Anda di halaman 1dari 21

NO.

MATRIKULASI

NAMA

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

Pengenalan
Di dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Menggambar merupakan satu daripada empat bidang
yang wajib diajar kepada para pelajar. Menggambar merupakan bidang yang paling asas diantara
tiga bidang yang lain dan ia merupakan kayu ukur bagi perkembangan serta pencapaian pelajar
di dalam persepsi mahupun kemahiran amali mereka seperti melukis dan menghasilkan bentuk
rekaan visual mengunakan pelbagai media dan teknik.
Bidang menggambar merangkumi aspek asas seni reka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip rekaan.
Ia juga memberi ruang untuk murid mengenali pelbagai jenis teknik dan

media dalam

menghasilkan sesuatu karya. Selain itu menggambar juga merupakan satu bidang yang penting
bagi murid untuk melatih dan memperkembangkan persepi visual dan psikomotor
Bidang menggambar merupakan antara bidang penting yang menyumbang kepada
perkembangan imiginasi, ekspresi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak kanak cenderung untuk
menggambar terutamanya melalui lukisan untuk meluahkan keadaan emosi mereka seperti rasa
sedih dan gembira. Menggambar juga bertindak sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan
kretiviti dan mewujudkan pelung untuk ekspresi diri (Cox, 1992).Antara contoh aktiviti yang
dijalankan dalam bidang menggambar adalah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan,
resis, percikan dan mozek.
Menggambar menurut Haslinda Madon 2007 dapat didefinisikan seperti berikut:
I.
II.
III.
IV.

Satu representasi Visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan diatas permukaan rata
Mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna diatas
permukaan rata
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
(Haslinda Madon- Modul HBAE1403 Menggambar 2007)

Kesan Menggambar terhadap Aspek Psikomotor, Kognitif, Sosial dan Emosi


Kanak-Kanak
Peringkat Kanak-kanak merupakan peringkat yang penting diamana, mereka dianugerahkan sifat
yang dinamik serta berkembang, sesuai dengan proses tumbesaran mereka.Menggambar secara
umumnya berfungsi sebagai refleksi pemikaran mereka selain bertindak sebagai alat untuk
mereka berkomunikasi dan berekspresi. Aktiviti Menggambar bukan sahaja mampu memberi
ransangan kepada kanak-kanak malah mempu memupuk pembangunan mereka dari aspek
psikomotor, kognatif, serta sosial/emosi
1.

Aspek Psikomotor

Menggambar mampu memberi kesan positif yang pelbagai kepada kanak-kanak di dalam aspek
psikomotor. Perkembangan ini dijana melalui penggunaan media dan alat dalam pembelajaran
dan pengajaran seni visual. Penggunaan media dan alatan seperti cryon, pensel warna, dan
pensel memberikan kanak-kanak satu bentuk latihan yang berkesan untuk mereka mengawal
koordinasi mata, dan tangan Penggunaan media-media ini secara berterusan juga memberi
peluang untuk mereka memperkuatkan gengaman serta otot-otot tangan untuk melukis.
Selain itu pengenalan terhadap teknik-teknik asas menggambar terutamanya melukis juga
memainkan peranan penting dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak, teknik seperti
scribbling, lukisan contour, dan teknik garisan bersilang membantu kanak-kanak untuk
meningkatkan pengawalan tangan dan deria mata
Namun begitu, menurut Montessori (1972) latihan dalam deria dan seni tidak berlaku dalam
jangka masa yang singkat tetapi, terhasil daripada pendedahan, latihan dan kesabaran yang
berterusan. Beliau juga menyatakan bahawa latihan itu harus dimulakan seawal zaman kanakkanak dan diteruskan sehingga zaman dewasa.

2.

