Anda di halaman 1dari 13

Nota BM Kontekstual - Persediaan sebelum

menyampai
Persediaan awal sebelum menyampaikan maklumat [A]
Ada empat aspek yang perlu ditekankan oleh pengucap semasa membuat persediaan awal
sebelum menyampaikan maklumat iaitu pemilihan topik, pengumpulan bahan, penyusunan
bahan, dan latihan melalui pengalaman.

1.6.1

Pemilihan topik

[B]

Pemilihan topik yang hendak diperkatakan dalam ucapan merupakan perkara paling penting
yang perlu ditekankan oleh seorang pengucap supaya sesi ucapannya berjalan lancar.
Maimunah Osman (2000) menyatakan mesej yang hendak disampaikan perlulah sesuai,
menggunakan perkataan yang tepat, menggunakan contoh yang relevan, disampaikan dengan
gaya yang sesuai dan susunan mesej yang jelas. Nuraini Yusoff et al. (2005) pula berpendapat
pemilihan topik yang tepat perlulah bersadarkan tiga kriteria penting iaitu mestilah perkara baru,
releven dengan pelbagai keadaan, dan kepentingan topik.

(a)

Memperkatakan perkara baru

Setiap topik yang hendak disampaikan mestilah mengangungi perkara-perkara baru dan tidak
mengulang topik lama yang telah kerap diperkatakan. Adakalanya sesuatu topik itu merupakan
topik yang telah menjadi kebiasaan pada pendengar. Akan tetapi disebabkan kebijaksanaan
pengucap, pendengar seronok mendengarnya dan pada waktu yang sama turut ditambah
dengan beberapa idea-idea baru. Contohnya pengucap memperkatakan topik tentang kaedah
menanam pokok mangga menggunakan teknik cantuman mata tunas. Topik ini tidak sesuai lagi
kerana kerajaan telah memperkenalkan kaedah biotech yang lebih canggih. Oleh itu menjadi
kewajipan pengucap membuat penyelidikan terhadap topik yang hendak disampaikan agar
sentiasa segar dan bersifat terkini.

(b)

Releven dengan pelbagai keadaan

Pelbagai keadaan di sini adalah merujuk kepada bilangan pendengar, masa, situasi dan
keadaan. Contohnya, adalah tidak releven sekiranya pengucap menyampaikan topik berkaitan
dengan isu cetak rompak semasa menyampaikan ucapan pada Perasmian Hari
Kecemerlangan Murid kerana ucapannya tidak releven pada situasi dan keadaan.

(c)

Kepentingan topik

Semasa menyampaikan sesuatu topik, perkara penting yang harus difikirkan ialah mesej yang
hendak disampaikan kepada pendengar. Seorang pengucap yang baik tetapi tidak mampu
menyampaikan mesej dengan sempurna akan menghasilkan sebuah pengucapan yang

membosankan. Contohnya topik tentang kewajipan murid mematuhi peraturan sekolah dan
topik mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah kepada dua ratus orang murid baru
tingkatan satu di sekolah menengah. Pengucap yang bijak akan memilih topik kewajipan
memetuhi peraturan sekolah jika khalayaknya murid-murid baru tingkatan satu.

1.6.2 Mengumpul bahan

[B]

Penyampaian yang tidak lancar seringkali dikaitkan dengan penyediaan bahan yang tidak
mencukupi. Maimunah Osman (2000) menyenaraikan empat perkara penting yang perlu
dilakukan oleh pengucap semasa mengumpul bahan, iaitu bahan bersumber penyelidikan,
pengalaman, pengetahuan sedia ada, dan temu bual.

(a)

Penyelidikan

Tujuan penyelidikan adalah mencari idea baru, terkini dan bersifat semasa. Kaedah ini boleh
dilakukan pengucap dengan membuat rujukan terhadap buku, majalah, rencana, laporan atau
sumber internet. Jika mampu, jalankan soal selidik sendiri terhadap sesuatu topik dan dapatan
soal selidik diproses sebelum didedahkan kepada khalayak.

(b)

Pengalaman

Bahan juga boleh dikumpulkan menerusi pengalaman lalu sama ada pengalaman sendiri atau
pengalaman orang lain. Idea yang disampaikan juga boleh diselitkan dengan pengalaman
sebenar bagi tujuan memperlihatkan kredibiliti pengucap dengan topik yang diperkatakan.

