PENYELIDIKAN
PENYELIDIKAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di tiga buah kilang di Bandar Bentong, Pahang iaitu Bentong Kian
Guan Trading Sdn. Bhd, ROHAS_EUCO Industries Berhad, dan SB Wood Sdn. Bhd. Kajian ini
melibatkan 3 orang pengusaha kilang dan 84 orang buruh iaitu 42 orang buruh tempatan dan
42 orang buruh asing. Aspek yang dikaji ialah upah, bayaran lebih masa, jumlah masa bekerja
dan umur buruh asing. Hasil kajian mendapati upah bagi buruh asing adalah rendah . Oleh itu,
pengusaha kilang mengambil buruh asing bekerja di kilang mereka. Namun demikian, terdapat
juga pengusaha mengambil segelintir buruh tempatan bekerja di kilang.
Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, kebanyakan pengusaha kilang suka mengambil tenaga buruh
asing. Kemasukan buruh asing yang semakin meningkat telah memberi kesan yang buruk
kepada penduduk tempatan. Kedatangan buruh asing telah menyebabkan masalah
pengangguran di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini berlaku kerana buruh asing telah mengambil
alih pekerjaan di pekerja kolar biru iaitu seperti di sektor pembinaan, perladangan dan
perkilangan. Rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi telah memilih untuk berkhidmat dalam
sektor perkhidmatan. Mereka yang berpendidikan tidak akan memilih pekerjaan di ladang,
kilang atau tapak pembinaan. Keadaan ini telah menyebabkan masalah kekurangan tenaga
buruh, maka terdapat banyak majikan terpaksa mengupah buruh asing dalam sektor-sektor
tertentu.
Selain itu, upah yang diberi kepada buruh asing adalah lebih murah berbanding dengan
buruh tempatan. Kebiasaannya, buruh asing seperti dari Nepal, Myanmar, Indonesia dan
Bangladesh diberi upah yang rendah dan juga penginapan sahaja. Ini telah membantu
pengusaha kilang untuk mengurangkan bebanan kos. Tetapi terdapat segelintir pendatang
asing telah menimbulkan masalah sosial dan juga kes jenayah seperti merompak, merogol dan
merampas yang akan mengancam keselamatan negara. Selain itu, terdapat juga pendatang
asing berkahwin dengan penduduk tempatan dan telah menyebabkan huru-hara atas status
kerakyatan Malaysia. Kepentingan buruh asing kepada pembangunan negara terutama di
sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah memang diakui sangat penting.
Walaubagaimanapun, kawalan kemasukan mereka secara tersusun sangat diperlukan.
PERNYATAAN
MASALAH
Kemasukan buruh asing yang meningkat memberi kesan sosial yang amat ketara kepada
penduduk tempatan. Antara kesan-kesan adalah:-
-Kegagalan menikmati barangan berkualiti serta pelbagai jenis barangan menyebabkan taraf
hidup penduduk tempatan turut menurun.
-Kes jenayah seperti merompak, merampas, merogol dan mencuri menyebabkan imej negara
menjadi buruk.
-Hal ini bukan sahaja akan mengancam keselamatan negara tetapi juga menjejaskan imej
negara.
-Jika imej negara terjejas, kemasukan pelancong asing serta pelabur asing akan berkurangan
dan ini memberi impak kepada kegiatan ekonomi negara.
4.Membawa penyakit berbahaya. (AIDS, batuk kokol, neonatal tetanus, penyakit kelamin.)
-Kemasukan pendatang asing yang tidak pasti latar belakang kesihatan mereka menyebabkan
mereka membawa masuk pelbagai penyakit yang tidak diketahui.
-Kerajaan terpaksa membiayai kos perubatan yang tinggi untuk membendung masalah ini.
5.Kekeliruan status kerakyatan.
-Oleh kerana budaya buruh asing menyamai penduduk tempatan maka adalah sukar untuk
membezakan status kerakyatan mereka baik dari segi budaya, sikap dan rupa paras.
-Perkahwinan buruh asing dengan penduduk tempatan menyebabkan ramai pengusaha kilang
atau kontraktor tertarik untuk menawarkan pekerjaan kepada buruh asing kerana komitmen
perkahwinan mereka dengan rakyat tempatan.
-Pengusaha kilang dan kontraktor yang mengambil jalan mudah selalu membuat klon kepada
kad pengenalan rakyat Malaysia untuk buruh asing yang bekerja di kilang mereka untuk
memudahkan permit pekerjaan di Malaysia.
OBJEKTIF
Umum:
Mengenalpasti faktor-faktor mempengaruhi peningkatan pengambilan tenaga buruh
asing dalam sektor perkilangan.
Khusus:
1. Mencari hubungan antara jumlah upah dengan jenis tenaga buruh asing dan buruh
tempatan.
2. Membandingkan jumlah bayaran lebih masa kepada buruh asing dengan buruh
tempatan.
3. Menganalisis jumlah jam bekerja buruh asing berbanding buruh tempatan.
4. Mengenal pasti faktor umur buruh dalam mempengaruhi pengambilan buruh.
HIPOTESIS
Umum:
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan tenaga buruh asing dalam
sektor perkilangan?
Khusus:
1. Apakah hubungan antara jumlah upah dengan jenis tenaga buruh?
2. Adakah faktor jumlah bayaran lebih masa akan mempengaruhi pengusaha kilang dalam
mengupah buruh?
3. Bagaimanakah jumlah jam bekerja mempengaruhi pengambilan tenaga buruh?
4. Bagaimanakah faktor umur buruh mempengaruhi pengambilan tenaga buruh?
KEPENTINGAN
1. Pengusaha kilang
Untuk membuat pemilihan antara buruh asing dengan buruh tempatan.
2. Buruh Tempatan
Untuk menilai keupayaan dan kemampuan diri dalam menarik minat pengusaha
mempelawa mereka bekerja.
3. Masyarakat
Untuk menilai keutamaan pengusaha kilang dalam pengambilan pekerja.
4. Kerajaan
Untuk menyelesaikan masalah pengangguran dalam negara.
Kesan-kesan kedatangan buruh asing ke dalam negara dapat diatasi.
DEFINISI
1. Faktor-faktor (m/s 405)
Wang dan lain-lain yang dberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu,
bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan.
(Sumber: Hajah Noresah bt. Baharom; 2005, Kamus Dewan Edisi Keempat,
Ampang/Hulu Kelang Selangor.)
Para pekerja yang didatangkan dari negara luar untuk bekerja di negara kita dalam
pelbagai bidang seperti pembinaan, perladangan, perkilangan, dan pembantu rumah.
(Sumber: Bahagian 1: Karangan ,Teks dan Rujukan Lengkap SPM Bahasa Melayu,
Nornajamah Najmuddin, Kaithiresan D.)
KERANGKA
KONSEPTUAL
METODOLOGI
2. SASARAN KAJIAN
Sampel kajian adalah terdiri daripada:
42 orang buruh tempatan (Bentong, Pahang) dan 42 orang buruh asing (Myanmar,
Nepal & Bangladesh).
3. Tempat penyelidikan
Kajian ini dijalankan di tiga buah kilang yang terletak di Bandar Bentong:
4.instrumentasi
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah kertas soal selidik. Tujuan diadakan
ujian soal selidik adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pengusaha
mengambil tenaga buruh asing dalam industri perkilangan.
5. Jangka masa
Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 bulan bermula bulan Julai hingga Oktober.
C. SEPTEMBER: menjalankan soal selidik, menganalisis data dan merumus hasil kajian.
D. OKTEMBER: membentangkan hasil kajian mengikut giliran dalam jadual
pembentangan.
KEPUTUSAN
BURUH ASING
BURUH TEMPATAN
Bar chat ini menunjukkan maklumat tentang bilangan pengambilan buruh asing &
buruh tempatan oleh 3 buah kilang di Bandar Bentong pada tahun 2009.Antara 3 buah
kilang tersebut adalah ROHAS_EUCO INDUSTRIES BERHAD, SB WOOD SDN. BHD
dan BENTONG KIAN GUAN TRADING SDN. BHD.
Selain daripada itu, SB WOOD SDN. BHD mempunyai tenaga buruh dengan
jumlah 27 orang. Kilang ini pula mengambil seramai 11 orang buruh tempatan &
seramai 16 orang buruh asing.
72%
Bagi buruh asing yang paling sedikit diupah oleh pengusaha kilang
berkenaan adalah dari negara Myanmar. Bilangan buruh asing adalah seramai 8
orang atau 2% sahaja.
Graf bar ini menunjukkan maklumat tentang jumlah bayaran upah kepada
42 orang buruh tempatan dan 42 orang buruh asing yang dikaji.
Antara negara-negara tersebut, hanya terdapat seramai 12 orang buruh
asing dari negara Nepal adalah dibayar dengan kadar upah yang terendah
sahaja iaitu RM300-RM500.
Graf ini menunjukkan kadar bayaran lebih masa kepada 42 orang buruh
tempatan dan 42 orang buruh asing yang dikaji.
Pada kadar bayaran lebih masa RM4 sejam, terdapat seramai 14 orang
adalah dibayar dengan kadar ini iaitu 11 orang buruh tempatan dan 3 orang buruh
asing dari negara Bangladesh.
Di samping itu, pada kadar bayaran lebih masa RM5 sejam, terdapat
seramai 39 orang buruh dibayar dengan kadar ini iaitu terdiri daripada 20 orang
buruh tempatan, 8 orang buruh asing dari negara Myanmar serta 11 orang buruh
asing dari negara Nepal.
Kadar bayaran lebih masa yang paling tinggi dibayar oleh ketiga-tiga
pengusaha kilang tersebut ialah RM6 sejam.Terdapat seramai 8 orang buruh
sahaja yang dibayar pada kadar ini iaitu terdiri daripada seorang buruh asing dari
negara Bangladesh dan 7 orang buruh asing dari negara Nepal.
Bar chat ini menunjukkan bilangan buruh tempatan dan buruh asing yang
diupah oleh ketiga-tiga buah kilang yang dikaji mengikut kumpulan umur.
Dari kajian, kumpulan umur yang termuda diupah oleh pengusaha kilang ialah
20-29 tahun. Dalam kumpulan umur ini, buruh tempatan merupakan buruh yang paling
banyak diambil oleh pengusaha kilang iaitu seramai 13 orang. Manakala, buruh asing
kilang dalam kumpulan umur ini.
Namun demikian, kumpulan umur yang tertua diupah oleh pengusaha kilang
iaitu 50-59 tahun hanya menunjukkan seramai 9 orang buruh tempatan yang diupah
oleh pengusaha kilang sahaja.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, faktor upah merupakan faktor yang utama mempengaruhi pengambilan
buruh asing oleh pengusaha dalam sektor perkilangan. Di samping itu, faktor umur pula
merupakan faktor sampingan yang mempengaruhi pengusaha-pengusaha kilang untuk
mengupah buruh asing .
RUJUKAN
1.Kamus
Hajah Noresah bt. Baharom; 2005, Kamus Dewan Edisi Keempat,
Ampang/Hulu Kelang Selangor.
2.Website
http://eprints.uum.edu.my/1320/1/ROSLI_ABD_HAKIM.pdf
http://www.statistics.gov.my/
3.Buku Rujukan
Nornajamah Najmuddin, Kaithiresan D., Khairiah Rahmat, Alit Rahman;
Bahagian 1 Teks & Rujukan Lengkap SPM Bahasa Melayu.
Lai Mooi Chang, Hew Yoke Foong; Longman Teks PRA-U STPM
Makroekonomi.
4.Surat Khabar
Utusan Malaysia, 18 September 1996.
LAMPIRAN
BORANG SOAL
SELIDIK UNTUK
PENGUSAHA KILANG
1) Nama kilang_____________________________
2) Nama Pengusaha kilang: __________________________
3) Jantina__________________________
4) Kilang terletak di negeri mana? ____________________________
5) Lokasi kilang anda?
A. Bandar
B. Luar Bandar
C. Pinggir Bandar
6) Kelulusan tertinggi pihak pengurus
A. MCE/SPM
B. HSC/STPM
C. DIPLOMA
D. IJAZAH
E. MASTER
F. PHD
7) Pengalaman mengurus selama
_________________tahun______________bulan
8) Jumlah pekerja di kilang
___________________
9) Bilangan pekerja buruh asing
______________________
10) Jika ada pekerja buruh asing, pekerja anda berasal dari Negara mana?
A. Indonesia
B. Filipina
C. Thailand
D. Singapura
E. Lain-lain, Nyatakan _____________________
11) Adakah upah buruh asing lebih murah berbanding dengan buruh tempatan?
Ya / Tidak
12) Adakah jumlah masa bekerja buruh asing lebih panjang?
Ya / Tidak
13) Jika buruh asing diminta bekerja lebih masa, berapakah jam maksimum yang
dibenarkan oleh pihak majikan?
_________________________
14) Adakah pekerja asing dibayar upah lebih masa?
Ya / Tidak
15) Berapakah kadar upah sejam?
Buruh tempatan _______________
Buruh Asing__________________
BORANG SOAL
SELIDIK UNTUK
BURUH ASING
&
BURUH TEMPATAN
1) Negara asal _________________ 2) Umur ___________
3) Kelulusan tertinggi _______________________
4) Pengalaman bekerja dalam kilang ___________tahun __________bulan
5) Berapakah gaji anda sebulan (gaji tetap)?
A) RM300-RM500
B) RM500-RM800
C) RM800-RM1000
D) RM1000-RM1200
E) RM1200-RM1400
6) Berapakah anda dibayar bagi overtime yang dilakukan?
A) RM2-sejam
B) RM3-sejam
C) RM4-sejam
D) RM5-sejam
E) RM6-sejam
7) Adakah anda diberi elaun-elaun yang lain?
Jika ada nyatakan _____________________
8) Adakah anda diberikan kemudahan penginapan?
Ya / Tidak
9) Masa bekerja berapa jam sehari? Nyatakan
_______________________
10) Berapa jam paling lama anda diberi jam bekerja lebih masa?
___________________________
11) Adakah anda diberikan shift?
Ya / Tidak