
menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan
tepat.

UKURAN
1. Tiang Lompat Tinggi
Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum
4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.
2. Palang Lompat Tinggi.
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak
kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini
ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan
khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan
berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.
3. Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau
pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5
meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.
4. Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan
yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah
dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih
dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu
mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan
diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara
sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara
lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :a) Pergerakan
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :i)
Pergerakan mendatar (Linear Motion)
ii)
Pergerakan menegak (Vertical Motion)
Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar
kepada pergerakan menegak.
Gambarajah berikut menerangkan prinsip ini.
Palang

Garis Parabola
yang dilalui
oleh badan

Gambarajah 1 : Prinsip pergerakanc

Kawasan
Mendarat

Kawasan Lari Landas

A Pergerakan Mendatar.
B Pergerakan Menegak.
C Vektor Resultant
1. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.
2. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak
B.
3. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak
mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.
b. Momentum
Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam
kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah
kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih
meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu
akan bertambah.
Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh
badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada
fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan

momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih
tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan
badan ke atas.
c. Daya Sentrifugal

Gambarajah 2 : Daya Sentrifugal


1. Daya Sentrifugal
2. Daya Sentripetal.
3. Daya Ikut Tangen
Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga
daya sentrifugal. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam
bentuk sesuatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang
bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama
wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar
dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-duanya dilaksanakan hanya
apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.
Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sebagai bertindak
kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka
daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut
dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.
Gambarajah 3 : Arah Daya Sentrifugal Dalam Lompat Tinggi

Palang

Arah Daya Sentrifugal

Point Lonjakan

Lari Landas Untuk


Pergerakan Mendatar

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah


menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal seperti
rajah di atas.
d. Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi
palang adalah dua jenis iaitu direct dan Iindirect. Putaran direct dicapai
semasa atlit ada kontrak dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit
tidak mempunyai kontrak dengan bumi.
Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat
kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.
e. Graviti Dan Pusat Graviti
Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang
berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti
pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.
Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama
sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang.
Walau bagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat
graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang
mencemaskan.
Konsep di atas digambarkan oleh Gambarajah 4. Jasad-jasad a dan b
yang kedudukannya menegak dapati pusat graviti masing-masing agak jauh
di atas palang. Manakala dalam jasad c, terdapat kedudukannya yang leper
membolehkan pusat graviti adalah sangat hampir pada palang.
Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan beberapa gaya dalam
acara lompat tinggi yang tidak sempurna dari segi pemindahan pusat supaya
mendapat satu lompatan yang tinggi. Tanda x menunjukkan pusat graviti atlit
yang tinggi di atas palang.

Lari
Landas

Pusat gravity jasad


di atas palang

PRINSIP AKSI REAKSI


Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki
meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segeman tertentu
dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmensegmen badan mengikuti itu di angkat.
Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan
dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu
pergerakan di bahagian badan yang lain.
Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa
lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki
bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan.
Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian
pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah
mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah.
Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan
kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar
kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip yang telah dibicangkan ini
adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk mencapai tahap pencapaian
lompatan yang tinggi.
HUKUM-HUKUM NEWTON
Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :
1. Hukum Inertia (Hukum Pertama)
Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus
bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga
terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.
2. Hukum Pecutan (Hukum Kedua)
Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang
digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan
arah tindakan daya.
3. Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)
Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama
magnitutnya tetapi pada arah yang bertentangan.

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI (GAYA FLOP)


Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat
fasa iaitu :
a) Fasa Lari Landas.
b) Fasa Lonjakan.
c) Fasa Layangan.
d) Fasa Mendarat.
a) FASA LARI LANDAS
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan
membawa seseorang atlit lompat tinggi pada suatu tahap yang paling
sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu
adalah :1. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi
dengan halaju yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang
lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang.
2. Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20
hingga 30 dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di
bahagian akhir lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada
satu lengkungan. Ini dilakukan untuk mendapatkan daya
sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti
berikut :
a. Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan
yang optima seperti Dick Fosbury.
b. Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat
langkah terakhir.
c. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.
Lari landas melibatkan di antara 7,9 atau 11 langkah yang laju. Untuk
mendapat daya sentrifugal yang unik dalam gaya flop empat langkah
terakhir hendaklah dilakukan dalam garisan satu lengkungan seperti di
bawah.
Gambarajah 7 : Fasa Lari Landas
Kaki lonjakan jarak
3 kaki dari palang
x

