Anda di halaman 1dari 9

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu

Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)


Bab 1 - Kerajaan-kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu termasuk Kerajaan Kedah
Tua, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Beruas, Kerajaan Gangga Negara (Perak)
dan Kerajaan Temasik.
Kerajaan Kedah Tua wujud di Lembah Bujang dari abad ke-6M hingga
abad ke-10M dan berpusat di sekitar Sungai Emas. Kedah Tua muncul
sebagai pelabuhan penting di Selat Melaka kerana kedudukan pelabuhannya
di Sungai Emas dan Lembah Bujang yang mudah dikunjungi pedagang,
selain terdapatnya Gunung Jerai di Kedah yang menjadi panduan kepada
pedagang untuk menuju ke tanah besar. Perkembangan kerajaan Kedah Tua
adalah disebabkan oleh kegemilangan kegiatan perlabuhannya serta
kekayaan hasil eksport seperti hasil hutan dan hasil pertanian yang
dikehendaki oleh para pelabuh.
Kerajaan Chih-tu berpusat di kawasan pedalaman Kelantan pada hari
ini. Hal ini berdasarkan penemuan barang keagamaan Buddha di sebuah gua
di Ulu Kelantan. Menurut sumber sejarah China, kerajaan Chih-Tu dikenal
sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai hubungan dengan kerajaan
China demi kepentingan perdagangannya. Oleh itu, kerajaan Chih-Tu telah
banyak menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. Anatara buktinya adalah
kedudukan raja dalam kerajaan Chih-Tu adalah berkedudukan tertinggi dan
berkuasa mutlak dalam pentadbiran.
Kerajaan Gangga Negara adalah merupakan kerajaan Melayu Hindu
yang hilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di
Perak. Kerajaan ini merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan
merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak. Kerajaan
Gangga Negara juga banyak menerima pengaruh Hindu Buddha dengan
buktinya perjumpaan artifak-artifak di kawasan Beruas. Pada akhirnya,
Kerajaan ini merosot setelah diserang oleh Maharaja Rajendra Cola dari
Dinasti Cola di Selatan India pada tahun 1025.

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 2: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka


Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di persisir
Selat Melaka memunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan
para pedagang asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar
Melaka menjadi anak kunci penting dalam perniagaan laut antarabangsa dari
Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia Barat, negeri China dan Asia Timur hingga
ke Kepulauan Asia Tenggara pada ketika itu. Menurut Tome Pires dalam
karyanya yang berjudul The Suma Oriental menyatakan bahawa
kemakmuran Melaka adalah setaraf dengan pelabuhan Venice. Jadi, antara
faktor-faktor yang mempengaruhi kegemilangan Kerajaan Melaka sehingga
kejatuhan Melaka kepada kuasa Portugis tertumpul kepada segi politik,
ekonomi dan sosial. Dari sebuah kampung, kepimpinan dan kewibawaan
pengasas Melaka iaitu Parameswara telah berjaya membangunkan empayar
Melaka yang agung dan gemilang. Selain dari faktor semula jadi,
kegemilangan Melaka juga dipengaruhi oleh sistem pentabirannya yang
sistematik, sistem perundangan yang adil, sistem perdagangan yang maju,
perluasan kuasa dan sebagainya.
Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada tahun 1400 adalah
pengasas budaya politik bagi Semenanjung Tanah Melayu. Kewibawaan dan
kepimpinan tokoh-tokoh kerajaan Melaka seperti Parameswara, Sultan
Muzaffar Shah dan sebagainya telah berusaha membangunkan kerajaan
Melaka dari sebuah kampung nelayan kepada sebuah empayar yang
gemilang. Hal ini bererti bahawa pemerintahan yang cekap, pengawalan
laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi
ekonomi dapat menjamin potensi hasil dan pendapatan negara. Dengan
kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawalan barangan dan
penghasilan dari kegiatan perdagangan menjadikan pelabuhan Melaka amat
maju dan gemilang.
Melaka telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477). Namun selepas itu, Melaka