Aspek Kognitif

Menurut Hannaford ( 1995) umur kanak-kanak diantara 4 hingga 12 tahun terdiri daripada
perkembangan kognitif yang berterusan, bermula dengan pemikiran kretif/imiginatif kepada
pemikiran logik dan seterusnya pemikiran yang holistik pada umur 12 tahun. Berdasarkan katakata Hannaford kita dapat merumuskan bahawa perlunya ada satu bentuk aktiviti khusus untuk
membatu kanak-kanak di sepanjang perkembangan kognitif tersebut, jesteru itu menggambar
merupakan salah satu aktiviti yang paling sesuai dimana menurut Hope (2008) menggambar
dapat membantu kanak-kanak untuk mejana dan mejelaskan idea, serta

memupuk aspek

perhubungan dan observasi ; menggambar juga membantu kanak-kanak membuat analisa dan
membina kefahaman dalam sesuatu perkara .
Pembelajaran serta aktiviti seni yang terancang dapat memupuk kemahiran kanak-kanak untuk
menyelesaikan masalah. Ia juga memberi ruang latihan untuk mereka membuat penilaian dan
serta keputusan secara berdikari. Menggambar dalam apa-apa bentuk sekalipun merupakan
ekspresi kanak-kanak serta sebahagian daripada proses imiginasi dan kreatif merek di masa
kecil. Melalui menggambar, kanak-kanak akan belajar meluahkan idea,

berkreativiti,

dan

seterusnya merealisasikan hasilnya dalam betuk karya.

3.

Aspek Sosial dan Emosi

Menggambar menurut Malchiodi (1998) merupakan refleksi kepada isi hati kanak-kanak dimana
ia memperlihatkan emosi dan perasaan yang pelbagai berdasarkan status psikologi kanak-kanak,
manakala Dr. Viktor Lowenfeld (1965) pula menegaskan bahawa, ekspresi kanak-kanak dalam
seni merupakan dokumentasi personalitinya ini kerana kanak-kanak cenderung untuk
menunjukan karakteristik dirinya didalam berkarya. Beliau juga menegaskan bahawa kanakkanak juga menujukkan status emosi serta personalitinya di dalam lukisan.
Menggambar umumnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan
diri selain membantu mereka memupuk kemahiran bersosial melalui interaksi-interaksi sesama

mereka mahupun guru, khususnya dalam aktiviti berkumpulan, ini dapat mendidik mereka untuk
saling hormat menghormati disamping mejadi titik tolak dalam mewujudkan sikap toleransi.
Malchiodi (1998) percaya bahawa menggambar adalah salah satu cara yang efektif bagi kanakkanak menunjukkan jati diri,emosi, kemampuan sosial dan personaliti-personaliti mereka yang
tersembunyi dan ini merupakan bukti bahawa menggambar merupakan salah satu aspek yang
penting untuk mengesan dan mengenalpasti masalah pelajar serta jalan penyelesaianya.
Selain itu juga teknik-teknik di dalam mengambar yang pelbagai memberi ruang yang lebih
bersar kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi mereka dalam bentuk visual, teknik-teknik
tertentu contohnya gosokan memberi kesan yang lembut dan tenang manakala teknik pakah
silang memberi kesan yang lebih bertenaga dan kasar.

Isi Kandungan

Perkembangan Seni Kanak-kanak Melalui Hasil Karya.


melukis, merupakan aktiviti yang diakui sebagai kayu ukur untuk menilai sensitiviti manusia
terhadap alam sekitar serta kesanya terhadap perkembangan mental serta diri. Oleh itu melukis
merupakan satu platfom yang baik utuk memupuk sensitiviti kanak-kanak terhadap alam
sekeliling disamping membatu mereka mengenal objek serta melatih deria mereka supaya lebih
peka.
sensitiviti terhadap alam boleh dicapai melalui proses pengamatan atau observasi terhadap objekobjek yang berada di sekeliling mereka, pengamatan ini seterusnya dimanifestasikan dalam
bentuk lukisan yang mempunyai nilai-nilai realistik.
Proses Melukis juga membenarkan kanak-kanak untuk meningkatkan daya imiginasi dan
persepsi selain membantu melatih mereka mengimbangi daya emosi. Lukisan berdasarkan
imiginasi samada dalam bentuk abstrak mahupun realistik merupakan luahan atau ekspresi yang
telus daripada kanak-kanak terhadap emosi dan keinginan mereka, oleh itu, lukisan sepertimana
aktiviti seni yang lain, boleh dijadikan bahan atau sumber untuk guru serta ibu bapa menyelami
fikiran dan perasaan kanak-kanak, ini

dinyatakan dengan jelas oleh Dr. Viktor Lowenfeld

( 1975) Seni Merupakan salah satu cara untuk memahami tumbesaran dan keupayaan pemikiran
kanak-kanak; ia juga merupakan refleksi kepada keadaan fizikal serta perkembangan kognatif
mereka.

