Anda di halaman 1dari 16

KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

Bil

Isi Kandungan

Muka Surat

1.0

PENGENALAN

1.1

Komunikasi Bertulis

2.0

Taksiran: Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah difahami

3.0

Khalayak.
Risalah panduan pengendalian pidato peringkat sekolah.

4.0

Implikasi aktiviti-aktiviti pidato bahasa Melayu kepada pelajar.

14

5.0

Kesimpulan

16

6.0

Rujukan

17

1.0

PENGENALAN
Menurut Dr. S.Nathesan (2013), di dalam Glosari Pendidikan, komunikasi
adalah penghantaran dan penerima mesej yang berlaku antara penghantar dan

penerima secara lisan atau bertulis. Ini bermaksud tanpa komunikasi memerlukan
perantaraan diantara satu sama lain sebagai penguat kepada sesuatu apa yang mahu
disampaikan dan bagaimana ia bermula. Malah di dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), komunikasi diandaikan sebagai suatu alat perhubungan secara
langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebaginya.
Melalui maksud kedua-dua di atas telah diperkuatkan lagi oleh Abdul Muati
Ahmad (2003), menyatakan komunikasi merupakan satu proses penyampaian atau
pemindahan mesej daripada seseorang yang lain. Komunikasi juga adalah satu proses
perwujudan kefahaman orang lain terhadap mesej yang ingin disampaikan. Keduaduanya mempunyai kefahaman yang boleh dikongsi bersama. Ia bermaksud
komunikasi adalah persefahaman di antara pertutur atau penulis yang ingin
menyampaikan sesuatu mesej yang hendak disampaikan melalui teks atau lisan yang
membawa satu topik yang diharap memberi satu rangsang kepada pendengar menilai
sesuatu perkara tersebut dengan teliti dan berkesan.
Tugasan kali ini memerlukan takrifan berkaitan dengan komunikasi bertulis
melalui tajuk berpidato dan mentaksirkan ciri-ciri penekanan penghasilan teks yang
jelas, tepat serta mudah difahami khalayak. Juga satu risalah tentang pengendalian
pertandingan pidato peringkat sekolah sebagai salah atu aktiviti yang dapat membantu
pelajar mengembangkan idea dan sahsiah sebagai menu kepada tugasan kali ini.
1.1

Komunikasi Bertulis
Komunikasi bertulis boleh ditakrifkan sebagai salah satu cara yang berkesan
menyampaikan sesuatu mesej melalui kaedah tulisan yang memerlukan format yang
betul dan selaras dengan penggunaan bahasa yang sesuai dengan tajuk pidato.
Komunikasi bertulis melibatkan penulisan berkaitan dengan surat-menyurat, e-mel,
memorandum, laporan persatuan dan sebaginya serta penulisan blog di internet.
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon (2007), menyatakan komunikasi adalah
salah satu penggunaan gaya bahasa yang digunakan menerangkan isu atau isi yang
hendak disampaikan dapat mempengaruhi pendengar dengan gaya komunikasi atau
ucapan yang disampaikan dengan berkesan. Ia bermaksud sesebuah teks pengucapan
baik melalui komunikasi lisan mahupun penulisan penggunaan isu atau isi yang

bernas membawa kepada satu keberhasilan pengucapan yang dapat menarik perhatian
pembaca mahupun pendengar.
Di dalam komunikasi penulisan juga merupakan satu proses atau kaedah
penyampaian melalui mesej daripada seorang kepada seorang yang lain. Di mana
kekuatan yang perlu ada di sini ialah persefahaman cara mesej itu disampaikan dapat
dikongsi bersama penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Konsep komunikasi bertulis merangkumi dua bahagian di mana ia melibatkan
aspek pengguna dan juga cara penggunaan menggunakan bahasa tulisan. Melalui
konteks pengguna, bahasa yang sering digunakan adalah bahasa seharian atau bahasa
dialek di sesebuah tempat seperti bahasa dialek di Terengganu. Kebiasaannya
penggunaan bahasa tulisan tersebut mengikut dialek di tempat tersebut sebagai salah
satu cara menyampaikan maksud atau mesej yang tersirat.
Konsep kedua pula ialah bahasa tulisan mengikut laras bahasa yang digunakan
berdasarkan format tertentu. Contohnya penulisan menggunakan bahasa rasmi seperti
laporan dan surat kiriman. Penggunaan laras bahasa mengikut format ini akan
membezakan dari segi tujuan, objektif dan mesej yang hendak disampaikan.
Komunikasi bertulis juga membabitkan pandangan dan pendapat serta
memberikan idea yang bernas melalui penulisan dalam bentuk lambang grafik.
Kekuatan melalui komunikasi bertulis ini ialah ia dapat mengekalkan daya ingatan
dan penghasilan yang terancang melalui penulisan yang sarat dengan isi, hujah dan
contoh yang terkini.
Keberkesanan komunikasi bertulis dapat dilihat dari sudut cara penyampaian
mesej yang mudah difahami pembaca atau pendengar. Olahan penulisan juga mudah
disampaikan dan penuh bermakna mengikut penerapan isu-isu semasa masa kini
dengan baik sekali.
Komunikasi bertulis juga dapat disampaikan melalui bentuk-bentuk penulisan
secara tidak formal dan formal seperti surat kiriman, memorandum, laporan, e-mel,
dan sebagainya. Melalui bentuk komunikasi bertulis ini sesuatu mesej dapat
disampaikan serta mudah difahami oleh pendengar atau pembaca. Apa yang penting
di dalam komunikasi bertulis ini juga ialah segala fakta dalam penulisan tersebut
dapat dikongsi bersama.

Menurut Abdul Muati Ahmad (2000), di dalam buku bertajuk kompetensi


dalam bahasa Melayu melalui penulisan Dr Adenan Ayob menyatakan bahawa mesej
komunikasi berfungsi sebagai menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
Di mana terdapat lima etika yang perlu dipatuhi dalam sesuatu mesej komunikasi
iaitu:
i.

Pemilihan sesuatu perkataan, simbol, isyarat atau ayat yang mudah

ii.
iii.
iv.

ditafsir.
Gambaran yang jelas mengikut maksud mesej.
Penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Sesuatu mesej itu adalah ringkas serta padat bersesuai dengan

v.

maksudnya.
Mesej yang lengkap serta difahami bagi menggambarkan keseluruhan
komunikasi tersebut.

Penjelasan yang cuba digambarkan oleh Abdul Muati Ahmad di atas ialah
bagaimana mesej sesuatu komunikasi bertulis itu begitu memainkan peranan di dalam
hasil penulisan yang baik dan berkesan kepada penerima. Kekuatan di dalam
komunikasi bertulis ini bergantung kepada cara mengolah dan menghuraikan isu-isu
penting yang membawa kepada corak komunikasi bertulis ini dapat diterima semua
berdasarkan kajian dan maklumat semasa.
Kekuatan komunikasi bertulis ini juga berdasarkan beberapa bahagian yang
mana ia melibatkan huraian sesuatu fakta itu diterjemahkan. Begitu juga dengan gaya
bahasa yang ditampilkan banyak menyentuh tentang penggunaan tatabahasa yang
betul bagi memantapkan lagi cara komunikasi bertulis ini disampaikan. Begitu juga
dengan penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan apa yang akan disampaikan.
Rumusan yang dapat dinyatakan di sini ialah bagaimana komunikasi bertulis
ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya bagi menghasilkan sesuatu
yang terbaik dan dirumus dengan kaedah yang berkesan.

