Anda di halaman 1dari 12

1

CABARAN DAN ISU DALAM PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN


KURIKULUM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS REFLEKSI

Dr. Sharifah Nor Puteh


Prof. Dr. T Subahan Mohd. Meerah
Fakulti Pendidikan, UKM
Abstrak:
Perubahan-perubahan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa dengan tujuan
menjamin kelangsungan masa depan negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Perubahan amalan dari reaktif kepada proaktif, dari tidak produktif kepada produktif,
dari pasif kepada aktif adalah merupakan beberapa strategi pembangunan kurikulum
pendidikan yang diamalkan. Perancangan dan pembangunan sesuatu kurikulum perlu
diurus dengan teliti untuk memastikan supaya kurikulum bukan sahaja relevan dengan
keperluan, tetapi juga berkualiti cemerlang dalam ertikata berupaya menjulang martabat
pendidikan negara di peringkat global. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
berat ini, para perencana dan penggubal akan berhadapan dengan pelbagai cabaran
dan isu khususnya menyediakan kurikulum pendidikan formal yang seragam secara
berpusat.

1.0

Pendahuluan
Pada hakikatnya kurikulum pendidikan formal persekolahan yang seragam
untuk semua sekolah kerajaan dan bukan kerajaan disediakan secara berpusat
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK) adalah bahagian utama yang bertanggungjawab merancang dan
membangun kurikulum persekolahan untuk peringkat prasekolah, rendah dan
menengah. Kurikulum untuk pendidikan teknikal dan vokasional adalah
tanggungjawab Jabatan Pendidikan Teknikal. Manakala kurikulum pendidikan
agama Islam termasuk pengajaran Bahasa Arab di bawah tanggungjawab
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kurikulum pendidikan bagi yang cacat
penglihatan, pendengaran dan yang berkeperluan khas disediakan oleh Jabatan

2
Pendidikan Khas. Kandungan dan perancangan aktiviti kokurikulum pula
dikendalikan oleh pihak Bahagian Sekolah.
Walau pun Bahagian-Bahagian diberi

tanggungjawab merancang dan

membangun kurikulum, semua keputusan dasar berkaitan kurikulum adalah di


bawah kuasa Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Perkara-perkara di peringkat
makro berkaitan dasar dan kewangan dibincang dan diputuskan oleh
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JKP) yang dipengerusikan oleh Menteri
Pelajaran. Semua program kurikulum yang dipersetujui oleh JKP dibincangkan
secara terperinci oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Kurikulum khususnya aspekaspek pelaksanaan kurikulum.

2.0

Proses Perkembangan Kurikulum


Proses pengembangan kurikulum yang digunapakai oleh KPM bercorak kitaran
(cyclic model) seperti gambar rajah berikut:

Analisis
Keperluan
Penilaian

Perancangan

Pelaksanaan &
Penyebaran

Pembangunan &
Pengembangan
Kaji Rintis /
Pelaksanaan Terhad
Model Kitaran Perancangan Kurikulum
(Cyclic Model)

3
Model yang diguna pakai mengandungi 6 proses iaitu:
Proses 1: Analisis Keperluan
Mengenalpasti keperluan mengadakan reformasi dan perubahan ke atas
kurikulum hasil daripada kajian-kajian penilaian, trenda semasa, hasil R&D,
dan pelaksanaan.
Proses 2: Perancangan
Menentukan rangka kurikulum termasuk kandungan, strategi pengajaran dan
pembelajaran, latihan guru, corak dan jadual pelaksanaan.
Proses 3: Pembangunan dan Pengembangan
Menggubal dan membina kurikulum iaitu sukatan pelajaran, huraian
kandungan, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks,
buku panduan guru, modul, buku sumber, bentuk pentaksiran/penilaian.
Proses 4: Kajian Rintis/Pelaksanaan Terhad
Mengadakan kajian rintis atau pun melaksanakan kurikulum di sekolah terpilih
bagi memastikan keberkesanan kurikulum serta bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan. Guru-guru dari sekolah terpilih diberi latihan
intensif dan dikawalselia secara rapi. Hasil kajian rintis/pelaksanaan terhad
diguna untuk memperbaiki kurikulum dan bahan-bahan kurikulum.
Proese 5: Penyebaran dan Pelaksanaan
Menyebarluas kepada semua pihak terlibat dalam pelaksanaan kurikulum
melalui taklimat dan kursus dalam perkhidmatan. Bahan-bahan kurikulum untuk
proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, perisian kursus, modul
diedar ke sekolah.
Proses 6: Penyeliaan dan Penilaian
Memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan dan mengikut tata cara
sebenarnya. Bimbingan dan khidmat nasihat serta panduan diberi semasa
menjalankan pemantauan dan penyeliaan di bilik darjah.