Karya A

Nama : Siti Khadeeja


Umur: 8 Tahun
Tema: Keluarga Saya
Karya A merupakan sebuah karya berbentuk lukisan yang dihasilkan menggunakan media
kering iaitu pensel warna. Menurut Dr. Viktor Lowenfeld di dalam buku Creative and Mental
Growth (1982), kanak-kanak melalui perkembangan artistik yang berperingkat,sebagai contoh
peringkat perkembangan kanak-kanak yang berusia 8-9 tahun digelar sebagai downing of realism
atau permulaan realisma diamana-kanak-kanak mula membahagikan ruang-ruang tertentu
menurut logik dan rasional mereka , ini boleh dilihat melalui keadaan figuratif manusia dan latar

belakang seperti langit dan awan serta tanah yang dibahagikan secara berasingan

melalui

imiginasi tanpa sebarang peniruan terhadap objek sebenar.


kanak- kanak yang menghasilkan karya A ini juga memperlihatkan kemahiran psikomotor yang
masih berkembang, ini dapat diperhatikan melalui penggunaan media kering iaitu pensel warna
yang terkawal namun masih mempunyai kelemahan dari sudut kekemasan.
Dari sudut asas seni reka pula, karya ini menunjukkan pemahaman yang baik oleh kanak-kanak
terhadap penggunaan unsur seni serta prinsip rekaan. Ini dibuktikan melalui penggunaan prinsip
imbangan yang simetrikal dimana fuguratif manusia diletakkan di tengah-tengah ruang. Warnawarna panas seperti warna merah, kuning dan jingga juga memberikan unsur kotra dan
seterusnya mewujudkan prinsip penegasan kepada karya tersebut.
Dari sudut kognitif pula, kanak-kanak ini teryata faham dan mempunyai pengetahuan yang jelas
tentang tema yang diberi, malah mampu untuk mengeluarkan idea serta melukis gambar dengan
lengkap. ini dapat dilihat melalui pemilihan subjek berupa figuratif ibu, ayah dan anak yang
menjadi unsur penegasan bagi keseluruhan karya. Ini menunjukkan kadar perkembangan
kreativiti serta pengetahuan yang baik disamping menjadi bukti bahawa mereka boleh
menyelesaikan masalah mengikut tahap umur mereka.
Karya A memperlihatkan aspek sosial dan emosi yang positif dimana lukisan tersebut
menggunakan warna-warna yang terang tetapi pada masa yang sama lembut dan harmoni, ini
mungkin menggambarkan situasi emosi kanak-kanak yang mendapat kasih sayang yang cukup
daripada keluarganya.

Karya B

Nama: Amirah Syahmina


Umur : 8 Tahun
Tema : Keluarga Saya
Seperti mana karya A, karya B juga dihasilkan dengan media yang sama iaitu pensel warna.
Namun begitu karya ini mempamerkan penggunaan garisan yang lebih ekspresif, terutamanya
pada bahagian tanah.

Dari sudut psikomotor, Karya B memperlihatkan strok garisan yang lebih berani dan bebas,
berbanding Karya A. Walaupun agak lemah dari segi kekemasan, garisan yang dihasilkan
memberi unsur pergerakan yang agak menarik dalam karya.
Dari sudut asas seni reka, Karya B juga mempamerkan pemahaman yang baik sesuai dengan
tahap umurnya, ini boleh dilihat darpada penggunaan warna-warna panas pada figuratif manusia
yang memberi unsur penegasan bagi karya. Karya B juga memperlihatkan percubaan kanakkanak untuk menghasilkan ilusi ruang di dalam karya melalui susunan atau atur letak subjek
yang berlapis serta penggunaan warna sejuk iatu biru di bahagian bahagian belakang serta warna
yang lebih panas seperti merah dan jingga di bahagian hadapan.
Dari aspek kognatif pula, kanak-kanak ini teryata mempunyai kefahaman yang jelas tentang
tema yang diberi, ini dapat dilihat melaui subjek yang dipilih iaitu figuratif manusia, ibu, ayah
dan anak. Kanak-kanak ini juga memperlihatkan kretiviti dalam berkarya melalui latar belakang
yang dihias dengan awan, pohon dan gunung. Pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam
pemilihan fugura manusia dan latar belakang landskap mungkin berasal daripada pengalamanya
bersiar bersama keluarga atau pemerhatianya terhadap keadaan sekeliling.
Dari aspek emosi dan sosial karya ini juga merupkan refleksi dalaman kanak-kanak yang positif.
Ini dapat dilihat daripada aplikasi warna warna yang panas dan ceria serta garisan yang
ekspresif. Karya ini juga mungkin menunjukkan harapan pengkarya terhadap keluarganya.

