Anda di halaman 1dari 10

NOVEL MELUNAS RINDU

PERSOALAN
i. Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaupun dia
hanya guru sementara.
ii. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan
Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya.
iii. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tetap
menyayangi Fuad seperti anak kandung.
iv. Persoalan tentang kehilangan seseorang yang disayangi amat memeritkan.
Contohnya Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang
tempat bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya.
v. Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah.
Contohnya walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa saudaranya
yang tidak seagama dengannya.
vi. Persoalan sifat keibuan melebihi segala-galanya.
Contohnya sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima
hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau Fuad yang hilang
sejak kecil.
PLOT

Secara keseluruhannya plot novel Melunas Rindu digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:

i. Permulaan
Cerita bermula apabila Fuad tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar. Pelbagai pertanyaan timbul
dalam usaha mencari identiti dirinya. Pada bahagian permulaan juga, penulis memperkenalkan beberapa
watak yang mempunyai kaitan dalam hidup Fuad seperti Farhana, Pak Ismail dan Mak Salmah, Chin,
Peter Lim dan Swee Lan serta Robert Lim. Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita pula
kebanyakannya di Terengganu.

ii. Perkembangan

Cerita mula berkembang apabila Fuad mula ingin mengetahui status ibunya sama ada masih hidup atau
sebaliknya. Dalam pencarian tersebut, satu persatu pertanyaan dalam diri Fuad terungkai. Antaranya
ialah ayahnya iaitu Robert Lim pernah memeluk agama Islam untuk mengahwini ibunya Mariana. Fuad
juga mendapat tahu bahawa nama sebenarnya adalah Abdul Halim bin Roslan.

iii. Konflik

Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnya tetapi dalam masa
yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. Konflik juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya
sendiri iaitu Sofia dan Farhana. Namun cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia
dan Farhana adalah adiknya. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi
Fuad tetapi dalam masa yang sama membencinya kerana menganggap Fuad merupakan punca Sofia
meninggal dunia.

iv. Klimaks

Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Mah pula didatangi
Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad kepadanya. Fuad mendapat tahu bahawa ibu
Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat
mengesahkan lagi bahawa Mariana adalah ibu Fuad.

v. Peleraian

Di akhir cerita, Fuad menerima hakikat bahawa Farhana adalah adiknya. Pertemuan Fuad dengan ibu
dan adiknya telah memberi kebahagiaan kepadanya. Akhir sekali, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail
dan Mak Salmah mengerjakan umrah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Joshua/ Abdul Halim/Fuad


. Dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada
ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.
. Nama sebenarnya Abdul Halim Bin Roslan Dia juga dikenali dengan nama Joshua ketika tinggal
bersama Peter Lim dan Swee Lan.
. Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan Kemudian dia diberi nama Fuad dan menjadi anak
angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia merupakan anak kepada En. Roslan (Robert Lim) dan Pn.
Mariana.
. Dia berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari sebuah Universiti ternama di Amerika Syarikat.
. Dia menjadi guru sementara (sandaran) di Sekolah Menengah Seri Setia dan mengajar subjek Bahasa
Inggeris.
. Fuad mempunyai adik tiri bernama Sofia dan Farhana
. Seorang yang taat kepada perintah agama.
Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran. . Seorang yang
bertanggungjawab Contoh: Sebagai seorang guru, dia bertanggungjawab memastikan anak muridnya
dapat menguasai Bahasa Inggeris
. Seorang yang gigih
Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya.

Seorang yang suka membantu Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan
Borhan.
. Dia seorang yang mengambil berat
Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri Farhana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah
berkaitan kesihatan ibunya.

Watak Sampingan

Farhana

. Nama penuhnya ialah Farhana Binti Fakhrudin.


. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad Fikri, Muhammad Fadli,
Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal.
. Dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.
. Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
. Dia berkelulusan Pendidikan dari Universiti di United Kingdom.
. Dia seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Farhana sering pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah.
. Dia seorang yang penyayang
Contoh: Farhana amat menyayangi ibu dan adik-adiknya.
. Seorang yang tegas
Contoh: Farhana sering menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk kelas.

Robert Lim
. Nama Islamnya ialah Roslan.

. Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Susan.
. Merupakan seorang ahli perniagaan.

