Anda di halaman 1dari 26

SMA DARUSSAADAH

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR MANTEE DALAM


PENCAPAIAN MURID BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK

KUMPULAN SASARAN:MURID TINGKATAN LIMA

DISEDIAKAN OLEH:
NUR AQILAH BINTI RAMLI
KETUA PANITIA MATEMATIK

ISI KANDUNGAN
BIL ITEM
1.0

MUKA SURAT

Pengenalan

1.1 Definisi Istilah

2.0

Masalah Kajian

1-2

3.0

Rasional Kajian

4.0

Objektif Kajian

2-3

4.1 Objektif umum


4.2 Objektif Khusus
5.0

Kajian Lepas

2
3
3
3
4
5-6

6.0

Metodologi

7.0

Perancangan Tindakan

8.0

6-7
7

7.1 Perlaksanaan kepada Ibu Bapa

7-10

7.2 Perlaksanaan kepada Pelajar

11-16

7.3 Perlaksanaan kepada Guru

16-21

Jadual Perlaksanaan
Bibliografi

22
23-24

1.0 PENGENALAN
Program Mentor Mentee ini adalah salah satu inisiatif bantuan bimbingan terhadap murid
yang dirancang oleh panitia Matematik dan akan berjalan selama enam bulan sebelum
peperiksaan SPM. Ianya adalah khusus untuk murid-murid Tingkatan 5.
Program ini dirancang untuk cuba mengatasi masalah atau kelemahan murid di sekolah.
Dengan adanya program ini, guru akan lebih dekat untuk mendalami dan cuba untuk
memahami masalah murid secara lebih menyeluruh. Bilangan kawalan guru ke atas murid
yang lebih kecil sudah pasti akan dapat merealisasikan tujuan sebenar program Mentor
Mentee ini. Pengisian bagi setiap perjumpaan di susun atur dengan perkara-perkara yang
sememangnya dirancang untuk kebaikan murid.
Kejayaan murid adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi sesebuah sekolah. Bagi
memastikan kejayaan ini, pelbagai usaha perlulah dilakukan. Pengorbanan guru merupakan
peranan yang amat penting bagi memastikan segala yang dilakukan adalah untuk membantu
meningkatkan prestasi murid terutamanya bagi mereka yang lemah. Di antara alternatif yang
diambil ialah dengan mewujudkan hubungan yang baik di antara guru dan murid yang
dikenali sebagai Program Mentor Mentee. Guru merupakan seorang Mentor yang akan
membimbing murid iaitu sebagai Mentee berdasarkan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan untuk lebih mengenali Mentee secara lebih menyeluruh. Kesediaan dan usaha
Mentor merupakan titik utama dalam mencari dan membantu Mentee mengatasi kelemahan
mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Panitia Matematik amatlah mengharapkan agar usaha ini akan mendatangkan kebaikan
kepada semua yang terlibat dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

1.1 DEFINISI ISTILAH

Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di
United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan
Kanada, dan bekas koloni British (wikipedia).

2.0 MASALAH KAJIAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah
yang terletak di Selangor. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah
kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah
sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun.

Mereka tidak menyedari kepentingan bahasa tersebut. B.I merupakan mata pelajaran yang
amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia
perlu di aplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.
Kajian ini dibuat kerana mendapati gred pencapaian pelajar lulus di dalam mata
pelajaran B.I bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50% kepada 40% sahaja.

3.0 RASIONAL KAJIAN

Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran
yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia
akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat
universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya
pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak
langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua
syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek
Men Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan
memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini
dibuat secara rasionalnya dapat membantu panitia Matematik dalam membendung masalah
ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat 2 jenis objektif di dalam kajian ini iaitu objektif umum dan objektif khusus.

4.1 Objektif Umum :


Meningkatkan pencapaian akademik B.I di tingkatan 2 Silikon

4.2 Objektif Khusus:


a) Mengenal pasti punca kejatuhan pencapaian akademik B.I di kelas 2Silikon
b) Membantu memberikan pengetahuan kepada ibubapa tentang penekanan terhadap
akademik anak-anak iaitu pelajar 2 Silikon bagi mata pelajaran B.I
c) Memberi kesedaran motivasi kepada pelajar tentang mata pelajaran B.I
d) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran & pembelajaran yang sedia
ada guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta
kaedah yang baru.

5.0 KAJIAN LEPAS

Kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa sebahagian besar pelajar gagal
menguasai B.I dengan baik, khususnya pelajar-pelajar Melayu luar bandar (Tengku
Razaleigh,2004). Melalui kajian dapat dikenalpasti bahawa beberapa faktor seperti keluarga,
motivasi dan guru itu mempengaruhi tahap pencapaian B.I yang baik dikalangan pelajar.

5.1 Faktor guru yang mempengaruhi pencapaian B.Inggeris


Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar
dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang
bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru
memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan

mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik.
Di samping itu, (Kamaruddin, 1989) menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan
itu memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan dalam mempelbagaikan kaedah, teknik
dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan kajian yang
dijalankan oleh Sinari (2003), sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru
yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, dan aktiviti
yang dijalankan dalam pengajarannya.

Kajian oleh Blair (1998)

mendapati pendekatan pengajaran guru yang pelbagai

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajara serta akan
mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap gurunya. Hal ini disokong oleh Tajul Ariffin
(1998) yang menyatakan, guru yang sering menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama
akan menyebabkan responden rasa bosan terhadap pengajaran guru. Namun begitu, Jumrang
(2004) menyatakan , proses penyampaian dan pengajaran guru tidak akan berjalan dengan
lancar jika penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru tidak dapat difahami oleh pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ini

kerana membawa kepada masalah

pembelajaran kepada pelajar tersebut


Di samping itu, bahan bantu mengajar yang digunakan guru juga dalam B.I juga dapat
menarik minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memotivasikan
mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan bermakna. Hal ini disokong
Kamaruddin (1986), daya tarikan sesuatu pengajaran bergantung kepada kemahiran mengajar
dan kaedah guru. Ini sejajar dengan Mok Soon Sang (1995) yang menyatakan penggunaan
bahan bantu mengajar dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pelajar dalam
aktiviti pembelajaran. Abdul Rahim (1984) dalam kajiannya menyatakan bahawa kesediaan
seseorang guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru yang sentiasa bersedia untuk mengajar sesuatu pelajaran
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding
guru yang tidak bersedia. Tunjuk ajar daripada guru amat penting bagi membimbing pelajar
dan membolehkan pelajar tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru akan
membuat pengulangan terhadap perkara yang telah dipelajari untuk membolehkan ingatan
pelajar terhadap matapelajaran lebih kekal lama, Sinari (2003). Abdul Rahim (1984)
berpendapat bahawa penerangan yang berulang kali oleh guru menyebabkan pelajar akan

lebih cenderung mengingatinya dalam jangka masa yang lama serta mengukuhkan lagi
pemahaman pelajar.

5.2 Faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris


Hassan (1996) dalam kajiannya mendapati,sokongan, dorongan dan keyakinan diri
yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga akan menjadi satu kekuatan dan motivasi bagi
responden untuk memajukan diri. Manakala kajian oleh Fraser (1987) pula mendapati,

dorongan dan bimbingan terhadap responden akan menyebabkan pelajar

sentiasa

bersungguh-sungguh meningkatkan lagi prestasi akademik mereka. Majoriti ibu bapa


responden menyediakan kemudahan pembelajaran kepada responden. Ini bagi memudahkan
pelajar membuat rujukan serta mengulangkaji pelajaran. Penglibatan ibu bapa bukan sahaja
setakat memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak bahkan ia juga turut disertakan
dengan bantuan material contohnya menyediakan kelengkapan pembelajaran seperti buku
rujukan, buku latihan, dan sebagainya.
Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua
dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar
yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas B.I yang lemah. Ini
kerana mereka tidak didedahkan dengan penggunaan B.I serta tidak digalakkan menggunakan
bahasa tersebut dan keluarga lebih menekankan kepada bahasa ibunda dalam komunikasi
harian Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja tidak mungkin
dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan
pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Namun begitu hal ini tidak berlaku
kerana, keluarga tidak menitikberatkan penggunaan B.I dalam aktiviti harian dan
menganggap subjek ini sesuatu yang sukar. Oleh itu, keluarga tidak memberi galakan kepada
anak-anak.
Tarmizi (2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan B.I
di kalangan pelajar adalah pengetahuan asas bahasa ini di peringkat sekolah . Di samping itu,
responden yang lemah pengetahuan asas B.I di peringkat sekolah adalah sukar untuk
menguasai bahasa tersebut (Jumali, 1992). Ini kerana pelajar tidak didedahkan dengan B.I

semenjak sekolah rendah dan mereka tidak diberikan galakan atau motivasi untuk belajar B.I
oleh ibu bapa atau keluarga. Sementelah ibu bapa juga tidak mempunyai pengetahuan dalam
B.I dan mereka tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingannya.