Gaya A

Palang

x
x
x

Gaya B

x
x

Gaya C

x
x

Tempat mula lari landas adalah 70x hingga 80 dari permukaan satah palang
seperti digunakan oleh beberapa atlit ternama.

b) FASA LONJAKAN
Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakan mendatar
kepada pergerakan menengak dan untuk mengangkat pusat graviti
atlit ke atas palang. Pada akhir lari landas kaki lonjakan dihentak pada
bumi dengan tumit untuk mendapat daya tindakbalas yang akan
mengangkat badan. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke
tengah kaki ke jari kaki sambil menekan bumi. Badan di condong
sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. Serentak
dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi, kaki bebas di
angkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran
supaya badan mencapai layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala
dihalakan ke palang dan atlit mesti melihat palang. Perkara yang perlu
diingati adalah semasa lonjakan dibuat pusat graviti hendaklah berada
di atas kaki lonjakan.
Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah
kanan palang manakala atlit yang melonjak dengan kaki kanan mula
lari landasannya dan melompat dari sebelah kiri palang lompat tinggi.
c) FASA LAYANGAN

Gambarajah 8 : Fasa Layangan


Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah semurna,
atlit akan mencapai fasa layangan yang diingini. Dalam fasa layangan
ini, tujuannya adalah untuk membawa pusat graviti melepaskan palang
secara ekonomikal dan mudah. Putaran yang dihasilkan oleh kaki
bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara
belakang atlit menghadap palang.
Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat graviti
masih berada di belakang dan rendah dari palang. Atlit akan
mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat bahagian bahu.
Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil
melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit.

Rajah Rangka Menunjukkan Fasa Melintas Palang

Melengkung Badan

Mengangkat Kepala

Pelepasan Kaki

d) FASA MENDARAT

Gambarajah 9 : Fasa Mendarat


Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari
tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang
makin jatuh makin bertambah. Seseorang atlit ketika ini mesti
menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan
dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit
lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat
pada bahunya.
Sekiranya tenaga kinetik terlampau ia dikehendaki melakukan
gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact.

LATIHAN ANSUR MAJU


Gaya Straddle
Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan.
Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan
mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan mengadap sesuatu tanda yang telah disediakan di
atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki
yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki
kanan. Kedudukan pelatih pula ialah; pelompat yang menggunakan lonjakan
kaki kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat
yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap
palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan
palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatkan sesuatu tanda
seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai
penanda bagi pengamatan tahap lompatan.

Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan
arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat
menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran
tali getah dimulakan daripada aras pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk
melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut:
a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan kebelakang.
b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang
boleh ke hadapan.
c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas


dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang
dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi
memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi,
hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.
Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikkan di tali getah yang
menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikkan adalah
gaya straddle.
Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran.
Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demontrasi cara membuat
putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan
menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku
akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke
arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara otomatik badan
akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan
ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan,
manakala tangan diturunkan.
Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan disisi tilam. Satu langkah diambil
di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulag
belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk
beberapa langkah.
Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN LATIHAN PERSEDIAAN


1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan
melompat pada sudut 45 digunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan
dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang
sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru
mempelajari gaya ini.
2. Latihan Pergerakan Kaki.
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut
45 digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan
melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan
dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh
dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam
digunakan untuk mendarat).
3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat aerta menendang
sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini
hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
4. Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di
bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji
keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
5. Latihan Gulingan Badan
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan
direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan
membolehkan pelompat memebuat gulingan badan pada aras yang
lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang
berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai
melalui latihan ini.