Pak Ismail

. Merupakan suami kepada Mak Salmah


. Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya.
. Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat
berjemaah di surau.
. Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam
sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
. Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika isterinya sakit.

Mak Salmah

. Merupakan isteri kepada Pak Ismail


. Mengambil Sofia sebagai anak angkat
. Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.

Mariana

. Merupakan isteri pertama kepada Roslan (Robert Lim)


. Ibu kepada Abdul Halim (Fuad) dan Farhana.

Kemudian Mariana berkahwin dengan ayah Farhana iaitu Fakhrudin.


. Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas melahirkan Abdul Halim.
Mempunyai penyakit lelah.
. Pergi menunaikan umrah bersama Fuad
. Bersifat penyayang. Buktinya walaupun sekian lama terpisah dengan Abdul Halim namun Mariana tetap
mengingati dan menyayangi anaknya itu.
. Seorang yang mengambil berat. Buktinya dia meminta Farhana menjaga adik-adiknya ketika dia pergi
menunaikan umrah.

LATAR

Latar Masa

. Waktu petang apabila Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.
. Waktu malam semasa jemaah surau menunaikan solat isyak.
. Waktu pagi semasa Fuad memandu ke sekolah.
Hari cuti persekolahan. Fuad mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim
dan Swee Lan.
. Waktu senja semasa Fuad menikmati keindahan pantai Batu Buruk.

Latar Tempat
. Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah iaitu di Danau Seberang, Terengganu. Fuad dan Sofia tinggal di
rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
. Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu. Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan
mendapatkan rawatan di klinik tersebut.
. Pantai Batu Buruk yang dijadikan tempat untuk Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati
keindahan alam pada waktu petang.

. Sekolah Menengah Seri Setia tempat Fuad menjadi guru sandaran. Di sekolah ini, Fuad berkenalan
rapat dengan Farhana.
. Sungai Ruan yang merupakan tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga. Fuad juga pernah
tinggal bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.
. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad membawa ibunya,Pak Ismail dan Mak
Salmah untuk menaiki pesawat ke Makkah bagi menunaikan umrah.
.

Teknik Penceritaan

i. Pemerian

Contoh : Suasana ruang legar balai berlepas di aras lima Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) hangar binger dengan suara orang ramai yang menghantar sanak saudara atau handai taulan
mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak berlari ke sana ke mari. Kadang kala terlanggar beg-beg
yang telah siap diikat untuk disorong ke ruang bagasi.

ii. Dialog
Contoh: - Betul, Pak Mail.
- Oh..cikgu!
- Kau dah makan, Fuad?
Dah, balasnya.
Sembahyang?
Kalau gitu, mari duduk sini kejap.

iii. Imbas Kembali

Contoh:
Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah meninggal dunia. Fuad masih teringat suatu masa dulu
Mak Salmah pernah membencinya kerana kehilangan Sofia.
Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang Fuad dilarikan orang semasa kecil. Pak Ngah
Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu Fuad semasa hayatnya.

iv. Imbas Muka


Contoh: Fuad berangan Sofia masih hidup dan dia menghantar adiknya ke universiti untuk meneruskan
pengajian.

v. Suspens
Contoh: Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu ialah ibunya juga.

vi. Monolog dalaman


Monolog dalaman digunakan untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan. Dalam novel
ini, Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya. Contoh : Terima kasihlah apak bisik hati kecilnya
sambil menarik selimut.

NILAI

i. Nilai kerajinan
Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.

ii. Nilai ketabahan


Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya.

iii. Nilai ketegasan


Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas.

iv. Nilai kasih sayang


Buktinya Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah.
v. Nilai bertanggungjawab
Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad.

vi. Nilai keikhlasan


Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaupun sudah lewat malam.

vii. Nilai bekerjasama


Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak
. didik mereka dalam bahasa Inggeris.

viii. Nilai rasional


Buktinya Fuad masih lagi dapat berfiki secara rasional setelah mendapat tahu bahawa wanita yang
dicintainya ialah adik kandungnya sendiri.

Pengajaran
i. Kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat.
ii. Kita haruslah tabah menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan.
iii. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi agar hidup kita lebih diberkati.
iv. Kita hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar sesuatu kerja menjadi mudah.

v. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain demi mewujudkan keharmonian dalam
keluarga.
vi. Kita mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
vii. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan
baik.

Anda mungkin juga menyukai