Anda di halaman 1dari 7

Info Kesihatan - Sumber tips, artikel dan berita untuk

penjagaan kesihatan seisi keluarga.


Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda
memerlukan penjagaan.
Langkah kedua adalah mendapatkan info yang boleh membantu kita menjaga kesihatan diri
dan juga keluarga. Sukar untuk kita menjaga kesihatan diri dan keluarga jika kita tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya. Tubuh kita sering terdedah kepada serangan luar
dan dalam, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Bagaimana tubuh kita
mempertahankan diri dari serangan tersebut? Apa yang tubuh perlukan untuk sentiasa sihat
dan cergas?
Melalui laman ini kami komited untuk membawa kepada anda info kesihatan yang boleh
membantu anda dalam penjagaan kesihatan. Dari masa ke semasa kami akan membawa
pelbagai info kesihatan yang relevan dan terkini.
PERINGATAN: Info kesihatan yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah bertujuan
untuk pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan sebagai nasihat mengenai
diagnosis, perubatan atau rawatan penyakit. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai
penyakit dan perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.

ARTIKEL KESIHATAN PILIHAN


Vitamin Tidak Baik Untuk Kesihatan?: Tahun lepas kita dikejutkan dengan berita yang
mengatakan vitamin hanya menghabiskan duit dan mungkin membahayakan kesihatan.
Berita NBC pada 11 November 2013 melaporkan berita bertajuk "Pakar mengatakan vitamin
tidak mencegah kanser atau sakit jantung." Berikutan dengan itu, banyak lagi berita yang
melaporkan vitamin membahayakan kesihatan disiarkan. Dr. Saul, pakar kesihatan, telah
membuat bantahan keras ke atas penyiaran berita tersebut.
Mencegah Ekzema Lebih Awal: Menyapu pelembab pada kulit bayi yang baru lahir boleh
mencegah ekzema dan malah juga alergi makanan di kemudian hari, ia mungkin
menawarkan cara mudah untuk memerangi masalah global yang semakin meningkat, kata
sebuah institut di Jepun.
Anggur Boleh Merawat Jerawat: Anggur merah boleh membuatkan kulit sesetengah orang
bercahaya dan kemerah-merahan, kini saintis ingin tahu sama ada mereka boleh
mengambil resveratrol dalam anggur untuk digunakan sebagai rawatan bagi jerawat.

ARTIKEL KESIHATAN POPULAR


Pembumian Membantu Mencairkan Darah dan Melawan
Keradangan serta Penyakit
Ringkasan artikel oleh Dr. Joseph Mercola.
Dr Stephen Sinatra adalah seorang pakar kardiologi terkemuka dan perintis inovatif. Beliau
memperkenalkan beberapa strategi semula jadi sebagai tambahan kepada bidang kardiologi,
seperti grounding atau pembumian. Istilah pembumian merujuk kepada perbuatan meletakkan kaki
yang terdedah di bumi, atau berjalan berkaki ayam. Apabila anda berkaki ayam, elektron bebas akan
berpindah dari bumi ke dalam badan anda, dan kesannya adalah pemindahan salah satu antioksida
yang paling kuat yang pernah kita tahu.
Keradangan berkembang apabila darah anda tebal, mempunyai banyak radikal bebas, dan banyak
caj positif dalam badan anda. Pembumian berkesan mengurangkan keradangan kerana ia
menipiskan darah dan membekalkan anda dengan ion bercas negatif melalui tapak kaki anda.
Permukaan yang membolehkan pembumian berlaku termasuk pasir (pantai), tanah, rumput (basah
lebih baik), konkrit dan bata (tanpa cat atau alas), dan jubin seramik. Kasut bertapak getah
memutuskan hubungan anda dari bumi, tetapi kasut bertapak kulit tidak. Justeru anda masih boleh
memakai kasut dan mendapat pemindahan elektron yang berfaedah.
Pembumian membantu mencairkan darah anda dengan meningkatkan potensi zeta, yang bermaksud
ia meningkatkan tenaga antara sel-sel darah merah. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia
mengambil masa kira-kira 80 minit untuk elektron bebas dari bumi untuk mencapai aliran darah anda
dan mengubahnya.
Jika anda mengambil Coumadin, jangan lakukan pembumian kerana ianya akan membuat darah
menjadi terlalu cair.
Untuk artikel penuh (Bahasa Inggeris),
rujukhttp://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/08/04/barefoot-grounding-effect.aspx

Blueberry dan Anggur Merah Boleh Meningkatkan Imuniti


Terjemahan Info Kesihatan.Satu kajian baru mendapati bahawa bahan kimia dalam anggur merah
dan blueberry boleh meningkatkan sistem imun badan anda.

Penyelidik daripada Oregon State University mengkaji impak 446 jenis bahan kimia berbeza terhadap
sistem imun manusia. Penemuan yang diterbitkan di dalam Jurnal Molecular Nutrition and Food
Research menunjukkan dua sebatian, resveratrol yang terdapat dalam anggur merah dan
pterostilbene ditemui di dalam blueberry, apabila digabungkan dengan vitamin D, boleh meningkatkan
keupayaan badan untuk menangkis penyakit.
Resveratrol telah menjadi subjek berpuluh-puluh kajian untuk pelbagai faedah yang mungkin, dari
meningkatkan kesihatan kardiovaskular hingga melawan kanser dan mengurangkan keradangan.
Daripada satu kajian terhadap beratus-ratus sebatian, hanya kedua-dua bahan tersebut yang
menonjol, kata ketua penyelidik Adrian Gombart. Sinergi mereka dengan vitamin D. .. adalah
penting dan menarik. Ia adalah satu interaksi yang cukup menarik.