2.0

Taksiran : Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah difahami khalayak.
Penghasilan sesebuah teks memerlukan seseorang pelajar menepati ciri-ciri
teks dan ketepatan yang jelas serta mudah difahami oleh khalayak sekiranya di baca

akan mampu memberi kesan yang positif kepada pembaca. Ciri-ciri yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
2.1

Menggunakan bahasa penulisan yang mudah


Di dalam konteks ini, penggunaan bahasa penulisan haruslah standard dengan
format yang diberi. Penggunaan istilah-istilah yang mudah akan dapat melancarkan
keberkesanan penulisan di mana pendengar akan mudah mentafsir serta memberikan
respon tentang teks yang akan disampaikan. Bahasa yang tidak berbelit-belit dan
ringkas menjadikan teks lebih padat dengan isi serta huraian yang mampu
memberikan impak yang positif menjadikan bahasa penulisan yang digunakan
dijadikan panduan dalam mengukuhkan hujah-hujah yang bernas dan berkesan.

2.2

Mesej yang jelas.


Setiap satu penghasilan penulisan ini memerlukan keutuhan dari segi
penyampaian mesej yang tersurat dan tersirat. Mesej adalah penting bagi memastikan
tujuan dan objektif penulisan teks dapat menarik perhatian pembaca dan diterima
semua.

2.3

Penulisan teks mengikut rentak dan gaya yang bernas.


Penyampaian dalam bentuk rentak dan gaya bahasa yang baik memerlukan
kekuatan dari segi penggunaan tatabahasa yang betul dan berkesan. Gaya penulisan
juga mestilah kemas dan tidak meleret-leret hingga mengganggu kelancaran bacaan.
Penghasilan penulisan yang berkualiti juga menjadikan bahasa yang digunakan
menjadi mudah serta difahami mengikut perenggan isi penyampaian oleh pembaca.

2.4

Penulisan yang menyakinkan pembaca.


Penulisan teks yang jitu memerlukan keyakinan dari sudut tajuk, tujuan serta
objektif yang hendak disampaikan. Keberhasilan sesuatu teks penulisan juga perlulah
mengikut garis panduan penulisan berformat yang betul. Penulisan teks yang jelas
dengan kepadatan isi dan huraian yang menyakinkan akan dapat menghasilkan satu
bentuk penulisan yang tersusun dan mudah difahami.

2.5

Berhasil mewujudkan fitrah kemanusian.

Keberhasilan memainkan perasaan atau fitrah manusia di dalam melahirkan


hujah-hujah yang bernas di dalam penulisan teks ini berjaya menghasilkan sebuah
teks yang berkualiti dari sudut penceritaan dan rintihan kepada pendengar dan
pembaca itu sendiri. Setiap olahan isi penulisan memerlukan kreativiti penulis
menghasilkan sesuatu yang dapat mempengaruhi pendengar untuk terus menghayati
setiap huraian mengikut intonasi serta corak yang disampaikan.
2.6

Teknik penulisan yang berkesan.


Teknik penulisan sesebuah teks memerlukan kepakaran di dalam mengolah
dan mengarap isi yang terbaik. Perkara yang perlu dikuasai ialah penggunaan kata
seperti kata ganti, kata pemeri, kata sendi dan sebagainya dengan baik dan berkesan.
Begitu juga cara pembinaan sesuatu ayat tidaklah terlalu panjang hingga
menimbulkan kebosanan sesuatu penulisan. Ini dapat diperkukuhkan dengan
penggunaan ayat serta imbuhan yang betul hingga menghasilkan teknik penulisan
yang berkualiti.

3.0

Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah.


Berikut adalah panduan bagaimana mengendalikan sesuatu pertandingan
pidato peringkat daerah yang melibatkan panduan pengurusan pertandingan, panduan
pemarkahan dan panduan kriteria pemidato yang baik. Risalah ini adalah seperti
berikut:

3.1

Panduan Pengurusan Pertandingan Pidato


KERTAS KERJA PIDATO
PERINGKAT SEKOLAH DAERAH MUAR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0

Pengenalan

Pidato adalah salah satu cara penyampaian mesej yang mengandungi mesej,
menghuraikan permasalahan dan merumus sesuatu tajuk dengan berkesan.
Mesej yang terkandung di dalam sesebuah pidato adalah berbentuk nasihat,
sindiran yang membina, penegasan idea serta dapat mempengaruhi audien
dengan isi-isi cerita yang menarik dan berwawasan. Pemidato perlu menarik
perhatian audien dengan nada serta gaya yang baik ketika menyampaikan
sesebuah pidato. Kesenian dan garapan idea yang berkarisma serta bermotivasi
diharap dapat mengekalkan mutu penyampaian yang dapat melahirkan pemikir
bijak pandai dengan aktiviti pidato sebagai wahana kesantunan bahasa yang
cemerlang dan gemilang.
2.0

3.0

4.0

Objektif Pertandingan
2.1

Melahirkan sifat berkeyakinan tinggi dan berwawasan.

2.2

Dapat memotivasikan diri serta mampu menyampaikan isi penceritaan.

2.3

Memantapkan kemahiran Bahasa Melayu.

2.4

Memupuk semangat dan berdaya saing secara positif

Peserta Pertandingan
3.1

Pertandingan terbuka kepada pelajar-pelajar Tahun lima dan enam.

3.2

Pertandingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu;


i.

Bahagian A - Pidato persediaan awal

ii.

Bahagian B - Pidato secara spontan

Peringkat Pertandingan
Pertandingan dijalankan dalam peringkat sekolah sahaja. Peringkat sekolah
membabitkan beberapa pihak tertentu bagi mengelola pertandingan pidato ini
antaranya ialah:
i.
ii.

4.1

Ketua panitia bahasa Melayu


Peserta mewakili semua kelas yang terlibat.

Hadiah pertandingan

Ditaja oleh panitia Bahasa Melayu


5.0

Senarai Jawatankuasa
Penaung

: Tuan Haji Puneran Adenan

Pengerusi

: Tuan Haji Lokman Simon

Tim. Pengerusi

: Puan Suraya Ithnin

Penyelaras

: Tuan Haji Mohamad Yusof

Setiausaha

: Cik Normala Ali

Bendahari

: Puan Haslinda Johari

Pendaftaran Peserta

: Cik Nora Ahmad

Pengelola Peserta

: Encik Yusak Yusof

Persediaan Tempat

: Encik Mahat Jono

Penjaga Masa

: Cik Masitah Sakin

Bacaan Doa

: Tuan Haji Kamarudin Jalani

Siaraya

: Encik Fuad Ahmad

Buku Program dan Jemputan : Cik Junaidah Jamian


Cenderahati dan Rozek : Cik Suzana Rosli
Dokumentasi

: Encik Razali Ishak

Ketua Hakim

: Tuan Haji Johari Komari

Hakim / Juri

:
i.
ii.
iii.

Pengacara Majlis
6.0

Tentatif Program

Tuan Haji Abas Yusof


Puan Erdayati Sulaiman
Puan Hajjah Dahlia Kasmin

: Cik Rashidah Osman

7.0

8.00 8.30 pagi

Pendaftaran

8.30 9.00 pagi

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

9.00 11.00 pagi

Pertandingan Pidato

11.00 11.30 pagi

Upacara penyampaian Hadiah

11.30 pagi

Bersurai

Format Pertandingan
Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian. Peserta yang mewakili
sekolah terbabit dikehendaki bertanding di kedua-dua bahagian ini. Setiap
peserta akan diberikan undian sebelum pertandingan bermula. Pengundian
bermula dihadapan ketua hakim yang dilantik. Setiap peserta juga tidak
dibenarkan mengenal perkenalan diri dan juga sekolah yang diwakili. Segala
pindaan dan peraturan adalah dibawah tanggungjawab ketua hakim yang
dilantik.

7.1

Bahagian A pidato
Setiap peserta akan menyampaikan tajuk pidato yang telah disediakan
oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

7.2

Bahagian B pidato
Setiap peserta akan menyampaikan pidato secara spontan mengikut
tajuk yang disediakan oleh jawatankuasa pertandingan melalui sampul
surat yang disediakan. Peserta akan diberikan masa selama satu minit
bagi membuat persediaan di atas pentas tanpa bantuan mana-mana
pihak. Peserta dikehendaki menyampaikan pidato spontan mengikut
peraturan dan format pidato yang telah ditetapkan.

