Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI

GOTONG ROYONG AKTIVITI CARI DAN MUSNAH


2014

TARIKH

21 JULAI 2014

MASA

8.30 pagi

TEMPAT

SK. PASIR KUBU

KEHADIRAN :

61/63

Pendidikan Pencegahan Denggi merupakan salah satu cara untuk memberi


kesedaran tentang bahayanya demam denggi. Selain itu ia dapat menjadikan murid
sebagai agen perubahan terhadap pembiakan nyamuk Aedes disamping dapat
mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, kondusif serta bebas
pembiakan nyamuk Aedes.
21 Julai, hari Isnin, taklimat serta penerangan bahayanya demam denggi
disampaikan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Murid sebagai mengisi slot perhimpnan
pada hari tersebut. Murid-murid didedahkan dengan terperinci berkaitan demam
dengan nyamuk Aedes, pembawa virus denggi. Walaupun murid-murid pernah
didedahkan dengan penyakit demam denggi ini, perhimpunan ini membawa sedikit
kelainan dengan menjalankan aktiviti gotong royong selepas taklimat di
perhimpunan tersebut.
Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon-zon
yang telah ditetapkan.Setiap kumpulan akan diiringi oleh guru pembimbing masingmasing dengan dibantu oleh pekerja swasta sekolah. Berikut adalah pembahagian
kumpulan berdasarkan zon-zon yang telah ditetapkan:
Bil
1
2
3
4

Zon
Zon A ( Kantin dan blok B )
Zon B ( Padang )
Zon C ( Blok A dan Pra Sekolah )
Zon D ( Dataran Kejat dan Pagar Arah
Selatan )

Kumpulan
Tahun 1 dan Tahun 6
Tahun 2 dan Tahun 5
Tahun 3 dan Tahun 4
Pengawas sekolah.

Tepat 8.30 pagi, murid-murid bergerak kea rah zon masing-masing


berbekalkan peralatan seperti tong sampah, sarung tangan dan peralatan yang
difikirkan sesuai. Beberapa tempat tumpuan diberi keutamaan seperti kawasan
longkang, pasu bunga dan kawasan bertakung yang lain. Guru pengiring akan
memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti yang sedang dijalankan serta tipstips berguna kepada murid-murid supaya dapat dilaksanakan serta diamalkan di
luar sekolah.
Setelah aktiviti gotong royong dijalankan, murid-murid berkumpul semula di
kantin sekolah untuk mendapatkan maklum balas daripada gotong royong yang
telah dijalankan. Murid-murid disarankan agar mengambil berat mengenai hal ini
supaya tidak dijangkiti oleh penyakit demam denggi serta menurunkan peratus
penghidap demam denggi.
Program ini akan dilaksanakan pada masa akan datang serta akan
dimasukkan dalam takwim sekolah sebagai acara wajib dilaksanakan pada masa
akan datang. Aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebut telah Berjaya
memberi kesedaran murid mengenai bahayanya demam denggi.

Disediakan Oleh ;

..
( PN. NORHAYATI BINTI ABDUL RAZAK )
Penyelaras Program 3K

Disahkan Oleh ;

..
( EN. ABDUL RAHMAN BIN SHAID @ SHUIB )
Guru Kanan Hal Ehwal Murid

LAMPIRAN BERGAMBAR

A . Ucapan Guru Besar / Perhimpunan Mingguan

B. Taklimat dari Guru Kanan Hal Ehwal Murid / Pembahagian Kumpulan

C. Aktiviti Gotong Royong

Anda mungkin juga menyukai