(c)

Pengetahuan sedia ada

Seorang pengucap yang mempunyai pengetahuan yang luas boleh menyampaikan ideanya
dengan lancar dan tersusun semasa berucap. Malah untuk menambah pengetahuan sedia ada,
pengucap boleh membuat aktiviti bacaan yang meluas daripada pelbagai sumber boleh
dilakukan.

(d)

Temu bual

Akhir sekali membuat sesi temu bual ringkas. Dengan adanya sesi temu bual orang yang lebih
berpengalaman akan menjadikan topik yang hendak diperkatakan itu lebih mantap kerana
sumber bahan yang pelbagai. Selain itu pengucap akan menjadi lebih yakin kerana
memperoleh bahan dari sumber pertama dan tulen.

1.6.3

Penyusunan bahan

[B]

Penyusunan bahan penting sebelum pengucap menyampaikan ucapan yang berkesan.


Menurut Nuraini Yusoff et al. (2005) bahan-bahan yang diperoleh tidak akan membantu
kelancaran penyampaian sekiranya tidak disusun dengan kemas dan menarik. Isi dan idea
yang tersusun akan dapat mewujudkan kesinamungan mesej.
Ada tujuh cara menyusun bahan iaitu, penyusunan mengikut lakaran idea utama, penyusunan
berdasarkan proses percambahan idea, penyusunan topikal, penyusunan kronologi,
penyusunan ruang, penyusunan sebab-akibat dan penyusunan masalah-penyelesaian.

(a)

Penyusunan mengikut lakaran idea utama

Menekankan kepada penjelasan idea, penerangan istilah-istilah, kenyataan-kenyataan penting,


dan sorotan idea merupakan item yang perlu dijadikan teras dalam melakar idea utama. Ini
penting untuk memperlihatkan kejelasan penyampaian mesej yang berkenaan.

(b)

Penyusunan berdasarkan percambahan idea

Berlaku apabila idea utama dicambahkan dengan memasukkan maklumat sokongan bagi
memastikan kesegaran pengucapan. Maklumat sokongan tersebut berupa cerita-cerita yang
sesuai, statistik, contoh-contoh yang relevan, perbandingan dan sebagainya.

(c)

Penyusunan topikal

Merupakan satu kaedah pengklasifikasian atau proses mengkategorikan isi-isi penting. Dalam
masa yang sama setiap isi penting pada ucapan berkenaan akan ditanda sebagai topik bagi
teks berkenaan. Makay (1995) berpendapat penyusunan cara ini agak rumit untuk
menerangkan sesuatu kerana tidak terikat pada masa dan ruang, masalah dan penyelesaian,
sebab dan kesan, tetapi sebaliknya hanyalah satu keunikan dalam teks ucapan.

(d)

Penyusunan kronologi

Juga dikenali sebagai penyusunan masa, merupakan satu kaedah menyusun yang isinya
mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Kaedah ini sesuai untuk ucapan berbentuk
biografi yang berkaitan dengan peristiwa, sejarah, pemerosesan dan kitaran kerana mempunyai
kesinambungan mengikut masa. Contohnya pengucapan atau syarahan yang berkaitan dengan
proses kejadian manusia di muka bumi ini.
(e)

Penyusunan ruang

Merupakan satu kaedah penyusunan yang menekankan ruang, kawasan atau tempat. Walau
pun cara penyusunan ini jarang digunakan, tetapi ia sesuai untuk ucapan yang membincangkan
sesuatu kawasan seperti menggunakan idea-idea utama berdasarkan wilayah, daerah,
kawasan, negeri, zon dan sebagainya. Contohnya penderitaan yang dialami oleh mangsa
peperangan di Bosnia di mana penyusunan idea sudah tentulah menggunakan konsep ruang,
tempat dan kawasan.

(f)

Penyusunan sebab-akibat

Merupakan satu kaedah penyusunan teks ucapan yang khusus membincangkan bagaimana
wujudnya sesuatu masalah. Ia merujuk kepada penyusunan idea-idea utama berdasarkan
sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian serta ahibatnya. Contohnya ucapan tentang faktor
kecuaian manusia menjadi penyebab utama meningkatnya kemalangan jalan raya yang negeri.
Justeru, penyusunan ini digunakan untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku pendengar
supaya tidak terjerumus dalam masalah tersebut.

