Anda di halaman 1dari 43

Tingkatan 5 2012

NUR SHAKIRAH BINTI ROSLI


SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
USTAZAH SUHAILA BINTI JUSOH

[PENDAHULUAN]
Terhasilnya folio ini adalah kerana tugasan yang telah diamanahkan kepada semua pelajar
tingkatan 4 2011 Sekolah Menengah Sains Muar. Tugasan yang diamanahkan telah dikeluarkan
oleh panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Muar sebelum semua pelajar tingkatan 4
pulang bersempena cuti akhir tahun 2011.

Semua pelajar tingakatn 4 telah diberikan tempoh selama lebih kurang sebulan untuk
menyelesaikan tugasan ini. Kami diberikan tugasan untuk menghasilkan satu folio berdasarkan
bahagian sirah Pendidikan Agama Islam tingkatan 5 iaitu berkenaan sejarah tokoh-tokoh pejuang
Islam.

Kami melaksanakan tugasan ini berdasarkan 6 tokoh dalam pelajaran tingkatan 5 iaitu Ibnu Sina,
Ibnu Khaldun, As Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Tahir
Jalaluddin, dan Hamka. Saya telah merujuk beberapa sumber dari internet dan buku-buku
berkenaan untuk melengkapkan maklumat berkenaan tokoh-tokoh tersebut.

Tokoh-Tokoh Islam T5

[PENGHARGAAN]
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada guru kelas saya Pn. Fadzilah Abdullah Thani
dan En. Shahrul Hafiz. Mereka telah banyak memberi nasihat dan galakan kepada saya dan rakanrakan sekelas yang disayangi demi menyelesaikan setiap tugasan yang telah diamanahkan untuk
kami siapkan sepanjang cuti.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Ustazah Suhailah binti Jusoh selaku guru
matapelajaran Pendidikan Agama Islam kelas saya sepanjang tahun 2011. Beliau telah banyak
memberikan didikan dan dorongan kepada kami sepanjang proses menyiapkan folio ini. Beliau
juga sudi meluangkan masa untuk mendengar permasalahan dan kerenah kami demi menghasilkan
folio seperti yang diarahkan.
Kepada ibu dan ayah yang saya kasihi, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kerana sentiasa
memberikan sokongan sepenuhnya dalam setiap kerja yang kami lakukan dan sanggup
mengeluarkan wang ringgit untuk persiapan folio ini yang secukupnya.
Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang amat saya kasihi dan hormati. Terima kasih
kerana sentiasa sudi memberikan kerjasama dan berkongsi info-info yang penting lagi bermanfaat
buat saya. Sepanjang saya menyiapkan folio Agama Islam, semua kerja yang dilakukan lebih
mudah dengan bantuan rakan-rakan terutama rakan-rakan saya dari kelas 4 Cerdik.

Tokoh-Tokoh Islam T5

Ibnu sina
@ avicenna
Bapa Perubatan Dunia

__________
__________

_________
______

[Pendahuluan]
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.
Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain
itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah,
dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau
lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn
Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam
bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran
al-Syeikh
al-Rais (Mahaguru Pertama).

Tokoh-Tokoh Islam T5

[Biodata]
Nama

Al-Husain b Abdullah b Al-Hassan b


Ali b Sina

Tarikh Lahir

370H/980M

Tempat Lahir

Afsyanah Bukhara, Turkistan

Bapa

Penguasa Kharmathain, Bukhara

Perpindahan

Pada 390H/1000M setelah bapanya


meninggal dunia berpindah ke
Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan

Jawatan Disandang

Pakar Perubatan di wilayah Rai


Penasihat Agung Amir Ala AlDaulah di Asfahan

Tarikh Meninggal

428H/1037M di Hamazan

[Keperibadian]
1) Tekun Mempelajari Ilmu
Tokoh-Tokoh Islam T5

i)

Pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

2) Taat Beragama

i) Sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT


ii) Sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk

3) Pintar

i)

Menguasai pelbagai ilmu naqliah semasa berusia 8 tahun.

