Anda di halaman 1dari 5

MANUSIA KERAP LUPA JANJI TAK ULANG MAKSIAT

Oleh: Fatin Nabila binti Mohamad

AL-IMAM

Ibnu

Al-Qayyim

dalam

kitabnya

Al-Daa

wal

Dawaa

berkata:

Kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa,


kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib
akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang
dosamu, semua itu lebih berat di sisi Allah melebihi timbangan dosa itu.
Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan
segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai
kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupakan
dosanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan
terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka
kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang
besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah
mereka kerjakan ada tertulis dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga
pun.
(Surah alKahfi, ayat 49)
Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah
kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah
Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapa orang bodoh itu tidak
berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh
masuk syurga dengan cara mempermain-mainkan pengampunan Allah ?
Orang yang benar-benar beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang
sama dua kali dan orang yang benar-benar yakin dengan perhitungan hari
akhirat pasti berusaha menjadikan hari ini lebih baik daripada kelmarin dari segi
peningkatan ilmu, iman dan ibadat.

Jadi panggilan apakah yang paling sesuai bagi mereka yang selepas
bertaubat selalu berbuat dosa kembali secara berulang? Agaknya mereka ini
sesuai dipanggil dengan sebutan hamba Allah yang tidak tahu malu.
Seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham: Wahai Imam, aku
ingin bertaubat dan meninggalkan dosa tetapi aku selalu mengulangi dosaku,
tunjukkanlah kepadaku jalan yang mencegah aku bermaksiat lagi kepada Allah.
Ibrahim bin Adham berkata: Jika engkau ingin bermaksiat janganlah
engkau melakukannya di atas bumi milik Allah ini. Lelaki itu bertanya: Lalu di
manakah aku boleh melakukannya? Ibrahim bin Adham menjawab: Keluarlah
dari bumi-Nya. Dan jika engkau masih ingin melakukan maksiat, jangan makan
rezeki kurniaan-Nya. Lelaki itu bertanya: Bagaimana aku boleh hidup tanpa
rezeki daripada-Nya? Ibrahim berkata: Tidakkah engkau rasa malu hidup di
atas bumi-Nya dan makan daripada rezeki-Nya kemudian melakukan maksiat
kepada-Nya?
Mengapa ramai hamba Allah yang sudah bertaubat di hadapan Kaabah,
disaksikan masjid Rasulullah SAW di sisi makamnya, dengan lelehan air mata
yang menyesakkan dada tetapi dengan sekelip mata mengulangi kembali
perbuatan maksiat dan melupakan janji setia kepada Allah yang diikat di
lehernya?
Dia ditipu oleh hasutan syaitan yang memanjangkan angan-angan bahawa
dengan hartanya dia boleh 10 kali lagi mengerjakan haji dan menambah amal
soleh. Tetapi dia lupa sihat dan sakit, ajal dan maut di tangan Allah yang tidak
mungkin dibeli dengan harta dan kedudukannya.
Bagaimana jika Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dia bermaksiat?
Begitu pula ketika seseorang ditimpa musibah, serta-merta dia ingat
kepada Allah dan cepat bertaubat, tetapi dengan sedikit saja harta dan
keuntungan yang Allah tambahkan, dia sudah pun lupa dan lalai kerana tidak
tahan dengan ujian harta itu, akhirnya dia bermaksiat kembali tanpa rasa malu.
Jelaslah betapa pentingnya seorang hamba memiliki rasa malu kepada
Allah supaya dia sentiasa berada dalam keadaan sedar dan terjaga mata
hatinya, tidak tidur dan lalai dibius oleh kemaksiatan yang bermaharajalela.
Bagaimanakah cara menumbuhkan rasa malu kepada Allah?

i.

Ingatlah kurniaan Allah.

Kadangkala Allah merahmati hamba-Nya dengan mengirimkan ilham ke dalam


hati yang terdetik secara tiba-tiba. Pernahkah kita rasai kurniaan Allah itu
semakin banyak dilimpahkan seiring semakin tebalnya buku catatan dosa yang
kita lakukan?
Mengapa Allah membalas dosa itu dengan rezeki yang semakin banyak,
pujian manusia yang semakin melambungkan nama, jawatan semakin kukuh,
kehidupan

meningkat

sejahtera

padahal

dosa

dibuat

berganda-ganda

banyaknya?
Orang yang mendapat keuntungan dunia hendaklah selalu mengingati
firman Allah yang bermaksud:
Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya
Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan
sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak
memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang
mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan.
(Surah Hud,
ayat 15-16)
Ayat itulah yang menyebabkan Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan
menyungkurkan mukanya ke tanah lalu beliau menangis saat menghadapi
sakaratul maut sambil mengulang-ulangi bacaan ayat berkenaan.
Mengapa Allah tidak terus menyeksa manusia pada kali pertama dia
mengulangi dosanya, lalu dicabut rezeki dan keberuntungan daripada hidupnya,
ditimpa musibah dan diazab secara langsung tanpa bertangguh?
Maha

Suci

Allah

yang

sentiasa

memberi

peluang

untuk

manusia

mengingati kurniaan-Nya. Dialah Allah yang melimpahkan nikmat supaya mereka


bersyukur dan kembali pulang, Dia menangguhkan seksa kerana sayang kepada
kita sedangkan orang yang berdekatan dengan kita terkena bala dan musibah.
Fikirkanlah ilham yang hadir dalam hati. Belumkah lagi muncul hati yang malu
milik hamba Allah yang beruntung ini?

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa Baginda


melakukan solat malam sehingga kaki Baginda bengkak sedangkan Allah sudah
menyucikan

dirinya?

Rasulullah

SAW

bersabda

yang

bermaksud: Tidak

bolehkan aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?


(Hadis

riwayat

al-

Bukhari)
ii.

Telitilah aib diri.

Ada seorang hamba yang berangan-angan masuk syurga dengan membawa


sembahyang yang dilakukan dengan lalai hingga habis waktu, puasa yang
perisainya dikoyakkan dengan dengki, pertengkaran dan perbuatan keji, haji
yang dilakukannya tanpa redha dan hilang sabar, kering ilmu dan kosong amal.
Dia mahu mengetuk pintu syurga dengan tangannya yang berlumuran
darah kerana mengambil hak saudaranya, menjerit minta diizinkan masuk
padahal mulutnya masih berbau bangkai mayat saudaranya yang diumpat,
matanya mengintai-intai taman syurga tapi kabur oleh gelapnya bayang-bayang
zina mata yang pernah dilakukannya ketika melayari web lucah, khidmat
pesanan ringkas (SMS) mesra dan jenayah seksual yang ditatapi setiap hari.
Jika tidak juga rasa malu melihat kekotoran diri, sekurang-kurangnya
malulah bila melakukannya secara terang-terangan. Apa akan jadi dengan dunia
ini

apabila

semua

manusia

berbuat

maksiat

secara

terbuka

dan

tiada

seorangpun memiliki rasa malu melakukannya.


Rosaklah masyarakat yang tenggelam dalam kebatilan apabila tiada yang
menegakkan amar makruf nahi mungkar di kalangan mereka. Kemaksiatan dan
kejahatan manusia yang berakhir dengan kehancuran, semuanya bermula
daripada hilangnya rasa malu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya jika Allah mahu
menghancurkan seorang hamba-Nya, pasti Dia mencabut rasa malu dalam
dirinya, jika dicabut rasa malu, maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan
orang itu membenci dan dibenci. Apabila kamu tidak menjumpainya kecuali ia
membenci dan dibenci, dicabutlah rasa amanah daripadanya, maka jika dicabut
rasa amanah, kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati
kemudian jika kamu tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati,
dicabutlah kasih sayang daripadanya, jika kasih sayang dicabut maka kamu

tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat, akhirnya dicabutlah


ikatan keislaman darinya.
(Hadis riwayat Ibnu
Majah)
Kesimpulannya, antara orang yang malu dengan orang yang tak tahu
malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apatah lagi jika Allah yang
memandangnya. Wallahualam..

Anda mungkin juga menyukai