(g)

Penyusunan masalah-penyelesaian

Kaedah penyusunan ini digunakan untuk menyatakan masalah-masalah yang timbul dan
kemudiannya memberikan beberapa cara untuk mengatasinya. Tugas menyusun dimulai
dengan melibat masalah utama yang mendasari sesuatu keadaan. Kemudian beberapa cara
penyelesaian masalah dibentangkan dalam ucapan sebelum memilih salah satu daripadanya
untuk dijadikan pegangan dan penyelesaian masalah.

1.6.4 Latihan melalui pengalaman

[B]

Melalui latihan, keupayaan seseorang pengucap itu dapat ditingkatkan bagi memahir dan
membiasakan pengucap dengan situasi, keadaan dan idea yang hendak disampaikan. Untuk itu
Maimunah Osman (2000) telah menyenaraikan tujuh kelebihan seseorang pengucap yang
melakukan latihan, iaitu boleh menyemak idea, mengingat isi, uji kefahaman sendiri, memahami
isi yang hendak disampaikan, membuat semakan masa, mencuba pelbagai teknik dan melihat
kewajaran bahan sokongan.

(a)

Menyemak isi atau idea

Memberi peluang pengucap membuat semakan semula sama ada isi atau idea yang hendak
disampaikan itu telah dapat diingat atau sebaliknya. Boleh dilaksanakan semasa pengucap
menghafal isi sambil melihat skrip ucapan.

(b)

Mengingat isi

Latihan memberi peluang kepada pengucap untuk melihat semula teks ucapan dan
menekankan kembali mana-mana bahagian yang masih belum ingat untuk mengelakkan
keciciran atau pengulangan isi.

(c)

Menguji kefahaman sendiri

Setelah proses mengingat isi dan idea, pengucap boleh mencuba atau menguji kefahaman
sendiri mengenai isi yang hendak disampaikan. Ini menambahkan keyakinan pengucap untuk
menyampaikan ucapan secara bersungguh-sungguh dan sedia untuk berhadapan dengan
khalayak yang ramai.

(d)

Memahami isi yang hendak disampaikan

Kekerapan membuat latihan membantu pengucap memahami keseluruhan isi yang hendak
disampaikan. Hasilnya pengucap akan dapat menerangkan setiap isi dengan lancar dan jelas
seolah-olah idea sepontan yang lahir dari hati sendiri.

(e)

Membuat pembahagian masa

Latihan akan memberi peluang kepada pengucap untuk membuat pembahagian masa bagi
setiap isi yang akan disampaikan. Pembahagian masa yang seimbang untuk setiap isi dapat
mengelakkan pengucap berucap melebihi masa yang ditetapkan atau tidak cukup masa
sehingga ada beberapa isi yang belum sempat disampaikan.

(f)

Mencuba pelbagai teknik

Pengucap boleh mencuba pelbagai teknik penyampaian seperti nada suara, pergerakan
anggota badan, dan mimik muka. Satu lagi teknik yang boleh digunakan ialah penggunaan
bahasa badan semasa menyampaikan ucapan.

(g)

Melihat kewajaran bahan sokongan

Semasa latihan pengucap boleh melihat kewajaran pelbagai bahan sokongan yang akan
digunakan terutama yang melibatkan contoh atau data yang terkini. Jelaslah bahawa latihan
merupakan pengalaman paling berguna bagi setiap pengucap untuk memperbaiki teknik
pengucapan.

1.7

Penyampaian Berkesan [A]

Setiap pengucap mengharapkan kejayaan semasa menyampaikan ucapan ketika berhadapan


dengan khalayak. Salah satu langkah untuk penyampaian yang berkesan ialah melaksanakan
sesi latihan yang kerap. Nuraini et al. (2005) menyenaraikan tiga langkah untuk melahirkan
penyampaian yang berkesan iaitu persediaan awal, panduan penyampaian dan kelebihan sedia
ada.

1.7.1

Persediaan awal

[B]

Seorang pengucap perlulah besedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Ini penting supaya
segala masalah yang timbul daripada ketiga-tiga aspek ini tidak menganggu kelancaran ucapan
pengucap. Untuk merealisasikan hasrat ini, beberapa perkara perlu dilakukan oleh pengucap.

