Anda di halaman 1dari 15

ROZELL CHONG

Tugasan 1:
Kedudukan Bahasa Melayu Pada Masa
Akan Datang

1.0 Pengenalan

Sejak zaman dahulu lagi bahasa Melayu sudah lama dituturkan oleh
masyarakat yang tinggal di sekitar kepulauan Melayu. Perkembangan pesat
perdagangan di selat Melaka juga telah mengembangkan lagi penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan pedagang dan juga orang asing yang singgah di selat
Melaka pada masa itu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa lingua franca dalam
kalangan pedagang pada masa tersebut. Malah, bahasa Melayu juga dijadikan
sebagai bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa ilmu dan bahasa ikhtisas bagi
kerajaan di sekitar kepulauan Melayu. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa
Melayu telah digunakan secara meluas ketika zaman dahulu.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan digunakan
di negara kita oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa,
keturunan, bangsa dan agama serta mempunyai bahasa ibunda masing-masing.
Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya berbangga dengan bahasa Melayu dan
sepatutnya memperkasakan lagi ilmu pengetahuan kita dalam penggunaan bahasa
Melayu sebagai rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian, penggunaan bahasa
kebangsaan iaitu bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mahupun ketika
berurusan rasmi mampu memartabatkan lagi kita sebagai rakyat Malaysia yang
tinggi semangat patriotiknya dan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, kaum
dan agama.
Sesungguhnya, kedudukan dan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan perlu dipelihara dan tidak boleh dibelakangkan. Hal ini kerana, dimana
dinamiknya dan maju sesebuah tamadun itu, maka bahasa Melayu juga perlu
ditinggikan dan diperkembangkan sehingga menjadi bahasa falsafah yang tinggi.
Tidak lupa juga perkembangan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan
teknologi juga perlu ditingkatkan.
Dalam pasca era globalisasi yang kian memuncak ini sering kita mendengar
meniti bibir ke bibir tentang penggunaan bahasa Melayu yang semakin merosot
dalam kalangan rakyat Malaysia yang moden ini. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris
pula semakin luas dalam kalangan masyarakat. Pada zaman teknologi ini, tidak
dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris adalah penting dan harus dikuasai
kerana diperlukan dalam sains dan teknologi yang canggih.
Namun, kebanyakan masyarakat Malaysia kini alfa terhadap bahasa
kebangsaan dan malu menggunakan bahasa Melayu. Mereka menyalah anggap
bahawa dengan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan seharian,
mereka adalah tamadun yang lebih maju. Persoalannya, adakah masyarakat
Malaysia malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu ataupun kurang pengetahuan
dalam penguasaan bahasa Melayu? Apakah kedudukan dan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh bahasa Melayu?

2.0 Kedudukan Bahasa Melayu pada masa akan datang


Cabaran-Cabaran bahasa Melayu
i. Persepsi masyarakat tentang bahasa Melayu
Bahasa Melayu sekarang sedang berhadapan dengan cabaran yang sangat
merunsingkan dengan melihat betapa tercabarnya kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Pertamanya, masyarakat Malaysia kini
tidak

mementingkan

mutu

penggunaan

bahasa

Melayu.

Contohnya,

kebanyakan

masyarakat yang berada seiring dengan kemajuan alaf ke-21 ini sering menggunakan
bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian. Sesetengah
masyarakat juga beranggapan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang betul tidak begitu
penting. Malah, ada yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak ada nilai komersialnya
secara antarabangsa.

