Anda di halaman 1dari 21

16 06 2008

All the Government and Petronas data pertaining to the petroleum revenues. These are
public data and readers can find it in the net and it is either belong to Bank Negara Malaysia,
The Treasury or Petronas itself.

Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of Petronas claimed that
Malaysia will be net importer of crude oil by 2011. He however was forced to clarify that
Malaysia will become net importer because the domestic demand of fuel is more than our
supply by 2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by those Pariah in
the Government.
Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly mention that in 2006 the
replacement ratio of our crude oil is 1:1.8. Which in layman terms, it means for every litre
of petrol we use, Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the country
used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000 barrels of crude oil reserve.
That is 720,000 x 365 days.
Dear readers, to help us understand how the government can actually reduce the price of
petrol and diesel, I have prepared the below essay.
Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global
Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.
Malaysia sebagai negara net exporter minyak mentah menerima habuan besar daripada
kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank
negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri
menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung,
Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada
keluaran semasa).
Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.
Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.
Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai Tapis Blend,
yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai Tapis Blend is a high quality, extra light, low
sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed. Iaitu minyak mentah
berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.
Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar
negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang
digunakan didalam negara.
Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia
Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini
harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini
beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.
Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar
minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga
pasaran hari ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, Hampir tiada
peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan
USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.
Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250
ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar
mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.
250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih
Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar
cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.
Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung,
cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun
yang lalu.
Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak
Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan
hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5
B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada
tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
Hasil Bukan Cukai Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004
yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
Hasil Bukan Cukai Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun
2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara


Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan
kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.
Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan
membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar
(Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.
Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir
3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun
semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.
Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan
mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak

mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada
peratusan yang sama.
Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan
harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.
Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus
Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat
peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun
2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam
tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.
Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel
sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara


Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari.
Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Malaysia memiliki lebihan 250
ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.
Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah
berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam
negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah. Pertukaran
ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang
harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara. Ini bermakna negara
samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang
ditukar itu.
Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak
menjejaskan negara.
Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel
dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut!

Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah


18 06 2008

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa
Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di
pasaran dunia.
Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak
Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan
hasil yang diperolehi kerajaan menerusi
Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5
B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada
tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
Hasil Bukan Cukai Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004
yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
Hasil Bukan Cukai Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun
2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di
http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIn
dex=0).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang
diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus
daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.
Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan
untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak
di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan
bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.
(Data Bank Negara boleh di lihat di
http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)
(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara
kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah
dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan
membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar,
subsidi bahan makanan dan lain-lain.
Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir
3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun
semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam
kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.
Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan
mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak
mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada
peratusan yang sama.
Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia
sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu. Sebagai tanda
simpati, kerajaan setuju memotong elaun keraian PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri
sebanyak 10% (Elaun keraian antara $7,000 15,000 ini dimasukkan ke dalam gaji bulanan.
Selain dari ini, PM, TPM, Menteri dan Timbalannya boleh mengarahkan pembayaran untuk
"jamuan negara", "jamuan kementerian" dan sebagainya.) Elaunnya sahaja menyamai gaji
bulanan seorang Professor (Jusa C).
Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan
selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi
setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.
Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan
menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf
hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu
meringankan beban rakyat. Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan
harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek
kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar
ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.
Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak
tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji
Ahmad Badawi.

10

The Truth About Fuel Subsidy


20 06 2008

Semalam Tan Sri Hassan Merican muncul di TV bersedia untuk dipersalahkan kerana
kenaikan harga minyak dan apa sahaja persoalan mengenai Petronas. Namun moderator dan
ahli panel telah melontarkan soalan-soalan "bodoh" Mungkin jawapan yang sepatutnya beliau
beri adalah seperti berikut "mengapa Tanya soalan-soalan bodoh macam ni, kalau macam ni
bentuk soalannya saya dan sdr.2 hanya membuang masa saja."
Mungkin juga arahan telah diberi untuk melontarkan soalan-soalan yang menekan seolaholah untuk meleakkan kesalahan kenaikan harga minyak ini kepada Petronas.
Sebelum ke Dubai minggu lepas, Dato Husam Musa telah memberi kenyataan akhbar
mendedahkan fakta untuk menyokong apa yang beliau nyatakan sebagai ketidakadilan dalam
kenaikan harga minyak. Beliau juga memberi maklumat bagaimana menurunkan harga
minnyak.
Malang sekali kerana tiada berita yang dikeluarkan dalam media utama di Malaysia walaupun
terdapat lebih 30 orang wartawan yang hadir. TV-PAS pula sampai lewat 10 minit dan terus
meninggalkan majlis engan alas an sesi telah berjalan. Akibatnya sesi berlangsung tanpa
liputan dari mana-mana media utama. Satu ingatan untuk pemimpin PAS agar mengingatkan
wartawan mereka mengenai pentingnya mendedahkan maklumat begini. Jika mereka
mengharapkan layanan permaidani merah, elok rasanya wartawan-wartawan ini melepaskan
jawatan dan mencari pekerjaan lain.
YB Mahfuz juga dalam rancangan Hujah TV 9 yang dilewatkan siarannya juga telah
memberi beberapa pandangan yang boleh dilaksanakan untuk mengekalkan harga minyak
pada harga lama malah boleh menurunkannya.
Benarkah Ada Subsidi Bahan Bakar?
Kerajaan mendakwa jika harga minyak tidak dinaikkan kerajaan terpaksa membelanjakan
hampir RM40 Billion setahun untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini sebenarnya satu
pendusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengeliru dan menipu rakyat Malaysia.
Hakikatnya sebenarnya adalah,
Kerajaan tidak menanggung satu senpun subsidi bahan bakar.
Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
Subsidi bahan bakar sebenarnya tidak wujud.
Subsidi yang ada adalah untuk tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan
lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.
Oleh itu, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua (yang tidak sepatutnya wujud
pun) adalah tidak tepat dan sebenarnya cuba mengelirukan rakyat kerana ramai rakyat yang
tidak tahu fakta sebenar dan tidak mahu atau tidak tahu di mana untuk mendapatkan fakta
sebenar.

11

Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh
Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Perdana Menteri, dan juga oleh
menantu PM, Khairy Jamaluddin, di Persidangan Agung UMNO 2007.
Data dari Perbendaharaan Negara yang telah di"akses" menunjukkan maklumat berikut:

12

Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 6.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan
Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan pada tahun 2007 ialah
RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan.
Manakala pada tahun 2008, jumlah subsidi yang dijangka oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion
atau 7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan yang
diluluskan dalam belanjawan 2008.

13

Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah
dirmasukkan dalam belanja mengurus kerana,
Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah yang lebih kecil
dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40
Billion.
Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain di dalam akaun
kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan Perbendaharaan Negara.
Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya
tidak pernah wujud.
Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,
Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
400 tong minyak mentah berkualiti Tapis Blend iaitu minyak mentah berkualiti paling
tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak mentah dalam negara.
Minyak mentah import ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat
pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
Kerajaan memperolehi hasil / keuntungan bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan
apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen minyak dan lain-lain
pembekal.
Berapa Lama Bealan Minyak Mentah Kita Boleh Bertahan?
Rakyat kerap diberitahu oleh PM dan Menteri Kewangan Ke Dua bahawa sumber petroleum
Malaysia hanya dapat bertahan untuk beberapa tahun lagi dan negara kita akan menjadi
pengimport bersih bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan harga
minyak dan seterusnya menarik subsidi bahan bakar bagi menyediakan rakyat untuk
membiasakan diri dengan harga semasa bila negara mula mengimport minyak untuk
kegunaan tempatan. Satu langkah yang dikira "baik" untuk mendidik.
Namun begitu, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah
Malaysia (setakat ini) cukup sehingga tahun 2024 (16 tahun lagi.)
Tan Sri Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (3
jawatan terpenting dipegang oleh seorang) Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa
pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi pengimport bersih petroleum kerana permintaan
dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini adalah unjuran berdasarkan
penggunaan semasa. Ini bererti permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari.
Tetapi pada tahun 2011 dan seterusnya, negara masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong
minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau. Berapa banyak import tidak pula
dinyatakan. Bagaimana pula jika kerajaan berjaya memperkenalkan penggunaan NGV secara
lebih meluas? Sudah tentu penggunaan minyak akan dapat dikurangkan secara drastik.
Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas sejak 1980, simpanan minyak mentah Malaysia
semakin bertambah dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980, dilaporkan bahawa
simpanan minyak mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun sejak itu kita telah
mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita masih mengeluarkan sebanyak 700 ribu
tong sehari selama 365 hari dan pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

14

Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada
di tempat ke 28 di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia. Sebenarnya, simpanan
minyak mentah negara semakin bertambah, bukannya berkurang. Ini kerana Petronas, sebuah
firma petroleum yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun
bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia. Menerusi pelaburan itu terhasilnya
penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu
ini ialah 1:1.8 liter.
Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan, Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu.
Ini bermakna kadar penggantian adalah lebih besar dari kadar penggunaan. Orang Petronas
mungkin boleh membantu saya menerangkannya kepada masyarakat. Laporan ini boleh
dibaca dalam Laporan Tahunan Petronas.

15

16

17

Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil


Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah, kerajaan sebenarnya
tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan masih boleh mengoptimunkan
perolehannya walaupun dengan menurunkan harga minyak pada waktu yang sama.
Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak.
Berdasarkan jumlah penduduk 27 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak
700 ribu tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi (0.026 tong
per penduduk) tetapi ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari
negara-negara pengeluar lain.
Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan sememangnya mampu
diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti
berikut.
Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV
perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut:
Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli terbesar. Pada tahun
2004, Dato Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan gas asli Malaysia adalah
sebanyak 89 trillion kaki padu.
Kerajaan sepatutnya menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih dan mesra alam
dengan mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan kemudahan ini dan tidak hanya
tertumpu di Lembah Klang sahaja.
Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan (kerana ia lebih murah dan
selamat) akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
Kesannya negara boleh menjual lebih banyak minyak mentah dan ini akan membawa lebih
banyak pulangan.
Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.
National Petroleum Advisory Council
Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) untuk mengumpulkan
pakar-pakar bagi merancang penggunaan sumber tenaga negara dan membentuk polisi-polisi
tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi
ianya sudah tidak wujud lagi pada hari ini, bukan mewujudkan jawatan Penasihat Petronas
yang jelas membuang duit rakyat.
Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun. Sebagai sebuah syarikat
yang menjaga khazanah milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu berasaskan
kepada menjaga kepentingan rakyat. Maknanya hasil yang diperolehi ialah untuk kepentingan
rakyat dan pelaburannya juga mestilah untuk kepentingan rakyat.
Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan
semata-mata perlantikan politik. Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak
bermakna jika sekadar mahu melantik tokoh-tokoh UMNO / BN yang telah tamat tempoh

18

19

"Check And Balance" Di Dalam Petronas


Pada hari ini, Tan Sri Dato Mohd. Hassan Merican memegang tiga jawatan tertinggi
Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum
ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan.

Tanpa mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh Tan Sri Mohd. Hassan
Marican sejak menerajui Petronas, namun dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri
Mohd. Hassan Marican menjadi terlalu kuat dan berkuasa sehingga menyukarkan "check and
balance" di dalam Petronas. Ini mengakibatkan wujudnya ketadak ketelusan di dalam
pengurusan Petronas dan sudah tentu mengabaikan "Corporate Governance".
Jika Harga Minyak Perlu Dinaikkan Juga.
Namun jika alasan menaikkan harga minyak ialah untuk mengelakkan penyeludupan dan
rakyat negara jiran menikmati "subsidi" yang diberi oleh kerajaan, ia perlu dinaikkan
sehingga hampir menyamai atau menyamai harga di negara jiran. Maknanya ia perlu dijual
pada harga sekitar $5.70 - $6.20 seliter. Ini boleh menutup terus penyeludupan keluar tetapi
mengundang penyeludupan ke Malaysia dari Thailand. Ini bermakna kerajaan membenarkan
kesemua syarikat minyak menjual minyak pada harga pasaran dan kerajaan tidak lagi perlu
membayar "gantirugi" perbezaan harga kepada syarikat-syarikat minyak.
Satu mekanisma untuk menampung kenaikan harga ini agar rakyat Malaysia tidak terbeban
boleh diwujudkan. Mereka yang berpendapatan rendah (dalam keadaan sekarang mereka
yang pendapatan bercukai $35,000) dikecualikan dari membayar cukai pendapatan. Mereka
yang benar-benar layak (pendapatan tahunan kurang dari $18,000) layak menerima bantuan
sarahidup melalui satu kaedah berkesan seperti "food-stamps" di US. Mereka yang
mempunyai anak di bawah 5 tahun pula perlu mendapat tambahan bantuan seperti WIC
Program di US. Bayaran cukai jalan dihapuskan atau hanya pada kadar minima (kurang dari
$10) (cukai jalan masih perlu digunakan untuk tujuan kawalan dan keselamatan.) Tol perlu
dihapuskan dan pengurusan tol perlu diserahkan kembali kepada LLM. Kerjaan juga melalui

20

NGO boleh menubuhkan "food bank" bagi menggalakkan masyarakat menghidupkan


kembali semangat bantu-membantu dan tolong-menolong.

Kesimpulan
Rakyat Malaysia seharusnya menikmati kemakmuran daripada kenaikan harga minyak
dipasaran dunia. Sebagai pengeksport bersih minyak mentah, kenaikan harga minyak beerti
pulangan tambahan kepada negara.
Malang sekali, bukan sahaja tidak dapat menikmati kemakmuran daripada sumber hasil
negara ini, rakyat Malaysia dibebankan pula oleh kenaikan harga minyak yang seterusnya
memberi kesan berantai terhadap harga barang-barang keperluan.
Berdasarkan hujah-hujah dan data-data yang telah diketengahkan, terbukti bahawa tindakan
kerajaan untuk menaikan harga minyak adalah tidak berasas.
Ini membuktikan kelemahan di dalam pengurusan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana
Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak mengecapi kemakmuran sebagai negara pengeluar
minyak dan menyeru kerajaan menurunkan semula harga minyak. Jika ini tidak dilakukan,
ekonomi negara akan merudum dan rakyat bukan sahaja akan menderita akibatnya tetapi
terpaksa pula berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berpunca darinya.
P/S Bagi yang rajin membaca lagi, bacalah tulisan bekas eksekutif PETRONAS yang
diterbitkan dalam UM 19 Jun 2008.
Yang di bawah ini tiada kaitan dengan Petronas tetapi ada kaitan dengan pengurusan GLC.
Baru-baru ini Tan Sri Dr. Zetty, Gabenor Bank Negara, meletakkan jawatan ahli lembaga
pengarah Khazanah Nasional. Sebab perletakan jawatanyya tidak dinyatakan dan ini
menimbulkan tanda-tanya kepada ramai rakyat Malaysia. Namun adalah "dipercayai"
perletakan jawatannya ada kaitan dengan tindakan Khazanah berkaitan TM International dan
TM yang tidak dipersetujui oleh Tan Sri Zetty. Bagi yang ada maklumat boleh berkongsi
bersama.

21