Karya D

Nama: Aliff Daniel


Umur : 8 Tahun
Tema : Keluarga Saya
Karya D, dari sudut psikomotor memperlihatkan penguasaan media yang sederhana, ini boleh
dilihat pada pengawalan garisan yang lemah terutamanya pada bahagian awan serta pasu bunga.
Ini mungkin diakibatkan oleh kemahiran koordinasi tangan dan kekuatan gengaman yang tidak
kuat dan kemas. Masalah ini boleh diperbaiki melalui latihan melukis yang berterusan.
Dari sudut asas seni reka pula, Karya C menggunakan teknik tampalan atau kolaj, dimana,
bentuk figuratif manusia iaitu figura ibubapa dan anak dipotong daripada kertas atau buku yang
berbeza dan ditampal di atas kertas lukisan, figurative manusia kemudianya diwarnakan
menggunakan media pensel warna. Teknik ini membezakan Karya C daripada Karya A dan B, Ini
menunjukkan keinginan kanak-kanak ini untuk mencari kelainan serta kemampuanya untuk

berfikir dengan lebih kreatif. Selain itu penggunaan warna warna panas yang terang pada
figuratif memberrikan kesan penegasan kepada karya manakala bentuk awan yang berulangulang pula mewujudkan kesan penrulangan dan pergerakan.
Dari sudut kognitif pula, kanak-kanak ini mempunyai kefahaman dan pengetahuan tentang tema
yang diberikan, Kefahaman ini mungkin berasal daripada pengalamannya sebagai seorang anak
serta hasil pemerhatianya terhadap masyarakat dan keadaaan sekeliling.
Dari sudut emosi dan sosial, karya ini memberikan isyarat keadaan pskologi kanak-kanak yang
berkembang dengan baik dan positif, ini dapat dilihat daripada pemilihan subjek dan warnawarna terang yang digunakan.

Maklumat Sokongan

Teori Perkembangan Seni Kanak-Kanak Menurut Dr. Viktor Lowenfeld


Pada tahun 1947 Dr Victor Lowenfeld telah mengeluarkan buku bertajuk Creative and
Mental Growth yang menjadi panduan bagi pengajaran dan pembelajaran seni terutamanya
merujuk kepada perkembangan mental dan seni kanak-kanak. Secara umumnya Dr. Viktor
Lowenfeld percaya bahawa bukti tumbesaran kanak-kanak dari segi estetika,, sosial, fizikal,
intelek dan emosiboleh dilihat melalui seni yang dihasilkan oleh mereka.
Dia seterusnya memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang dibahagikan
kepada enam fasa atau peringkat bermula daripada 2 hingga 14 tahun. Berikut adalah peringkat
yang perkembagan artistik kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh Dr. Viktor Lowenfeld:
(a)

Peringkat Scribbling ( 1 3 tahun)

Peringkat ini kanak-kanak cenderung untuk menghasilakan contengan secara tidak-terkawal dan
rawak, proses menconteng ini membatu kanak-kanak melatih pergerakan badan yang seterusnya
membina koordinasi otot motor tangan, apabila kanak-kanak mampu mengawal otot tangan dan
badan mereka, mereka akan berhijrah daripada contengan rawak kepada lukisan garis lurus dan
melintang dan seterusnya lukisan bulatan.
(b)

Peringkat Preschematic ( 3 4 tahun )

Peringkat ini memperlihatkan peningkatan kanak-kanak daripada contengan berbentuk bulatan


kepada percubaan-percubaan untuk melukis objek yang terdapat disekeliling mereka dengan
meggunakan garisan. Pada peringkat ini kanak-kanak mula melihat hubungan antara lukisan
mereka dengan alam sekeliling, oleh itu lukisan mereka berubah daripada contengan yang tidak
mempunyai apa-apa makna kepada bulatan dan garisan yang mewakili objek sekeliling mereka.
Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai
karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbezabeza.

(c)

Peringkat Schematic ( 5 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan lukisan menurut skema dan konsep tertentu,
penekanan pula diberikan kepada cara penyusunan objek dalam karya. imej selain daripada imej
manuasia adalah objek-objek yang terdapat disekelilingnya, sebagai contoh kanak-kanak telah
mula pandai untuk membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagia iaitu bahagian
satah udara/langit dan juga bahagian tanah. Untuk bahagian tanah objek selalunya disusun secara
melintang manakala bahagian satah udara dibiarkan kosong. Lukisan juga dihasilkan secara
bebas spontan dan bersahaja, ia juga selalunya dihasilkan dengan skala yang besar

(d)

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (7-9 tahun)

kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. pada peringkat ini
juga imej dilukis dengan lebih realistik dan teliti. Imej di dalam lukisan dihasilkan dengan skala
kecil makala kanak-kanak mula menampakkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Kanakkanak juga mula membandingkan bandingkan karya meraka dengan karya rakan sebaya. ini
juga mambuatkan mereka lebih berhati-hati serta sedikit sebanyak

individualistik dalam

berkarya. Peringkat ini juga memperlihatkan mereka cenderung untuk menitikberatkan kualiti
karya yang dihasilkan.

(e)

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (10-13 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menjadi lebih peka terhadap konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka mula mengambil berat tentang kepentingan saiz, rasional imej
dan kerdudukan dalam berkarya . Mereka lebih banyak dan lebih gemar melakukan peniruan di
dalam lukisan mahupun melukis objek yang ada di hadapan mata berbanding melukis
menggunakan imiginasi . karya yang dihasilkan mereka biasanya tidak dikongsi bersama rakanrakan dan mereka mula berasa malu serta rendah diri sekiraya lukisan mereka dikomen dengan
komen-komen yang negatif.

(f)

Peringkat Period of Decision (13-16 tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat dimana penekanan terhadap proses penghasilan karya seni
dan penciptaan objek diambil serius. Ia juga memperlihatkan kematangan di dalam membuat
keputusan dan penyelesaian masalah seperti pemilihan bahan yang sesuai untuk proses melukis
dan teknik-tekniknya

Kesimpulan

Bidang menggambar merupakan satu bidang yang mejana perkembangan kanak-kanak dari
semua sudut samaada dari sudut psikomotor, kognatif mahupun sosial dan emosi ini dapata
dilihat melalui pernyataan Malchiodi (1998) menggambar merupakan refleksi kepada isi hati
kanak-kanak dimana ia memperlihatkan emosi dan perasaan yang pelbagai berdasarkan status
psikologi kanak-kanak
Dr. Viktor Lowenfeld

(1965) pul menegaskan

bahawa, ekspresi kanak-kanak dalam seni

merupakan dokumentasi personalitinya, ini kerana kanak-kanak cenderung untuk menunjukan


karakteristik dirinya didalam berkarya jester itu ia juga dapat membantu guru untuk menafsir
keadaan emosi murid serta personaliti mereka yang pelbagai
Kesimpulanya menggambar mempunyai peranan yang jelas dan penting dalam tumbesaran
kanak-kanak oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memahami proses ini dan
membatu mereka disepanjang tempoh tumbesaran mereka .

Jumlah perkataan: 2514 Patah Perkataan

Rujukan

Victor Lowenfeld, (1987). Creative and mental growth. New York : Mc.Millan.
Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni
visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum
Anning, A., & K. Ring. (2004). Making Sense of Childrens Drawings. Maidenhead: Open
University Press.

http://thesecondprinciple.com/teaching-essentials/beyond-bloom-cognitive-taxonomy-revised/
diakses pada :7/7/2015 2.30 p.m
https://childdevelopmentandart.wordpress.com/2013/10/24/viktor-lowenfield-theorist/
diakses pada: 6/7/2015 3.15 p.m
http://thevirtualinstructor.com/blog/the-stages-of-artistic-development
diakses pada :7/7/2015 7.00 p.m

Anda mungkin juga menyukai