(a)

Hadir awal ke lokasi ucapan

Pengucap disaran datang awal dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Dengan datang awal, pengucap boleh melakukan pelbagai persiapan seperti memasang laptop
dan menjalankan ujian ke atas sistem LCD yang disediakan sebelum khalayak mengambil
tempat di dalam dewan berkenaan.

(b)

Lakukan pencerapan lapangan

Kelebihan datang awal ke lokasi ucapan memberi peluang kepada pengucap melakukan proses
pencerapan di lapangan iaitu dengan memerhati persekitaran dan keluasan dewan, mencuba
tempat duduk penceramah, membetulkan kedudukan tempat berucap, layar putih untuk LCD,
menguji pembesar suara dan menyesuaikan diri dengan situasi tempat di majlis akan
dijalankan. Perasaan malu atau kurang selesa akan berlaku jika pengucap melakukan semua
kerja-kerja ini ketika dewan telah dipenuhi khalayak.

(c)

Atasi kegugupan

Bagi pengucap baru, kegugupan merupakan halangan utama terhadap kelancaran


penyampaian. Walau bagaimanapun kegugupan boleh ditangani menggunakan kaedah
psikologi, fizikal dan rohani seperti berikut:
(i)

Mengakui hakikat bahawa kegugupan adalah perkara normal.

(ii) Hindarkan perbuatan negatif yang melambangkan pengucap sedang gugup.


(iii) Gunakan pengalaman sendiri untuk menangani kegugupan.

(d)

Lakukan senaman ringkas untuk atasi kegugupan

Melakukan senaman ringkas seperti menarik nafas, menggoyangkan tangan dan kaki secara
terkawal, menekan tapak tangan kiri dan kanan, menekan kaki ke lantai, menggoyangkan
kepala kiri dan kanan secara terkawal dan sebagainya. Semua aktiviti ini boleh menggurangkan
perasaan gugup.

(e)

Mulakan ucapan dengan tenang

Semasa nama dipanggil, pengucap perlu bertenang dengan menarik nafas lega secara
perlahan-lahan. Selain itu janganlah terlalu gairah atau tergesa-gesa untuk berucap. Ambilah
masa untuk memulakan ucapan dan pastikan doa dibaca supaya apa yang hendak
disampaikan berjaya dilaksanakan.

1.7.2 Panduan penyampaian [B]


Terdapat beberapa panduan penyampaian yang boleh digunakan pengucap seperti
mewujudkan keyakinan diri, konsep menghormati pendengar dan ketiga menghayati prinsip
komunikasi.

(a)

Mewujudkan keyakinan diri

Untuk mewujudkan keyakinan diri semasa menyampaikan ucapan, pengucap hendaklah


beramah mesra dengan pendengar dengan bertanya khabar khalayak. Atau memilih beberapa
orang pendengar di tempat duduk pada bahagian hadapan untuk ditemu bual secara ringkas
dengan bertanyakan nama dan majikan mereka. Kaedah ini boleh di lakukan pada awal atau
pertengahan ucapan, mengikut situasi.

(b)

Menghormati pendengar

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa pendengar adalah aset penting pengucap.
Kehadiran pendengar ada kemungkinan sukarela atau secara paksaan oleh majlikan mereka.
Justeru sebagai pengucap yang bijaksana, haruslah menghormati mereka daripada pelbagai
sudut seperti menghormati pendapat yang diberi dan hak mereka untuk memperoleh ilmu baru
selepas mendengar ucapan. Elakkan daripada menganggap diri sendiri pandai dan tahu dalam
pelbagai segi kerana ada kemungkinan khalayak yang hadir itu mempunyai pengetahuan yang
tinggi dalam bidang yang diucapkan.

(c)

Menghayati prinsip komunikasi

Kerjasama erat antara pengucap dan pendengar akan menghasilkan jalinan penyampaian
mesej yang berkesan. Seorang pengucap mestilah menghayati konsep bertanggungjawab
secara seratus peratus untuk menjayakan komunikasi dengan membentuk matlamat
komunikasi yang khusus dan jelas.

1.7.3

Kelebihan sedia ada [B]

Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Oleh itu
kenali potensi diri dan gunakan keistimewaan tersebut untuk menarik minat pendengar.

Lazimnya diri sendiri sukar untuk mengenal pasti potensi diri kecualilah diberitahu oleh rakan
dan pihak ketiga.

(a)

Berbakat dalam bidang seni

Antara kelebihan yang biasa digunakan pengucap ialah berjenaka secara terkawal. Selain itu
terdapat juga bakat lain dalam kalangan pengucap yang boleh diketengahkan seperti berlakon,
bersajak, bersyair, bergurindam, bernyanyi dan melukis. Semua kemahiran ini merupakan bakat
semula jadi yang dikurniakan Tuhan dan pengucap harus bijak menggunakannya semasa
menyampaikan ucapan tetapi dengan syarat tidak keterlaluan dan mempunyai mesej yang
menjurus kepada topik yang diperkatakan dalam ucapan.

(b)

Potensi suara

Kelebihan juga terdapat pada seorang pengucap yang mampu mengawal suara dengan baik.
Kelantangan suara, nada, kelajuan, jeda dan lafaz sebutan merupakan elemen penting untuk
menunjukkan kehebatan seseorang pengucap mengawal suaranya. Keadaan ini akan menjadi
lebih sempurna sekiranya pengucap berkemampuan menggunakan bahasa badan dengan baik.
Kelakuan kinesik yang terdiri daripada pergerakan tangan, ekspresi muka, gerak mata dan
postur tubuh dapat membuatkan pendengar menjiwai mesej penyampaian pengucap.

(c)

Berwatak yang menarik

Terdapat segelintir pengucap mempunyai keistimewaan dari sudut perwatakan yang boleh
menarik pendengar memberikan fokus kepada perkara yang diperkatakan. Seorang pengucap
wanita yang bersopan-santun, manja, manis muka, sentiasa tersenyum dan bercirikan sifat
keibuan yang sejati, maka ucapannya sesuai untuk kumpulan pendengar yang terdiri terdiri
daripada kanak-kanak serta orang tua di rumah kebajikan. Contohnya seorang jururawat
pergigian yang menerangkan kaedah memberus dan menjaga gigi kepada sekumpulan muridmurid tahun satu di sekolah rendah. Biasanya bahan yang diucapan itu berjaya mempengaruhi
tingkah laku murid-murid berkenaan kerana cara penyampaiannya yang mesra pendengar dan
wataknya yang lemah-lembut serta bersopan-santun.

1.8

Kredibiliti penyampai [A]

Kredibiliti bermaksud sifat yang boleh dipercayai, diyakini atau kebolehpercayaan. Hunt (1987)
menyatakan kredibiliti atau kredibel, karisma serta imej adalah merujuk kepada seorang atau
kumpulan untuk memperoleh kepercayaan atau keyakinan orang lain. Nuraini et al. (2005)
menyenaraikan lima sifat atau sikap seorang pengucap, iaitu keperibadian yang mulia, memiliki
sifat intergriti, fasih berbahasa, bijak melindungi kelemahan diri, dan ramah serta cepat mesra.

(a)

Keberibadian yang mulia

Seorang pengucap wajar menunjukkan sifat dan sikap yang baik sebagai mengambarkan
dirinya mempunyai keperibadian yang mulia kepada pendengar. Sikap dan sifat yang baik ini
akan memperlihatkan komitmen dan kredibiliti pengucap yang sentiasa bersedia untuk
memberikan ucapannya.

(b)

Berintergriti

Berintergriti bermaksud memiliki kejujuran, ketulusan dan tidak sesekali mencemarkan nama
baik sendiri dan organisasi yang diwakili. Pengucap yang berintergriti sedaya upaya
mempertahankan nama baik ini daripada sebarang bentuk penyelewengan. Dengan itu
kepercayaan pendengar terhadap pengucap tidak akan tergugat semata-mata setelah
mendengar atau terlihat pengucap melakukan perkara-perkara yang negatif.

(c)

Fasih berbahasa

Kebolehan seseorang bertutur dan berbahasa dengan baik bukan lagi kebolehan semula jadi
yang diwarisi, tetapi ia boleh dipelajari. Kefasihan menggunakan bahasa semasa berucap akan
memperlihatkan kredibiliti di samping kayu pengukur tahap pendidikan pengucap. Justeru
pengucap perlu mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa agar mesej yang
disampaikan mudah difahami pendengar.