GAYA FOSBURY FLOP

Fasa lompatan gaya Fosbury Flop


Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa
semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka
untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di
atas belekang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada
kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat
pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di atas kotak ini dengan
keadaan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang.
Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk
menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan
pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke
belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan
dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah
dengan memegang bola tersebut, dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke
belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan
tangan yang lebih mantap. Semasa aktivit ini, kaki hendaklah dalam keadaan
kangkang sedikit.

Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu
digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu.
Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia
bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi
keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini
perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah
lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki
lonjakan. Pegasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang
berlainan perlu dilakukan di kiri dan kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku
tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki
sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahawa tangan
perlulah dihayun seperti dalam langkah dua. Setelah beberapa kali dicuba,
barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah 4:
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang
bersabit dengan layangan.
a) Kaki yang paling dekat dengan palang hendakllah dikilas bebas untuk
mendapatkan daya putaran pada badan.
b) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah
supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk
merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang
sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk
lari andas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras
yang rendah.
Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat
atau lima langkah larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang
akan ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan
menggunakan lari landas sembilan hingga sebelas langkah. Pada aktiviti ini,
larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.
Penegasan dan Pemerhatian
1.
2.
3.

Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan


wajib diberi perhatian dan penegasan.
Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih
perlu memerhati dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu
perkara yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati
lakuan rakannya untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi
perhatian sekiranya ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk
memperbaiki kesalahan.

UNDANG-UNDANG
Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai peraturan dan
undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi
oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini. Antara
undang-undang tersebut adalah seperti berikut :
1.
Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang
ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan
bermula.
2.
Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan manamana sebelah kakinya semasa melonjak.
3.
Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk
memulakan larian untuk melompat.
4.
Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah
memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan
digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya
melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta
dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta
gagal melepasi ketinggian itu.
5.
Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas
tiga percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian
peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya
sebelum itu.
6.
Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun
peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi
ketinggian itu.
7.
Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang
ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika
terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas
semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian
tertentu.
8.
Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh
pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum
membuat lompatan.
9.
Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi
suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka
peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang
sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada
seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih
sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
10.
Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia :
a. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada
penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan
dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di
luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.
c. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk
berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus
menarik diri daripada sesuatu lompatan tertentu.

d. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang


termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan
tidak menghadirkan diri.
ATURAN MELOMPAT
Sebelum pertandingan bermula pegawai pertandingan hendaklah
memastikan semua peralatan dan kawasan untuk acara ini disediakan
selengkapnya, termasuk dari aspek keselamatan peserta. Peserta juga
hendaklah dimaklumkan tentang masa dan tempat acara ini diadakan.
Mereka juga hendaklah diberikan masa dan peluang untuk membuat
lompatan percubaan atau menyesuaikan diri dengan kawasan dan peralatan
yang disediakan sebelum pertandingan bermula.
Bagi sesuatu pertandingan, para peserta akan dikehendaki membuat
lompatan permulaan pada satu ketinggian yang telah ditetapkan, mengikut
tingkat dan keupayaan para peserta. Jika peserta berjaya melepasi palang,
ketinggian ditingkatkan sehinggalah sejumlah peserta umpamanya 8 atau 12
orang peserta dipilih untuk pusingan akhir. Dalam pusingan akhir ini, semua
peserta diberikan tiga lompatan untuk satu-satu ketinggian. Sekiranya peserta
itu berjaya melepasi ketinggian dengan hanya sekali lompatan sahaja, dia
akan meneruskan lompatan untuk melepasi ketinggian seterusnya,
sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian berikut.
Mana-mana peserta yang gagal melepasi palang menerusi tiga
percubaan pada sesuatu ketinggian akan terkeluar daripada pertandingan,
kecuali apabila semua gagal melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi
ditentukan menerusi peserta yang berjaya melepasi lompatan yang tertinggi.
Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peserta yang berjaya melompat
pada ketinggian yang sama pada ketinggian terakhir, penetuan tempat adalah
menerusi bilangan lompatan yang dibuat. Jadual berikut adalah contoh
penetuan kedudukan peserta jika lebih daripada seorang peserta berjaya
pada sesuatu ketinggian tertentu.

