Anda di halaman 1dari 26

Pembangunana fizikal merupakan suatu ikon pembangunan negara secara komprehensif.

Namun, pembangunan modal insan juga tidak boleh diabaikan. Ulaskan penyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Pembangunan fizikal melibatkan pembangunan infrastruktur negara seperti jalan raya, bangunan
pencakar langit dan pembinaan ikon negara seperti lapangan terbang antarabangsa Malaysia.
Pembangunan modal insan adalah melibatkan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan dalam
bermasyarakat.
Idea A: Apakah manfaat pembangunan fizikal
Fakta 1
Meningkatkan imej dan kebangaan negara

Dianggap negara yang moden dan mempunyai pembangunan yang baik


Melahirkan rasa bangga dan dihormati oleh masyarakat tempatan dan masyarakat

antarabangsa
Pembangunan fizikal yang canggih melambangkan keupayaan negara
Rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negara.

Fakta 2
Menjana pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara

Semasa projek pembangunan fizikal hendak dilaksanakan, banyak pekerja diperlukan

seperti menjadi kontraktor, jurutera dan seumpamanya.


Setelah projek pembangunan sempurna, sekali lagi peluang pekerjaan disediakan.
Pembangunan fizikal boleh menjana pertumbuhan ekonomi
Contohnya, jalan raya atau lebuh raya menyediakan laluan penghantaran barangan.
Banyak aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dilaksanakan.

Fakta 3
Pembangunan persekitaran

Pembangunan fizikal di sesuatu tempat membantu memajukan kawasan setempat dan

persekitarannya.
Misalnya, jika pembangunan berbentuk pengangkutan, sudah tentu berjaya memajukan

kawasan.
Contohnya, kawasan pelancongan di Pantai Timur boleh memajukan lagi apabila siapnya
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Putrajaya, KLIA dan Sepang telah memajukan kawasan Enstek dan Nilai.

Idea B: Kepentingan Pembangunan Modal Insan


Fakta 4
Dapat melahirkan warganegara yang mempunyai pengetahuan

Membangunkan minda dan pengetahuan warganegara agar menjadi modal insan kelas

pertama.
Rakyat yang berfikiran positif dan inovatif akan menciptakan idea untuk membangunkan

negara.
Salah satu cara mewujudkan pembangunan insan adalah melalui pendidikan.

Fakta 5
Membentuk kemahiran

Pembangunan modal insan menuntut pendidikan kemahiran tinggi


Kerajaan mengalakkan murid menyertai sekolah kemahiran dan vokasional
Melalui institusi pendidikan kreatif diharapkan dapat melahirkan sumber manusia yang

inovatif
Kemahiran akan menymbang kepada kemajuan negara.

Fakta 5
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai-nilai murni dengan baik

Mengamalkan nilai hidup bersama secara aman


Mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan

budaya.
Mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama
Mengelakkan sikap negatif seperti hanya mementingkan diri dan bangsa seperti tidak

bekerja.
Melahirkan masyarakat berfikiran positif dan mementingkan semangat kekitaan.

Kesimpulan
Pembangunan kemanusiaan dan pembangunan fizikal sangat perlu dilaksanakan agar matlamat
dan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai. Pembangunan modal insan tidak boleh diabaikan
dalam masa yang sama kerana pembangunan fizikal tanpa disertai penbangunan modal insan.

Format jawapan : 2+3 / 3+2

Pada masa kini, pengunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh
seseorang individu mahupun suatu organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak
kejadian jenayah siber berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah jenayah siber masih
berlaku dan jelaskan kesan-kesan jenayah siber tersebut kepada pebagai pihak.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Penggunaan laman maya Internet dianggap sebagai suatu keperluan hampir setiap individu dan
organisasi pada masa kini. Malangnya ada pihak yang menggunakan aplikasi tersebut untuk
melakukan jenayah siber seperti ugutan, menyebarkan maklumat palsu dan yang biasa juga ialah
menyebarkan virus.
Idea A: Punca jenayah siber
Fakta 1
Faktor terpengaruh

Mangsa yang biasanya wanita


Terpengaruh dengan janji cinta sebelum ke perbualan telefon
Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman tawaran hadiah istimewa sanggup

melakukan arahan penjenayah kerana tertipu seperti mendedahkan akaun bank


Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai African Scam yang popular dilakukan oleh
warga dari benua Afrika

Fakta 2
Menjadikan jenayah sebagai bidang kerjaya komersial

Sesetengah penjenayah melakukan modus operandi memujuk mangsa sehingga mangsa

terpedaya terutamanya bagi kes cinta siber


Melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar peribadi atau sebarang maklumat peribadi

untuk tujuan pemerasan


Jenayah boleh dijadikan secara terancang oleh satu sindiket
Penjenayah mungkin mahu menjual perisian antivirus yang diciptanya dengan
menghantar virus tertentu.