3.0

Kajian Semula, Penyemakan dan Reformasi Kurikulum


Setelah melalui satu pusingan pelaksanaan sesuatu kurikulum akan berada di
peringkat penilaian untuk mengkaji sejauh mana kekuatan dan kelemahannya,

4
serta mengatur langkah dan strategi yang sesuai untuk penambahbaikan. Dalam
hal ini beberapa jargon digunakan oleh PPK.

Kajian Semula Kurikulum (Curriculum Review):


Satu pemeriksaan atau penilaian kritikal terhadap kurikulum (a critical
examination or assessment of the curriculum).

Penyemakan Kurikulum (Curriculum Revision):


Membuat pindaan untuk meningkatkan kualiti kurikulum (to make
amendments to improve the curriculum).

Reformasi Kurikulum (Curriculum Reformation):


Kurikulum ditingkatkan/ditambahbaik dengan menyingkirkan kesilapan dan
kesalahan melalui kajian semula kurikulum dan semakan kurikulum
(curriculum is made better by the removal of faults and errors through
curriculum review and curriculum revision).

Dalam sejarah perkembangan pendidikan negara, reformasi kurikulum berlaku


hasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan

dalam Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan


1979. Di dalam laporan ini, isu-isu yang menyentuh prinsip, nilai dan hala tuju
pendidikan telah dibincangkan. Dengan berlandaskan laporan ini digubal KBSR
yang dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM yang dilaksanakan pada tahun
1989.
Penyemakan semula (curriculum review) KBSR dilakukan dalam tahun 1993
dan KBSM dalam tahun 2002. Proses yang dilakukan dalam kajian semula ini
lebih berbentuk penyesuaian (reframe) melalui pemetaan

kurikulum

(curriculum mapping). Hasil daripada pemetaan ini beberapa tindakan diambil


ke atas kurikulum sedia ada iaitu: menambah (curriculum topping), menampal
(curriculum patching); mencantas (curriculum unloading). Walau pun hanya
penyesuaian, namun begitu kesemua trend atau keperluan kritikal selain
daripada apa yang dikenal pasti oleh pihak atasan juga harus diambilkira.
Arahan-arahan seperti ini merupakan satu tall-order kepada pegawaipegawai kurikulum. Tanpa bimbingan dan pandu arah yang jelas pembangunan

5
kurikulum mungkin tersasar dari matlamat sebenar dan hasilnya sama seperti
sedia ada (more of the same).
Kajian semula KBSR pada tahun 1993 membawa satu perubahan yang ketara di
mana mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Kajian Tempatan diperkenal
menggantikan mata pelajaran Alam Manusia. Kajian semula KBSR dan KBSM
pada awal tahun 2000 membawa satu pembaharuan di mana model perancangan
kurikulum Berasaskan Hasil Pembelajaran (Outcomes-Based Learning) diguna
bagi menyemak semula semua kurikulum mata pelajaran. Pernyataanpernyataan hasil pembelajaran dibuat dalam tiga aras pencapaian bagi
memastikan murid boleh menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
telah ditetapkan.

4.0

Perubahan dan Inovasi Kurikulum


Inovasi kurikulum membawa maksud perubahan atau pengubahsuaian kepada
kurikulum sedia ada ke arah: penambahbaikan, peningkatan, kemajuan,
peninggian mutu; kesuaian dengan keperluan semasa; memenuhi permintaan
dan keperluan; seiring dengan trenda semasa.
Lewin dan Stuart (1991) dalam analisis mereka ke atas perncangan kurikulum di
kalangan negara-negara Asia Timur termasuk Malaysia merumuskan terdapat 6
pendekatan utama dalam inovasi kurikulum:

Pendekatan Sistem (System Approach): Inovasi digerakkan ke arah


memenuhi matlamat yang sudah ditetapkan/dirancang.

Pendekatan Birokratik (Bureaucratic Approach): inovasi digerakkan dari


peringkat atas secara pentadbiran melalui arahan, peraturan dan undangundang.

Pendekatan Saintifik (Scientific Approach): inovasi digerakkan melalui


R&D yang terbukti keberkesanannya.

Pendekatan Penyelesaian Masalah (Problem-Solving Approach): inovasi


digerakkan kerana rasa tidak puas hati dan dilakukan untuk mengatasi
masalah/isu yang dihadapi.