5.3 Faktor motivasi yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris


Motivasi merupakan keadaan dalaman yang mendorong seseorang bersungguhsungguh untuk mencapai matlamat, Maarof (2004). Eh Meng (1992) menyatakan bahawa
persekitaran yang baik dan memberangsangkan akan memberikan bermotivasi kepada

pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Suasana bilik darjah yang tenang dan
selesa penting bagi sesuatu pembelajaran yang optimum dan berkesan. Selain itu, Ibrahim
(1995) dalam kajian yang dijalankan mendapati, pembelajaran berkesan disebabkan oleh
faktor persekitaran yang menyenangkan dan dikenalpasti bahawa tempat belajar adalah
penting dalam memulakan aktiviti pembelajaran. Penyediaan tempat belajar sistematik
penting kerana mempengaruhi pembelajaran. Persekitaran yang selesa membolehkan proses
pembelajaran berlaku. Suppiah (2008) menyatakan guru perlu memberikan motivasi secara
entrinsik dan intrinsik kepada pelajar bagi menggalakkan dan meningkatkan keinginan untuk
terus pelajar. Motivasi ini seperti tanda-tanda pujian yang merangkumi bintang, tanda merah,
gred dan pengiktirafan yang dapat memotivasikan pelajar.

6.0 METODOLOGI

Hasil daripada pemerhatian terhadap data rekod keputusan ujian pertengahan tahun
tingkatan 2 Silikon, mendapati bahawa hanya segelintir pelajar memperolehi keputusan yang
sederhana dan selebihnya gagal. Oleh sebab itu, satu kajian akan dijalankan bagi
mengenalpasti faktor yang menyumbangkan kepada pencapaian B.I yang tidak memuaskan
dan seterusnya langkah mengatasi masalah kajian.

Kajian yang di lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu. Sekolah


yang dipilih merupakan populasi pemyelidikan kami. Populasi menurut Ahmad Mahdzan
(1989) berpendapat bahawa populasi ini boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan unsur atau
benda yang menjadi kajian kita. Selain itu, setiap unsur atau elemen ini boleh digunakan
untuk dijadikan sebagai sampel kajian.manakala sampel pula merujuk kepada sekumpulan
kecil unsur yang telah diambil dari rangka persempelan atau dengan kata lain sampel ini
mewakili sesuatu populasi daripada sebarang tinjauan. Oleh itu, di sini jelas menunjukkan
bahawa sampel bagi kajian kami ialah melibatkan semua pelajar tingkatan 2 Silikon.
Kajian yang dilakukan ini akan melibatkan pengagihan soal selidik kepada setiap
pelajar tingkatan 2 Silikon iaitu melibatkan seramai 30 orang pelajar. Didapati bahawa soal
selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan kerana ia boleh digunakan untuk soalan-

soalan yang berbentuk sensitiviti. Menurut Mohd Majid Konting (1990), soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya.
Soalan soal selidik dibina berdasarkan 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Soalan di bahagian A lebih tertumpu kepada soalan untuk melihat latar belakang
pelajar. Manakala Bahagian B pula bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan,
keberkesanan dan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di gunakan oleh guru tersebut.
Serta melihat kesedaran para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris. Bagi soalan jenis
ini, penggunaan skala pengukuran yang sesuai ialah dengan menggunakan skala Likert 5
mata (5 = sangat tidak setuju, 4 = setuju, 3= kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat
tidak setuju). Penggunaan skala jenis ini amat sesuai di gunakan kan untuk melihat sikap
pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pengagihan soal selidik itu akan mengambil masa
lebih kurang 30 minit semasa proses pengajaran guru Bahasa Inggeris tersebut berlangsung.
(Rujuk Lampiran 1)
Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kuantitatif (Min, mod,
median) iaitu untuk menilai pencapaian para pelajar melalui ujian bulanan dan ujian
pertengahan tahun. Selain itu hasil kajian juga akan di analsis dengan menggunakan analisis
demografi (Microsoft Exel) . Analisis jenis ini digunakan untuk melihat gambaran secara
keseluruhan tentang maklumat peribadi pelajar kelas berkenaan.

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN


7.1 PERLAKSANAAN KEPADA IBU BAPA

Bagi membantu para pelajar tingkatan 2 Silikon menguasai B.I. Ibu bapa perlu
bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka berminat untuk belajar matapelajaran ini.
Ibu bapa merupakan model teladan yang terbaik untuk anak-anak mencontohinya. Oleh itu,
peranan ibu bapa amat penting bagi membantu anak-anak menguasai matapelajaran B.I
Antara langkah-langkah yang dikenalpasti bersesuaian dengan peranan ibu bapa dalam
mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan program seperti seminar dan perjumpaan
berperingkat. Program ini dapat memberi peluang kepada guru-guru berjumpa dengan ibu

bapa serta dapat bekerjasama bagi membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran
terutamanya penguasaan B.I.