Fakta 3
Kecanggihan Internet dan bilangan komputer

Pelbagai laman web social dicipta seperti Facebook dan Twitter telah mendorong
individu mendedahkan maklimat peribadi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan

seumpamanya.
Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam internet yang tidak mahir telah

mengongsi butiran peribadi anda sehingga boleh digunakan oleh penjenayah siber.
Internet begitu canggih sehingga boleh merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan
melakukan serangan virus ke mana-mana talian yang diketahui ada kelemahan.

Fakta 4
Tidak memahami prosedur mengendalikan laman web

Pengguna komputer tidak menyediakan perisian antivirus tulen atau antivirus yang tidak

mampu menghadapi serangan virus


Pengguna komputer tidak mengetahui penggunaan talian internet dengan betul seperti

tidak menutup akaun e-mel atau facebook dengan teratur.


Kejahilan tidak membaca terma-terma janji aplikasi internet boleh menyebabkan mereka
menjadi mangsa jenayah siber

Idea B: Kesan jenayah siber


Fakta 5
Mengalami tekanan perasaan

Mangsa mengalami tekanan perassan seperti marah, malu dan trauma


Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan majikan dan sebagainya
Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh diri disebabkan malu
Mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa.

Fakta 6
Kerugian kewangan

Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga RM49.46 juta tahun 2011, meningkat

114 peratus berbanding tahun 2010, iaitu RM20.5 juta


Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan terganggu dan

mengalami kerugian besar seperti yang pernah berlaku terhadap laman web kerajaan.
Individu juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja untuk memperbaiki
komputer.

Fakta 7
Kerugian dari segi harta intelek

Misalnya, apabila maklumat sesebuah syarikat dicetak rompak, maka mereka akan

mengalami kerugian kerana mungkin hak cipta akan ditiru


Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan mungkin tercabar untuk
melaksanakan inovasi pada masa hadapan

Kesimpulan
Jenayah siber perlu dibanteras supaya pengguna perkhitmatan tidak mengalami pelbagai kesan
negatif. Selain itu, sikap pengguna sendiri perlulah sentiasa berhati-hati agar mereka tidak
menjadi mangsa jenayah maya ini.
Format jawapan : 2+3 / 3+2

Kemajuan dalam bidang perindustian memang menjadi keperluan negara. Walau


bagaimanapun, sektor ini menghadapi cabaran tertentu yang boleh menjejaskan
pembangunan negara pada masa hadapan. Jelaskan penyataan tersebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Kini ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada sektor perindustrian. Sumbangan sektor ini
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan eksport negara adalah melebihi
40% pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, sumbangan sektor ini menghadapi cabaran
tersendiri.
Idea A: Sumbangan sektor perindustrian
Fakta 1
Sumbangan kepada ekonomi negara

Sektor perindustrian memperoleh keuntungan yang stabil


Dasar mesra perindustrian kerajaan seperti Dasar Perindustrian Berat dan Pelan Induk

Perindustrian telah menggalakkan kemasukan modal yang besar daripada pelabur asing.
Kemasukan pelaburan asing telah membawa mata wang yang banyak
Kerajaan memperoleh keuntungan melalui pelbagai cukai seperti cukai eksport, cukai

import, cukai eksais dan banyak lagi.


Kerajaan juga menggalakkan pelabur tempatan memajukan sektor perindustrian untuk
meningkatkan ekonomi negara.

Fakta 2
Sumbangan kepada penyediaan peluang pekerjaan

Wujudnya pelbagai jenis perindustrian telah memberikan peluang pekerjaan kepada

rakyat
Rakyat boleh bekerja dalam pelbagai peringkat daripada peringkat bawahan sehinggalah

ke peringkat pengurusan
Ramai rakyat Malaysia bekerja sebagai pengurus dan jurutera
Dapat mengelakkan masalah pengangguran, mengatasi masalah kemiskinan dan
seterusnya mengelakkan kesan sosial seperti jenayah.

Fakta 3

Sumbangan dalam bentuk menyediakan keperluan rakyat

Sektor pembuatan telah membantu rakyat daripada bergantung kepada barangan luar
Kepelbagaian dalam sektor perindustrian telah berjaya menyediakan keperluan rakyat
Secara tidak langsung negara telah berjaya mengelakkan kebergantungan kepada

barangan import
Dapat mengelakkan masalah kenaikan harga barangan import yang tidak menentu

Fakta 4
Melahirkan usahawan tempatan

Sumbangan sektor perindustrian juga telah berjaya melahirkan ribuan usahawan tempatan
Biasanya usahawan tempatan terlibat menyediakan perkhidmatan kepada sektor

perindustrian
Contohnya, menyediakan logistik atau pengangkutan, menyediakan latihan, menyediakan
khidmat kesihatan melalui klinik panel, menyediakan sumber bekalan bahan mentah dan
sebagainya.

