Anda di halaman 1dari 11

LITERASI NOMBOR

WAJ3105
TUGASAN PROJEK

NAMA PELAJAR

: NESAMANI A/P RAJA RETANAM

ANGKA GILIRAN

: 2014292340072

NO. KAD PENGENALAN

: 930118-07-5106

KUMPULAN/UNIT

: TESL SJK(C)

KOD KURSUS

: WAJ 3105

NAMA KURSUS

: LITERASI NOMBOR

NAMA PENSYARAH

: PUAN RAHA BTE YAHYA

TARIKH HANTAR

: 30 JULAI 201

LITERASI NOMBOR
WAJ3105
TUGASAN PROJEK

NAMA PELAJAR

ANGKA GILIRAN

: 2014292340071

NO. KAD PENGENALAN

KUMPULAN/UNIT

: TESL SJK(C)

KOD KURSUS

: WAJ 3105

NAMA KURSUS

: LITERASI NOMBOR

NAMA PENSYARAH

: PUAN RAHA BTE YAHYA

TARIKH HANTAR

: 30 JULAI 2015

1.0 Pengenalan
Numerasi merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan
memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahun seta kemahiran
matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah. Numerasi asas
melibatkan keupayaan menyelesaikan operasi asas matematik, serta memahami idea
matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
matematik dalam kehidupan harian (Tuzana Mohamad, 2014). Antara kemahiran yang
membabitkan ialah membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor bulat serta operasi
asas dan aplikasi.
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah projek National Key Result Areas (NKRA)
telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan
numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di
sekolah rendah. Biasanya, ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi
mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai
kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal (Mohd Nazri bin Abdul Rahman,
2014). Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi
masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (Program LINUS). Mengira (M3)
merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan pemeringkatan. Proses M3
didefinisikan sebagai tambah, tolak, darab dan bahagi. Keempat-empat proses tersebut
disebut sebagai operasi asas aritmetik. Antara konsep yang diambil kira bagi mengatasi
masalah

ini

ialah

menggunakan

cara

masteri,

ansur

maju,

didik

hibur

dan

penggabungjalinan.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan papan fikir
(think board). Menurut Hylock (1984) papan fikir merupakan satu jenis aktiviti di mana ia
dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran matematik dan kemahiran pengiraan
dengan menggunakan pelbagai cara seperti penyelesaian masalah matematik secara lisan
dan bertulis, melalui gambar rajah, grafik ataupun melalui bahan konkrit dan simbol (Eric,
2005). Papan fikir merupakan salah satu cara bagi murid-murid untuk menghubungkait
konsep- konsep matematik yang berbeza. Murid-murid juga dapat menyelesaikan masalah
matematik dengan mudah melalui simbol, gamabr rajah, masalah penceritaan dan bahanbahan konkrit. Dengan menggunakan keempat-empat elemen ini, murid-murid dapat
memahami lebih mengenai masalah yang dinyatakan dan dapat mencari penyelesaian
dengan bantuan grafik dan bahan maujud.Papan fikir boleh diperbuat daripada papan, kad
manila atau lukis sahaja pada kertas.

Dapat disimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaraan di dalam kelas tidak


hanya terbatas dengan penggunaan papan hitam dan kapur serta teknik hafalan. Guru
harus mempelbagaikan teknik mengajar yang sesuai mengikut kognitif murid-murid dengan
memilih dan mengubah aktiviti yang menarik minat murid untuk belajar dan melibatkan diri
mereka dalam pembelajaran secara aktif.