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)
telah mula menghadapi zaman kemerosotan sehingga tahun 1511 apabila
ditawan oleh Portugis semasa zaman Sultan Mahmud Syah. Antara faktorfaktor yang menyumbang kepada kemerosotan Melaka boleh dibahagi
kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman menyebabkan
kemerosotan kerajaan Melaka termasuk kelemahan pemerintah Melaka,
kelemahan dalam sistem pertahanan, rakyat Melaka tidak bersatu padu, sikap
pembesar yang tidak cekap, pegangan agama yang lemah manakala faktor
luaran termasuk penemuan Tanjung Harapan dan serangan kuat daripada
pihak Portugis. Oleh itu, kerajaan Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada
24 Ogos 1511 di bawah pemimpin Alfonso de Albuquerque melalui tiga
serangan. Akibat kejatuhan Melaka, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya
iaitu Sultan Mahmud Syah bersama kerabat, pembesar dan pengikut telah
melarikan diri ke MuarJohor. Kemudian mereka berundur ke Pahang
seterusnya ke Bintan (Riau) dan akhirnya ke Kampar di Sumatera.

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 3: Perkembangan Kerajaan Melayu Sebelum Kedatangan British


Kemerosotan Melaka merupakan zaman kebangkitan kerajaan Johor
sejak tahun 1511. (1511-1728). Zaman Kegemilangan kerajaan Johor
dibahadi kepada tiga tahap iaitu tahap 1 (1511-1641), tahap 2 ( mulai tahun
1641), tahap 3 (akhir pada 1728).
Pada tahap 1(1511-1641), pentadbiran melaka telah jatuh ke dalam
tangan Portugis dan kuasa lama Melaka terpaksa keluar dari kerajaan
Melaka. Namun, Raja Melayu iaitu Raja Mahmud dan anaknya Raja Ahmad
menggangap kejatuhan Melaka hanya sementara kerana kerajaan Melaka
pernah mengalami serangan yang besar seperti serangan Siam pada masa
dahulu serta mereka menyakinkan akan mengembali kedaulatan negara pada
suatu hari nanti.
Wilayah-wilayah yang terletak di bawah jajahan Johor ialah Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Terangganu, Singapura, Siak , Rokan, Aru,
Kampar dan Inderagiri. Faktor-faktor utama Johor mencapai kegemilangan
ialah kedudukan strategik, kemudahan pelabuhan, peranan Orang laut,
pelbagai barang dagangan, persahabatan dengan Belanda, penggunaan
mata wang, kecekapan pentadbiran, amalan sistem naungan dan
perkembangan bidang persuratan.
Namun begitu, menjalang tahun 1759, kerajaan Johor sebenarnya teah
berkecai. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan
kerajaan Johor antaranya ialah Perang Johor-Jambi,perebutan kuasa dalam
kalangan pembesar dan sultan, penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor
serta pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C).

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 4: Penjajahan Kuasa-Kuasa Asing Di Tanah Melayu


Penjajahan merupakan istilah yang berkait rapat dengan kolonialisme
dan imperialisme. Kolonialisme berasal dari kata kolonial (latin) yang
membawa maksud tanah jajahan. Ianya bermaksud dasar sesebuah negara
yang mengeksploitasi sesuatu kawasan serta masyarakatnya yang dianggap
lemah. Sebaliknya, imperialisme merupakan dasar meluaskan sesebuah
empayar dengan menjajah negara lain.
Kronologi penjajahan di Tanah Melayu adalah, Selepas campur tangan
Inggeris, kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu
dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan
(komersial). Pihak Inggeris telah memperkembangan kegiatan
perlombongann serta aktiviti pertanian di semenanjung kawasan pantai barat.
Oleh itu, penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan
ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur. Kewujudan
permintaan bijih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil
perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
Jadi, buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan
pertanian yang berkembang pada abad ke 19.
Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan,
penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat.
Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang
eropah oleh Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488
dan Vasca Da Gama di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka
ruang kepada India dengan membuka Loji Perdagangan di Cochin dan
menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik
sebagai Wizurai Portugis di India sebelom menawan Kota Melaka pada tahun
1511.Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih daripada

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)
150 tahun. Masyarakat menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah
oleh pendudukan Kuasa-Kuasa Asing seperti Portugis (1511-1641), Belanda
(1641-1824), British (1824-1957), Jepun (1941-1945).