8.0

Syarat-syarat Pertandingan Pidato

8.1

Setiap peserta diberi masa selama tujuh minit bagi bahagian pertama
dan empat minit bahagian kedua.

8.2

Loceng akan dibunyikan sekali sebelum tamat dan dua kali setelah
tamat penyampaian pidato bagi setiap bahagian.

8.3

Penyampaian pidato tidak akan dikira markah selepas loceng kedua


dibunyikan.

8.4

Setiap peserta tidak dibenarkan menyampaikan pidato berkaitan


dengan isu sensitif berkaitan dengan agam, bangsa dan kebudayaan
sesuatu kaum atau orang perseorangan.

8.5

Peserta dilarang membaca atau menggunakan sebarang alatan


elektronik semasa menyampaikan pidato.

8.6

Peserta wajib menggunakan bahasa baku dengan gaya dan intonasi


betul.

8.7

Peserta pidato hendaklah berpakaian seragam sekolah yang kemas dan


bersih.

8.8

Peraturan adalah terpakai dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana


pihak yang mewakili peserta. Keputusan ketua hakim adalah
muktamad.

9.0

Panduan Peraturan Pemarkahan


9.1

Peraturan pemarkahan tertakluk kepada persetujuan yang telah dicapai


oleh jawatankuasa pidato daerah yang telah dilantik. Berikut adalah
peraturan pemarkahan yang telah dipersetujui mengikut bahagianbahagian tersebut.

9.1.1

Pemarkahan Pitado Bahagian A.


i.

Isi Pidato (40 markah)


Isi penyampaian sekurang-kurangnya meliputi tiga isi yang
bernas dan logik mengikut huraian dan contoh yang tepat.

ii.

iii.

Pemarkahan
Isi penyampaian pidato 4 markah
Huraian 5 markah
Contoh 3 markah
Markah Keseluruhan 12 markah
( 12 markah x 3 = 36 markah + 4 markah takrifan tajuk = 40
markah)
Bahasa (30 markah)
Penggunaan bahasa baku yang jelas serta menepati dari sudut
gaya bahasa dan maksud penyampaian yang bernas dan

iv.

berkesan meliputi tajuk pidato.


Persembahan dan cara penyampaian (30 markah)
Konsep persembahan dan kaedah penyampaian yang sempurna
dari segi kelancaran berbahasa, intonasi serta nada suara yang
sesuai dengan isi dan mukadimah permulaan penyampaian
yang menarik dan teratur. Sekiranya penyampaian isi pidato
melibatkan perkara yang sensitif dan menuturkan dengan nada
yang kurang sopan markah akan dipotong sebanyak lima
markah.

9.1.2

Pemarkahan Pitado Bahagian B (Spontan).


i.

Isi penyampaian (40 markah)


Sekurang-kurangnya dua atau lebih isi pidato disampaikan
dengan cemerlang.

ii.

iii.

Pemarkahan
Isi atau idea 4 markah
Huraian 6 markah
Contoh 2 markah
Markah keseluruhan 12 markah
( 12 markah x 3 = 36 markah + 4 markah takrifan tajuk = 40
markah.
Bahasa ( 30 markah )
Penyampaian dari segi penggunaan bahasa baku yang mantap
dan jelas dari segi sebutan gaya bahasa mengikut peraturan

iv.

yang telah digariskan.


Persembahan dan cara penyampaian (30 markah)
Cara persembahan dan penyampaian yang tersusun, kemas dan
lancar dari segi jalinan isi pidato yang disampaikan. Markah

akan dipotong sekiranya penyampaian isi kurang tepat


mengikut tajuk yang diberikan sebanyak 3 markah.
10.0

Panduan Penghakiman
10.1

Para hakim adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan


penghakiman yang ketat di man para hakim tidak akan
terpengaruh dengan sebarang reaksi peserta dan penyokong
peserta hingga mengubah corak pemarkahan.