kuasa hegemoni dan instrumen media dan teknologi, bahasa dominan dunia,
iaitu bahasa Inggeris terus melebarkan pengaruhnya dan diterima dengan hati terbuka oleh
warga dunia. Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dikatakan mempunyai nilai
ekonomi dan nilai instrumental. Tanggapan sedemikian menyaksikan golongan elit di
sesetengah negara mulai mengubah dasar bahasa kebangsaan mereka kepada bahasa
Inggeris. Kedudukan bahasa kebangsaan dianggap oleh sesetengah pihak mulai terhakis
dan terpinggir. (Jeniri, 2009)
Melalui pandangan beliau, masyarakat kini tidak memandang ataupun melihat
kepentingan bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita sendiri. Bahasa Inggeris juga
mudah diterima dan senang ditempatkan di hati para masyarakat daripada bahasa Melayu.
Tambahan lagi, masyarakat lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing
iaitu bahasa Inggeris. Malah, ada juga yang meletakkan penguasaan penggunaan bahasa
Inggeris itu sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa asing lebih diutamakan daripada bahasa kebangsaan negara
kita. Menurut (Jeniri, 2009), pensejagatan dan imperialisme bahasa Inggeris semakin
mencengkam ke dalam akar budaya dan minda bangsa malah keadaan ini seakan-akan
bahasa Melayu tidak mampu mengambil tempat bahasa Inggeris sehingga pemakai bahasa
Melayu berasa seolah-olah tidak penting untuk mempelajari bahasa itu. Namun hal ini tidak
sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memartabatkan
bahasa kebangsaan kita dan bukannya menjadikan bahasa asing sebagai bahasa
kebangsaan kita. (Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007) telah menyatakan fenomena
penggunaan bahasa asing dapat menjelaskan antara lain tentang Teori Kepungan Ilmu iaitu
bahasa penjajah yang telah mengepung ilmu dan menyebabkan ilmu dan maknanya tidak
sampai kepada rakyat terbanyak. Hanya apabila bahasa sendiri digunakan barulah
kepungan tersebut runtuh dan akan mencetuskan wabak ilmu yang dapat membangunkan
rakyat di samping meningkatkan kreativiti sesuatu bangsa yang sekaligus akan memajukan
bangsa dan negara sekalipun tidak dalam sekelip mata. Pandang sahaja ke arah negaranegara seperti Jepun, Korea dan Perancis yang maju dari segi sains dan teknologi. Mereka
menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa ilmu dan sebagai dasar dalam
memajukan bangsa mereka. Seperti yang telah dinyatakan oleh (Hamdan Azmi Abd. Aziz
dan Noor Rohana Mansor, 2012), mereka tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris
dalam proses pengembangan ilmu. Walau bagaimanapun, bagi mereka bahasa Inggeris
bukanlah segala-galanya. Malaysia juga mampu maju sekiranya masyarakat sedar akan
kepentingan bahasa Melayu dalam memajukan negara dengan meneladani negara-negara
tersebut dengan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
disanjungi dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan sebagai wadah utama

perpaduan rakyat. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia perlu memadamkan persepsi
negatif terhadap bahasa Melayu kerana bahasa Melayu juga mampu bersaing dan setaraf
dengan bahasa asing.

ii. Pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI).
Bahasa Melayu juga berhadapan dengan cabaran yang mampu menggugat
kedudukan bahasa kebangsaan iaitu pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran
Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem Pengajaran dan Pembelajaran
Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini merupakan nama rasmi bagi salah satu
Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan atau ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di
semua peringkat pendidikan yang telah dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir
bin Mohamad pada tahun 2003. Namun, dasar ini telah dimansuhkan pada 2012 kerana
tidak menepati kesesuaian dan beberapa faktor yang lain.
Pada

permulaan

pelaksanaan

dasar

PPSMI

ini,

keputusan

dasar

untuk

melaksanakan PPSMI bertujuan untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam
sains dan matematik dalam kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya
adalah dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan PPSMI ini juga diharap akan meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. (Amir, 2009) ada menulis dalam
bukunya tentang anggapan masyarakat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak
sempurna sebagai bahasa utama dalam industri maklumat kerana bukan bahasa
komunikasi global. Namun, apa yang diharapkan tidak seperti yang apa yang dikehendaki
bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Pelaksanaan PPSMI ini telah dikecam
oleh beberapa pihak yang merupakan sasterawan dan para intelektual negara. Hal ini
bermakna bahawa bantahan yang dilakukan adalah bertunjangkan rasa cinta kepada
bangsa dan keprihatinan akan masa depan masyarakat Malaysia. Selain itu, PPSMI juga
dilihat tidak adil kepada pelajar sekolah luar bandar dan mengetepikan martabat bahasa
kebangsaan serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Pelaksanaan PPSMI ini jelas menampakkan satu tindakan dasar yang menggugat
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara kita pada masa akan datang.
Dengan pelaksanaan dasar PPSMI ini, bahasa Melayu akan kian terpinggir kerana bahasa
Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini akan
menyebabkan timbulnya masalah-masalah yang akan dihadapi oleh masyarakat semasa

menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara tentang sains dan teknologi. Masalah ini
boleh berlaku apabila seseorang yang hanya menguasai bahasa Inggeris dalam bidang
sains dan teknologi ingin menerangkan bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Seseorang
itu mungkin tidak mengetahui cara untuk menjelaskan bidang sains dan teknologi ini dalam
bahasa Melayu. Maka terjadilah masalah komunikasi antara dua pihak dan hal inilah yang
menjadi faktor kepada kurangnya pengetahuan masyarakat tentang sains dan teknologi di
Malaysia. Malah hal ini jugalah yang menyebabkan bidang sains dan teknologi di Malaysia
masih belum mencapai kemajuan yang diingini. (Abdullah Sani, 2007) ada menyatakan
penduduk bekas jajahan British dan Perancis di seluruh dunia yang meliputi benua Afrika,
kepulauan Hindi dan Pasifik dan lain-lain masih tinggal mundur sehingga kini sekalipun
mereka tetap menggunakan bahasa Inggeris atau Perancis atau kedua-dua bahasa tersebut
iaitu bahasa negara maju atau bahasa orang maju. Oleh itu, kita tidak seharusnya
memandang rendah akan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Jepun dan Korea sebagai contoh negara yang menjadi model negara maju di
sebelah timur di samping model negara yang benar-benar memartabatkan bahasanya.
Walaupun pernah mencuba bahasa lain tetapi Jepun cepat sedar dan kembali
mendaulatkan bahasanya sebagai bahasa ilmu. (Abdullah Sani, 2007).
Dalam pada itu, pelaksanaan dasar PPSMI ini wajar dimansuhkan dan digantikan
penggunaan bahasa Inggeris tersebut kepada bahasa Melayu. Dengan itu, bahasa Melayu
dapat dikekalkan kedaulatannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan. Seperti apa
yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad teks ucapannya ketika pelancaran
Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 1987, badan-badan pembinaan dan pengembangan
bahasa dan institusi-institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting bagi
peningkatan mutu bahasa dan pengembangan penggunaannya dalam pelbagai bidang.
Penyelidikan korpus atau aspek-aspek bahasa, penyeragaman ejaan rumi, pembentukan
istilah sains dan teknologi dan penerbitan telah dijalankan bagi memantapkan aspek-aspek
bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu perlu dimantapkan dan dikukuhkan
lagi

penggunaannya

dalam

pelbagai

bidang

agar

masyarakat

Malaysia

mampu

merealisasikan impian dalam menjadi negara maju seperti negara timur sesuai dengan
aspirasi Wawasan 2020.

iii. Penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi


Seterusnya, bahasa Melayu juga berhadapan dengan cabaran dalam menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran di Malaysia. Kita juga telah
dikejutkan dengan penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa semasa berada
dalam urusan rasmi seperti mesyuarat ataupun pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya.
(Abdullah Sani, 2007) menurut beliau dalam bukunya, pencemaran bahasa termasuklah
penggunaan bahasa yang bercampur baur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau
code-switching yang berlebihan. Malah, negara Malaysia juga belum lagi mengutamakan
bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam Perlembagaan negara.
Penghayatan penjawat awam yang hangat-hangat tahi ayam dalam pelaksanaan
peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga
kini juga amat memilukan. Lebih parah lagi apabila baru-baru ini terdapat menteri yang telah
mengemukakan penggunaan bahasa Inggeris dalam bahasa ilmu dalam subjek seperti

matematik dan sains di sekolah yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu. Hal ini
akan perlahan-lahan mengikis kepenggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Oleh yang demikian, Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati dalam
mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dengan mengadakan seminar-seminar,
pembentangan kertas kerja dan sebagainya bukan sahaja di dalam negara malahan di luar
negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk
memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.
Buktinya, Pemegang Kerusi Tun Abdul Ghafar Baba, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata,
dasar itu perlu dimansuhkan dengan segera kerana PPSMI terbukti satu kesilapan
berdasarkan sebuah artikel yang dipetik daripada surat khabar Utusan. Hal ini jelas
menggambarkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dalam
pentadbiran negara. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152
yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Oleh itu, sikap rakyat
perlu diubah dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu tetap kukuh bukan hanya
dalam bahasa rasmi dan bahasa ilmu, malah menggunakannya sebagai bahasa seharian
agar bahasa tersebut boleh dikatakan bahasa kebangsaan Malaysia. Tun Dr. Mahathir
mohamad juga mengatakan bahawa beliau sekeras-kerasnya menggesa semua pihak di
sektor swasta khususnya supaya menggunakan bahasa Melayu

dalam urusan mereka

dengan masyarakat Malaysia sama ada secara lisan mahupun tulisan. Secara umumnya,
semua pihak perlu berkerjasama dalam memastikan penggunaan bahasa Malaysia tetap
dimartabatkan.

3.0 Kata Sendi Nama


Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa
nama untuk menerangkan kata nama tersebut yang sering digunakan dalam bahasa
Melayu. Menurut Adenan Ayob (2009) dalam buku Bahasa Kebangsaan, kata sendi nama
berfungsi sebagai kata depan bagi sesuatu kata nama. Kata sendi bertugas sebagai kata
yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, merungkaikan penggunaan kata sendi
nama secara umum iaitu dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua
kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan
menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama
pertama. Contohnya: Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara.

Kata sendi nama termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan,
bagi, hingga, oleh, dengan, sampai, terhadap, sejak, semenjak, demi, dalam, antara,
tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, selain.

Senarai Kata Sendi Nama


Di

Ke

Dari

Daripada

Pada

Kepada

Untuk

Akan

Bagi

Hingga

Oleh

Dengan

Selain

Sampai

Terhadap

Sejak

Semenjak

Demi

Dalam

Antara

Tentang

Seperti

Bagai

Umpama

Laksana

Kata Sendi Nama dalam Artikel


1. Kata Sendi Nama Di
Kata sendi nama di merupakan kata sendi nama yang menunjukkan sesuatu tempat
atau keberadaan sesuatu benda atau perkara.
i)

Semasa pilihan raya umum di United Kingdom pada Mei lalu, seperti lazim,

ii)

parti-parti yang bertanding memperkenalkan manifesto masing-masing.


Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh YouGovl Sunday Times pada
bulan Mac, 76 peratus orang di Britain mahu mengurangkan jumlah kaum
pendatang.

2. Kata Sendi Nama Ke


Kata sendi nama ke menunjukkan tempat atau arah yang akan ditujui.

i)

Semua kaum pendatang baharu ke Britain sepatutnya mampu bertutur dalam

ii)

bahasa Inggeris.
Sesuatu yang kita sepatutnya jangkakan daripada setiap orang yang datang ke

iii)

sini.
Parti Buruh pada masa lalu, tetapi juga dianggap sebagai satu langkah untuk
bergerak ke kanan bagi mengimbangi Parti Konservatif.

3. Kata Sendi Nama Dari

i)

Santorum berkata bahawa beliau menyokong hak penentuan nasib sendiri

ii)

penduduk Puerto Rico dari segi status politik pulau itu.


Bilangan orang yang berpindah ke Britain dari negara lain meningkat lima kali

iii)

ganda di bawah kerajaan Buruh sebelum ini.


Nasib wanita yang datang ke United Kingdom dari Asia Selatan sebagai
pengantin dan tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris.

4. Kata Sendi Nama Daripada


Kata sendi nama daripada ini digunakan untuk menyatakan punca bagi situasi yang
berkait rapat dengan manusia, perbezaan, bahagian tertentu daripada keseluruhan dan
keanggotaan.
i)

Miliband mengulangi komitmen parti beliau terhadap masyarakat pelbagai


budaya, iaitu orang daripada semua latar belakang, semua budaya, semua
agama, boleh mengamalkan kepercayaan mereka, tetapi juga bersama-sama
menempa jati diri bersama.
James Brokenshire, Menteri Imigresen dan Keselamatan daripada Parti

ii)

Konservatif dalam respons mengatakan bahawa Parti Buruh tidak mempunyai


idea baharu.
5. Kata Sendi Nama Pada
Kata sendi nama pada digunakan semasa menunjukkan waktu dan merujuk masa bila
sesuatu kejadian itu berlaku.
i)

Makalah itu mencatatkan bahawa pada pertengahan Februari tahun itu,


Latvia mengadakan pungutan suara.

ii)

Pada pertengahan Mac 2012, Rick Santorum, salah seorang pencabar utama
dalam pemilihan calon Republikan.

6. Kata Sendi Nama Kepada


Kata sendi nama kepada digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. Kepada
digunakan dalam pelbagai keadaan seperti dalam menyatakan pecahan, perubahan
keadaan dan merujuk kepada manusia.
i)

Manifesto yang begitu banyak menjanjikan habuan kepada rakyat langsung


tidak menyatakan usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu, bahasa
kebangsaan sebuah negara merdeka.

7. Kata Sendi Nama Untuk dan Bagi


Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dan
bergantung pada fungsi tertentu. Terdapat dua fungsi kegunaan kata sendi nama ini.
i)

Sejak menerajui Parti Buruh, Miliband agak gemar berkempen untuk bahasa

ii)

Inggeris.
Ucapan itu dikatakan menandakan usaha untuk menamatkan tanggapan

iii)

bahwa Parti Buruh sebagai lembut terhadap kaum pendatang.


Parti Buruh pada masa lalu, tetapi juga dianggap sebagai satu langkah untuk
bergerak ke kanan bagi mengimbangi Parti Konservatif.

8. Kata Sendi Nama Akan


Kata sendi nama akan digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaannya mesti
didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan.
i)

Kerajaan Buruh masa depan akan meluluskan undang-undang untuk


memastikan semua pekerja kesihatan bertutur dalam bahasa Inggeris.

9. Kata Sendi Nama Hingga dan Sampai

Digunakan untuk membawa maksud peringkat had masa, waktu dan tempat. Hingga dan
sampai dapat saling bertukar ganti antara satu sama lain.
Kata sendi nama ini tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada sesuatu
yang memerlukan kata sendi nama hingga dan sampai untuk hadir di dalam ayat
penulis.
i)
ii)

Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.


Mereka belajar sampai pagi.

10. Kata Sendi Nama Oleh


Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama untuk membawa maksud
menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.
i)

Tinjauan pendapat berasingan oleh YouGov juga pada bulan yang sama
mendapati bahawa 50 peratus Imigresen merupakan isu yang penting yang
mereka dan keluarga mereka hadapi.

11. Kata Sendi Nama Dengan


Kata sendi nama dengan terletak sebelum kata nama untuk membawa maksud
bersama-sama atau berserta. Dengan juga adalah satu kata hubung pancangan.
i)

Ketika kempen rancak dengan pelbagai isu dan janji, tidak ketinggalan
tinjauan pendapat yang meramalkan parti yang akan menang, bahasa
walaupun tidak dinyatakan secara khusus dalam manifesto, turut mendapat

ii)

perhatian.
Beliau juga berkata bahawa penting, terutamanya bagi doktor, jururawat, dan
paramedik yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS)

iii)

mampu berkomunikasi secara betul dengan pesakit.


Kerajaan Buruh masa depan akan meluluskan undang-undang untuk
memastikan semua pekerja kesihatan bertutur dalam bahasa Inggeris
dengan sebaik-baiknya untuk menjaga pesakit sebelum mereka mula
bekerja.

12. Kata Sendi Nama Tentang


Kata sendi nama tentang digunakan sebagai maksud sesuatu yang tidak umum, dan
biasanya digunakan pada kata nama abstrak.

i)

Hundal juga menyatakan pengalamannya tentang nasib wanita yang datang


ke United Kingdom dari Asia Selatan sebagai pengantin dan tidak digalakkan
belajar bahasa Inggeris.

13. Kata Sendi Nama Terhadap


Digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan
atau benda. Selain itu, sebagai penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau
benda.
i)

Dalam usaha untuk menunjukkan bahawa ketegasan Parti Buruh terhadap


imigresen menjelang pilihan raya, Ed Miliband dipetik sebagai berkata,
Semua kaum pendatang baharu ke Britain sepatutnya mampu bertutur
dalam bahasa Inggeris.

14. Kata Sendi Nama Sejak dan Semenjak


Kata sendi nama sejak dan semenjak berfungsi sebagai penanda waktu atau masa dan
digunakan pada hadapan kata nama atau frasa nama.
i)

Parti Demokrat Liberal pimpinan Nick Clegg, yang menubuhkan kerajaan


pakatan dengan Parti Konservatif sejak lima tahun lalu, tertumpu pada
ekonomi, alam sekitar, pengangkutan, cukai, penjagaan kanak-kanak,
faedah, pekerjaan, kebebasan maklumat, pendidikan, kesihatan, perumahan,
hak sama, dan demokrasi.

15. Kata Sendi Nama Demi


Kata sendi nama demi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dan berfungsi
untuk menunjukkan maksud tujuan dan kepada siapa perkara itu dibuat. Demi juga salah
satu kata sendi nama yang hampir sama fungsinya dengan kata sendi nama untuk. Kata
sendi nama ini tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada sesuatu yang
memerlukan kata sendi nama demi untuk hadir di dalam ayat penulis.

16. Kata Sendi Nama Dalam

Kata sendi nama dalam digunakan untuk menerangkan maksud tempat yang tidak
mempunyai ruang atau jarak dan berfungsi sebagai kata arah.
i)

Kerajaan Buruh masa depan akan meluluskan undang-undang untuk


memastikan semua pekerja kesihatan bertutur dalam bahasa Inggeris
dengan sebaik-baiknya untuk menjaga pesakit sebelum mereka mula

ii)

bekerja, tegas Miliband.


Semua kaum pendatang baharu ke Britain sepatutnya mampu bertutur dalam
bahasa Inggeris.

17. Kata Sendi Nama Antara


Kata sendi nama antara digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud
banyak atau pelbagai. Antara tidak sesuai digunakan untuk satu benda atau perkara.
Kata sendi nama ini tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada sesuatu
yang memerlukan kata sendi nama antara untuk hadir di dalam ayat penulis.
i)

Pensel, buku dan kertas adalah antara alatan yang perlu dibawah semasa
menduduki peperiksaan.

18. Kata Sendi Nama Seperti, Bagai, Umpama Dan Laksana


Kat sendi nama seperti, bagai, umpama, dan laksana merupakan kata sendi nama yang
bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain kerana mempunyai fungsi yang sama
iaitu memberi perbandingan.
i)

Tidak ketinggalan parti kecil, seperti Parti Bebas United Kingdom (UKIP) dan
Parti Hijau.

Kata sendi nama ini juga tiada dalam artikel kerana penulis tidak merujuk kepada
sesuatu yang memerlukan kata sendi nama bagai, umpama dan laksana untuk hadir di
dalam ayat penulis.

Dengan adanya analisis kata sendi nama ini, pengetahuan yang lebih mendalam
dalam kata sendi nama telah diterapkan. Lagipun, hal ini jelas menunjukkan bahawa
terdapat banyak kata sendi nama. Setiap satu kata sendi nama mempunyai cara
penggunaannya yang tersendiri dan fungsinya. Kata sendi nama juga memerlukan kata
nama dan frasa nama selepasnya agar dapat membentuk ayat yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai