Anda di halaman 1dari 41

Selamat Datang

KE

MELAKA

MENGENAI
MELAKA

Malaysia

Di
Manakah
Melaka?

terletak satu hingga


tujuh darjah ke utara garisan
khatulistiwa. Negeri Melaka, salah
satu dari empat belas negeri
dalam Malaysia, terletak di Barat
Daya
Semenanjung
Malaysia
mengadap
Selat
Melaka
bersempadan
dengan
Negeri
Sembilan di Utara dan Johor di
Selatan.

MENGENAI
MELAKA

Keluasan Melaka adalah 1,650 kilometer

KELUASA
N
MELAKA

persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga


daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan
Jasin.
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
membolehkan Melaka diakses dari semua
negeri di Malaysia. Perjalanan ke Melaka
mengambil masa satu jam setengah melalui
jalanraya dari Kuala Lumpur dan lebih
kurang tiga jam dari Singapura.

MENGENAI
MELAKA

Salah satu cara lain untuk sampai ke Melaka

PETA
MELAKA
DAN ARAH

adalah dengan menggunakan jalan tepian


pantai dari Kuala Lumpur yang melalui
Klang, Morib dan Port Dickson sebelum
sampai ke Melaka. Mereka dari Singapura
boleh mengambil jalan indah yang melalui
kawasan
kampung
dan
ladang.dari
Singapura.

MENGENAI
MELAKA

Lambang
Negeri
Melaka

Warna yang terdapat pada lambang negeri ini

adalah warna-warna yang menunjukkan bahawa


Melaka sebuah negeri di Malaysia. Lima bilah
keris di dalam lambang tersebut melambangkan 5
orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang
terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang
Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit
dan bintang berpecah lima yang terdapat di atas
tengah-tengahnya pula adalah simbol bahawa
Agama Islam merupakan agama rasmi negeri
tersebut.

Di samping itu, terdapat juga pokok dan 2 ekor


Pelanduk yang mengisahkan hikayat bagaimana
Melaka diasaskan. Parameswara telah
menyaksikan pergaduhan di antara seekor
Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda
berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa
kagum dengan kekuatan dan
kebijaksanaanpelanduk yang kecil itu. Walaupun
kecil,pelanduk itu tetap gagah dan baginda
akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan
tempat tinggal di situ dan menamakannya
bersempena pokok Melaka tersebut. Moto negeri
Melaka adalah Bersatu Teguh.

MENGENAI
MELAKA

Sebelah kiri atas: Biru pekat dengan

bulan sabit dan bintang pecah lima


berwarna kuning. Sebelah kanan
atas berwarna merah dan separuh
bahagian bawah berwarna putih.
Warna biru, kuning, merah dan

BENDERA
Negeri
Melaka

putih yang terdapat pada bendera


Melaka mencerminkan warna-warna
yang terdapat pada bendera
Malaysia (Jalur Gemilang). Ini
menandakan Melaka sebagai
sebuah negeri di Malaysia.
Lambang bulan sabit dan bintang
yang ada pula adalah simbol
kepada agama Islam, agama rasmi
negeri dan juga negara.

MENGENAI
MELAKA

BUNGA
Negeri
Melaka

Kesidang atau nama botaninya "Vallabris Glabra"

adalah Bunga Negeri Melaka. Ia tergolong dalam


keluarga Apocynaceae. Bau harum bunga kesidang
amat ketara pada waktu pagi dan keharumannya
selalu dibandingkan dengan daun pandan.

Bentuknya yang kecil dan cantik amat menarik dan


sesuai dijadikan hiasan terutama baunya yang
semerbak memenuhi setiap ruang dan bertahan
lama. Bunga kesidang sesuai dijadiakn sebagai
hiasanpada arca, pergolas dan kebiasaannya
dijumpai di kuil, gereja, majlis perkahwinan dan lainlain perayaan.

Pendeknya, bunga kesidang merupakan bunga yang


selalu dijadikan hiasan di majlis-majlis keraian dan di
tempat-tempat kehormat. masyarakat tradisi Melaka
menjadikan kesidang sebagai bunga dandanan
rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat
upacara perkahwinan Melayu seperti tepak sirih dan
bunga rampai. Bunga kesidang paling ideal untuk
dijadikan
lambang
Melaka.
Walaupun
kecil,
kecantikan dan keharumannya dapat memikat
semua sebagaimana Negeri Melaka yang terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik, sejarah dan
kemajuan yang telah dicapai hari ini.