10.2

Panel hakim juga dilarang memilih dan menyokong tindakan


peserta yang cuba merayu dari segi persembahan mahupun
gaya penyampaian yang dirasakan menyentuh isu sensitif dan
sebagainya.

10.3
11.0

Keputusan hakim adalah muktamad.

Panduan Kriteria Pemidato yang baik.


11.1

Kriteria pemidato yang baik bergantung kepada ketepatan isi,


huraian dan contoh yang disampaikan menepati tajuk pidato.

11.2

Cara persembahan yang menyakinkan panel hakim.

11.3

Kekuatan isi penyampaian yang tersusun menggunakan gaya


bahasa yang bersahaja serta mampu menarik perhatian audien.

11.4

Pemidato tidak menggunakan isu-isu sensitif dan berbaur


perkauman

ketika

berpidato

hingga

menimbulkan

ketidakpuasan peserta lain.


12.0

Tarikh Pertandingan
12.1

Tarikh

15 Ogos 2015

Masa

8.00 pagi (pendaftaran peserta)

Tempat:

Dewan Sekolah Kebangsaan Sri


Jamil, Muar

13.0

Perkara Am
Sebarang pindaan tentang perkara-perkara di atas akan diberitahu dari
masa ke semasa bergantung kepada perubahan tarikh dan sebagainya.

4.0

Implikasi aktiviti pidato bahasa Melayu kepada pelajar.


Setiap pidato yang disampaikan memerlukan cetusan idea melalui daya
perkembangan minda yang peka dengan keadaan sekeliling. Begitu juga dengan
sahsiah pelajar di mana aktiviti pidato dapat melahirkan kesinambungan generasi
yang dapat menyumbangkan sesuatu untuk negara. Terdapat pelbagai implikasi atau
kesan akibat daripada aktiviti pidato ini khususnya dalam mata pelajaran bahasa
Melayu kepada perubahan dan sikap pelajar. Berikut adalah implikasi aktiviti pidato
bahasa Melayu:

4.1

Implikasi dari sudut perkembangan daya pemikiran pelajar.


Sebagai seorang yang ingin berdaya saing khususnya dalam apa jua bentuk
atau aktiviti luar sekolah seperti berpidato ini ialah perubahan sikap pelajar haruslah
tertumpu kepada soal percambahan idea atau daya pemikiran. Kekuatan daya
pemikiran menjadi penyumbang kepada keselarasan komunikasi bertulis. Pelajar
haruslah sensitif mengenai isu-isu semasa yang semakin bercambah dan menjadi
agenda dunia hari ini. Sebagai contoh, isu kebanjiran pendatang asing yang semakin
ketara masa kini boleh dijadikan satu cara menyampaikan corak perihal atau keadaan
kemelut dunia hari ini melalui isi-isi penting dengan lebih matang dan berkesan
sekali.

4.2

Berdisiplin
Disiplin yang tinggi adalah salah satu cara memantapkan kemantangan pelajar
dengan hujah-hujah yang bernas dan kekuatan daya pemikiran yang dapat menarik
perhatian pendengar. Soal disiplin dapat mencerminkan kematangan dan kekuatan
hujah yang disampaikan melalui daya pemikiran yang jitu dan bernas. Kesannya
kepada pemidato ialah dapat mengekalkan keupayaan diri dengan menjadikan aktiviti
pidato ini sebagai satu konsep pemikiran yang baik. Disiplin ini juga dapat menjaga

sahsiah diri yang tekun dan sabar. Bersikap sentiasa ingin maju ke hadapan dan
sebagainya.
4.3

Berkeyakinan tinggi
Aktiviti pidato juga menjadikan seseorang pemidato mampu mengasah bakat
serta berkeyakinan tinggi dengan menyuarakan pandangan dan hujah yang berkauliti.
Keupayaan diri juga dapat diterjemahkan melalui kekuatan semangat dan rasa ingin
tahu menjadikan seseorang pemidato sentiasa berkeyakinan tinggi melunaskan
tugasan yang diberikan.