7.1a Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa Inggeris
Dalam hal ini program bersama ibu bapa melalui PIBG akan dilaksanakan bagi
memberi motivasi kepada ibu bapa bagi membantu anak-anak untuk menguasai B.I. Antara
program yang akan dijalankan adalah Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak
Untuk Belajar Bahasa Inggeris. Seminar ini akan mengambil masa selama sehari. Ia
bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 ptg bertempat di Dewan Sek Men Selayang
Bharu. Dalam Seminar ini Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari
Fakulti Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia akan dipanggil untuk menerangkan
langkah-langkah yang terbaik bagi membantu anak-anak untuk belajar B.I.
Bagi mengalakkan ibu bapa menghadiri seminar ini, jamuan akan disediakan pada
waktu pagi, tengah-hari dan petang. Selain itu, saguhati akan diberikan kepada setiap ibu
bapa yang hadir. Cabutan bertuah juga akan dibuat semasa sesi terakhir seminar ini. Ia
bertujuan agar ibu bapa dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam seminar ini dan
bekerjasama dengan penceramah bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar
serta informasi yang diperolehi dari seminar tersebut dapat digunakan dalam membantu anak-

10

anak untuk menguasai B.I. Jadual dibawah ini menunjukan anggaran belanjawan bagi
seminar ini serta tentatif program yang akan dilaksanakan.
ANGGARAN BELANJAWAN SEMINAR

ITEM

RM

1. Jamuan Makan
Pagi
Tengah-hari
Petang

50.00
150.00
50.00

2. Cenderahati Kepada Penceramah

50.00

3. Saguhati Kepada Ibu bapa (30 keluarga x

150.00

RM 5)
4. Hamper (cabutan Bertuah)
Total

50.00
500.00

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi:

Pendaftaran / Ketibaan Para ibu bapa

8.30 pagi:

Majlis Perasmian

11

Bacaan Doa

Ucapan Pengetua Sek Men Keb Selayang Bharu

Ucapan pengerusi PIBG

9.00pagi:

Minum Pagi

9.30pagi:

Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa


Inggeris Oleh Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari
Fakulti Kaunselling Universiti Kebangsaan Malaysia.

12.30t/hari:

Jamuan makan tengahari/ Sembahyang Zohor

2.00 ptg:

Seminar Disambung

4.00ptg:

Minum Petang

4.30ptg:

Majlis Penutup

Penentuan Cabutan Bertuah

Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah

Penyampaian Saguhati Kepada Ibu bapa

7.1b Perjumpaan Berperingkat

Selain itu, perjumpaan berperingkat akan dilakukan bertujuan untuk mengetahui


apakah yang telah dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka. Ibu bapa dapat
berbincang dengan guru mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini guru
dapat memberi jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Perjumpaan
antara guru dan ibu bapa ini akan dilaksanakan dua bulan sekali iaitu seminggu selepas
seminar yang telah dilaksanakan. Sebanyak 3 kali perjumpaan akan dilaksanakan oleh guru
untuk menjayakan program ini iaitu. Perjumpaan yang yang kerap dapat menjalin hubungan
yang baik antara kedua-dua pihak seterusnya perbincangan dapat dilakukan dengan lebih

12

baik. Setiap perjumpaan guru akan melihat apakah yang telah ibu bapa lakukan dalam masa
dua bulan untuk membantu anak-anak mereka, kemudian guru akan memberi idea-idea yang
bernas untuk ibu bapa laksanakan dirumah. Selain itu, guru akan menilai adakah langkahlangkah yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya. Jika tidak perjumpaan seterusnya akan
dilaksanakan sehingga langkah-langkah yang dilaksanakan berjaya.

7.1c Anugerah Ibu bapa Cemerlang


Anugerah ibu bapa cemerlang juga akan dilaksanakan bagi menggalakkan mereka
prihatin terhadap anak-anak mereka dalam menguasai matapelajaran ini. Anugerah ini akan
mengambil kira bagaimana ibu bapa mengurus anak-anak mereka untuk belajar B.Inggeris.
Antara perkara yang akan dilihat ialah masa pembelajaran di rumah, adakah masa yang
disediakan cukup untuk mereka belajar. Selain itu, alat yang digunakan untuk membantu
anak-anak belajar contohnya membeli buku, majalah, surat khabar atau movie yang
berbahasa inggeris. Penentuan kepada ibu bapa cemerlang akan dinilai dengan memberi ujian
kepada anak-anak mereka. Sekiranya anak mereka menunjukan prestasi yang cemerlang
dalam ujian tersebut maka ia akan dinilai dalam penentuan tersebut. Anugerah ini akan
diberikan selepas keputusan peperiksaan akhir pelajar. Ia akan diberikan semasa perhimpunan
sekolah. Hadiah untuk anugerah tersebut terdiri daripada sijil penghargaan dan hamper.

7.2 PERLAKSANAAN KEPADA PELAJAR

Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tingkatan 2 Silikon merupakan pelajar
yang lemah di dalam mata pelajaran B.I . Bagi meningkatkan motivasi di kalangan pelajar,
pelbagai aktiviti telah disarankan. Ia termasuklah :

7.2a Menjalankan Kem Motivasi Pengukuhan Bahasa Inggeris


Program utama yang akan dilakukan bagi meningkatkan motivasi para pelajar ialah
melalui program kem motivasi. Kem ini diadakan di Kem Motivasi Hulu Langat, Ulu Yam,
Selangor. Ia memakan masa selama 3 hari 2 malam dan program ini akan di jalankan
13

bermula pada hari Jumaat. Terlebih dahulu, kebenaran memohon pelepasan kelas pada hari
Jumaat akan dilakukan supaya proses perlaksanaan berjalan dengan lancar.
Pengelolaan keseruluhan program akan di lakukan oleh kumpulan penyelidik dan di
bantu oleh guru-guru yang mengajar tingkatan 2 Silikon. Mereka juga akan bertindak sebagai
pemantau atau fasilitator bagi program berkenaan. Manakala sesi ceramah pula akan
disampaikan oleh penceramah pengajian Bahasa Inggeris Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif
merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

Bagi mendorong penyertaan para pelajar pula, tiada cas bayaran akan di kenakan termasuk
tajaan makan dan minum mereka. Kesemua kos aktiviti di tanggung oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN


Aktiviti / Kegunaan
Tempat tinggal (rumah

Anggaran kos (RM)

Total (RM)

10 bilik x RM 25 x 3 hari

= 750.00

1 unit x RM 150 x 3 hari

= 450.00

tumpangan)
Pengangkutan ( Bas )
Makanan :
Sarapan pagi

RM 150 x 2 hari

Tengah hari

RM 200 x 3 hari

Minum Petang

RM 70 x 3 hari

Makan malam

RM 200 x 2 hari

= 1,510.00

RM 150 x 3 hari

= 450.00

Upah penceramah
Cenderahati :
Penceramah

RM 50 x 1 unit

Guru-guru

RM 30 x 5 unit

Lain-lain Belanja

= 200.00
= 500.00

14

TOTAL

RM 3, 860.00

Berdasarkan jadual diatas, di anggarkan perbelanjaan yang akan terlibat ialah sebanyak
RM 3,860.00. Lain-lain belanja merujuk kepada perbelanjaan yang tidak di duga. Selain itu,
bagi penginapan pelajar pula mereka akan ditempatkan Kem Motivasi Hulu Langat, Hulu
Yam,Selangor sebagai lokasi pilihan program. Perjalanan akan memakan masa selama 2 jam
30 minit dari Selayang Bharu, maka bas akan disewa untuk mengangkut pelajar ke kem
berkenaan. Ceramah yang diberi pula lebih berkisarkan bagaimana cara untuk meningkatkan
pemahaman terhadap mata pelajaran berkenaan serta memberi pendedahan tentang cara
belajar bahasa inggeris dengan berkesan. Di dalam program berkenaan, pelajar juga akan
diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses pemerhatian dan
membimbing pelajar berkenaan.

7.2b Menjalankan Program Minggu Bahasa Inggeris


Langkah kedua untuk meningkatakan motivasi pelajar ialah dengan menjalankan Minggu
B.I. Minggu bahasa ini dijalankan bertujuan bagi melatih pelajar supaya belajar untuk
bercakap atau menggunakan perkataan B.I pada hari yang telah di tetapkan iaitu pada hari
rabu. Bagi memudahkan proses pemahaman dan penerimaan pelajar, program ini akan
bermula dari bawah iaitu bermula dengan penggunaan perkatan dan seterusnya apabila
mereka telah fasih, mereka akan menggunakan B.I dalam pertuturan. Jika mereka gagal untuk
berbuat demikian, mereka akan di denda. Denda yang di kenakan itu ialah berbentuk
pembinaan ayat di dalam B.I. Sebagai contohnya jika Ali gagal untuk menggunakan
perkataan B.I pada hari Rabu maka denda yang akan di berikan ialah Ali terpaksa
menggunakan satu perkataan dasar dan kemudiannya akan membetuk ayat. Konsep denda itu
boleh di lakukan pada hari lain semasa kelas B.I tersebut. Kaedah ini boleh dilakukan semasa
proses pengajaran B.I berlangsung pada hari rabu dan ia boleh di panjang selepas waktu
pengajaran iaitu boleh mengaplikasikan penggunaan B.I semasa berjumpa guru bahasa
tersebut di luar bilik darjah pada hari berkenaan. Situasi dan kitaran pembelajaran tersebut
boleh diterangkan seperti berikut:

15

Jika berjaya

Denda :
Membuat ayat dengan
menggunakan kata dasar

Jika gagal

Carta Aliran penggunaan BI


7.2c Menyediakan sudut bacaan dan rujukan B.Inggeris di dalam kelas

Bagi menarik minat pembacaan para pelajar, sudut bacaan B.I akan di sediakan di satu
sudut di dalam bilik darjah. Selain itu juga bahan rujukan seperti kaedah menulis esei B.I,
grammar dan vocabulary di sediakan. Bahan bacaan ini akan di sediakan dan akan di berikan
secara percuma kepada kelas berkenaan. Pemilihan bahan ini di lakukan bersesuaian dengan
tahap IQ dan penerimaan mereka terhadap B.I. Bagi menarik minat pelajar berkenaan, teknik
pemilihan buku adalah termasuk reka bentuk, gambar rajah, ataupun carta yang mempunyai
kritria yang menarik seperti teknik warna yang menarik selain mementingkan aspek bahan
yang mudah di fahami oleh mereka. Penyediaan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan kamus
Inggeris-Inggeris juga akan disediakan bagi memudahkan mereka untuk membut rujukan.
Anggaran kos kasar bagi membeli buku-buku tersebut ialah sebanyak RM 300.00.

7.2d Mengadakan aktiviti Pop Kuiz dan Uji Minda

Aktiviti pop kuiz dan uji minda akan di adakan bagi menguji keberkesanan pemahaman
mereka terhadap mata pelajaran B.I. Aktiviti ini boleh di jalankan sebelum atau semasa sesi
pengajaran B.I berlaku. Kuiz dan ujian ini akan disoal dan dengan menggunakan BI. Bentuk
soalan yang di ajukan mestilah berlandaskan modul matapelajaran berkenaan dan ia mestilah
menggunakan ayat-ayat B.I mudah bagi mempercepatkan

proses pemahaman pelajar

terhadap soalan yang di berikan. Selain itu, guru mestilah memastikan bahawa soalan yang

16

diberikan adalah berkisarkan pengajaran yang telah lepas. Ini bagi mengurangkan aspek
lupaan murid-murid berkenaan terhadap pelajaran yang telah diajar. Aktiviti pop kuiz dan uji
minda ini akan berlansung kira-kira 15 minit sahaja, kemudian guru berkenaan boleh
memulakan sesi pengajaran seperti biasa.
7.2e Mengadakan pertandingan mengarang esei
Pertandingan mengarang esei B.I juga boleh dilakukan. Pertandingan ini boleh
diadakan semasa sesi pengajaran berlangsung. Tajuk-tajuk yang dipilih mestilah berkaitan
dengan isu semasa dan ia boleh di aplikasikan di dalam matapelajaran B.I kertas 2.
Pertandingan ini akan di adakan setelah mendapti terdapat peningkatan penguasaan B.I di
kalangan pelajar. Sekirannya keadaan ini beerlaku, maka pertandingan mengarang esei B.I ini
boleh dilakukan sebulan sekali. Bagi menggalakan peserta menyertai aktiviti ini, hadiah akan
di berikan. Hadiah yang diberikan ialah berbentuk pemberian buku rujukan bahasa inggeris.
Anggaran kos bagi membeli buku rujukan ialah seperti berikut :-

ANGGARAN KOS
Perkara
Pembahagian hadiah:
Tempat pertama
Tempat kedua
Tempat ketiga
TOTAL

Anggaran Kos Perbelanjaan


Sumbangan buku rujukan Bahasa
Inggeris bernilai :
RM 50.00
RM 30.00
RM 20.00
RM 100.00

Pemberian hadiah ini, di harapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi
para pelajar supaya lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang
lebih baik di dalam mata pelajaran B.I kelak. Selain itu, diharapkan semua saranan aktiviti ini
akan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi meningkatkan peratusan pencapai

17

matapelajaran B.I ini seterusnya di harapkan agar penggunaan bahasa ini dapat diaplikasikan
oleh setiap pelajar apabila mereka sudah melangkah ke alam pekerjaan kelak.

7.3 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPADA GURU


Bagi meningkatkan pencapaian akademik Bahasa Inggeris bagi tingkatan 2 Silikon,
peranan guru amat penting dalam membantu pelajar cenderung untuk belajar subjek ini
seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
7.3a Seminar Motivasi
Kami telah menyediakan beberapa rancangan program yang akan di laksanakan
sepanjang sesi kajian di buat. Program pertama yang akan dijalankan terlebih dahulu ialah
seminar motivasi yang bertajuk Peranan Guru Dalam Pendidikan Bahasa Inggeris. Di
sebabkan guru B.I hanya seorang, maka kami telah merancang bahawa kesemua guru B.I di
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu wajib menghadiri seminar yang diadakan
pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan De Palma Inn
Resort,Selangor. Keadaan Ini kerana untuk memberi motivasi serta lebih input dan
membangkitkan semangat guru-guru dalam mempertingkatkan usaha dalam pendidikan B.I.
Kami telah menjemput 2 orang panel iaitu :
1. Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti
Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.
2. Profesor Madya Dr Shameem Rafik Khan merupakan pensyarah Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.
Seminar ini akan dijalankan selama satu hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Segala
modul akan disediakan oleh panel itu sendiri sesuai dengan informasi peranan guru dalam
pendidikan B.I terkini.
Melalui seminar ini, guru-guru akan lebih sedar betapa pentingnya inisiatif guru itu
sendiri dalam mendidik pelajar dalam subjek tersebut. Secara tidak langsung guru-guru akan

18

tingkatkan usaha mereka untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini dengan
apa jua cara sekalipun.
Di akhir sesi seminar ini, kami akan mengadakan sesi soal-jawab supaya guru-guru akan
lebih sedar dan memahami konteks guru dalam pendidikan Bahasa Inggeris itu sendiri.

ANGGARAN KOS PROGRAM


BIL

BUTIRAN BELANJAWAN

JUMLAH ANGGARAN KOS


(RM)

BAYARAN PANEL UNTUK 3 ORANG

TEMPAT PROGRAM

750

PERSEGARAN (MAKANAN)

500

JUMLAH

1000

2250

7.3b Kursus Information Technology Communication

Kami akan menjalankan satu kursus pada hari Sabtu sebanyak sekali setiap sebulan
selama 2 bulan di sekolah tersebut. Kursus ini melibatkan semua guru Bahasa Inggeris di

19

sekolah tersebut. Kursus ini akan diadakan di sekolah kerana memudahkan guru-guru untuk
menghadiri kursus tersebut.
Kami akan menjemput dua orang yang mahir dalam teknologi maklumat dari Fakluiti
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia iaitu:
1. Dr.Norwati Binti Tapah
2. Dr.Abu Bakar Bin Md Sultan
Kursus latihan ICT akan bermula pada pukul 9.00pagi hingga 12.00 tengahari iaitu
selama 3 jam bagi satu sesi. Modul yang akan di ajar adalah seperti berikut:

Power point

3D

Grafik dan Animasi

Movie Maker

Audio

Flash

Modul ini akan di ajar dengan detail oleh tenaga pengajar dan guru-guru akan di uji
melalui hasil kerja yang di buat oleh guru tersebut secara individu. Melalui kaedah ini,
pengajar dapat mengenalpasti kelemahan guru tersebut dan dapat mempertingkatkan
kemahiran dan pengetahuan mereka. Untuk menarik minat guru supaya berusaha
bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik ICT, pihak kami akan menyediakan
hadiah kepada guru yang berjaya mendapat markah yang paling tinggi. Dengan cara ini,
secara tidak langsung guru akan mempraktikkan kemahiran ICT yang ada dalam P&P
mereka.
Selepas tamat kursus tersebut, kami akan memberikan Sijil Kursus Information
Communication Technology (ICT) kepada guru-guru tersebut. Selepas sebulan program ini
selesai, kami akan kembali semula ke Sek Men Keb Selayang Bharu untuk mengetahui
sejauh mana kaedah ICT tersebut berkesan dalam menarik minat pelajar atau pun tidak.

20

ANGGARAN KOS PROGRAM


BIL

BUTIRAN BELANJAWAN

JUMLAH ANGGARAN KOS


(RM)

BAYARAN UNTUK 2 ORANG PENGAJAR

2800

KOS PERALATAN

1000

KOS HADIAH DAN CENDERAHATI


JUMLAH

500
4300

7.3c Penyampaian Anugerah Guru ICT


Kaedah seterusnya yang akan kami laksanakan ialah penyampaian anugerah guru
kreatif dan inovatif dalam P&P. Program ini akan dilaksanakan pada hari Isnin iaitu semasa
perhimpunan pagi. Ini adalah untuk menarik minat guru-guru dalam menggunakan kaedah
teknologi dalam P&P mereka. Secara tidak langsung, objektif kami yang paling utama iaitu
meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris akan tercapai kerana minat pelajar dapat dipupuk
dari semasa ke semasa. Pemerhatian akan dilakukan selepas dua minggu anugerah ini
dijalankan samada guru-guru B.I semakin menggunakan ICT dalam proses P&P mereka atau
tidak.

ANGGARAN KOS PROGRAM


BIL

BUTIRAN BELANJAWAN

JUMLAH ANGGARAN KOS


(RM)

21

KOS PUBLISITI

200

KOS PERALATAN

150

KOS HADIAH DAN CENDERAHATI

200

JUMLAH

550

7.3d Program Mentor Mentee


Program ini di jalankan untuk mambantu pelajar menyelesaikan masalah yang di
hadapi dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Dengan program ini bimbingan yang sempurna
kepada setiap aspek kecerdasan dan potensi pelajar dalam B.I.
Program ini akan melibatkan 6 orang guru B.I di sekolah tersebut dan 30 orang
pelajar 2 Silikon. Seorang guru akan menjadi mentor kepada 5 orang mentee iaitu pelajar
tersebut. Dalam Program ini akan dijalankan bermula pada hari Isnin hingga Khamis setiap
minggu. Pelajar akan dipanggil untuk berjumpa dengan mentee masing-masing setiap hari
mengikut jadual masa

kosong mentee mereka. Panggilan sebagai mama bagi guru

perempuan dan papa bagi guru lelaki ditetapkan bagi menerapkan keakraban di antara
mereka. Melalui program ini, mentor akan bertanya secara terperinci tentang minat dan
kefahaman pelajar terhadap B.I.
Setiap mentor pula hendaklah menyumbangkan sebuah Kamus Oxford kepada pelajar
tersebut untuk memudahkan mereka mencari maksud perkataan Bahasa Inggeris dalam
Bahasa Melayu yang akan dibekalkan oleh kami di rumah. Ini adalah kerana majoriti pelajar
tidak mampu untuk membeli kamus tersebut. Ini adalah kerana latar belakang keluarga yang
miskin.
Secara tidak langsung program ini akan memupuk minat, perasaan ingin tahu dan
bakat mengikut kemampuan pelajar. Selepas mentee memberitahu sedikit sebanyak tentang
masalah pembelajaran dalam B.I, mentor pula akan memberi nasihat dan respon serta
bimbingan kepada mentee tersebut. Sepanjang program berlansung peranan guru atau mentor
amat penting dalam memberi tunjuk ajar yang baik supaya pelajar mudah faham mata
pelajaran ini dan seterusnya menarik perhatian mereka untuk belajar subjek ini dengan tekun.

22

Selepas 2 minggu program ini tamat dan kami akan sekali lagi pergi ke sekolah
tersebut untuk membuat pemerhatian tanpa pengetahuan pelajar 2 Silikon samada mereka
lebih berminat untuk belajar subjek ini atau sama sahaja seperti sebelum ini.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BULAN DAN TAHUN


BIL PERKARA

2010
5

9 10 11 12

2011
1

1 Mesyuarat Jawatankuasa
2 Penulisan kertas cadangan
3 Mesyuarat perancangan
4 Mesyuarat pembinaan ujian pro/pos
5 Pelaksanaan ujian pra
6 Memproses data ujian pra
7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian
8 Perlaksanaan pemerhatian
9 Analisis data ujian pro dan pemerhatian

23

Mesyuarat perancangan edaran borang soal


10 selidik
11 Pelaksanaan edaran borang soal selidik
12 Analisis data borang soal selidik
13 Pelaksanaan ujian pos
14 Refleksi dan penilaian
15 Penulisan laporan kajian
16 Pemurnian laporan

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.
Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.
Alis Putih (2008)Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey
Enterprise.
Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford
University Press.
Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second
Language. New York : Tesol Quarterly.
Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
24

Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa
Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa.
11 : 1071 - 1080.
Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik
Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota
Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.
Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata
Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In
Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 255.
Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

25

http://www.fbmk.upm.edu.my/penyelidikan

26

Anda mungkin juga menyukai