Anda di halaman 1dari 3

Nur Amanina binti Mohd Asmori

AssalamuaIaikum w.b.t. Alhamdulillah, segala puji untuk pencipta alam


semesta Rabbul izzah, dapat juga saya menyiapkan tugasan Pengurusan
Gerak Kerja Kokurikulum ( WAJ3108 ) pada semester ini. Sebelum saya
meneruskan refleksi saya megenai kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Dr. Mohamad Hussin bin Mohamad Yusuf kerana
memberi tunjuk ajar serta memberikan peluang kepada saya untuk
menyiapkan tugasan mengenai subjek Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum (
WAJ3108 ) ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Siti Nursyahirah, Aisyah As Siddiqah
dan Nur Fadhilah kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
sebaiknya dan sempurna.
Apabila saya diberi tajuk tugasan untuk mendalami tentang pengurusan gerko
ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk
yang diberikan pada saya ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada diri saya.
Bagi saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan
tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan
pada masa hadapan. Kami perlu mengenal dan menghayati pengurusan kokurikulum ini
sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang di sekolah
pada masa hadapan. Sesungguhnya, tugasan ini telah saya lengkapkan mengikut apa
yang telah diarahkan. Semasa mendapat tugasan ini, saya merasa sangat gembira
kerana telah mendapat peluang untuk menambahkan lagi ilmu saya. Sepanjang
melakukan tugasan ini, pelbagai cabaran, masalah dan kelebihan telah saya dapati.
Antara cabaran dan halangan yang saya hadapi ketika ingin menyiapkan
tugasan ini ialah saya kurang jelas dengan tugasan yang perlu dilakukan. Bagi saya
sukar untuk merancang dan mengadakan simulasi majlis penutupan hari sukan. Oleh
yang demikian, saya dan ahli kumpulan saya berjumpa dengan pensyarah pebimbing
untuk mendapat keterangan yang lebih jelas mengenai tugasan ini. Di samping itu,
halangan

lain ketika menyiapkan tugasan ini adalah kesuntukan waktu. Hal ini

demikian kerana, terlalu sibuk dengan program yang diadakan di maktab serta
memnyiapkan tugasan bagi subjek lain. Tetapi saya telah mengurus masa dengan
sebaik mungkin agar tugasan yang diberikan ini dapat disiapkan pada tarikh yang telah
ditetapkan. Selain itu, saya dan ahli kumpulan saya yang lain tidak mempunyai bahan
rujukan yang cukup untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Maka masalah ini
bukanlah sesuatu bebanan yang sangat berat untuk melengahkan tugasan ini. Kami
saling berkongsi bahan rujukan dengan rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kami dapat
bertukar-tukar ilmu dan pendapat antara satu sama lain. Bagi saya ini hanya cabaran
kecil yang perlu saya hadapi dengan bijak sebagai bakal seorang guru yang cemerlang
pada masa hadapan.
Antara kelebihan yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah
saya mulai sedar bahawa betapa pentingnya dan betapa perlu kita
memahami dan mendalami pengurusan kokurikulum ini. Melalui tajuk ini,
saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan falsafah
gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang bakal guru, maklumatmaklumat ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung
dengan gerak kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang bakal
guru dapat menguruskan kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan
pengetahuan yang cukup. Selain itu saya dapat mendidik diri saya untuk
lebih berkeyakinan serta bertanggungjawab dalam menguruskan sesuatu
pekerjaan. Justeru, dengan ilmu pengeteahuan dan pengalaman yang telah
saya alami, dapat mengajar saya untuk menjalankan sesuatu tugas dengan
lebih baik dan sempurna sebagai bakal guru di sekolah pada masa hadapan.
Akhirnya, saat yang saya tunggukan saya dapat mengucapkan kalimah
Alhamdulillah kerana saya dan ahli kumpulan saya yang lain dapat menjayakan
tugasan mata pelajaran Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum ( WAJ3108 ).
Harapan saya semoga pensyarah pembimbing kami, Dr. Mohamad Hussin bin
Mohamad Yusuf berpuas hati dengan kerja saya dan rakanrakan. Saya berharap
pada masa hadapan kelak, kami bakal menjadi seorang pendidik yang berjaya di mata

sektor pendidikan untuk melahirakan anak-anak bangsa dan melahirkan modal insan
yang cemerlang. Wallahualam .

Anda mungkin juga menyukai