MENGENAI
MELAKA

Kebudayaa
n

Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada

enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan


tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman
rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan
pelbagai kaum yang telah melahirkan orangorang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya,
Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan
etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat
Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang
peramah.
Setiap kaum ini memegang teguh tradisi
mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan,
adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk,
pemakaian, barang kemas dan kraftangan.
Hari ini Melaka mempunyai banyak perkara
untuk ditawarkan kepada pelancong seperti
budaya, adat istiadar, tempat-tempat
bersejarah, festival keagamaan, sambutan
perayaan tradisional di bandar Melaka serta
Alor Gajah dan Jasin.

MENGENAI
MELAKA

Kebudayaa
n

Organisasi sosial orang Melayu di Melaka

dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang


mengikut Adat Temenggong iaitu si isteri mengikut
keluarga si suami dan Adat Perpatih, dimana si
suami mengikut keluarga si isteri.
Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan
berlengan panjang yang dinamakan baju kurung
dan dipakai bersama kain sarung atau baju yang
sedikit ketat yang dinamakan baju kebaya. Lelaki
Melayu memakai baju Melayu yang dipakai
bersama seluar yang longgar berserta dengan kain
yang dikenali sebagai samping yang diikat di
pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri,
kain songket akan digunakan sebagai kain samping.
Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambar
dalam lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan
seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu.
Kaum Cina datang ke Melaka semenjak
perpindahan beramai-ramai orang Cina dari
propinsi Selatan di negara Cina. Kaum-kaum seperti
Hokkien, Cantonese, Hakka, Teochew dan
Hainanese masih mengikut adat istiadat, tradisi,
makanan, bahasa dan ciri-ciri kebudayaan mereka.
Kaum India di Melaka adalah orang Tamil dari India
Selatan dimana mereka mendiami ladang getah.
Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka
yang bekerja dalam perniagaan barang kemas,
fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam
wang.

MENGENAI
MELAKA

Kebudayaa
n

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan

dimana nenek moyang mereka telah datang dan


berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan
campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina
yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan
perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara
pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh
dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung
kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan
barang kemas yang diperbuat daripada perak atau
emas.
Seperti juga Baba dan Nyonya, Melaka mempunyai
komuniti kecil yang dipanggil Chitty iaitu orang
peranakan yang berketurunan India atau anak-anak
pedagang India yang berkahwin dengan wanita
Melayu. Kampung mereka dikenali sebagai Kampung
Chitty dan terletak ke arah barat Jalan Gajah
Behrang, satu kilometer daripada barat laut
Chinatown. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi
dengan ukiran gajah bersebelahan dengan Kuil
Mutamariman. Seperti juga Kampung Morten, ia
adalah kawasan yang indah untuk dilawati dan
melihat rumah-rumah kampung yang bercirikan
kampung Melayu. Waktu yang terbaik untuk
melawat adalah ketika Festival Mariamman atau
Pesta Datuk Char-char pada bulan Mei. Ia adalah
pesta Hindu dimana anda mungkin berpeluang
untuk menyaksikan upacara perkahwinan tradisional
kaum India.

MENGENAI
MELAKA

Kebudayaa
n

Melaka adalah satu-satunya negeri yang

mempunyai penempatan Portugis yang


diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya
menamakan tempat ini Padre Sua Chang
(Tanah Paderi) sempena dengan
pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini
adalah orang Eurasia berketurunan Portugis
yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis
mengamalkan agama Katolik dan bercakap
bahasa Cristang atau Cristao.
Kaum Portugis di Melaka menyediakan
kehidupan tradisional, bahasa, adat resam
dan musik yang ternyata unik. Tariannya
yang paling popular adalah Beranyo dan
Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut
dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta
San Pedra dan Easter.
Tempat-tempat keagamaan yang boleh
dilawati termasuk Gereja Christ, Gereja St.
Paul, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi,
Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon
Teng, Masjid Kampung Hulu, Gereja St. Peter,
Kuil Sam Poh Kong dan Masjid Tengkera.