4) Berinovatif

i)

Banyak membuat penyelidikan dan menghasilkan karya dalam bidang


perubatan

[Pendidikan]
Mula belajar Al-Quran sejak 5 tahun
Menghafaznya semasa 10 tahun
Belajar ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan
prinsip geometri di masjid
Belajar ilmu falsafah daripada Abu Abdullah An-Natili
Ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni
Semasa berusia 16 tahun, beliau menguasai ilmu perubatan dan muncul
sebagai pakar perubatan ulung

Tokoh-Tokoh Islam T5

[Ketokohan Dalam Bidang


Perubatan]
Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat penguasa Bukhara
Nuh bin Mansur dan penguasa lain
Menghasilkan karya perubatan seperti Al-Qanun Fit Tib (rujukan utama
hingga kini) dan banyak lagi karya lain telah diterjemah dalam pelbagai
bahasa ( Latin, Hebrew, dan Inggeris)
Pencapaian yang telah dilakukan :
o Penemuan penyakit baru dan puncanya
o Penemuan dalam bidang farmasi
o Membangunkan teknologi perubatan

[Kesan Peninggalan]
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang
kian malap pada masa itu.
Memperkenalkan metod pemerhatian (observation) dan analisis dalam
perubatan hingga kini
Penyelidikan dan penulisannya banyak mempengaruhi perkembangan
ilmu perubatan moden
Telah dihimpun oleh Domonican Institute For Oviental Studies di
Kaherah, Mesir.
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang
kian malap pada masa itu.
Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih
760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.

Tokoh-Tokoh Islam T5

[ Sumbangan]
Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute of Oriental Studies di
Kaherah, Mesir.
Kemudian pada tahun 1950 M, buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (karya-karya Ibnu Sina).
Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah
mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College.

[Penutup]
Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan
dalam bidang perubatan.
Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al Qanun f
al-Tib menjadi rujukan utama seluruh pusat pengajian tinggi di barat.

Ibnu khaldun
Tokoh-Tokoh Islam T5

Tokoh Sejarawan Ulung

____________________________________
_____________
[Pendahuluan]
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai
bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut
mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam
karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim di
Afrika Utara yang terulung.
Ibnu Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan
pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile
"the Cruel of Castile".
Ibnu Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan
riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibnu Khaldun juga
pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji
pada 1387.

[Biodata]

Tokoh-Tokoh Islam T5

Nama

Abdul Rahman b Muhammad


b Muhammad

Tempat Lahir

Tunisia

Tarikh Lahir

732H/1332M

Keturunan

Arab Yaman yang berhijrah


ke Andalus
Setiausaha negara di
Istana Sultan Abu Ishak
b Abi Yahya dan Sultan
Abu Annun
Anggota Majlis Ilmiah
Anggota Jabatan
Setiausaha Sulit Sultan
Abu Salim b Abi AlHassan
Ketua Hakim negara
Mesir

Jawatan Pernah
Disandang

Tarikh Meninggal Dunia

Tokoh-Tokoh Islam T5

10

808H

[Keperibadian]
1) Tekun Mencari Ilmu
a) Ilmu fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
b) Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu
2) Berjiwa Pemimpin
a) Menjadi Pegawai Tertinggi Istana dan Ketua Hakim Negara Mesir
3) Kreatif
a) Karya Muqaddimah Ibnu Khaldun hasil pengalaman dan kreativiti beliau
mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu.

[Pendidikan]
Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada
o
o
o
o

Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau),


Muhammad bin Muhaimin al Khadhrami.
Muhammad bin Saad bin Barral al Ansari.
Muhammad bin al Syawasyi al Zarzali.

Mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik
daripada Muhammad bin Ibrahim al Abili.
Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada:
Ahmad bin al Qasar.
Lisan al Din bin al Khatib (pengarang kitab Tarikh Gharnattah).
Muhammad bin Abdul Salam.

Tokoh-Tokoh Islam T5

11

[Sumbangan Dan Karya Agung]


Berjaya menganalisis aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan
pendidikan dalam karyanya
Memberi idea dan panduan terbaik tentang aras pembinaan sesebuah
tamadun
Pelopor pemikiran moden dan berpendapat tamadun adalah hasil
kombinasi keunggulan rohani dan jasman
Disanjung masyarakat dan dunia hingga hari ini. Pemikirannya sering
dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmu dan judul
buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi
Karya agungnya Muqaddimah Ibnu Khaldun. Lebih berkualiti dan
berpengaruh kepada pemikiran manusia

[4 Perkara Penting Kepada


Sejarah]
1. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang
berlaku
2. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa
yang berlaku
3. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah
sebab musabab
4. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar

Tokoh-Tokoh Islam T5

12

[Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai


Bidang]
Menganalisis tamadun
Tafsiran sejarah
Menyandang banyak jawatan penting
Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab
Menghasilkan banyak syair sejak kanak-kanak.

[Penutup]
1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal. Beliau juga menguasai pelbagai
ilmu perubatan
2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam beberapa bidang ilmu seperti ilmu sejarah
dan persejarahan, sosiologi, politik, dan sosiologi pendidikan.

Tokoh-Tokoh Islam T5

13

Sayyid jamluddin
al-afghani
Pejuang Islam Yang Gigih

__________________________
_________
[Pendahuluan]
Sayid Jamaluddin Asadabadi, Jamaluddin Afghani atau Jamaluddin al-Afghani merupakan
seorang aktivis politik dan nasionalis Islam di Afghanistan, Iran, Mesir, dan Empayar
Uthmaniyyah semasa kurun ke-19.

Tokoh-Tokoh Islam T5

14

Beliau merupakan salah seorang pelopor pemodenan Islam.

[Biodata]

Nama

Sayyid Jamaluddin Safdar


Al-Afghani

Gelaran

Sayyid (berketurunan Saidina Ali dan


Rasulullah SAW)

Tempat Lahir

Perkampungan Asad Abad, Kabul,


Afghanistan

Tarikh Lahir

1254H/1838M

Tarikh Meninggal

5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M

Tempat Merantau Menyebarkan Idea


Islah

Mekah
India
Mesir
Paris
Istanbul
Iran
Rusia
Baghdad
London

Jawatan Pernah Disandang

Anggota Kementerian Pendidikan di


Istanbul, Turki

Anak Murid Yang Meneruskan Idea


Islahnya

Syeikh Muhammad Abduh

Tokoh-Tokoh Islam T5

15

[Keperibadian]
1) Berani Memperjuangkan Kebenaran
i) Petah berpidato menaikkan semangat umat Islam menentang
penjajah
2) Suka Merantau
i) Mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea Islah yang
banyak mempengaruhi perkembangan Islam (Timur)
3) Tekun
i) Menguasai pelbagai ilmu dan bahasa
4) Akal Fikiran
i) Akal fikiran yang tajam, cergas dan berpandangan jauh.

[Idea Islah]
Maksud Islah

Tokoh-Tokoh Islam T5

Pembaikan atau perubahan terancang ke


arah yang lebih baik

16

Bentuk Islah Yang Dibawa

Usaha mengembalikan kecemerlangan


umat Islam seperti Zaman Khulafa ArRasyidin
Membina perpaduan tanpa mengira
bangsa dan budaya melalui Al-Jamiatul AlIslamiah

[Pendidikan]
1) Ketika berumur 18 tahun menguasai pelbagai ilmu pengetahuan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

Tasawuf
Falsafah
Nahu
Al-Quran
Hadis
Fikah
Mantik
Astronomi
Ilmu Kalam
Perubatan
Matematik

2) Bermusafir ke India mendalami ilmu matematik moden


3) Menguasai beberapa bahasa di dunia
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Afghanistan
Parsi
Arab
Turki
Rusia
Inggeris
Perancis
Urdu

Tokoh-Tokoh Islam T5

17

[Sumbangan]
Dalam Bidang Pemikiran Dan Gerakan Islam
Penggerak perjuangan menentang penjajah
Merantau untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan
keyakinan menentang penjajah
Pidatonya bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat
Islam
Menghasilkan beberapa karya berbentuk ilmiah seperti Al-Amal, AlKalimah dan sebagainya

[Karya yang dihasilkan]


1.
2.
3.
4.

Al Amal al Kamilah.
Ar Raddu ala Addahriyain.
Tatimmatulbayan Fi Tarikh Afghan.
Al Khatirat.