4.4

Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.


Objektif pidato antara lain ialah berusaha melakukan sesuatu perkara itu
ditahap yang maksimum. Maksudnya di sini, keupayaan seseorang itu melakukan
kesinambungan isi pidato dengan hujah berserta contoh yang relevan menjadi satu
cara bagaimana keberkesanan aktiviti pidato ini akan melahirkan bijak pandai dan
petah berucap dikhalayak ramai.

4.5

Berupaya menghasilkan teks pidato.


Melalui aktiviti pidato juga pelajar dapat menguasai dan meningkatkan lagi
mutu penulisan secara ilmiah. Aktiviti latih tubi dan memberikan bimbingan yang
berterusan mampu melahirkan pelajar yang dapat manghasilkan teks pidato dengan
baik melalui hubungan yang baik antara rakan baya dan guru sebagai pemudah cara.

4.6

Minat dan kesungguhan diri.


Aktiviti ini juga mampu mencermin kesungguhan dan minat terhadap
keupayaan diri dalam berpidato. Rata-rata peserta pidato berperwatakan yang serius
dan riak wajah yang sentiasa menunjukkan komitmen yang dapat memberikan
kepuasan kepada mereka apabila berada di pentas.

4.7

Motivasi diri.
Aktiviti pidato juga dapat memotivasikan diri untuk lebih berjaya di masa
hadapan. Ia juga memberikan satu semangat dan keyakinan diri terhadap pelajar
mengurus dan membina keyakinan diri. Pidato juga memberikan satu karisma terpuji

di atas keberanian seseorang peserta menampilan bahasa dan juga gaya percakapan
yang berkesan kepada pendengar.
4.8

Sahsiah diri dari segi penampilan.


Seseorang pemidato haruslah menjaga penampilan diri supaya dapat menarik
perhatian audien. Penampilan yang kemas dari segi perwatakan dan bahasa tubuh
telah memberi kesan kepada aktiviti pidato ini. Mimik muka dan gaya percakapan
yang bertenaga juga memberikan satu kepuasan dan impak yang positif kepada semua
yang terlibat.

5.0

Kesimpulan
Kesimpulannya, komunikasi bertulis adalah salah satu cara pengajaran dan
pembelajaran yang tidak dapat dipisahkan walaupun ia telah lama dilakukan sebagai
salah satu cara penyampaian yang memerlukan kekuatan dari segi rohani, jasmani,
intelek dan emosi. Penggunaan teknologi canggih dan mudah dapat mempercepatkan
cara perhubungan dan penyampaian secara formal atau tidak formal melalui laras
bahasa dan penggunaan kata yang bernas dan berkesan.
Melalui kemahiran berkomunikasi bertulis ini juga ia berupaya menjana ilmu
dan teori berkomunikasi yang berkesan. Di mana ilmu pengetahuan terutamanya
dalam aktiviti seperti berpidato ini banyak dikaitkan penggunaan bahasa yang
bersistematik dan mudah difahami. Secara mudah komunikasi bertulis ini juga
merupakan satu mesej yang padat dengan cara penyampaian dan penggunaan laras
bahasa yang memberi impak baik kepada penulis malah kepada pembaca atau audien
secara total.
( 3022 patah perkataan )

6.0

Rujukan
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2007). Teori dan teknik ucapan berpengaruh.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Muati Ahmad. (2003). Komunikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dr. Adenan Ayob. (2014). HBML4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu.Selangor:


Meteor Doc. Shd. Bhd.
Dr. S.Nathesan. (2013). Glosari Pendidikan. Kuala Lumpur: Percetakan Blue Hawk.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Razali Osman. (2003). Panduan berdebat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sumber Dari Internet :
http://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/asas_komunikasi.pdf
http://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/kemahiran-komunikasi.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/komunikasi

Anda mungkin juga menyukai