Bil
01
02
03
04

Acara Lompat Tinggi K1 (L)


Nama Peserta
Amiruddin Ali
Faizal Mustaffa
Abu Kassim Daud
Ahmad Dali

1
x
x
/
x

Lompatan
2
/
x

Catatan
Keputusan

/
Pemenang

Untuk melakukan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil


beberapa langkah larian dari satu titik atau tempat yang ditentukannya
sendiri, sama ada dari sebelah kiri atau kanan lorong larian itu. Peserta juga
boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai. Sebelum itu pegawai
pertandingan akan mengukur ketinggian palang dan memaklumkan kepada
semua peserta. Ketinggian palang ini diukur secara menegak dengan sudut
90 dari permukaan gelanggang.

Peserta juga bebas menggunakan cara atau teknik lompatan yang


disukai. Walaupun kini hampir semua peserta, malah diperingkat sekolah pun
menggunakan gaya Fosbury, penggunaan teknik lain boleh diteruskan
asalkan gaya ini menjadi kegemaran dan keselesaan peserta. Peserta
hendaklah melompat melepasi palang yang disediakan dan mendarat dengan
selamat di kawasan pendaratan. Ini dilakukan untuk ketinggian berikutnya
sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu dan pemenang
dapat ditentukan.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN


1.

Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan


pada 3 langkah terakhir.
2.
Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit
terpaksa membuka langkah semasa melencong.
3.
Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini
menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
4.
Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika
mula melompat.
5.
Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan
bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.
6.
Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
7.
Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
8.
Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak
diselesaikan dengan cara melipat tumit.
9.
Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
10.
Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak
membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.
11.
Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan
menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.
2.
3.
4.

Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan


kecederaan.
Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat
selamat.
Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang
atau mudah jatuh.
Palang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap tempat
pendaratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat
peserta ketika melompat.

ISTILAH-ISTILAH ACARA LOMPATAN


Ujian Abalakov
Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti bakal atlit-atlit acara lompat tinggi
dengan cara mengukur hasil campuran kekuatan kaki dan kuasa.
Seseorang atlit berdiri di atas kotak ketinggian 50 cm dan permulaan
berdiri setempat, loncat dengan sebelah kaki (hop) dari kotak kepada lantai,
loncat sekali lagi atas kaki yang sama dan lompat dan mendarat dengan dua
kaki seperti dalam daratan lompat jauh. Jarak dari hujung kotak dan tanda
pendaratan (point of landing) diukur.
Hayunan Tangan
Dalam acara lompat tinggi, didapati ada empat jenis hayunana tangan yang
tetentu yang boleh digunakan dalam fasa take off ; hayunan tangan sebelah
dalam sahaja ; atau membiarkan kedua-dua belah tangan berada rendah di
sisi.
Back Overs
Satu jenis senaman di mana seseorang atlit berdiri dengan satu jarak tangan
dari palang dengan bahagian belakang si pelompat menghalang palang.
Kemudian melompat menuju ke arah belakang melepasi palang daripada
kedudukan berdiri setempat.
Flop
Posisi lompat tinggi susunan belakang (back lay out) yang diperkenalkan oleh
Dick Fosbury dari Amerika Syarikat semasa beliau telah memperkenalkan
teknik ini di Kanada.
Lipatan Tumit
Istilah yang digunakan untuk menerang lipatan aktif bahagian tumit kerana
punggung semasa seserang pelompat sedang melepasi palang. Pergerakan
ini menyebabkan bahagian punggung dan paha semasa melepasi palang.
Menggerakkan Kedudukan Badan Tegak
Istilah yang digunakan semasa menyuruh atlit-atlit mengekalkan kedudukan
badan yang tegak selepas melonjak ; (take off). Ia menerangkan pergerakan
badan yang tegak menuju ke atas dalam acara lompat tinggi untuk
menekankan kepada pelompat bahawa mereka tidak boleh melentik ke
belakang dengan kepala, tangan atau bahu sebelah dalam.