Tokoh-Tokoh Islam T5

18

[Idea Islah]
Pengertian Islah.
o Islah berasal daripada kata kerja Islaha yang bermaksud pembaikan.
o Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Bentuk-bentuk Islah.
o Merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana
zaman khulafa Ar Rasyidin.
o Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan Jemaah
Islamiah.
o Beliau mengkritik taqlid ama (mengikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa
berlandaskan al-Quran dan sunnah.
o Menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen.
o Cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab
sehingga memecahbelahkan kesatuan umat islam.
o Berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usahausaha untuk memerdekakan tanah air dan fikiran mereka daripada penjajah.

Kesan Islah
o Idea Islah disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid
Ridha.
o Gerakan Islah dari Asia Barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan Islah
dari India yang dipelopori oleh Syah Waliullah ad Dahwali.
o Di Malaysia, gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di
Mesir dan Mekah.
o Gerakan Islah telah mendorong umat islam mengkaji semua fahaman dan amalan
masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan sunnah.
o Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat islam tentang kemuliaan
dan kekuatan yang ada pada mereka.
Tokoh-Tokoh Islam T5

19

Keperluan Individu Terhadap Islah


o Islah amat diperlukan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan
melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni.
o Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam
untuk dilaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan.

[Penutup]
As Sayyid Jamaluddin al Afghani adalah pejuan Islah yang gigih.
Beliau vuba meyatukan umat islam melalui gagasannya iaitu Jemaah Islamiah.
Beliau meniup semangat anti penjajah menerusi ceramah, pidato, dan penulisan.

Tokoh-Tokoh Islam T5

20

Syeikh muhammad abduh


Tokoh Islam Agung

[Pendahaluan]
Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang pakar undang-undang berbangsa Mesir,
ilmuan agama, dan reformis pendidikan melalui pengislahan dalam sistem pendidikan.

Beliau berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah.

Tokoh-Tokoh Islam T5

21

[Biodata]
Nama

Muhammad b Abduh b Hassan


Khairullah

Tempat Lahir

Tanta Mesir

Tarikh Lahir

1265H/1849M

Tarikh Dibuang Negeri

1882M kerana dituduh terlibat


dengan pemberontakan Urabi

Penerbitan Majalah

Penerbitan Majalah Al-Urwatul


Wusqa bersama Syed
Jamaluddin Al-Afghani di
Perancis

Jawatan Pernah Disandang

Iskandariah, Mesir

Tempat Meninggal

Tokoh-Tokoh Islam T5

Guru di Masjid Al-Husaini &


Darul Ulum Mesir
Guru di Sekolah AlSultaniah, Beirut
Ketua editor akhbar
Ketua Hakim Mahkamah
Rayuan Mesir
Anggota Majlis Pengurusan
Universiti Al-Azhar
Mufti Kerajaan Mesir

22

1314H/1905M

Tarikh Meninggal

[Keperibadian]
1)

Berani
i. Menyatakan Idea Islahnya walaupun terpaksa
berhadapan banyak pancaroba

2)

Berketerampilan
i. Diberi kepercayaan menyandang jawatan
penting
a. Hakim Mahkamah Rayuan Mesir
b. Mufti Kerajaan Mesir

3)

Tegas dan Penyayang


i. Menubuhkan Al-Jamiah Al-Khariah Al-Islamiah
untuk membantu murid yang menghadapi
masalah kewangan.

[Pendidikan]
Belajar membaca dan menulis daripada bapanya
Belajar dan hafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun.
Belajar bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi
Belajar tasawuf dan tatabahasa Arab
Belajar ilmu hisab dan falsafah di Universiti Al-Azhar
1896M > Mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam

Tokoh-Tokoh Islam T5

23

1877M > Memperoleh ijazah daripada Universiti Al-Azhar

[Sumbangan]
Dalam Bidang Pendidikan
Mewujudkan Mata Pelajaran
o Matematik
o Geometri
o Algebra
o Geografi
o Sejarah
o Seni khat
Mewujudkan Farmasi khusus untuk pelajar Universiti Al-Azhar
Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil
Menyediakan peruntukan untuk gaji guru daripada perbendaharaan negara dan wakaf
Negara
Memperbaiki asrama pelajar
o Menekankan keselamatan dan kesihatan
Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber
rujukan utama dalam dunia Islam seperti:
Riasalah at-Tauhid
Tafsir Juz' 'Amma
Tafsir Surah al-'Asr
Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin
al-Afghani
Syarh Nahji al-Balaghah
Syarh Maqamat al-Badi'
at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah

Tokoh-Tokoh Islam T5

24

al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih


al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

[Metode Islah]
1) Gerakan Islah
Perjuangan memakan masa yang panjang
Tidak boleh tergopoh-gapah
2) Antara metode melakukan Islah
o Proses pengajaran di Masjid Al-Husain Darul Ulum dan Universti Al-Azhar
o Media massa
Majalah Al-Urwatul Wusqa
o Karya-karya ilmiah
Risalah Al-Tauhid
Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh
Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara
saluran-saluran idea Islahnya ialah:

Melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar;

Melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a alMisriyyah dan al-Ahram;

Melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid, Tafsir Juz' 'Amma, at-Tahrir fi
Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih, dan al-Islam wa
an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah.

Tokoh-Tokoh Islam T5

25

Melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli
Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

[Aliran Pemikiran Dan


Perjuangan]
1) Akidah
a. Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang asli dan murni
b. Sesuaikan dengan kehendak zaman, asal tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AsSunnah
2) Kecekapan Pentadbiran
a. Mendapati sistem pentadbiran kehakiman tidak sistematik dan perlu pengislahan
yang diabadikan dalam karya-karyanya (Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah)
3) Integrasi Ilmu
a. Saran bidang ilmu fardhu kifayah (sains, matematik, falsafah, geografi) dimasukkan
dalam kurikulum sekolah dan universiti
b. Cadangan diterima baik oleh kerajaan Mesir

[Faktor]
Syeikh Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Pendidikan

Kesedaran terhadap keperluan Islah dalam kurikulum sekolah dan institusi yang
ketinggalan zaman

Tokoh-Tokoh Islam T5

26

Inspirasi gerakan Islah menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu


Sistem pendidikan lebih menjurus ke arah taklid buta dan jumud (pasif)
Kurang prasarana pendidikan dan bantuan kerajaan Mesir (golongan miskin terpinggir).
Kadar gaji guru yang rendah

[Penutup]
Beliau merupakan seorang mujaddad yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap
kemajuan pemikiran umat islam.

Idea Islah yang dibawanya telah memberi perubahan yang besar dalam kehidupan umat
islam.

Tokoh-Tokoh Islam T5

27

Syeikh Tahir Jalaluddin


Tokoh Pemikir Tanah Air

__________________________
Tokoh-Tokoh Islam T5

28

[Pendahuluan]
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari, merupakan tokoh bidang Falak
Syarie di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di
rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan
'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan.

[Biodata]
Nama

Muhammad Tahir b Syeikh Muhammad b


Ahmad Jamaluddin

Tarikh Lahir

7 November 1869

Tempat Lahir

Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat,


Indonesia

Bapanya

Seorang Ulama terkenal berketurunan Melayu


Minangkabau

Tamat Pengajian

Pada tahun 1900 di Mekah

Jawatan Pernah Disandang

Tokoh-Tokoh Islam T5

29

Guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau


Pinang, Madrasah Haji Taib, Parit Jamil,
Muar, Johor dan Perak
Mufti Negeri Johor dan Perak

Gelaran Syeikh

Dikurniakan ketika menjadi Mufti Perak

Meninggal Dunia

26 Oktober 1956 di Perak

[Keperibadian]
1)

Menepati masa
a. Tidak pernah terlewat menghadiri kelas melainkan kerana keuzuran

2)

Cinta kepada ilmu


a. Suka membaca dan memiliki perpustakaan kecil di rumah

3)

Tekun dan gigih


a. Gigih menyebarkan idea Islah walaupun ditentang

[Idea Islah]
Tertarik dengan idea Islah ketika berkawan dengan Sayyid Muhammad Rashid Redha.
Berjuang bermati-matian memberi kesedaran tentang kebebasan berfikir yang terhindar
daripada khurafat dan syirik serta penjajahan luar.

