Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2

JALAN PERWIRA
55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PERMOHONAN PEMBELIAN ALL-IN-ONEPRINTER
UNTUK KEGUNAAN PSS

DISEDIAKAN OLEH :
PUAN LINAWAZNAH BINTI OTHMAN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK PUTERI PANDAN 2, KL

PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2

KERTAS KERJA
MEMOHON PEMBELIAN ALL-IN-ONE-PRINTER UNTUK KEGUNAAN PSS
1.0 PENDAHULUAN
Sebuah pusat sumber sekolah (PSS) yang berjaya memerlukan sistem pengurusan yang
sistematik terutamanya dari segi pemprosesan bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber. Di
samping itu, PSS perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan
mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu Pusat Sumber SK Puteri
Pandan 2 bercadang untuk membeli sebuah mesin cetak semua dalam satu atau all-in-oneprinter bagi melancarkan tugasan berkaitan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan dan
keceriaan PSS.

2.0 LATAR BELAKANG


Satu unit all-in-one-printer perlu dibeli untuk kegunaan khas guru perpustakaan dan media
(GPM) di pusat sumber. Untuk makluman, sebelum ini GPM hanya menggunakan printer di
bilik guru yang berada di tingkat satu untuk menjalankan kerja-kerja berkaitan PSS sedangkan
PSS berada di tingkat tiga. Ini adalah menyebabkan PSS tidak dapat dibuka berikutan tiada
guru PSS untuk memantau murid kerana melaksanakan kerja di bilik guru. Keadaan ini akan
mengurangkan kedatangan murid ke PSS. Di antara kegunaan all-in-one-printer oleh GPM
adalah seperti berikut:a. Mencetak kertas kerja, minit mesyuarat dan segala laporan PSS.
b. Mencetak bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan di PSS.
c. Mengimbas bahan dan maklumat penting untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran
dan kemudahan pss dan lain-lain lagi.
Antara lain, adalah untuk mencetak dan mengimbas bahan-bahan keceriaan sekolah dan pss.
Oleh itu adalah penting untuk pss mempunyai mesin pencetak semua dalam satu khas di dalam
pusat sumber sekolah.

3.0

KOS PEMBELIAN ALL-IN-ONE-PRINTER


Kos yang terlibat di dalam pembelian all-in-one-printer adalah seperti berikut:
Bil
01

Jenama
Epson L210

Harga (RM)

Catatan

480.00

Menggunakan dakwat original Epson


yang berharga Rm20/70ml sebotol.
Cetak hingga 4,000 helai
1 tahun waranti

02

Kos Pemasangan

60.00

JUMLAH

540.00

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang terdapat dalam all-in-one-printer yang di atas, pilihan dibuat
untuk membeli all-in-one-printer EPSON L210 kerana dapat mencetak lebih muka surat dan
kos efektif dalam penggunaan dakwat untuk jangka masa panjang dan waranti selama 1 tahun.
Kos harga ini telah diperoleh daripada syarikat BRILLIANCE INFORMATION SDN SHD.

4.0 PERUNTUKAN
Permohonan ini adalah menggunakan peruntukan PSS Wang Kerajaan.

5.0 KESIMPULAN
Dengan pembelian ini, ianya akan dapat melicinkan tugasan berkaitan kertas kerja, minit
mesyuarat dan segala laporan PSS. Selain membantu mencetak dan mengimbas bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan di PSS. Oleh itu adalah penting untuk pss
mempunyai mesin pencetak semua dalam satu khas di dalam pusat sumber sekolah. Ianya
mesti direalisasikan kerana sebagai menyokong usaha untuk keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran serta pembangunan dan keceriaan PSS.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..
(Linawaznah Binti Othman)
Guru Perpustakaan & Media
SK Puteri Pandan 2,
55100 Kuala Lumpur

(Datin Hjh Jamalia Bt Masri)


Guru Besar
SK Puteri Pandan 2,
55100 Kuala Lumpur