Pergerakan Lutut
Istilah yang menerangkan pergerakan lutut tegak ke atas yang perlu
dilakukan oleh seseorang pelompat selepas lonjakan.
Pergerakan lutut secara melintang badan untuk membantu putaran
badan sebelum mencapai posisi lay out adalah satu anggaran yang salah.
Buku Harian Latihan
Buku harian yang digunakan untuk mengesani latihan harian. Ia berbeza
mengikut pergerakan umur dan taraf pencapaian atlit.

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN LATIHAN DALAM ACARA


LOMPAT TINGGI
Apa dia kecergasan?
Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di
mana seseorang itu mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa
kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai
tenaga lebihan untuk digunakan di mana kesenggangan dan ketika dalam
keadaan kecemasan.
Kecergasan bolehlah diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi
kehidupan yang seimbang dan lengkap daripada segi jasmani, rohani, emosi
dan sosial.
Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecergasan
psikologi dan kecergasan fisiologi.
Kesemua faktor ini ditentukan oleh :1. Faktor persekitaran.
2. Faktor keturunan.
3. Faktor corak hidup.
Komponen Kecergasan
Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu :1. Kecergasan Sosial.
2. Kecergasan Mental.
3. Kecergasan Fizikal.
4. Kecergasan Emosi.
5. Kecergasan Rohani
Konsep kecergasan di atas adalah syumul atau komprehensif yang
membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.
a. Kecergasan Sosial
Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya. Oleh
itu, ia perlulah cergas melibatkan diri dalam aktiviti sosial agar ia dapat
memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara.
Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara,
kecergasan sosial akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya
menjadi alat yang berkesan ke arah perpaduan negara.
b. Kecergasan Mental
Kecergasn mental merupakan kesedaran seseorang individu itu
terhadap dirinya, masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaina
dan pengukuran yang adil tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.
Juga dengan adanya kecergasan mental ini membolehkan seseorang
individu itu melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan
masyarakatnya dengan menggunakan daya kerja setimpal.

c. Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua aspek terbesar seperti
mana pendapat Corbin dan Lindsey (1979), serta Hockey (1981), iaitu aspek
kesihatan dan aspek perlakuan.
Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima
komponen dengan melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan
utama. Lima komponen tersebut ialah :
I. Daya tahan kardiovaskular.
II. Kekuatan otot.
III. Daya tahan otot.
IV. Kelenturan dan kelonggaran
V. Komposisi tubuh badan.
Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah :I. Koordinasi.
II. Imbangan.
III. Ketangkasan.
IV. Kuasa.
V. Masa Tindakan.
VI. Kepantasan.
d. Kecergasan Emosi
Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani / fizikal, kecergasan sosial
dan kecergasan mental ialah pengawalan emosi. Oleh itu pengetahuan
mengenainya perlulah ada agar seseorang itu tidak bertindak mengikut
perasaan.
Untuk itu bagi pembinaan asas kecergasan emosi, pengetahuan
psikologi, kualiti kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang
berat. Kecergasan emosi membolehkan seseorang itu melakukan integrasi,
perpaduan, keeratan dalam kumpulan (team work), hormat menghormati,
disiplin diri, teguh menghadapi cabaran dan mudah diterima oleh masyarakat.
e. Kecergasan Rohani.
Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh,
kuat daripada segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Kecergasan rohani
merupakan ketegapan jangka panjang yang boleh membawa kesihatan dan
penigkatan kualiti kemanusiaan, keperibadian bangsa, kepimpinan,
produktiviti, disiplin diri, kepuasan diri (self-satification), self-astualisation.

KESIMPULAN
Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik
setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku
dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah
untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.
Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara
lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur
maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.
Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan
pemahaman sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan
tentang pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat
tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga
diadakan pelbagai set untuk memantapkan atlit.
Segala bentuk latih tubi yang di adakan adalah untuk mengukuhkan
kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat
diminimakan.

Anda mungkin juga menyukai