Sebatian ini, yang dipanggil stilbenoids, bekerja secara sinergi dengan vitamin D dan mempunyai
kesan yang ketara dalam meningkatkan pemaparan cathelicidin manusia peptida antimikrobial, atau
gen CAMP, yang terlibat dalam fungsi imun, penyelidik menjelaskan.
Namun, ahli-ahli sains menyatakan bahawa kajian itu dilakukan dengan menggunakan kultur sel
makmal dan lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan sebelum mereka mencadangkan cadangan
pemakanan.
Dalam kajian terdahulu dalam tahun ini, blueberry juga didapati meningkatkan kuasa otak disebabkan
ianya banyak mengandungi sebatian yang dipanggil polyphenolics, yang penyelidik katakan boleh
membantu otak untuk menjalankan fungsi penting pengurusan tubuh.
Saintis daripada Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia Mengenai Penuaan di Universiti Tufts dan
Universiti Maryland Baltimore County mengkaji kesan beberapa jenis berry terhadap otak tikus,
khususnya kesan ke atas pembersihan toksik terkumpul daripada otak.
Dipetik daripada AFP Relaxnews. (2013, 19 September)

Omega-3 Untuk Peningkatan Minda Remaja

Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan


omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika
mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.
Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada
fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik
daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya
dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.
Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan
berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen
omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.

Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah
kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani, kata ketua penyelidik, Matthew
Muldoon, dalam satu kenyataan.
Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak
mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja
kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.
Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga
menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.
Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut
penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan
peningkatan pengambilan omega-3.
Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin
dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut. AFP, Relaxnews

Kebaikan Vitamin D
Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan
berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam
kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.
Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru,
dan selesema yang lebih tinggi.
Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna
untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan
sel.
Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat
bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun,
mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini
berfungsi dengan baik.
Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia mempunyai
risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada
pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas
pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya
apabila tubuh memerlukannya.
Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk menukarkan cahaya
matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh
diatasi dengan makanan tambahan dalam bentuk vitamin D3.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai manfaat
vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit
Parkinson.
Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.
Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser
yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.
Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin D adalah
kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara,
memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.
Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari untuk tujuan
mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung
kronik dan selesema.
Sumber Artikel: The Star Online

Probiotik: Bakteria Yang Baik Untuk Kesihatan Anda


Probiotik adalah organisma seperti bakteria atau yis yang dipercayai baik untuk kesihatan. Ia
boleh didapati dalam makanan tambahan dan makanan. Idea untuk mengambil bakteria
hidup atau yis mungkin kelihatan aneh pada mulanya. Lagipun, kita mengambil antibiotik
untuk melawan bakteria.
Punca Sebenar Penyakit Jantung
Sebagai seorang pakar bedah jantung dengan 25 tahun pengalaman dan telah melakukan
lebih 5,000 pembedahan jantung terbuka, hari ini adalah hari untuk saya membetulkan
kesilapan fakta perubatan dan saintifik.
Sistem Imun Pelindung Kesihatan Kita
Sistem imun melindungi badan dari penceroboh asing yang boleh menjejaskan kesihatan
kita. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Ia adalah satu sistem yang
begitu kompleks, yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa untuk penjagaan kesihatan
kita.
Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat
Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Doktor akan memberi ubat untuk
menghilangkan simptom yang dialami. Begitulah kitaran penjagaan kesihatan - sakit,
diagnosa dan preskrepsi. Pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan. Pencegahan

merupakan kunci kepada kesihatan sepanjang hayat. Apa yang perlu dilakukan untuk
mencegah penyakit?
Nota: Penerbitan semula bahan di dalam laman ini dibenarkan dengan syarat dinyatakan
sumber artikel dan pautan aktif ke www.kesihatan.biz (Kecuali artikel daripada laman Kosmo
dan Utusan).

Artikel Kesihatan Lain


Diet kentang penghidap SDE
MALANG bagi Jeniffer Radigan, 17, apabila dia tidak dapat menikmati makanan-makanan
enak seperti remaja yang lain sejak lima tahun yang lalu.
Taman permainan untuk perkembangan kanak-kanak
KAJIAN seorang penyelidik dari Universiti Perubatan di Amsterdam,Evert Verhagen
mendapati, taman permainan berperanan penting dalam menentukan perkembangan mental
dan fizikal kanak-kanak.
Sinusitis penyebab buta
MASALAH alahan hidung atau allergic rhinitis merupakan masalah yang sering kali dialami
oleh setiap individu dan ada yang mengalami radang hidung teruk sehingga menyebabkan
mereka mudah terkena jangkitan pada rongga sinus.
Pengambilan telur kurangkan risiko hidap diabetis
SESETENGAH individu percaya pengambilan telur ayam mampu mengakibatkan
pertambahan berat badan disebabkan kandungan kolestrol tinggi yang terkandung di dalam
makanan tersebut.
Makan dalam lena
KATE ARCHIBALD runsing mengenangkan berat badannya yang semakin bertambah.
Minyak kelapa turunkan kalori nasi
SATU penyelidikan di Sri Lanka mendapati, minyak kelapa dapat membantu menurunkan
kalori dalam nasi sehingga 50 peratus.
Bahaya toksin dalam badan
Kebanyakan rakyat di negara ini sejak dahulu lagi, lebih memberikan penekanan kepada
kecantikan dan kesihatan luaran berbanding dalaman.