Pendekatan Resapan (Diffusionist Approach): inovasi digerakkan melalui


interaksi sosial di kalangan mereka yang berminat menggunakan jaringan
komunikasi.

Pendekatan Karismatik (Charismatic Approach): inovasi digerakkan oleh


individu yang berpengaruh dan mempunyai perwatakan serta conviction
yang tinggi ke atas sesuatu prinsip atau pegangan.

Bagi Malaysia sebarang inovasi kurikulum dipandu arah berlandaskan dasar


pendidikan kebangsaan. Ini adalah kerana pendidikan merupakan wahana utama
dalam pembangunan dan kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial dan
politikal. Pendidikan adalah alat ke arah mewujudkan perpaduan rakyat
berbilang kaum dan integrasi nasional. Dalam konteks ini inovasi kurikulum
banyak digerakkan melalui pendekatan sistem dan bercorak birokratik. Inovasi
kurikulum dicorak oleh peringkat atas/pusat bertujuan untuk memenuhi
keperluan pembangunan negara dan kehendak semasa. Pihak pelaksana
khususnya guru hanya menerima arahan dan melaksana inovasi seperti yang
ditetapkan. Inovasi selalunya ideal yang kadang kala sukar direalisasi di
peringkat bilik darjah. Akibatnya brlaku gelinciran (slippage) di antara dasar
dan pelaksanaan sebenar.

5.0

Cabaran dan Isu


a) Model Kitaran Perkembangan Kurikulum
Kajian di beberapa negara menunjukkan tempoh masa kitaran sesuatu
kurikulum mengambil masa di antara 5 hingga 10 tahun. Di Negara Jepun
misalnya, tempoh masa satu kitaran kurikulum yang digunapakai ialah 5
tahun sebelum dikaji semula.. Di Malaysia tidak terdapat satu jangka masa
yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program
pendidikan

persekolahan.

Reformasi

kurikulum

secara

sistematik

melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila KBSR


dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM dalam tahun 1989. Penyemakan
semula KBSR dibuat dalam tahun 1996 dan KBSM dalam tahun 2000.
Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM dilaksanakan pelbagai

7
perkembangan berlaku dalam kurikulum yang betujuan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah. Ada di antara pembaharuan dan perubahan
tersebut dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses
perkembangan kurikulum

yang sewajarnya.

Ini membawa kepada

ketidaktentuan dari segi perancangan, pengembangan dan pelaksanaan


kurikulum berkenaan
Pada keseluruhannya semua Bahagian dan Jabatan terlibat sama ada secara
langsung atau tidak dalam kitaran perkembangan kurikulum. Walau
bagaimanapun ada terdapat beberapa tindan-tindih khususnya dalam
aktiviti-aktiviti

melibatkan

pemantauan,

penyeliaan

dan

penilaian

pelaksanaan kurikulum. Ini mengakibatkan pembaziran dari segi kewangan,


dan tenaga pegawai kerana hasil diperoleh mungkin mempunyai banyak
persamaan. Di samping itu berlaku kekeliruan dan salah faham di kalangan
guru dan pentadbir sekolah sekiranya nasihat dan bimbingan yang diberi
tidak selaras malahan ada kalanya bercanggah.
b) Pembangunan dan Penggubalan Kurikulum
Proses pembangunan dan penggubalan sesuatu kurikulum menghadapi
pelbagai masalah dan cabaran. Malahan pada setiap peringkat pembangunan
ada terdapat beberapa masalah dan isu-isu yang harus ditangani.
Peringkat penggubalan:
Keluasan vs Kedalaman sering kali berlaku dilema dalam menentu
kesesuaian skop sesuatu kurikulum. Oleh kerana soal pendidikan penting
kepada semua orang menyebabkan ada tekanan untuk memasukkan banyak
perkara dalam kurikulum. Stakeholder melihat perkara-perkara utama untuk
pembangunan yang kadang kala sukar direalisasikan dalam bilik darjah.
Kemahiran Pengembangan Kurikulum membangunkan sesuatu kurikulum
memerlukan kemahiran-kemahiran khusus dan minat

yang tinggi.