2.0 Penerangan mengenai bahan yang dibina

Papan fikir merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang diperkenalkan oleh
Haylock. Haylock(1984) menyatakan penggunaan papan fikir sebagai suatu aktiviti yang
membantu murid membuat perkaitan antara pelbagai perwakilan matematik. Perwakilan
matematik boleh dibuat dalam bentuk gambar, rajah, peta, simbol matematik dan bahanbahan konkrit.Perwakilan seperti ini digunakan untuk murid memahami suatu idea
matematik yang telah diberikan. Menururt Lesh, Post & Behr (1987) dengan memahami
suatu idea matematik murid mampu mengenal idea yang terkandung dalam pelbagai sistem
perwakilan kuantitatif, memanipulasi idea tersebut dalam sistem perwakilan tertentu dan
menterjemah idea secara tepat.
Kami telah menggunakan mounting board untuk menghasilkan papan fikir kami. Ini
adalah kerana mounting board merupakan papan yang tebal, ia adalah besar dan dapat
tahan lama. Papan fikir yang telah dibina oleh kami mengandungi empat sektor dengan
tulisan Papan Fikir di tengah. Antara nama-nama yang telah dilabekan di keempat-empat
sektor adalah penceritaan, gamabr, angka ataupun simbol dan bahan konkrit.
Tema yang telah kami pilih untuk menghasilkan masalah penceritaan dan papan fikir
adalah dari Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun Satu. Tema yang kami telah
pilih ialah tambah dan tolak.
Standard kandungan yang dipilih ialah :
2.3 Tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
Standard pembelajaran yang kami telah tentukan ialah :
2.3 (i) (d) menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta asas tambah
dan tolak.
Masalah penceritaan:

Abu memiliki 5 batang pensel. Lee Chong


memiliki 3 batang pensel. Berapakah
jumlah pensel yang mereka memiliki?

Sample Papan Fikir

Papan Fikir Haylock

Saya telah membahagikan papan fikir kepada empat sektor.


Sektor 1: Penceritaan Masalah
Sektor 2: Gambar, grafik, gambar rajah
Sektor 3: Simbol matematik
Sektor 4: Bahan konkrit

Sektor 1: Penceritaan Masalah


Kami telah meletakkan penceritaan masalah di sektor yang paling atas sekali bagi
memudahkan murid untuk melihat soalan. Soalan yang diajukan melibatkan operasi tambah
bagi murid Tahun 1. Kami telah memilih soalan yang mudah bagi operasi tambah untuk
melihat keupayaan murid untuk memanipulasikan penceritaan masalah tersebut dalam
bentuk simbol matematik, bahan konkrit dan gambar.

Sektor 2: Gambar, grafik dan gambar rajah


Di bawah penceritaan masalah ialah gambar, grafik ataupun gambar rajah. Murid
dikehendaki untuk melukis gambar dengan membaca penceritaan masalah yang telah
diberi. Ini adalah bagi memudahkan murid-murid untuk visualkan ojek-objek yang telah
dinyatakan dalam penceritaan masalah.

Sektor 3: Simbol matematik


Murid akan menulis simbol matematik dengan menginterpretasikan maklumatyang terdapat
dalam sektor gambar. Murid-murid akan membuat jalan kerja mengikut langkah yang telah
diajar.

Sektor 4: Bahan konkrit


Murid-murid dikehendaki untuk menampal bahan konkrit di sektor konkrit. Ini adalah untuk
semak semula jawapan yang telah ddiperolehi dari hasil jawapan simbol matematik.

3.0 Rumusan

NAMA: NESAMANI A/P RAJA RETANAM


KUMPULAN/ UNIT: PISMP TESL SJK(C) SEM 6

REFLEKSI INDIVIDU
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pensyarah saya
iaitu Puan Raha bte Yahya. Tugasan yang saya telah menerima pada semester ini adalah
tentang membina sebuah papan fikir dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah,
operasi & pengiraan dan pengukuran .Puan Raha selaku pensyarah subjek ini, WAJ3105,
telah banyak memberi bimbingan dan idea yang bernas kepada kami agar kami dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Sebelum memulakan tugasan ini, Puan Raha
telah memberi penerangan yang amat jelas dalam kelas tentang susunan dan kandungan
tugasan. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan saya yang sudi membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Melalui melaksanakan tugasan projek ini, saya telah memperoleh banyak informasi,
maklumat dan pengetahuan mengenai literasi nombor dan topik-topik yang terkandung di
dalamnya. Antara topik yang dapat saya mengenal dengan lebih jelas adalah topik
penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan serta pengukuran. Semasa melaksanakan
tugasan projek ini, saya telah menghadapi beberapa kekangan seperti kekurangan sumber
buku rujukan bagi Literasi Nombor, sumber yand diperoleh dari internet tidak dapat
dipercayai sepenuhnya dan kekangan masa. Namun begitu, saya dapat menyelesaikan
kekangan tersebut dengan mencari alternatif lain.
Dengan menyelesaikan tugasan ini, saya telah mempelajari mengenai literasi
nombor dengan lebih mendalam. Sebelum ini walaupun saya mempunyai pengetahuan dan
cara untuk mengaplikasikan operasi matematik dalam kegunaan harian seperti membeli
barang, melihat masa, mengukur jarak dan menyukat akan tetapi saya tidak tahu strategi
dan pendekatan yang menarik untuk mengajar murid. Dengan mempelajari beberapa model
seperti Model Polya, Model Lester dan Model Haylock, saya dapat menggunakannya dalam
kelas saya bagi membantu murid untuk lebih memahami cara menyelesaikan permasalahan
matematik. Dikatakan Dalam Model Haylock, Haylock (1984) telah memperkenalkan papan
fikir ataupun dikenali sebagai think board dalam Bahasa Inggeris. Papan fikir merupakan
salah satu bahan bantu mengajar yang digunakan untuk membantu murid-murid memahami
konsep-konsep matematik dengan menggunakan grafik seperti simbol matematik, gambar
rajah dan bahan konkrit.

Melalui melaksanakan tugasan ini, saya telah memahami lebih jelas tentang kelima
lima subtopik dalam literasi nobor iaitu penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan,
pengukuran, celik ruang dan analisis dan intrepretasi data. Selain itu, saya juga telah
mempelajari cara mengaplikasikan teknik, strategi dan pendekatan untuk mengajar
numerasi di dalam kelas dengan lebih jelas.
Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara membina bahan papan fikir secara
kreatif. Saya juga mengetahui tentang objektif papan fikir iaitu bagi membantu murid
membuat perkaitan antara perwakilan Matematik iaitu secara lisan dan bertulis, melalui
gambar rajah, bahan konkrit dan simbol dalam memperlihatkan konsep-kosep matematik.
Secara tuntasnya, literasi nombor telah banyak membantu saya membuat keputusan
bijak dalam kehidupan seharian. Literasi nombor telah melatih saya dalam mengaplikasikan
strategi yang sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam kehidupan harian saya.
Walaupun kemahiran literasi nombor telah lama wujud dalam diri saya tetapi input- input
yang saya telah pelajari secara mendalam meyakinkan saya untuk menggunakan pengiraan
dan operasi matematik dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian dengan lebih
berkesan.

Rujukan
Jamaluddin Bin Harun, Noor Azran bte Atan & Norah Md Noor. (2008). Inovasi Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer.http://www.penerbit.utm.my/.
Retrieved 3 October 2015, from
http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp05.pdf

Mann, E. (2005). Mathematical Creativity and School Mathematics: Indicators of


Mathematical Creativity in Middle School Students. http://www.gifted.uconn.edu.
Retrieved 3 October 2015, from http://www.gifted.uconn.edu/siegle/Dissertations/Eric
%20Mann.pdf
Mohd Nazri bin Abdul Rahman.(2014). PEMBANGUNAN MODEL HOMESCHOOLING
BERASASKAN NILAI DAN AMALAN MASYARAKAT BAGI KANAK-KANAK ORANG
ASLI. http://studentsrepo.um.edu.my/. Retrieved 3 October 2015, from
http://studentsrepo.um.edu.my/4716/1/Mohd_Nazri_Bin_Abdul_Rahman_(PHA_110025
).pdf
Tuzana Bt Mohamad. (2015). Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid
Linus Tegar Dalam Kemahiran Membaca Kvkv. http://eprints.usm.my/. Retrieved 3
October 2015, from
http://eprints.usm.my/29024/1/KEBERKESANAN_MODUL_BACAAN_BERGRED_BAGI
_MEMBANTU_MURID_LINUS_TEGAR_DALAM_KEMAHIRAN_MEMBACA_KVKV.pdf

Anda mungkin juga menyukai