Fakta 5
Pemindahan teknologi dan kepakaran

Syarikat asing yang beroperasi di Malaysia dikehendaki melatih rakyat tempatan dalam

aspek pengurusan dan kejuruteraan.


Pemindahan teknologi, pengetahuan dan kepakaran boleh dilakukan
Contohnya memindahkan jentera dari ibu pejabat di negara asal mereka ke Malaysia
seperti yang dilakukan oleh Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA). Pemindahan ini
telah memberikan peluang rakyat tempatan mempelajari pengurusan dan kepakaran
syarikat tersebut

Idea B: Cabaran
Fakta 6
Kekurangan tenaga buruh

Negara mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan disebabkan sikap rakyat tempatan
yang memilih pekerjaan, berpindah bidang pekerjaan atau enggan menerima gaji yang

ditawarkan.
Kekurangan tenaga buruh boleh merencatkan pengeluaran firma
Malaysia terpaksa mengambil puluhan ribu pekerja asing seperti dari Bangladesh,
Vietnam dan Myanmar untuk menampung kekurangan tersebut

Fakta 7
Pemindahan pelabur asing keluar

Malaysia menghadapi cabaran yang besar apabila banyak pelabur memindahkan operasi

mereka ke negara lain.


Punca pemindahan tersebut berkaitan dengan harga kos buruh dan tanah yang murah

yang lebih menguntungkan di negara lain


Malaysia mengkaji semula syarat pelaburan, menyediakan iklim pelaburan yang mesra
serta menyediakan insentif-insentif lain

Fakta 8
Persaingan akibat dasar globalisasi dan liberalisasi

Persetujuan Malaysia menyertai pasaran terbuka melalui AFTA


Persaingan dari segi kualiti dan harga produk tempatan dengan produk asing yang

berdaya saing boleh menjejaskan permintaan barangan Malaysia di seberang laut.


Boleh mengancam industri yang baharu bertapak atau baharu terlibat dalam sektor
pembuatan

Kesimpulan
Sektor perindustrian telah banyak membantu meningkatkan ekonomi negara. Usaha
memperkasakannya perlu sentiasa relevan dengan keadaan semasa. Iklim yang mesra pelaburan
perindustrian perlu sentiasa dilaksanakan.
Format jawapan : 2+3 / 3+2

Walaupun penumpuan kepada sektor pertanian kurang digembar-gemburkan, namun


pengabaiannya merupakan suatu kerugian. Pada pandangan anda, mengapakah
pengabaian tersebut perlu dielakkan dan cadangkan bagaimana memperkasakan sektor
ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Sumbangan sektor pertanian kepada kemajuan negara amat dihargai dan mengabaikan sektor ini
merupakan suatu kerugian besar. Oleh itu, langkah memperkasakan sektor ini perlu digembeleng
bersama.
Idea A: Mengapakah sektor pertanian perlu diberikan perhatian
Fakta 1
Menyediakan sumber sokongan kepada sektor perindustrian

Sektor pertanian banyak menyediakan sumber bahan mentah kepada sektor perindustrian
Tanpa sokongan bahan mntah ini sektor perindustrian yang berkaitan mengalami

gangguan operasi
Contohnya, getah dan kelapa sawit mentah menyediakan sumber industri pembuatan
getah dan perindustrian berasaskan makanan

Fakta 2
Menyediakan sumber makanan kepada rakyat

Sektor pertanian yang berasaskan makanan seperti tanaman padi, buah-buahan, koko

dan kelapa sawit menyediakan sumber makanan rakyat


Negara dapat mengurangkan import bekalan makanan seperti beras dari Thailand, India,

China dan sebagainya.


Demikian juga ternakan seperti lembu, ayam dan seumpamanya menyediakan sumber
bekalan makanan.

Fakta 3
Penggunaan sumber alam semula jadi secara cekap

Malaysia mempunyai ciri sebuah negara pertanian disebabkan keupayaan semula jadi

geografi
Banyak tanah yang sesuai digunakan untuk melaksanakan aktiviti pertanian

Negara kita tidak menghadapi masalah kekurangan air kerana cuaca hujan dan panas

sepanjang tahun
Banyak kawasan berair seperti tasik dan sungai yang sesuai untuk ternakan akuakultur
Negara dapat memanipulasikan sumber alam secara maksima dan tiada pembaziran
sumber

Fakta 4
Membantu menyumbang kepada pendapatan negara

Terdapat hasil pertanian yang dieksport keluar negara, iaitu tanaman komersial
Produk tanaman komersial utama ialah minyak kelapa sawit, hasil kayu balak dan getah
Antara negara yang mengimport hasil keluaran pertanian Malaysia ialah Jepun, China
dan negara-negara Asia Barat.