MENGENAI
MELAKA

LAGU
MELAKA

MELAKA MAJU JAYA"


MELAKA NEGERI

BERSEJARAH
TEMPAT TUMPAH DARAH
KITA
DIJUNJUNG DENGAN
SEPENUH JIWA
UNTUK MAJU DAN JAYA
RAKYAT MELAKA SUDAH
BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT
SETIAP MASA
MELAKA MAJU JAYA

SEJARAH
MELAKA

ISTANA MELAKA

1.Melaka amat dikenali kerana


keunikan
sejarahnya.
Sejarah
Melaka
bermula
apabila
Parameswara putera raja dari
Palembang
telah
terlibatdalampeperangan
merebut
takhta
kerajaan
Majapahit pada akhir abad ke-14.
Setelah
ditumpaskan
oleh
Majapahit, baginda telah lari
mencari perlindungan ke Temasik
yang pada ketika itu dikuasai oleh
Siam. Setelah diusir dari Temasik
oleh penjajah dari Siam, pada

SEJARAH MELAKA
2. Setelah tiba di Bertam, baginda telah
melihat anjing perburuannya ditendang
oleh seekor pelanduk putih. Baginda
amat kagum dengan keberanian
pelanduk putih tersebut dan membuat
keputusan untuk membuka negeri di
PELANDUK
situ. Baginda telah bertanyakan nama
MENENDANG ANJING
pohon tempat baginda bersandar dan
SULTAN
pengikutnya memberitahu bahawa
nama pohon tersebut adalah pohon
Melaka. Maka baginda telah membuat
keputusan untuk menamakan
negerinya sempena nama pohon
tersebut.

SEJARAH MELAKA
3. Pilihan Parameswara begitu tepat sekali
kerana kedudukan Melaka yang strategik.
Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat
Melaka yang menghubungkan negara China ke
India dan Timur telah menjadikannya tempat
yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan.
Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta
pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah
LAKSAMANA HANG
menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan
TUAH
entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal
yang singgah setiap tahun. Parameswara yang
telah memeluk Islam melalui seorang ulama
dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan
asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat
perdagangan dan pengembangan agama Islam
yang terulung di rantau ini.

SEJARAH MELAKA
4. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan

PERDAGANGAN DI
MELAKA

Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh


didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari
China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India,
kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala
dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam
dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Namun demikian, kemasyhuran Melaka telah bermula
seiring dengan keadaan di mana negara-negara Eropah
sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa
mereka ke benua Timur dan Melaka merupakan antara
bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka.
Pada tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari
Angkatan di Raja Portugal merupakan angkatan
Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas
serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka
akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis
yang diketuai oleh Alfonso d Albuquerque.

SEJARAH MELAKA
5.Sultan Mahmud Syah, pemerintah Melaka ketika
itu, telah berundur ke Johor dan setelah bertapak
di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali
orang Portugis tetapi tidak berjaya. Salah satu
sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis
adalah pembinaan kota A Famosa sebagai
benteng pertahanan mereka.

KOTA AFAMOSA

Kota A Famosa telah memantapkan lagi kuasa


Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sehinggalah
pada tahun 1641, Melaka akhirnya jatuh ke
tangan Belanda melalui serangan dan
pertempuran yang sengit di antara kedua-dua
pihak. Bandar Melaka hampir musnah dan dalam
tempoh satu setangah abad, Belanda telah
membinanya semula dan menjadikannya sebagai
pangkalan tentera kerana lokasinya yang strategik
bagi mengawal Selat Melaka.

SEJARAH MELAKA

SELAT MELAKA

6.Pada tahun 1795, semasa Peperangan


Napoleon, Melaka telah diserahkan kepada
Syarikat Hindia Timur Inggeris buat
sementara bagi mengelakkan ianya
ditawan oleh negara Perancis. Melaka
telah dipulangkan semula kepada Belanda
pada tahun 1818, melalui Perjanjian
Venice. Melalui Perjanjian Anglo-Belanda
atau Perjanjian London 1824 yang
mengasingkan kawasan jajahan British
dan Belanda, British kembali menguasai
Melaka serta kawasan utara selat dan
Singapura manakala Belanda di bahagian
selatan selat (Kepulauan Indonesia).

