Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum dan langkah- langkah

mengalakkan pelajar mengikutinya


PENDAHULUAN
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai
kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini
termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan
pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar
diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu
daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini
bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang
menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu
aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak
mengecewakan.Oleh itu,terdapat pelbagai langkah dapat
menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti ini. Sikap tidak acuh
pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan
ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Isi Kandungan : Kepentingan kokurikulum (2 isi)

Antara kepentingan kegiatan kokurikulum ialah


kokurikulum dapat mengembangkan potensi seseorang
pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang
terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum,
kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar
bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar

yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya,


tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya
terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang
akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu
akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding
pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk
mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat
perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan
negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat
dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai
aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai
contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya
untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap
tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara tidak
langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan
kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai
matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai
roboh.
Isi Kandungan : Langkah-langkah menggalakkan pelajar
menyertai kokurikulum (2 isi)
Langkah :
Antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah pihak
sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti

kokurikulum dari masa ke masa. Tindakan ini perlu dilakukan


kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan
bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Pelajar berasa
kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat
mereka. Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi
jadual. Sebagai contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya
bermain bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik.
Mereka berpendapat bahawa mereka tidak perlu datang
untuk bermain bola sepak, sebaliknya mereka boleh bermain
di kawasan taman tempat tinggal mereka. Oleh itu, pihak
sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang
dijalankan mestilah benar benar mendatangkan manfaat
kepada mereka.
Selain itu, pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih
banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai
dengan minat dan kemahiran para pelajar. Sejajar dengan
perkara ini, pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian
tentang minat pelajar dalam jenis aktiviti kokurikulum yang
ingin diceburi dan seterusnya berusaha untuk membentuk
kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar. Dengan itu, para
pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk
menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati. Sebagai
contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab
komputer untuk pelajar yang meminati bidang teknologi
maklumat. Hal ini sememangnya akan dapat menarik minat
para pelajar untuk bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum tersebut kerana tak kenal maka tak cinta.
PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai


kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan
aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anakanak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu,
kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. pihak
sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar
bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian
kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada
para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu,
kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa
harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu,
semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing,
berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.