Fakta 5
Menyediakan kelangsungan pekerjaan

Sektor ini menyediakan pekerjaan sama ada secara langsung ataupun secara tidak

langsung
Pekerjaan secara langsung ialah golongan yang terlibat secara langsung seperti petani,

penternak, dan nelayan


Pekerjaan yang berkaitan dengan sektor pertanian pula ialah seperti pegawai pertanian

dan penyelidik pertanian, iaitu mereka yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan
Menyediakan pekerjaan kepada pekerja asing yang ramai bekerja dalam sektor
perladangan

Fakta 6
Melahirkan golongan usahawan tani

Sektor pertanian boleh dijadikan perniagaan yang menguntungkan


Antara usahawan yang lahir daripada sektor ini ialah usahawan membuat kerepek,

usahawan cendawan, usahawan ternakan kambing dan lembu


Usahawan ini dapat meningkatkan nilai tambah dalam sektor pertanian melalui pelbagai
cara

Idea B: Langkah memperkasakan sektor pertanian


Fakta 7
Meningkatkan penggunaan teknologi moden

Perlu menggunakan teknologi moden yang boleh mengeluarkan hasil yang banyak dan

berkualiti
Menggunakan teknologi yang mesra alam
Menggunakan teknologi pembungkusan, penyimpanan dan sebagainya.

Fakta 8
Meluaskan pasaran

Pihak kerajaan membantu mendapatkan pasaran di dalam dan di luar negara


Agensi seperti FAMA boleh membantu mendapatkan pasaran
Kerajaan boleh mendapatkan pasaran di luar negara bagi produk pertanian yang diproses

Fakta 9
Mempelbagaikan penyelidikan dan pembangunan pengeluaran

Membantu golongan petani dari segi khidmat nasihat


Mencipta baka tanaman yang lebih berkualiti
Menggunakan kaedah bioteknologi dalam pengeluaran hasil pertanian seperti tanaman

dan ternakan
Membuat penyelidikan yang boleh menyumbangkan kaedah pengeluaran yang lebih

cekap
MARDI dan Pusat Latihan Pertanian boleh membuat kajian terperinci

Fakta 10
Membuka kawasan tanaman baharu

FELCRA dan agensi pemulihan tanah di negeri seperti SELCAR (Sarawak) memainkan

peranan memulihkan tanah terbiar


Kerajaan negeri boleh membuka tanah untuk pertanian yang baharu untuk pelbagai
kegiatan. Contohnya, di Selangor, terdapat ladang Fruit Valley di Bestari Jaya dan di
negeri Terengganu mempunyai ladang pertanian di Lembah Bidong serta di Kelantan
terdapat di kawasan tanah tinggi Lojing.

Fakta 11
Pelaksanaan dasar kerajaan

Kerajaan menyediakan siri pelan Dasar Pertanian Negara


Kerajaan memberikan insentif tertentu seperti subsidi harga dan memberikan dana
tertentu

Memudahkan prosedur pinjaman daripada bank seperti Agrobank kepada golongan yang

terlibat secara langsung dalam bidang pertanian


Memberikan jaminan membantu membuka pasaran di peringkat antarabangsa

Kesimpulan
Sektorpertanian perlu terus diperkasakan kerana sumbangan sektorini kepada rakyat dan Negara
amat penting. Pihak yang terlibat perlulah bersama-sama memajukan sektorpertanian.
Menjadikan sektorpertanian sebagai sektorperniagaan adalah suatu langkah yang amat baik.
Format jawapan : 2+3 / 3+2

Kerajaan telah melaksanakan kemajuan dalam sistem pengangkutan di negara ini. Pada
pendapat anda, mengapakah kerajaan melakukan transformasi tersebut untuk menaik
taraf sistem pengangkutan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan

Malaysia mengalami kepesatan dalam sektor pengangkutan. Banyak jaringan jalan raya, transit
aliran ringan dan lapangan terbang telah dibina bagi memenuhi keperluan semasa.
Idea A: Mengapakah kerajaan melakukan transformasi dalam sistem pengangkutan
Fakta 1
Mengurangkan masalah pencemaran

