Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Kad perkataan dan kad ayat merupakan bahan media yang dibuat
menggunakan teknologi cetak. Ditambah pula dengan teknologi laminasi
untuk menjadikan ia tahan lebih lama dan teguh dari ancaman kelembapan.
Bahan ini dapat membantu guru atau pendidik memberi pemahaman kepada
murid tentang isi-isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ia juga
membantu murid untuk mengingat semula maklumat tentang isi pelajaran
yang telah disampaikan oleh guru dengan cara ulang sebut dan ulang baca.
Bagi murid yang sederhana dan lemah, ia amat membantu murid untuk
memperbaiki ejaan perkataan dan membantu murid dalam penyusunan
perkataan dengan lebih baik dan tepat.
Untuk menghasilkan bahan daripada teknologi cetak ini, kita perlu
memahami keperluan murid terlebih dahulu. Daripada hal itulah kita
menetapkan kriteria tertentu untuk membuat kad perkataan dan kad ayat.
Bagi kad perkataan yang saya hasilkan, pemilihan jenis bentuk huruf, saiz
huruf dan warna huruf adalah diberi keutamaan. Pemilihan bentuk huruf
perlu sesuai dengan tahap murid. Bagi rancangan pengajaran yang kami
hasilkan kelas yang dipilh untuk murid tahun 2. Oleh itu saya memilih bentuk
huruf yang sesuai dengan murid tahun 2 iaitu century gothic. Bagi saiz
huruf pula, saya memilih saiz 200 bagi kad perkataan dan saiz 150. Saiz ini
dapat dibaca dengan jelas dari jarak 60 kaki jika murid berkenaan tidak
mengalami masalah rabun jauh.
Bagi warna huruf pula, saya menggunakan sepenuhnya warna hitam. Ini
adalah kerana untuk membiasakan murid dengan satu warna sahaja. Bagi
cetakan perbezaan warna bagi setiap suku kata iaitu sama ada merah dan
hitam atau merah dan biru telah biasa digunakan semasa murid berada di
pra sekolah dan semasa pada tahun 1. Oleh itu penggunaan satu warna
sahaja akan membiasakan mereka untuk memecahkan suku kata sendiri
tanpa bantuan perbezaan warna seperti sebelum ini.
Selain itu, penggunaan kertas latar juga mempengaruhi keberkesanan
penggunaan kad ini. Warna latar kertas yang dipilih perlulah warna yang
cerah jika warna tulisan adalah warna gelap. Ia tidak sesuai jika tulisan
berwarna gelap menggunakan kertas latar yang berwarna gelap atau jika
tulisan berwarna cerah dan kertas latar juga adalah cerah. Pemilihan jenis
kertas atau kad juga dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan bahan
ini. Penyediaan kad ini seelok-eloknya menggunakan kertas keras, seperti
kertas kotak atau mounting board . Ini bertujuan supaya ia mudah dipegang

kerana ketebalannya dan tidak mudah patah. Walau bagaimanapun saya


memilih kertas latar hanya menggunakan kertas cetak bersaiz A4 yang
lembut. Ini kerana saya memilih untuk menggunakan teknologi laminasi bagi
mengekalkan kebersihan kertas tersebut dan supaya cetakan tulisan tidak
luntur jika menggunakan pencetak berdakwat.
Bagi kad ayat pula, saya menggunakan plastik sebagai dasar untuk
mencantumkan setiap perkataan untuk memudahkan melipat dan
menyimpan. Jika menggunakan kertas keras sebagai dasar, ia mudah patah
pada bahagian cantumannya, tetapi dengan menggunakan plastik, ia lebih
mudah untuk dilipat bagi tujuan penyimpanan.

Anda mungkin juga menyukai