Anda di halaman 1dari 3

TEMPE

Tempe mungkin berasal dari pulau jawa beberapa abad yang lalu. Pada waktu itu orang
Jawa, tanpa pendidikan baik dalam bidang mikrobiologi atau kimia, mengembangkan
sebuah makanan fermentasi yang luar biasa di sebut tempeh. Sekarang ini
kemungkinan besar Tempeh di kenal sebagai daging analog, karena tempeh mempunyai
tekstur yang sama, rasa, dan kandungan protein tinggi seperti berbagai makanan
daging.

Apa itu Tempe?


Tempe adalah makanan hasil fermentasi antara soya dengan cendawan Rhizopus
Oligosporus. Sepotong tempe mengandungi pelbagai unsur bermanfaat, seperti
karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta
komponen antibakteria bermanfaat untuk kesihatan. Rasanya yang lazat, harganya
murah dan mudah didapati.
Tempe sangat baik untuk diberikan kepada segala kumpulan umur (dari bayi hingga
warga tua) oleh kerana itu tempe adalah makanan untuk semua umur. Tempe sering
dijumpai di rumah mahupun di warung-warung, sebagai lauk dan pelengkap
hidangan ternyata tempe mempunyai kandungan dan nilai cerna yang lebih baik
berbanding dengan kacang soya.
Tempe ubat disentri?
Keberkesanannya telah dibuktikan Van Veen, seorang penyelidik dari Belanda, pada
kajian yang dilakukan pada awal 1940-an. Kajian yang dilakukan pada tahanan
Perang Dunia II di Penjara daerah Pulau Jawa ini, mendedahkan bahawa tempe
terbukti mampu mengatasi disentri yang dialami para tahanan tersebut.
Beberapa ahli juga berpendapat bahawa masyarakat yang biasa mengambil tempe,
lebih jarang atau tidak mudah terkena serangan penyakit saluran pencernaan.
Manakala kajian lain menunjukkan, pemberian menu tempe kepada pesakit yang
mempunyai kadar kolesterol tinggi, boleh menurunkan kadar kolesterolnya ke tahap
yang normal.
Seolah-olah hal ini disebabkan asal tempe itu sendiri yang berasal dari soya. Lebih
jauh, kajian Lembaga Pemakanan ASEAN menyimpulkan, tempe dapat digunakan
dalam pembuatan bahan makanan campuran untuk menangani masalah
kekurangan kalori, protein, dan penyakit diare pada anak balita.
Disebutkan juga, tempe mempunyai khasiat antara lain mempercepat berhentinya
cirit-birit akut anak, mempercepat hilangnya lekosit darah, dan dapat meningkatkan
berat badan serta status gizi. Terapi pemakanan menggunakan bahan makanan
campuran dari tempe diberikan selama cirit-birit, setidak-tidaknya hingga tiga bulan
selepas cirit-birit.
Pelanggan tidak perlu bimbang terhadap aflatoxin dari cendawan lain (aflatoxin =
zat pencetus kanser atau karsinogenik, dihasilkan oleh cendawan) pada tempe.
Kerana cendawan yang dipakai untuk membuat tempe dapat menurunkan kadar
aflatoxin hingga 70%. Penemuan ini menunjukkan bahawa seandainya ada

aflatoxsin pada tempe, yang dibawa oleh bahan mentah, kadarnya telah
dikurangkan oleh adanya cendawan tempe.
Sebuah kajian juga menyebutkan bahawa soya lebih sukar tercemar oleh aflatoxin
dibanding komoditi pertanian lain. Disebutkan bahawa adanya zat, seperti zink pada
soya, membuat sintesa aflatoxin terbantut. Oleh itu, jelas bahawa makanan tempe
lebih selamat daripada 'gangguan' aflatoxin.
Kandungan gizi tempe juga mampu bersaing dengan sumber protein yang berasal
dari bahan makanan lain, seperti daging, telur dan ikan.
Yang menarik, dengan kalorinya yang relatif rendah, 149 kal per 100 gram, tempe
membantu orang yang sedang diet rendah kalori. Dan dengan kandungan
karbohidratnya yang 12.7 gram tempe sangat sesuai untuk dimakan para pesakit
diabetes kerana tidak mengandungi gula.
Beberapa literatur juga menyebutkan, masyarakat yang biasa mengambil tempe,
jarang terkena penyakit saluran pencernaan kerana kandungan seratnya (diety
fiber) mencapai 7,2 gram per 100 gram. Tempe termasuk bahan makan yang
mengandungi vitamin B Kompleks, diantaranya vitamin B-12 yang berfungsi untuk
pembentukan butir darah merah.

Kandungan Gizi Tempe


Tempe dibuat dari kacang soya yang diperamkan dengan cendawan Rhizopus
oligosporus. Menurut kajian terbaru, kandungan gizi tempe sejajar dengan
kandungan nutrisi yang ada pada yogurt. Tempe merupakan sumber protein nabati.
Mengandung serat pangan, kalsium, vitamin B dan zat besi. Kandungan antibiotik
dan antioksidan di dalamnya dapat menyembuhkan jangkitan serta mencegah
penyakit degeneratif.
Dalam 100 gram tempe mengandungi protein 20.8 gram, lemak 8.8 gram, serat 1.4
gram, kalsium 155 miligram, fosforus 326 miligram, zat besi 4 miligram, vitamin B1
0,19 miligram, karotena 34 mikrogram.

Manfaat Tempe Bagi Kesihatan


1. Sumber Protein
Tempe merupakan sumber protein yang tinggi dengan kandungan kira-kira 18 jenis
protein dan asid amino yang mudah dicerna tubuh. Sangat sesuai untuk mereka
yang menjalani diet dan weight loss seperti para atlet bina badan dan fitness
mania.
2. Kurangkan Risiko Serangan Jantung
Meneutralkan kesan negatif kolesterol jahat kerana banyak mengandungi lemak tak
tepu majmuk (PUFA), niasin, Omega 3 dan 6 sehingga dapat menurunkan risiko
serangan jantung (koronari).

3. Sumber Vitamin
Sumber vitamin (terutama vitamin B) yang sangat bermanfaat untuk metabolisme
sel darah merah, kesihatan kulit dan otot (muscle tone), meningkatkan imuniti dan
fungsi sistem saraf, meningkatkan hormon pertumbuhan, dan mencegah anemia
serta kanser pankeras.
4. Menangkal Radikal Bebas
Sebagai penangkal radikal bebas mencegah pelbagai penyakit degeneratif
(aterosklerosis, jantung koroner, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan lain-lain)
dan pelbagai jenis kanser (pankreas, prostat dan payudara) sekaligus mencegah
penuaan awal kerana mengandungi antioksidan kuat (3 jenis isoflavon).
5. Mencegah Anemia
Mengambil tempe dapat mencegah anemia kerana kandungan pelbagai mineral
yang tinggi dan mudah diserap darah sekaligus mencegah osteoporosis.
6. Mencegah Diare dan Kolera
Sebagai bahan antibiotik dan antibakteria pencegah jangkitan bakteria E. coli
penyebab cirit-birit dan taun.
7. Serat Makanan
Mengandung serat tinggi sehingga berfungsi mengawal kadar gula darah sehingga
sesuai bagi pesakit diabetes.
8. Mengatasi Keracunan
Sebagai bahan penawar antidotum atau anti keracunan logam berat (sianida)
kerana mengandungi ion-ion positif seperti halnya pada putih telur dan susu.
9. hipokolesterolemik
Tempe bersifat hipokolesterolemik, menurunkan lipid atau lemak dalam darah.
10. Mencegah Perut Kembung
Mencegah timbulnya gejala flatulensi (kembung perut) kerana mampu menurunkan
kadar raffinosa dan stakiosa.
11. Baik untuk Semua Umur
Mudah dicerna oleh semua kumpulan umur, dari bayi sampai usia lanjut. Enzim
pencernaan pun akan dihasilkan oleh Rhizopus oligosporus (kapang tempe) selama
proses fermentasi berlangsung, itulah yang membuat tempe lebih selesa di
lambung.

Anda mungkin juga menyukai