Banyak pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berlaku akibat

pencemaran kenderaan.
Kenderaan menggunakan minyak petroleum dan diesel serta membebaskan gas karbon

monoksida
Kebelkangan ini berlaku masalah pemanasan global yang berpunca daripada pembebasan

terlalu banyak bahan cemar daripada kenderaan


Promosi penggunaan pengangkutan awam boleh mengurangkan masalah tersebut

Fakta 2
Mengurangkan masalah kebergantungan sumber alam

Sumber minyak petroleum semakin pupus dan dunia mungkin mengalami kepupusan

sumber pada tempoh masa yang pendek


Untuk mengurangkan kebergantungan, kerajaan menyediakan pengangkutan kereta api
elektrik seperti monorel dan komuter terutama di bandar besar seperti di Kuala Lumpur

dan sekitarnya
Penggunaan kenderaan awam boleh mengurangkan kebergantungan tersebut

Fakta 3
Mengurangkan masalah kesesakan jalan raya

Dapat membantu mengurangkan kesesakan di ibu kota


Dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya
Masalah kesesakan jalan raya boleh menyebabkan masalah psikologi seperti stress

Fakta 4
Meningkatkan produktiviti

Penggunaan kenderaan awam dapat menjimatkn masa ke destinasi tertentu


Tidak berlaku masalah kesesakan, kerosakan kenderaan, kemalangan dan seumpamanya

yang boleh melambatkan sampai ke tempat kerja


Pekerja yang menggunakan pengangkutan awam akan tiba di tempat kerja pada waktunya
Menggunakan masa yang berkualiti untuk pergi dan pulang

Produktiviti kerja di tempat kerja dan di rumah juga dapat ditingkatkan

Fakta 5
Menjimatkan kos

Menggunakan pengangkutan awam dapat menjimatkan kos hidup


Pekerja tidak menggunakan kenderaan sendiri untuk membayar minyak, tol dan bayaran

letak kereta
Menggunakan kenderaan awam secara bulanan, warga emas dan seumpamanya mungkin

diberikan diskaun
Penjimatan kos dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang lain

Idea B: Langkah-langkah
Fakta 6
Memperbaiki dan menaik taraf pengangkutan awam

Mengintegrasikan sistem pengangkutan awam, iaitu menyepadukan pengangkutan seperti

bas, kereta api, teksi dan seumpamanya


Tujuannya adalah supaya pengguna boleh menukar mod pengangkutan awam dengan

segera
Memperindah stesen pengangkutan awam termasuk tempat yang terurus, cantik dan

bersih
Dapat meningkatkan imej pengangkutan awam negara

Fakta 7
Penguatkuasaan undang-undang

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberikan lessen kepada kenderaan

awam seperti teksi dan bas


Perlu memantau keselamatan bas kerana kenderaan ini selalu terlibat dengan kemalangan
Mendisiplinkan pemandu kenderaan awam
Pemeriksaan kesihatan, menetapkan waktu pemanduan
Menggunakan kotak hitam pada kenderaan seperti bas
Mengenakan saman dan menyita kenderaan awam seperti bas dan teksi
Tujuannya supaya kenderaan awam selamat digunakan oleh pengguna

Fakta 8
Kempen pendidikan

Kempen boleh dijalankan kepada pengguna dan operator pengangkutan awam

Kempen pendidikan beretika kepada pemandu agar memandu dalam keadaan yang

selamat
Pendidikan penggunaa jalan raya kepada murid
Kempen meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada operator pengangkutan awam

Kesimpulan
Pihak kerajaan, operator, pemandu dan pengguna juga perlu menyokong usaha kerajaan yang
telah membelanjakan jutaan ringgit untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam
Format jawapan : 2+3 / 3+2

Masalah gangguan bekalan air bersih untuk kegunaan manusia di negara ini sering
berlaku dan jika dibiarkan berterusan akan mengundang pelbagai kesan kepada manusia
dan alam sekitar. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Sumber air utama kegunaan rakyat Malaysia datangnya daripada air tawar. Kebelakangan ini
sumber air ini sering terjejas. Hal ini menimbulkan kesan negatif kepada manusia dan alam
sekitar.
Idea A: Faktor berlaku gangguan air bersih

Fakta 1
Pencemaran air

Sumber air tawar utama adalah dari sungai dan sering dicemari oleh pelbagai sebab
Antara sebabnya ialah pembuangan najis haiwan daripada aktiviti penternakan dan

pertanian
Sebab lain ialah pencemaran bahan toksik daripada pelbagai aktiviti terutamanya

perkilangan
Sumber air yang tercemar menyebabkan sumber air semula jadi atau sumber untuk

diproses mengalami gangguan bekalan


Pencemaran air bersih juga mungkin disebabkan kemalangan bot-bot nelayan seperti di
muara Sungai Dungun di Terengganu, Sungai Bernam di Selangor dan Sungai Batang

Lupar di Sarawak
Manusia mengalami kekurangan bekalan air untuk kegunaan harian

Fakta 2
Aktiviti pembaziran sumber air bersih

Segelintir masyarakat menggunakan sumber air bersih secara berlebihan


Aktiviti membasuh kereta, menyiram pokok dan mandi-manda dilakukan secara

berlebihan
Paip air yang bocor dan tiadanya tindakan susulan untuk melaporkan atau membaiki

kerosakan
Pembaziran air dalam tempoh yang lama dan menyebabkan beribu-ribu meter padu air
terbuang begitu sahaja

Fakta 3
Perbuatan khianat seperti mencuri air bersih

Terdapat juga perbuatan khianat harta kerajaan atau harta persendirian dengan

merosakkan paip air


Ada juga kegiatan mencuri air dalam jumlah yang banyak. Misalnya, restoran, kilang

membuat makanan, bengkel kenderaan, kolam takungan akuakultur dan seumpamanya


Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan sumber air bersih

Fakta 4
Simpanan air bawah tanah terjejas

Hal ini boleh terjadi apabila berlaku kepupusan kawasan tadahan hujan

Akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah secara berleluasa kawasan tersebut
telah mengalami kepanasan atau kemarau dan tidak dapat menakung bekalan air bawah

tanah
Air bawah tanah akan kering atau disejat terus tanpa disimpan. Selain itu, air hujan yang
turun di permukaan itu akan terus mengalir ke sungai

Fakta 5
Akibat bencana alam

Di Malaysia bencana alam yang terjadi ialah seperti banjir dan tanah runtuh
Jika terdapat keadaan banjir besar berlaku dan melimpahi logi maka bekalan air bersih

akan terjejas
Bencana tanah runtuh pula membawa gangguan bekalan air bersih

Idea B: Kesan gangguan air


Fakta 6
Masalah kesihatan

Kekurangan air bersih akan menyebabkan rakyat menghadapi masalah kekurangan

bekalan dan berlaku dihidrasi


Air tercemar mengandungi bahan kimia beracun dan tidak sesuai untuk kegunaan harian
Manusia akan mengalami penyakit seperti kanser kulit, taun dan cirit-birit

Fakta 7
Menjejaskan kegiatan hidup manusia

Aktiviti harian akan terjejas


Misalnya, sukar mandi, bekalan air minuman terjejas, air untuk kegunaan pertanian juga
boleh terjejas. Misalnya, penduduk yang menggunakan air sungai sukar mandi kerana air

tercemar
Terpaksa mengangkut bekalan air daripada sumber lain
Terpaksa menunggu bekalan air diperoleh
Kegiatan prniagaan yang berasaskan air juga terjejas dengan teruknya

Fakta 8
Kegiatan pertanian, flora dan fauna akan terjejas

Apabila air bersih dari sungai atau tasik tercemar maka kegiatan pertanian dan pertanian
akan terancam

Banyak kegiatan pengairan di kebun atau sawah padi terpaksa ditangguhkan. Aktiviti
penternakan ikan air tawar juga akan terancam. Banyak ikan sama ada yang dibela atau
yang hidup bebas akan mati keracunan.

Fakta 9
Masalah keracunan dan alahan

Apabila air tercemar, manusia terdedah memakan makanan yang bertoksik


Masyarakat di kawasan pedalaman atau di luar Bandar mungki mandi dan mengalami
keracunan akibat memakan ikan haruan, ikan keli dan seumpamanya yang sudah terkena
racun manakala badan mengalami ruam dan gatal-gatal

Kesimpulan
Sumber bekalan air bersih sama ada air yang diproses atau bekalan air dari sungai, tasik atau
parit perlulah dipelihara agar manusia dan alam sekitar mendapat manfaat daripadanya.
Format jawapan : 2+3 / 3+2

Dasar melaksanakan transformasi dalam perkhidmatan awam sememangnya perlu


dilakukan oleh pihak kerajaan selaras dengan usaha mewujudkan perkhidmatan awm
yang berkualiti. Pada pandangan anda, apakah rasional pelaksanaan Dasar
Transformasi tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk memperkasakan
perkhidmatan kerajaan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Perkhidmatan awam merupakan jentera kerajaan. Perkhidmatan awam merupakan pelaksana
yang menyediakan system perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat. Kerajaan telah
berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Idea A: Rasional pelaksanaan transformasi
Fakta 1
Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti

Wujud rungutan rakyat tentang mutu perkhidmatan, kepantasan perkhidmatan dan

seumpamanya
Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan memuaskan hati pelanggan
Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan memuaskan hati pelanggan
Menyediakan standard operasi (SOP) yang mesra pelanggan seperti manual prosedur

kerja yang jelas


Mengurangkan karenah birokrasi dan sistem menunggu yang pendek untuk
menyelesaikan urusan rakyat