Bab 5: Perluasan Pengaruh British


Perluasan kuasa British di Asia berkait rapat dengan perubahan yang
berlaku di Eropah dan juga kekayaan hasil bumi di rantau ini.Kemajuan pesat
Eropah selepas Revolusi perindustrian memaksa kuasa-kuasa Barat mencari
kawasan yang dapat menampung keperluan mereka. Rantau Asia yang
sememangnya kaya dengan hasil bumi menjadi fokus pencarian mereka. Hal
ini demikian, persaingan atara kuasa Barat berlaku sehingga merangsangkan
pihak British bermatlamat menakluk kawasan di Asia terutamanya kawasan
semenanjuang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. enguasaan Inggeris
terhadap negeri-negeri Melayu Utara pada dasarnya adalah untuk
kepentingan perdagangan. Namun disebabkan kebimbangan terhadap kuasa
asing yang lain seperti Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat
menyebabkan Inggeris mula mengorak langkah untuk menguasai negerinegeri Melayu yang terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Bagaimanapun pada ketika itu Siam telahpun menguasai negeri-negeri
tersebut. Usaha ke arah perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu
Utara bermula daripada Perjanjian Burney 1826 hingga Perjanjian Bangkok
1909.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai (salah satu)
Persetiaan London, ialah suatuperjanjian antara United Kingdom dan
Kemaharajaan Bersatu Belanda di Londonpada 17 Mac 1824. Perjanjian ini
dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian
Inggeris-Belanda 1814.
Perjanjian Burney adalah satu perjanjian ditandatangani antara
Siamdan Pihak British pada 1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat
negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan,Perlis dan Terengganu. Perjanjian

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)
ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan
memberikan hak kepada British untuk berdagang diKelantan dan
Terengganutanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak
diwakili dalam rundingan perjanjian ini.
Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan
Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah
diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang
juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states"
yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani
pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri SelatSir Andrew
Clarke di pihakInggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa diHilir Perak
bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu
Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota,
Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris
mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh
Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi
dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal
HMS Pluto yang berlabuh diSelat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara
Lumut dan Pulau Pangkor.

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 6: Tindakan Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah


Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di
tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam
semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil
hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis,
Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah
Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan
mereka.

British

merupakan

negara

penjajah

yang

paling

banyak

meninggalkan kesan ke atas sosio budaya di Tanah Melayu.


Antara sebab-sebab penentangan peminpin tempatan terhadap British
adalah

dasar

penaklukan,

penguasaan

ekonomi

melalui

perjanjian,

pengenalan sistem cukai yang membebankan, campur tagan pihak British


dalam adat resam tempatan, kehilangan kuasa dan pengaruh pemimpin
tempatan telah membangkit perjuangan rakyat tempatan terhadap penjajah.
Perkembangan kebangkitan telah membangunkan semangat kebangsaan
Tanah Melayu.
Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka
oleh kuasa luar termasuk:
Tokoh Tempatan

Lokasi Penentangan

Penghulu Dol Said

Naning, Melaka

Linggir

Batang Lupar, Sarawak

Rentap

Kubu Nanga Skrang,Sarawak

Syarif Masahor &D. Patinggi Abd. Gapur

Kanowit, Sarawak

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu


Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)
Mat Salleh
Dato Maharaja Lela

Di pesisir pantai Sabah


Pasir Salak, Perak

Yam Tuan Antah

Sg. Ujong, N.9

Dato Bahaman

Lubuk Terua/K. Tembeling, & Jeram Ampai, Pahang

Tok Janggut
Hj. Abd. Rahman Limbong

Pasir Puteh, Kelantan


Kuala Berang, Trg