Kemahiran-kemahiran tersebut tidak semudah yang disangka. Pegawaipegawai kurikulum perlu mempunyai banyak pengetahuan berhubung teori
kurikulum, teori pembelajaran dan sentiasa peka dengan perkembangan

8
terkini pendidikan seluruh dunia. Tidak semua mereka yang terlibat dalam
pembangunan dan penggubalan kurikulum mempunyai prasyarat ini!
c) Peringkat Pelaksanaan
Sesuatu kurikulum yang digubal secara berpusat mempunyai kekuatan,
dasar dan keutamaan, namun keadaan sebenar di peringkat akar umbi amat
berbeza dari segi kemudahan dan komunikasi. Masalah serius mungkin
berlaku di peringkat pelakasanaan di mana terdapat gelinciran dan lompang
luas di antara perancangan dan pelaksanaan.
Persekitaran Sekolah Berbeza - kurikulum yang digubal secara berpusat
tidak dapat memenuhi keperluan semua sekolah kerana setiap sekolah
berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan dari segi kemudahan asas,
kualiti guru, persekitaran sekolah, latar belakang murid boleh menjejaskan
pencapaian aspirasi kurikulum. Sekolah yang mempunyai guru dan
pentadbir professional, kurikulum dilaksana dengan berkesan. Di sekolah
lain mungkin disebaliknya pula.
Penolakan Perubahan - perubahan kurikulum memerlukan perubahan cara
penyampaian guru, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran baru.
Di kalangan guru perubahan kurikulum mengakibatkan pertambahan beban
kerja, keperluan mengubah perlakuan dan menguasai kemahiran baru.
Respons negatif ke atas perubahan kurikulum tidak menghasilkan apa-apa
impak ke atas pengajaran dan pembelajaran murid.
Tekanan Peperiksaan Awam - peperiksaan sering digunakan sebagai kayu
pengukur keberkesanan kurikulum. Namun begitu keutamaan kepada
keputusan peperikasaan mengakibatkan back-lash ke atas aspirasi
kurikulum. Guru mengajar untuk keperluan peperiksaan dan bukan
memenuhi kehendak kurikulum.
Strategi Penyebaran - mod penyebaran secara cascade mempunyai banyak
kelemahannya. Kecairan maklumat, salah faham dan kekeliruan berlaku
semasa penyampaian kursus-kursus kepada guru pelaksana. Namun mod ini
merupakan yang selalu digunakan untuk menyebarkan kurikulum ke
peringkat grass-root.

9
d) Tindak Susul Pelaksanaan
Aktiviti-aktiviti tindak susul amat penting bagi memastikan keberkesanan
dan pemantapan sesuatu perubahan. Pemantauan dan penyeliaan, khidmat
nasihat dan bimbingan yang kerap boleh meningkat motivasi serta morale
guru.
Tindak Susul Peringkat Negeri - pemantauan dan penyeliaan oleh pegawaipegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah boleh membantu guru dalam
pelaksanaan perubahan kurikulum. Kekurangan bilangan pegawai, kekangan
masa dan kekerapan lawatan ke sekolah menjejaskan pelaksanaan
kurikulum. Guru merasa terbiar dan menangani masalah bersendirian.
Tindak Susul Peringkat Pusat - pengembang kurikulum juga perlu
mengadakan pemantuan dan penyeliaan di bilik darjah. Maklum balas hasil
pemantauan boleh diguna untuk penambahbaikan proses pelaksanaan
kurikulum. Kekangan masa dan kekurangan bilangan pegawai menyebabkan
aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyeliaan tidak dapat dilakukakan dengan
sewajarnya.
e) Keputusan Dibuat Secara Kolektif
Satu kekuatan sistem pendidikan berpusat adalah setiap keputusan dibuat
secara kolektif melibatkan pelbagai peringkat pentadbiran. Walau pun ada
agensi yang dipertanggungjawab untuk merancang dan menggubal
kurikulum, secara realitinya proses perancangan dikongsi bersama dengan
pelbagai pihak dan semua keputusan dibuat secara kolektif.
Namun

begitu

kejayaan

pelaksanaan

sesuatu

inovasi

kurikulum

memerlukan:
Political Will - . bukan semua penyemakan dan perubahan kurikulum
menghadapi kekangan dan halangan. Mata pelajaran dan program boleh
dilaksanakan dengan berkesan sekiranya mendapat sokongan daripada pihak
yang berwibawa serta berpengaruh atau pun idea perubahan dipelopori
mereka. Perubahan kurikulum mendapat peruntukan kewangan yang
banyak, peralatan dan sokongan serta kemudahan. Semestinya pelaksanaan
boleh dibuat dengan berkesan.

10
Citra Inovasi - citra atau imej sesuatu inovasi menentukan keberkesanan
pelakasanaan di bilik darjah. Inovasi yang praktikal dan berbentuk handson lebih mudah dilaksana berbanding dengan inovasi yang memerlukan
perubahan cara kerja, kemahiran tinggi dan penambahan pengetahuan sedia
ada. Pertambahan beban tugas, masa dan tenaga menyebabkan guru
menolak perubahan kerana selesa dengan cara mereka sendiri.
f) Masalah Kurikulum Sama Untuk Semua
Kurikulum sama yang disediakan untuk semua tidak dapat melayani
kehendak dan latar belakang pelbagai pelajar. Kanak-kanak sekolah yang
datang dari kawasan pedalaman mempunyai pengalaman yang berbeza
dengan kanak-kanak di bandar. Andaian-andaian dalam kandungan
kurikulum tidak mengambil kira apa yang dibawa oleh murid ke dalam bilik
darjah dari segi pengetahuan awal dan budaya mereka. Ada yang
menganggap kurikulum bersifat bias kepada pengalaman di Bandar. Ini
boleh menimbulkan ketidakselesaan murid dalam pembelajaran sehingga
menyebabkan mereka hilang minat dan berhenti awal dalam persekolahan
mereka.
Guru juga tidak terlatih untuk menangani masalah ini. Bantuan-bantuan
yang diberi setakat ini semuanya bersifat luaran seperti penyediaam
makanan tambahan, buku teks dan pakaian sekolah percuma. Apa yang
diperlukan adalah sokongan dalam menyesuaikan kurikulum dengan iklim
dan dunia pelajar dari segi pengalaman dan latar belakang budaya mereka.
g) Kurikulum dan Penilaian
Bentuk penilaian merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan
pelaksanaan

kurikulum.

Maklumat

dari

penilaian

dan

pentaksiran

dikumpul untuk tujuan mengumumkan pencapaian pelajar dalam membuat


keputusan berhubung dengan perancangan kurikulum, pengajaran dan
pembelajaran, penilaian dasar pemilihan dan diagnosis, bimbingan dan
kaunseling, penempatan, serta pemberian biasiswa dan hadiah.
Hasil pentaksiran kini jarang sekali dimanfaat untuk membetulkan
kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum berpusat atau pemahaman

11
terhadap impak kurikulum dan pedagogi untuk menggiatkan penglibatan
pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Ramai ibu bapa yang masih
percaya kepada peperiksaan luar yang tidak mengambil kira kepelbagaian
sedia wujud dan akan mempengaruhi pencapaian pelajar mengikut sekolah
dan tempat. Banyak telah diperkatakan mengenai peperiksaan tradisional
dan ketidaksesuaiannya untuk mengadili pelajar jika terdapat perbezaan
dalam merealisasikan ukuran yang sama jika keadaan yang wujud tidak
sama. Bentuk pentaksiran yang baru perlu diadakan untuk menilai aplikasi
pengetahuan pelajar dalam konteks yang sebenar.

6.0

Penutup
Oliva (2005)

mengutarakan sepuluh aksiom berhubung prinsip-prinsip

pengembangan kurikulum. Salah satu aksiom adalah pengembangan


kurikulum merupakan satu proses yang tiada penamatnya (curriculum
development is a never-ending process). Pelancaran Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010) pada 17 Januari 2007 akan
menyaksikan

perubahan-perubahan

ketara

dalam

perancangan

dan

pembangunan kurikulum persekolahan negara. PIPP dirangka untuk


melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik,
progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Dalam merealisasikan misi nasional
ini pihak berwajib perlu menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan
pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan sesuai dengan
kehendak semasa dan akan datang.

12
Rujukan:
Marsh, C. & Morris, P. (eds) 1991, Curriculum development in East Asia. London: The
Falmer Press
Marsh C. 1992, Key concepts for understanding curriculum. London: The Falmer Press.
Marsh, C. & Willis G 2003, Curriculum alternative approaches, ongoing issues (3rd ed).
New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Peter F. Oliva, 2005, Developing the curriculum (6th ed). Boston: Pearson Education, Inc.
Sharifah Nor Puteh, 1994, The development and implementation of the integrated
curriculum for secondary school (KBSM) in Malaysian secondary schools (unpublished
D. Phil Thesis) University of Sussex, United Kingdom.
Sharifah Nor Puteh, 2002 Curriculum development and reform in Malaysia. Proceeding:
School-Based Curriculum Renewal for Knowledge Society, 15-16 November 2002, Hong
Kong Institute of Education, Hong Kong.

Anda mungkin juga menyukai