Fakta 2
Membentuk sikap positif kakitangan awam

Terdapat rungutan pengguna terhadap gelagat kakitangan awam yang tidak cekap dan

tidak mesra
Transformasi perkhidmatan awam akan membentuk semula sikap kakitangan awam

terhadap bidang tugas


Memperkasa latihan kepada kakitangan awam sama ada latihan ilmu dan latihan ICT
Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan serta menunjukkan integriti
dalam perkhidmatan

Memendekkan tempoh masa meluluskan suatu permohonan pengguna kepada agensi


kerajaan dan membuat keputusan yang adil terhadap keputusan perniagaan seperti
pembelian kontrak dan perolehan

Fakta 3
Meningkatkan imej kerajaan

Terdapat segelintir kakitangan awam yang bertindak mencemarkan imej perkhidmatan

kerajaan dengan mengambil rasuah


Transformasi kerajaan kepada sumber manusia dan teknologi serta prosedur kerja dalam

sistem perkhidmatan dan penyampaian awam akan meningkatkan kecekapan


Perkhidmatan yang baik akan dapat mewujudkan hubungan antara kerajaan dengan orang
ramai. Konflik komunikasi antara rakyat dengan kerajaan boleh diatasi. Sekaligus

meningkatkan imej kerajaan


Laporan Jawatankuasa Pemantau Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 di bawah
Jabatan Perdana Menteri berdasarkan maklum balas rakyat menunjukkan bahawa GTP
berjaya mencapai sasaran hebat. (Dewan Masyarakat, Februari, 2012)

Fakta 4
Meningkatkan pendapatan negara

Ada dakwaan berlaku pembaziran dalam perkhidmatan awam


Transformasi perkhidmatan awam menggariskan prinsip nilai untuk wang kepada

kakitangan awam
Semakin cekap kakitangan awam, bermakna semakin banyak produktiviti dihasilkan.

Misalnya, semakin cekap seseorang maka akan semakin bertambahlah pendapatan negara
Selain itu, dapat mengelakkan pembaziran sumber kewangan untuk menggaji kakitangan
awam yang tidak kompeten.

Idea B: Langkah memperkasakan perkhidmatan awam


Fakta 5
Menyediakan latihan atau kompetensi

Bahagian sumber manusia perlu menyediakan latihan berterusan


Suruhanjaya Perkhidmatan hanya mengambil kakitangan yang berkualiti
Menyediakan modul latihan berasaskan sistem ICT yang terkini
Program pertukaran kakitangan awam dari suatu unit ke suatu unit boleh meningkatkan
prestasi dan mengelakkan sindrom selesa

Fakta 6
Membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kakitangan

Agar kakitangan awam berfikiran kritis dan konstruktif dalam penyelesaian urusan orang

awam
Membudayakan

memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan


Agensi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan ( MAMPU) perlu

percambahan

fikiran

dalam

kakitangan

awam

dalam

usaha

sentiasa menyelaraskan tanggungjawab dengan semua agensi lain yang terlibat untuk
membudayakan kreativiti dan inovasi
Fakta 7
Meningkatkan kebajikan pejawat awam

Selaras dengam matlamat menjadikan penduduk tempatan berpendapatan tinggi,

kebajikan kakitangan awam turut deberikan perhatian


Menyemak semula tangga gaji dan kemudahan perkhidmatan kakitangan awam agar

dapat memberikan motivasi bekerja


Contohnya jadual waktu anjal, tempoh bekerja doktor muda/pegawai perubatan telah
disusun semula dari 14 jam sehari kepada 8-9 jam sehari agar dapat memberikan
perkhidmatan yang berkualiti

Fakta 8
Penguatkuasaan undang-undang atau peraturan/pekeliling perkhidmatan

Tindakan disiplin atau tatatertib terhadap kakitangan yang culas, lemah dan ingkar perlu

dilaksanakan oleh suruhanjaya yang berkaitan


Tindakan ini penting untuk menjadi satu kaedah pemisah bagi pegawai yang berprestasi

atau tidak kompetitif


Penguatkuasaan ini perlu dibuat secara teratur mengikut proses undang-undang

Fakta 9
Penggunaan ICT

Untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau mewujudkan kerajaan tanpa kertas


Menyediakan perkhidmatan dalam talian. Semua jabatan kerajaan telah menyediakan

laman portal masing-masing


Hampir kebanyakan urusan pengguna boleh diselesaikan melalui laman web sahaja

Hasrat kerajaan untuk menjadi kerajaan tanpa kertas dapat dicapai


Rakyat akan berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan

Kesimpulan
Transformasi dalam perkhidmatan kerajaan perlu dilakukan dan ditambah baik dari semasa ke
semasa. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan dan kehebatan mutu perkhidmatan awam. Rakyat
akan berpuas hati debgan perkhidmatan seperti ini.
Format jawapan : 2+3 / 3+2

