Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI TUGASAN 3

Lian Li Fang (TESL SJKC)


Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana telah memberikan segala kenikmatan
ruang dan peluang untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Segala kesempatan masa
yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Saya berasa bersyukur kerana diberi
peluang untuk melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pada 5th Oktober 2015.
Keinginan dan kemahuan yang kuat sehingga mendesak kami untuk pergi ke rumah
orang kurang upaya untuk melihat sendiri bagaimana keadaan dan kehidupan mereka di sana.
Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya, dan ini juga menjadi sebab kenapa kami
memilih untuk datang ke tempat ini. Bermacam-macam perspektif yang bermain diminda
tentang kehidupan atau cara hidup warga kurang upaya. Apa yang kami faham, kebiasaannya
mereka yang tinggal di pusat pemulihan dalam komuniti ini adalah orang-orang yang berkurang
upaya contohnya dari segi mental atau fizikal. Keluarga mereka tidak dapat menjaga mereka
dan telah hantar mereka ke pusat ini. Sudah tentu kehidupan mereka sentiasa dimurungi
dengan kesedihan kerana tidak dapat hidup macam orang biasa.
Kami

seramai

25

orang

guru

pelatih

telah

berkumpul di balai ilmu pada jam 1.30 petang


sebelum bertolak ke PDK berkenaan bersama
pensyarah penasihat kami iaitu Pn Asma Nabihah.
Sebaik tiba pada jam 2.00 petang, kami disambut
oleh para petugas dan pelatih PDK berkenaan
dengan

mesra.

Kemudian

kami

meneruskan

program seperti mana yang telah dirancang setelah


berkolaborasi dengan pihak pusat tersebut. Untuk
mengelakkan peruntukan masa , maka kami diberi taklimat ringkas oleh petugas disana. Melalui
penerangan ini, maka semua kemushkilan dan tanda tanya yang bermain diminda terjawab.
Beliau memberikan penjelasan dan penerangan tentang sejarah penubuhan pusat tersebut,
kategori yang terdapat di pusat tersebut, sebab-sebab kenapa warga kurang upaya itu boleh
berada di sana, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan sebagainya.

Kami juga sempat untuk bertanyakan apa-apa sahaja soalan mengenai orang kurang
upaya tersebut. Melalui respon atau penerangan dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh
petugas memberikan kami seribu satu pengetahuan yang amat berguna kepada kami. Segala
persepsi kami sebelum ini sememangnya sudah terungkai dengan sejelas-jelasnya. Kami amat
beruntung kerana mendapat petugas yang sanggup meluangkan masa bersama kami sebagai
wakil daripada pihak pusat pemulihan dalam komuniti tersebut. Menurut petugas lagi, tujuan
penubuhan PDK ini adalah untuk mengajar para pelatih agar dapat mengurus diri, bersosial dan
bergaul dengan orang lain. Ia juga bertujuan untuk membantu para pelatih agar dapat berdikari
dengan mengajar kemahiran-kemahiran asas kepada pelatih serta menggilap bakat dan
kebolehan yang dimiliki oleh setiap pelatih. Selain itu, pusat ini juga berfungsi untuk memberi
kesedaran, menggalakkan sikap prihatin dan tanggungjawab komuniti setempat untuk sedia
memberi perkhidmatan kepada golongan istimewa ini.
Antara pengetahuan baru yang saya perolehi ialah walaupun mereka adalah orang
kurang upaya, tetapi mereka masih bekerja setiap hari macam orang biasa. Contohnya, dalam
pusat tersebut mempunyai kilang sendiri untuk memproseskan sampul surat. Mereka bekerja
untuk melipat sampul surat, lekatkan gam atas sampul surat yang telah dicetak dan menyusun
sampul surat dengan teratur. Walaupun kerja-kerja tersebut adalah senang bagi kami, tetapi ini
adalah hasil daripada mereka yang berkurang upaya. Semangat yang tidak berputus asa itu
dapatlah kami mempelajari daripada mereka.
Seterusnya, kami telah menganjurkan satu program iaitu pertandingan melukis atau
mencipta muka surat hadapan sampul surat dengan bertemakan Kasih Sayang. Melalui aktiviti
ini, kami lebih dapat mengenali mereka dari lukisan mereka. Mereka akan mencuba
menjelaskan alasan lukisan tersebut. Terdapat seorang yang bernama Iman dalam pusat
tersebut, beliau ialah seorang yang bijaksana dan beliau boleh berkomunikasi dengan orang
lain dalam bahasa Inggeris. Saya telah mendapat tahu bahawa dulu beliau ialah seorang yang
cerdik dan mendapat keputusan yang amat cermerlang semasa beliau belajar di sekolah. Malah
saya berasa sedih kerana beliau telah menghadapi masalah mental selepas menghadapi
demam yang agak lama dan serius. Walaupun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan
meneruskan kehidupan beliau dengan tabah. Apa yang saya terdapat dari lukisannya ialah
beliau melukis beliau sendiri dengan mengambil sampul surat dalam tanganya dan beliau telah
tulis sepatah kata dalam bahasa Inggeris iaitu OKU, we can!, ia telah membukti beliau amat
gemar dengan pekerjaan beliau sekarang dan dia mempunyai keyakinan terhadap beliau
sendiri dan rakan-rakannya dalam pusat tersebut. Saya amat terharu dengan perbuatan dia

tersebut, ia mengingatkan saya supaya hidup


dengan gembira dan hendaklah menghargai
segala apa yang saya ada.
Bukan itu sahaja, malahan kami juga
sempat menyediakan sedikit
untuk warga

kurang

cenderahati
berupaya di sana.

Selepas itu,

kami

meneruskan

program

dengan

minum the petang. Dalam jam empat petang, kami


mula bertolak balik ke IPG Kampus Tun Husseion
Onn. Sememangnya banyak pengalaman yang saya
perolehi melalui program ini. Saya berasa amat
beruntung dapat melawat ke tempat ini, bukan sahaja sekadar untuk memenuhkan proforma,
tetapi sebagai pengajaran kepada saya untuk berhidup dengan tabah setiap masa tanpa
berputus asa.
Secara keseluruhan, lawatan kali ini mampu mencuit perasaan tanggungjawab, kasih
sayang dan bantu-membantu kami terhadap masyarakat secara tidak langsung melatih kami
supaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat di luar apabila tamat
pengajian kelak.