(d)

Bijak melindungi kelemahan diri

Sifat pengucap yang bijak ialah pandai menyembunyikan kelemahan diri. Bagi pengucap, rasa
tidak selesa seperti rasa gugup, gagap, gelisah serta kecacatan anggota badan merupakan
antara kelemahan yang tidak dapat dielakkan semasa berhadapan dengan pendengar. Walau
bagaimanapun, jangan jadikan kelemahan-kelemahan tersebut sebagai alasan untuk meraih
simpati daripada pendengar. Seboleh-bolehnya berusahalah untuk menyembunyikan
kelemahan tersebut dengan mempamerkan kehebatan dan kelebihan diri yang ada sehingga
pendengar seolah-olah terlupa akan kekurangan yang dimiliki pengucap.

(e)

Ramah dan cepat mesra

Pengucap juga perlu memiliki sifat ramah dan cepat mesra dengan pendengar. Memulakan
dengan senyuman dan mengalu-alukan pendengar dengan memuji mereka kerana sudi hadir
merupakan langkah awal yang boleh dipraktikan pengucap. Keramahan boleh menghindarkan
banyak masalah antara pihak pengucap dan pendengar seperti kesilapan mentafsir mesej,
kesalahan melapor, kekeliruan dan ketidak percayaan.

1.9

Penggunaan Gaya dan Pemilihan Bahasa [A]

Untuk menghasilkan satu persembahan yang baik dan berkesan, pengucap perlu pandai
memilih gaya bahasa yang hendak dilibatkan semasa kerja mengumpul dan menulis bahan.
Pada waktu yang sama, pengucap perlu bijak menilai penggunaan tatabahasa seperti
menggunakan ejaan yang betul, pemilihan perkataan yang tepat, ayat yang gramatis dan
olahan yang menarik.

1.9.1

Penggunaan gaya

[B]

Gaya ialah bermaksud sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
atau pegangan seseorang. Dalam konteks bahasa, gaya dalam bahasa atau disebut gaya
bahasa merupakan bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang
perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya dan bentuk pembahasaannya (Zaba 2002).
Manakala Nik Safiah Karim (1986) pula mentakrifkan gaya bahasa sebagai cara
mengungkapkan bahasa, cara bertutur atau menulis.
Ada empat jenis gaya bahasa, iaitu gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa perulangan, gaya
bahasa pertentangan, dan gaya bahasa pertautan.

(a)

Gaya Bahasa Perbandingan

Bermaksud gaya bahasa yang digunakan untuk memberikan maksud lain sama ada sama atau
sebaliknya. Dalam bahasa perbandingan, unsur kiasan banyak digunakan dan dinyatakan
secara berterus atau sebaliknya. Henry Guntur Tarigan (1986) membahagikan bahasa
perbandingan kepada sepuluh jenis iaitu perumpamaan, metafora, personifikasi, dipersonifikasi,
alegori, antitesis, pleonasme, perifrasis, antisipasi dan koreksio. Metafora bermaksud
pengunaan kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya iaitu
sebagai kiasan atau perbandingan. Contohnya ayat di wajahnya ada api kebencian. Manakala
alegori pula bermaksud penyampaian mesej melalui cerita yang mempunyai makna lain dan
dikaitkan dengan kehidupan seharian. Contohnya cerita Sang Kancil yang banyak menampilkan
kehebatan tertentu.

(b)

Gaya Bahasa Perulangan

Bermaksud gaya bahasa yang banyak menggunakan unsur mengulang bunyi, suku kata, kata
atau frasa untuk tujuan penekanan terhadap isi tertentu yang dianggap penting. Contoh gaya
bahasa perulangan ialah aliterasi iaitu pengulangan bunyi yang sama pada bahagian awal katakata yang berurutan dan asonansi iaitu perulangan bunyi vokal yang sama atau hampir sama
dalam perkataan yang berderet.

(c)

Gaya Bahasa Pertentangan

Bermaksud gaya bahasa yang digunakan untuk menunjukkan unsur pertentangan dalam ayat
atau berlawanan antara dua objek, manusia dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ini ialah
hiperbola, ironi, paradoks dan sebagainya. Menurut gaya hiperbola, sesuatu perkara itu akan
diucapkan secara berlebih-lebihan dari ciri-ciri sebenar yang melibatkan maksud jumlah, ukuran

atau sifatnya. Ironi pula ialah gaya bahasa yang menyatakan makna yang bertentangan dengan
maksud atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi
hakikatnya. Manakala paradoks ialah gaya bahasa yang mengandungi fakta yang bertentangan
dengan pendapat yang diterima umum.

(d)

Gaya Bahasa Pertautan

Bermaksud gaya bahasa yang mengandungi pertalian antara satu unsur dengan unsur lain
dalam sesuatu perkataan, ayat, atau perenggan. Contohnya metonimi, eufemisme, erotesis dan
sebagainya. Gaya bahasa mitonimi bermaksud penggunaan nama sesuatu benda untuk
merujuk benda lain yang sifatnya ada hubungan logik seperti penggunaan bulan sabit yang
merujuk kepada agama Islam. Eufemisme pula merujuk kepada ungkapan yang lebih lembut,
sopan, manis, dan tertib untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar, seperti buang air
kecil untuk maksud kencing. Manakala erotesis pula bermaksud gaya bahasa yang berbentuk
pertanyaan yang banyak digunakan dalam pidato dengan tujuan untuk memberikan kesan yang
lebih mendalam dan penekanan yang wajar tetapi tidak memerlukan jawapan.

1.9.2 Pemilihan bahasa

[B]

Pemilihan bahasa yang betul bermaksud semua aspek bahasa seperti ejaan, perkataan dan
ayat digunakan menurut peraturan kosa kata Melayu yang telah ditetapkan. Ada empat aspek
yang ditekankan sewaktu pengucap membuat pemilihan bahasa iaitu perkataan, ayat,
kesalahan bahasa, kesalahan perkataan, dan pengaruh bahasa Inggeris.

(a)

Perkataan

Dalam penulisan teks penggunaan perkataan perlu diutamakan untuk mengelakkan


ketidakfahaman, misalnya penggunaan perkataan yang sukar atau berulang-ulang. Ada dua
cara memilih perkataan yang sesuai. Pertama, gunakanlah perkataan yang biasa atau lazim
digunakan dan bukannya perkataan sukar. Contohnya perkataan sudu bukannya camca, dan
bantuan bukannya subsidi. Kedua, gunakan perkataan tunggal dan bukannya kata majmuk.
Contohnya senja bukannya senjakala dan meja dan bukannya meja tulis.

(b)

Ayat

Gunakan ayat aktif dan bukannya ayat pasif. Penggunaan ayat aktif digemari kerana mudah
difahami, ayatnya lebih pendek dan mengandungi penegasan makna. Contoh ayat aktif ialah,
Ayah membeli sepasang baju Melayu. Manakala contoh ayat pasif ialah Baju Melayu yang
sepasang itu telah dibeli oleh ayah.

(c)

Kesalahan umum bahasa

Bahasa Melayu penulisan sebenarnya berbeza daripada bahasa Melayu pertuturan. Perbezaan
inilah yang disebut sebagai kesalahan umum dan boleh dilihat dalam beberapa kategori iaitu
kesalahan ejaan, perkataan, imbuhan, dan kata majmuk. Berikut merupakan contoh kesalahan
umum bahasa, iaitu:
(i) Ejaan mengeja perkataan tandatangan (betul) dan tanda tangan (salah).
(ii) Penggunaan perkataan pendalaman (sungai) dan pedalaman (luar bandar).
(iii)

Imbuhan bernyanyi dan bukannya menyanyi.

(iv)

Kata majmuk pisang goreng dan bukannya goreng pisang

(d)

Pengaruh Bahasa Inggeris

Umum mengetahui bahawa penggunaan kata, istilah, dan struktur bahasa Melayu adalah
dipengaruhi oleh pelbagai bahasa, terutamanya bahasa Inggeris. Keadaan ini disebabkan sifat
keterbukaan bahasa Melayu itu sendiri yang meminjam dan menyerap beberapa aspek
kebahasaan bahasa Inggeris. Namun dalam situasi tertentu terdapat kecenderungan pengucap
yang gemar menggunakan bahasa rojak semasa berucap. Contohnya, I harap sangatlah you
dapat introduce I kat that Manager... Ayat ini jika ditulis semula dengan menggunakan ayat
yang betul, maka ia berbunyi Saya menaruh harapan yang tinggi yang tuan dapat
memperkenalkan saya kepada Tuan Pengurus.

1.10

Penggunaan alat bantu yang sesuai [A]

Lazimnya pengucap hanya menggunakan beberapa alat bantu ringkas yang telah disediakan
oleh penganjur seperti Laptop, Projektor LCD, skrin putih dan pembesar suara. Sebagai
pengucap anda sebenarnya boleh meminta kerjasama penganjur untuk menyediakan alat bantu
yang lain mengikut keperluan dengan syarat pengucap perlu terlebih dahulu menghubungi
penganjur bagi menyatakan hasrat berbuat demikian. Peralatan tambahan lain yang boleh
dipohon seperti microphone wirless untuk memudahkan pengucap bercakap sambil bergerak,
penunjuk cahaya laser, kertas sebak, papan putih, alat tulis, radio kaset dan rostrum. Secara
umumnya penggunaan alat bantu boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu jenis ektronik dan
bukan elektronik.

1.10.1 Jenis-jenis alat bantu [B]


Ada dua jenis alat bantu yang boleh digunakan oleh pengucap, iaitu alat bantu elektronik dan
alat bantu bukan elektronik.

Alat Bantu Elektronik [C]


Merupakan peralatan yang menggunakan bekalan elektrik seperti radio kaset, televisyen, filem
slaid, tayangan video dan sebagainya. Tetapi dalam konteks masa kini, beberapa alat bantu
jenis eletronik telah melalui proses pemantapan dan digunakan secara meluas semasa

pengucapan. Justeru beberapa peralatan moden masa kini seperti komputer riba, pemain
CD/DVD, dan Projektor LCD juga termasuk dalam kategori alat bantu elektronik.

(a)

Projektor LCD

Maklumat yang tercatat pada PowerPoint akan dipancarkan terus pada skrin dengan
bantuannya. Penceramah akan menggunakannya bagi menerangkan konsep yang abstrak,
ilustrasi, gambar mahu pun petikan-petikan tertentu, carta dan jadual. Ini membantu
penceramah untuk memahamkan pendengar.

(b)

Filem Slaid dan PowerPoint

Bahan ini amat berkesan jika penceramah dapat menggunakannya dengan bijak. Penceramah
tidak boleh menggunakan secara keseluruhan semasa berceramah tetapi ia perlu diselitkan
ditempat-tempat yang sesuai. Filem Slaid dan Power Point ini merupakan gambaran langsung
tentang apa yang diperbincangkan oleh penceramah. Malahan alat bantu ini akan turut
membantu penceramah menerangkan apa yang tidak mampu diperjelaskan oleh penceramah.
Kini peranan PowerPoint lebih besar apabila turut mengambil peranan TV sebagai media untuk
menayangkan gambar bergerak kepada khalayak.

(c)

Pita Video

Merupakan alat bantu dua dimensi. Dimensi pertama ialah alat ini mampu memberikan
gambaran sebenar kepada pendengar tentang isu yang diperbincangkan. Dimensi kedua pula
alat ini menyediakan rakaman suara dan bunyi-bunyi untuk mengukuhkan pancaran gambar.
Disini penceramah perlulah bijak menggunakannya.

(d)

Pembesar Suara dan Rostrum

Lazimnya pembesar suara akan disediakan oleh pihak penganjur. Apa yang perlu diawasi oleh
penceramah ialah sistem bunyinya. Ini penting kerana jika pembesar suara tidak berfungsi
dengan baik ia akan mengganggu ceramah yang disampaikan. Sekaligus sistem pembesar
suara yang tidak baik akan mengganggu keberkesanan ceramah. Pembesar suara amat perlu
kepada penceramah sekiranya pendengar yang hadir adalah ramai jumlahnya. Rostrum juga
disediakan oleh pihak penganjur. Rostrum juga penting kerana ia berfungsi sebagai lokasi untuk
meletakkan komputer riba, nota-nota pembentangan agar mudah kepada penceramah untuk
membuat rujukan

Anda mungkin juga menyukai