Penglibatan rakyat dalam bidang sukan di pringkat antarabangsa mendatangkan banyak


manfaat. Oleh itu, kerajaan amat menitikberatkan bidang ini dengan melakuklan pelbagai
strategi dengan harapan agar bidang ini mampu mengharumkan negara.
Berdasrkan penyataan di atas, jelaskan kepentingan penglibatan tersebut dan nyatakan
cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk memajukan bidang ini.
RANGKA JAWAPAN

Pengenalan
Kebelakangan ini, banyak isu berkaitan sukan dipaparkan oleh media massa. Antaranya ialah
sesetengah atlet atau pemain Malaysia mampu mencipta nama dalam sukan bertaraf
antarabangsa. Selain itu, turut dianalisis ialah pelbagai cabaran untuk negara mencapai taraf yang
baik dalam bidang sukan.
Idea A: Kepentingan penglibatan dalam sukan
Fakta 1
Melahirkan rakyat yang sihat

Rakyat digalakkan bersukan untuk kesihatan mereka


Melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas
Negara memperoleh faedah daripada rakyat yabg sihat dari segi produktiviti kerja dan
pengurangan kos biaya perubatan untuk setiap rakyat

Fakta 2
Memperoleh pendapatan

Para pemain boleh memperoleh pendapatan yang lumayan. Misalnya Datuk Nicol Ann
David, Shafie Sali dan Datuk Lee Chong Wei masing-masing merupakan ikon squasy,

bola sepak dan badminton negara.


Nilai harga pemain atau atlet akan meningkat. Sebagai contoh pemain bola sepak

Malaysia akan dibayar dengan bayaran yang mahal untuk beraksi di peringkat dunia
Pemain juga memperoleh penajaan tertentu dan akan mendapat keuntungan ekonomi.
Misalnya, Chong Wei mendapat tajaan daripada syarikat Proton, Yonex dan lain-lain lagi

Fakta 3
Mewujudkan silaturahim dan perpaduan antarabangsa

Biasanya sukan disertai oleh atlet dari pelbagai kaum dan negara
Penyertaan atlet dalam pelbagai kejohanan atau pertandingan sukan akan mewujudkan

silaturahim dan saling mengenali budaya asing


Perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan masyarakat antarabangsa boleh diwujudkan

Fakta 4
Dapat memperkenalkan identiti dan budaya tempatan

Melalui sukan, rakyat boleh mempromosi identiti Malaysia

Biasanya negara peserta akan mempersembahkan budaya negara masing-masing seperti


bentuk pakaian kebangsaan pada acara pembukaan atau membuat persembahan tertentu

jika Malaysia menjadi penganjur sukan antarabangsa


Dapat menarik lebih ramai pelancong pada masa hadapan

Idea B: Cabaran untuk memajukan sukan negara


Fakta 5
Sokongan masyarakat kurang baik

Bukan semua masyarakat di Malaysia menganggap penyertaan dalam bidang sukan

menjamin masa hadapan


Kebanyakan ibu bapa enggan membenarkan anak-anak terlalu aktif dalam bidang sukan

berbanding memberikan tumpuan kepada pelajaran


Usaha mendapatkan sokongan masyarakat tetap diteruskan dengan memberikan
kefahaman dan contoh-contoh serta keistimewaan tertentu kepada atlet yang berjaya

Fakta 6
Pengurusan sukan yang sering bermasalah

Sering dipaparkan di media massa tentang pergelutan sesetengah persatuan sukan


Pemimpin sukan sibuk berbalah mengenai perebutan jawatan dan sistem pengurusan
Sesetengah pemimpin sukan mahu terus berkuasa sedangkan kurang berupaya dan

berwawasan
Atlet atau pemain akan menjadi mangsa

Fakta 7
Hubungan atlet dengan jurulatih

Sesetengah persatuan gagal mendapat jurulatih yang baik


Sesetengah atlet enggan bekerjasama dengan jurulatih kerana bersikap besar kepala
Sesetengah jurulatih didakwa melakukan perbuatan yang tidak bermoral kepada atlet
Isu jurulatih tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memilih pemain berbanding pihak
pengurusan

Fakta 8
Bilangan prasarana sukan yang terhad

Hanya di sesetengah tempat sahaja prasarana sukan disediakan seperti trek atau stadium
mini

Kekurangan prasarana boleh menyebabkan penyertaan pemain terbatas dan gagal


mencungkil bakat baharu

Kesimpulan
Mutu sukan negara masih belum mencapai pretasi yang membanggakan. Jika dibandingkan
dengan negara Amerika Syarikat dan Australia yang mempunyai reputasi tinggi dalam bidang
sukan, ternyata banyak lagi usaha perlu dilakukan oleh kerajaan.
Format jawapan : 2+3 / 3+2