SEJARAH MELAKA

PEPERANGAN DI
MELAKA

7. Dari tahun 1826, Melaka ditadbir oleh


Syarikat Hindia Timur Inggeris yang
berpengkalan di India. Pada tahun 1827,
Negeri-negeri Selat (iaitu Melaka, Pulau Pinang
dan Singapura) telah menjadi tanah jajahan
British dan diletakkan di bawah pemerintahan
Pusat di London. British telah meneruskan
kuasanya di negeri-negeri Melayu sehinggalah
berlakunya Perang Dunia ke-2 .
Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada
tahun 1945, British kembali menyambung
penguasaannya di Tanah Melayu sehinggalah
Persekutuan Tanah Melayu diisyhtiharkan
merdeka oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama
pada 31 Ogos 1957.

PELANCONGAN DIMELAKA
Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah

destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan


warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah
untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik
sekali.
Slogan Melaka Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat

Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa


yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang
kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah
sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7
Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCOsebagai
sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai
"Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong
dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang
terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya,
Pelancongan Rekreasi, PelanconagnSukan, Pelancongan MembeliBelah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan,
Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan MakanMakan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan
Belia.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Pulau

Pulau Besar

Besar ialah sebuah pulau di luar pantai Melaka. Banyak


lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh
kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan keramat dan mitos yang


menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara
khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim
Malaysia dan Singapura. Ramai di antaranya datang untuk
melawat keramat yang dikatakan kepunyaan Sultan Ariffin
Syeikh Ismail.Di sini juga terdapat beberapa kubur lain seperti
MakamTujuh Beradikdan Makam Nenek Kebayan.

Di puncak tertinggi di pulau ini terdapat sebuah Batu Belahyang


selalu dikunjungi oleh pelancong. Pulau ini dianggap agaksuci
oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk
berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat hotel dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong


agar mereka dapatmenikmati pantai yang cantik dan
pemandangan yang indah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika

ISTANA
KESULTANAN
MELAKA

Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari


1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya
pada 17 Julai 1986.
Kini, muzium inimempunyai lebih kurang 1,350 item
dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang
mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka
dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada
tempoh tersebut.

Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik


dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata,
seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan
dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran
Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar
diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan
dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan
Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan
tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung

PERIGI HANG TUAH

Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk


kegunaannya sendiri semasa beliau membesar
di kampung tersebut.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi
lama-kelamaan menjadi besar dan dalam.
Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di
musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa
jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat


tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai
seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang
biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya
orang-orang alim sahaja yang dapat melihat
jelmaan ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina

Perigi Raja
(Perigi Hang Li Po)

pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan


Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri
Hang Li Po, seorang puteri dari negara
Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan
merupakan satu-satunya punca air
semasa musim kemarau. Pihak Belanda
membina tembok disekelilingnya pada
tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai
perigi permintaan (wishing well).
Ada yang berkata bahawa mereka yang
melontar duit syiling ke dalamnya akan
kembali ke Melaka pada masa depan.
Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li
Po.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di

Makam Hang Tuah

mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa


remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau
telah dapat menangkap seorang lelaki yang
mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini
sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke
istana untuk dijadikan pahlawan termuda
berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang
cemerlang membuatkan beliau bersama empat
sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang


Tuah hilang begitu sahaja dan terdapatyang
mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di
Perak.Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri
Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan
Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal
dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh
adat istiadat.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Bukit Cina merupakan sebuahbukit yang mana

BUKIT CINA

dahulunyaadalah penempatan orang Cina yang


terawal di Melaka. Ia seluas 26 hektar dan
merupakan kubur Cina yang terbesar di luar
Negara Cina. Ia mengandungi lebih kurang
12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di
situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.
Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li
Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti
Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin
dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459
bagi mengukuhkan lagihubungan diplomatik di
antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri
membawa bersamanya rombongan pengiring
seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan
hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah
dijadikan tempat tinggal mereka sehingga
kejatuhan Melaka ketangan Portugis.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Kota

Kota AFamosa
(Porta de Santiago)

A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka.


Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan
sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan
empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara
utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik
simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters
pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang


Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka
telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun
1670 yang mana ANNO 1670 boleh dilihat pada pintu
gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa


pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada
pihak British, mereka amat berwaspada mengenai
pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia
hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles
yang melawat Melaka dan campur tangan untuk
menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan
kerana minat beliau terhadap sejarah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Kompleks Muzium Maritim ini merangkumi Muzium

Kompleks Muzium
Maritim
(Flor de la Mar)

Samudera Fasa I,Muzium Samudera II, Muzium


Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Bekas Kapal KD Sri
Trengganu
Muzium Samudera Fasa I
Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika kapal
Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan
telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium
Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran
dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan
replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36
meter panjang dan 8 meter lebar.
Muzium inimempamerkan sejarah kelautan Melaka
dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium
Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim
di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya
kuasa politik maka hilanglah segalanya.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Perkampungan Portugis juga dikenali

Perkampungan Portugis

sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari


Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir,
Melaka.Perkampungan ini mempunyai kirakira 1,500 orang yang terdiri daripada 116
buah keluarga yang berbangsaPortugis dan
mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.
Perkampungan ini meliputi keluasan 13
ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri
daripada penempatan penduduk dan
selebihnya telah didirikan sekolah, padang
dan taman permainan kanak-kanak. Ia
merupakan sebuah perkampungan yang
unik mengenai kehidupan masyarakat
Portugis pada abad ke-16 dan mereka
masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu
dan tarian Portugis sehinggahari ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Kubur Belanda yang terkenal ini

terletak di Bandar Hilir bersebelahan


dengan Replika Istana Kesultanan
Melayu Melaka. Kubur ini digunakan
pada akhir suku kurun ke-17 dan
mempunyai 5 kubur Belanda dan 33
kubur British di dalam kawasan ini.
Perkuburan Belanda

Tanah perkuburan ini digunakan pada

dua peringkat iaitu di antara 16701682 dan 1818-1838. Di antara kubur


yang menjadi tarikan ialah kubur yang
mempunyai menara yang tinggi yang
mana merupakan kubur dua orang
pegawai yang mati semasa Perang
Naning.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda

Bukit St. John (Bukit


Senjuang)

pada 1760 untuk melindungi daripada


serangan daripada arah darat. Pada masa itu,
orang Melayu yang gelisah sudah mengatur
langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah
sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri
yang tersendiri iaitu meriam yang
menghadap ke pedalaman. Walau
bagaimanapun, terdapat juga beberapa
meriam yang menghadap ke laut.

Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang


merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan
kepada John the Baptist. Pada masa ini,
perayaan St. John the Baptist masih diraikan
oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan
penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di
bandar ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA

Kompleks Muzium Stadthuys

Bangunan Stadthuys
Bandar Hilir, Melaka
Bangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang
menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Warna asal
bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya di cat merah agar dapat dipadankan dengan Gereja
Christ yang berdekatan.
Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyailima buah
muzium berasingan di dalamnya. Muzium-muzium tersebut adalah:
Muzium Sejarah dan Ethnograf
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Sastera
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Yang Di-Pertua Negeri

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di

Memorial Pengisytiharan
Kemerdekaan

Bandar Hilir, Melakadan berhampiran dengan


tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota
A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu
Melaka. Berhadapandengan memorial ini ialah
Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial
Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka
dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan
yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang
dan memperingati jasa dan pengorbanan para
pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.

Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman


Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara
barang pameran ialah dokumen, gambar, peta,
perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan
artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan
dengan perjuangan mencapai kemerdekaan

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Muzium ini yang terletak di Jalan

Muzium Belia

Laksamana telah dirasmikan pada


tahun 1992.Ia telahdibina
sempena sumbangan yang dibuat
oleh belia dalam sosioekonomi
Negeri Melaka. Ia merupakan
sebuah pusat dokumentasi
kegiatan belia yang mempamerkan
bahan-bahan dan maklumat yang
berkaitan dengan aktiviti Persatuan
Belia di peringkat Malaysia dan
Antarabangsa. Bahan utama yang
dipamerkan ialah gambar tokoh
pemimpin belia, piala, pakaian
seragam dan sebagainya.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Muzium Pertanian terletak di tengah-

Muzium Pertanian

tengah Pekan Jasin. Muzium ini


diwujudkan untuk memaparkan fakta
dan mitos asal Jasin sebagai salah
satu penempatan perkembangan
wilayah yang agak penting bagi
Melaka. Jasin merupakan daerah
pertama di Melaka untuk
mengeluarkan bijih timah dan hasil
pertanian serta menjadi perintis
penanaman getah di Malaysia.

Muzium ini mempamerkan artifak


sejarah dan budaya yang berkaitan
dengan aktiviti pertanian ini.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Penubuhan Muzium UMNO di Melaka

Muzium UMNO

adalah suatu kewajaran kepada sejarah


bangsa Melayu yang semuanya bermula
di Melaka. Kewujudan Empayar Melaka
yang menjadi pemangkin (catalyst) dan
induk tamadun Melayu di Malaysia
memang telah diakui oleh dunia.
Pembinaan sistem kenegaraan, politik,
ekonomi, budaya, sastera serta Islam
sebagai sistem kepercayaan dan cara
hidup orang Melayu menjadi ikutan dan
pegangan negeri-negeri dan masyarakat
Melayu selepasnya dan masa kini.
Dengan itu, pembinaan Muzium UMNO
adalah saru justifkasi kepada kepentingan
Melaka sebagai pemangkin dan perakam
kegemilangan sejarah politik orang
Melayu dan Malaysia.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Muzium Islam Melaka terletak di Jalan Kota,

Muzium ISLAM

hanya beberapa minit berjalan kaki dari The


Stadthuys. Di hadapannya adalah Ibu Pejabat
Polis Pelancong Negeri Melaka. Muzium ini
terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina
pada tahun 1850 yang telahmencatatkan
pembangunan Islam di Semenanjung dan di
rantau Asia Tenggara. Bangunan ini telah
diwartakan sebagai antikuiti oleh Akta Antikuiti
1976.
Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang
pameran, setiap satunya mempunyai tema
tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun
mengikut kronologi memberi pelawat
perspektif ringkas tentang kedatangan Islam di
Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh
negara. Ia juga menunjukkan hubungan
Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti
China, India, negara-negara Arab dan Asia
Tenggara.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Setem merupakan aset yang sangat

Muzium SETEM Melaka

berharga dari segi kesenian, kewangan dan


sejarah kepada yang menghargainya.
Penggemarnya akan membelanjakan banyak
wang, tenaga dan masa bagi memastikan
setem-setem yang jarang ditemui, kerana
telah lama tidak diterbitkan, berada dalam
simpanan mereka. Mengikut sejarah, setem
dicipta bagi memudahkan bayaran bagi
surat dan bungkusan yang dihantar melalui
sistem pos milik kerajaan. Oleh yang
demikian, ia mempunyai sejarah yang
panjang dan berwarna-warni, seindah reka
bentuk yang pelbagai. Setem adalah satu
wadah yang terbaik dan agak murah bagi
merakam peristiwa, alam semulajadi dan
tokoh penting dalam sejarah dalam
sesebuah negara. Tidak hairanlah, semakin
tua usia sekeping setem, nilainya juga
bertambah tinggi.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Cadangan awal penubuhan muzium ini adalah

Muzium Senibina
Malaysia

supaya diadakan satu tempat pameran bagi


menempatkan model dan maklumat asas
bangunan-bangunan penting dan bersejarah
negara ini. Konsep yang dinamakan Malaysia
in Miniature ini kemudiannya terus dibincang
bagi mencapai tahap perisian dan skop serta
teknik persembahan yang lebih terancang.
Akhirnya lahirlah Muzium Seni Bina Malaysia
seperti yang ada pada hari ini.
Bangunan muzium ini pada asalnya
merupakan kediaman pembesar Belanda dan
Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan
pejabat terakhir yang menggunakan bangunan
ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini
dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Muzium ini kini ditadbir oleh Jabatan Muzium
dan Antikuiti di bawah Kementerian
Kebudayan, Kesenian dan Warisan.
.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DIMELAKA
Balai Seni Lukis Melaka terletak di Jalan

Laksamana, Bandar Hilir, Melaka. Balai


Seni Lukis ini turut mempamerkan
pelbagai lukisan dan arca karya artis
tempatan serta luar negara dan ia
jugadikenali sebagai Galeri Seni PERZIM.
Sebanyak 190 karya dipamerkan di
siniyang merangkumi karya artis
tempatan dan juga luar negara.

Balai Seni Lukis Melaka

Balai Seni Lukis inimempunyai galeri galeri sepertiGaleri Pelukis Melaka,Galeri


Pelukis Malaysia, Galeri Pelukis
Antarabangsa danGaleri Bakat Muda.
Antara nama besar hasil seni lukisan
tanah air yang dipamerkan ialah dari
Rafe Abd Rahman,Wan Hui-Jyu,Rahmat
Ramli,Rafe Abd Ghani,Jehan Chan
danGerard Van Den Oetelaar.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai