Anda di halaman 1dari 4

STESEN : MARI MENCARI

Lokasi : Sekitar Padang Sekolah


Pelaksanaan :
1.
2.
3.
4.

Perhati dan kenalpasti objek-objek di sekeliling anda.


Kelaskan objek-objek tersebut mengikut bentuk 3 Dimensi yang betul.
Lengkapkan jadual dengan menulis nama objek di tempat yang betul.
Mata dikira mengikut bilangan objek yang berjaya dikelaskan dengan betul.

Skema pemarkahan :
1. Setiap jawapan betul yang diberi, diberikan 2 markah.

STESEN : SIAPA CEPAT DIA MENANG


Lokasi : Pondok tepi Guard
Pelaksanaan :
1. Setiap ahli dalam kumpulan diberi satu petak 100 untuk diisi.
2. Masa yang diberikan adalah 5 minit.
3. Anda boleh mengisi seberapa banyak petak 100 selagi masa masih ada.

4. Mata dikira mengikut bilangan petak 100 yang diisi dengan KEMAS dan
BETUL.
Skema Pemarkahan
1. Setiap petak 100 yang berjaya disiapkan dengan betul dan kemas diberikan 5
markah untuk satu petak 100.

STESEN : MARI MENJAHIT


Lokasi : Di tepi padang
Pelaksanaan :
1. Cari ukur keliling benda-benda yang ditetapkan dengan menggunakan
benang yang diberikan.
2. Nyatakan perimeter benda-benda tersebut dalam sentimeter menggunakan
pembaris yang diberikan.

3. Lengkapkan jadual dengan betul.


4. Mata dikira berdasarkan jawapan yang betul.
5. Bawa benda-benda yang diukur pada checkpoint yang terakhir.
Contoh jadual

Benda
Daun urat selari
Daun urat jejala

Perimeter (cm)

Skema pemarkahan
1. Setiap jawapan yang betul diberikan 5 markah.

STESEN: ADA APA DENGAN HURUF


Lokasi : Pintu Pagar Sekolah
Pelaksanaan :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Perhatikan ayat dalam banner.


Nyatakan Pecahan bagi huruf A.
Senaraikan pecahan setara yang anda tahu bagi pecahan huruf A.
Nyatakan peratus bagi huruf A dalam banner tersebut.
Tuliskan jawapan dalam kertas yang diberi.
Mata dikira berdasarkan bilangan jawapan yang betul.

Skema pemarkahan

Jawapan
Menyatakan pecahan
Menyenaraikan pecahan setara

Markah
3 markah
2 markah untuk setiap pecahan setara

Nyatakan peratus

yang dinyatakan.
5 markah

STESEN: LOMPAT SI KATAK LOMPAT


Bahan : Gelung Rotan

Pelaksanaan :
1. Peserta pertama perlu melemparkan batu dan menjawab soalan kuiz yang
berada di petak ketingting itu.
2. Ulang langkah 1 dengan peserta yang seterusnya.
3. Mata dikira mengikut bilangan soalan kuiz yang dijawab dengan betul.

Skema Pemarkahan :
1. 5 markah untuk setiap jawapan yang berjaya dijawab dengan betul.