Mesej Islah beliau :


o Mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam berteraskan Al-Quran dan Aso

Sunnah (bebas daripada adat lama)


Menjauhkan pengaruh negatif luar (Barat)

Tokoh-Tokoh Islam T5

30

o
o

Menolak amalan taklid buta


Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

[Pendidikan]
Belayar ke Mekah sewaktu 12 tahun
Tinggal bersama saudara sepupunya (pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram)
1893 > menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir
Tamat belajar kembali ke Mekah dan diberi kepercayaan mengajar di Masjidil Haram

[Metode Penyampaian]
Penerbitan majalah Al-Imam pada Jamadil Akhir 1324H bersamaan Julai 1906 Masihi

Tokoh-Tokoh Islam T5

31

Melalui jawatan yang disandang sebagai Mufti di Perak dan Johor untuk menyampaikan
idea Islah

Melalui proses pengajaran


o Melaksanakan peluang menyebarkan idea Islah kepada guru-guru dan murid-murid

[Sumbangan]
Bidang Pemikiran
o Membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur

penjajahan fizikal dan

pemikiran

Bidang Pendidikan
o 1908 > Menubuhkan madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura
Bidang Ilmu Falak
o Pengembang ilmu falak di Malaysia
o Beliau digelar Al-Falaki
Bidang Kesusateraan
o Penggiat sastera dan terserlah dalam penulisan dalam majalah Al-Imam

Tokoh-Tokoh Islam T5

32

[Penutup]
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi.
2. Perjuangan beliau memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat islam di
nusantara.

Hamka
Permata Nusantara

Tokoh-Tokoh Islam T5

33

[Pendahuluan]
Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau
'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.
Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama
Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.
Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia
seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam.

[Biodata]

Nama

Haji Abdul Malik b Syeikh Abdul Karim b


Syeikh Muhammad Amrullah
13 Muharram 1362 H
@
16 Februari 1908 M

Tarikh Lahir

Desa Tanah Sirat, Sungai Batang, Maninjau,


Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia

Tempat Lahir

Bapanya

Tokoh-Tokoh Islam T5

Syeikh Abdul Karim seorang ulama terkenal


yang membawa pembaharuan di Minangkabau

34

Anugerah Dr. Kehormat oleh Universiti Al-

Anugerah

Azhar, Mesir (1959)

Anugerah Guru Besar (Profesor) oleh


Universiti Moestopo, Jakarta (1960)

Anugerah Dr. Kehormat oleh Universiti


Kebangsaan Malaysia (1974)

Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan

Pengalaman

Padang Panjang.

Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan


Universiti Muhammadiah Pahang Panjang

Rektor Pengurusan Tinggi Jakarta


Pengawal Tinggi Agama Indonesia
Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia
Tarikh Meninggal Dunia

24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun

[Keperibadian]

Petah Berpidato
o Berpidato dalam satu rancangan radio di Arab Saudi

Berjiwa Seni
o Gaya bahasa dalam karya-karya agungnya

Berani
o Mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang
Belanda di Sumatera

Tokoh-Tokoh Islam T5

35

[Hasil Karya]
Dalam Bidang Agama
o Tafsir Al-Azhar

o
o
o
o

Sejarah Umat Islam


Tasawuf Moden
Pedoman Mubaligh Islam
Revolusi Agama

Dalam Bidang Falsafah


o Falsafah Hidup

o
o

Lembaga Hidup
Falsafah Ideologi Islam

Dalam Bidang Sastera


o Tenggelamnya kapal Ven Der Wijck

o
o

Di Bawah Lindungan Kaabah


Laila Majnu

[Pendidikan]
Mempelajari Al-Quran dan asas-asas agama daripada bapanya
Pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al-Tawalib yang
didirikan oleh bapanya

Ikuti pengajian-pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama terkenal
o Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid dan ramai lagi
Menghabiskan masa lapang di perpustakaan

Tokoh-Tokoh Islam T5

36

membaca buku falsafah, kesusasteraan, sejarah dan politik dunia

Memanfaatkan kemahiran dalam bahasa Arab dengan menyelidik karya-karyasarjana Timur


Tengah dan karya-karya sarjana Barat yang diterjemah ke dalam bahasa Arab seperti
o Carl Marx

Arnold Toynbee

[Kegigihan]
Syeikh Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Pendidikan
Berumur 17 tahun telah melibatkan diri dalam kegiatan dakwah (menerbitkan
majalah Khatimul Ummah)
Di Mekah (1927) > mengasaskan Persatuan Hindia Timur
o Memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia
Pulang dari Mekah, melibatkan diri dengan Pertubuhan Muhammadiah dan
mengetuai cawangan di Padang Panjang

Tokoh-Tokoh Islam T5

37

1935 > mengasaskan Kolej Al-Muballighin


Menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat dan majalah lain berunsur dakwah
o Menara
o Merdeka
o Pemandangan
o Panji Masyarakat
o Gema Islam
1953 > Dilantik sebagai anggota Pimpinan Pusat Pertubuhan Muhammadiah
Menggunakan kebolehannya berpidato untuk berdakwah kepada masyarakat

[Perjuangan]
Mengetuai Front Pertahanan Nasional
o Menyekat kemaraan Belanda di Indonesia
Melancarkan penentangan
o Khurafat, bidaah dan tarikat kebatinan yang sesat yang semakin menular di
o

Indonesia
Mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah

Pidato dan penulisan adalah hidup dan dunianya


Tokoh-Tokoh Islam T5

38

Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar

Pernah meringkuk dalam penjara bersama Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI)
o Tidak patah semangat menganggap sebagai ujian menguji ketabahan dan
mematangkan pemikiran

[Sumbngan]
Tokoh Ulama yang membawa pembaharuan besar kepada umat Islam di Nusantara
Karya dalam bidang agama, kesusasteraan dan falsafah menyentuh secara langsung
kehidupan umat Islam Nusantara

Penerus idea Islah


Ruangan akhbar digunakan mengajak umat Islam mengkaji semula sebahagian kefahaman
dan ajaran bertentangan Al-Quran dan As-Sunnah

Tokoh-Tokoh Islam T5

39

o Contohnya tradisi mengutus surat ke Makam Imam Syafie untuk memohon


keuntungan perniagaan dan mendapatkan jodoh

Pendekatan sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di universiti dan antarabangsa

[Karya-karya Hamka]
1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Si Sabariah. (1928)
3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).

Tokoh-Tokoh Islam T5

40

7. Hikmat Isra' dan Mikraj.


8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.
11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.

[Penutup]
1. Hamka adalah penerus idea Islah.
2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran
islam secara berkesan kepada masyarakat.
3. Keberanian beliau merupakan sifat peribadi yang terpuji.

Tokoh-Tokoh Islam T5

41

[RUJUKAN]
1. http://ms.wikipedia.org
2. http://www.scribd.com/doc/63050821/Tokoh-Tokoh-Islam-Tingkatan-5
3. Afandi Sahi, Hamil@Amir Abdul Hamid, Muhammad Zaini Yahya, Zulhizmi Omar, Master
Studi Sasbadi SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi Sdn. Bhd., 2004, Petaling
Jaya.

Tokoh-Tokoh Islam T5

42

[PENUTUP]
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapatlah saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya ini. Saya berharap dengan terhasilnya
folio ini, saya dapat memantapkan lagi pemahaman saya berkenaan tokoh-tokoh tersebut.
Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
saya secara langsung mahupun tidak langsung demi menyelesaikan tugasan ini. Segala bantuan
yang disumbangkan amatlah dihargai.
Kebanyakan daripada kita hanya tahu nama tokoh-tokoh tertentu tanpa mengetahui latar belakang
dan sejarah hidup tokoh tersebut. Walaubagaimanapun, setelah saya menelaah dan mencari
maklumat berkenaan tokoh-tokoh tersebut, saya dapati banyak kelebihan tokoh yang tidak
diketahui oleh kebanyakan orang.
Terdapat banyak ciri-ciri keistimewaan dalam diri setiap tokoh seperti latar belakangnya,
sumbangan terhadap negara dan agama, serta karya-karya yang telah dihasilkan. Sumbangan
mereka harus dihargai dan dijadikan tauladan oleh generasi muda zaman ini dan akan datang.

Tokoh-Tokoh Islam T5

43

Anda mungkin juga menyukai