Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN AKADEMIK

MASA
07.30

TEKS PENGACARA MAJLIS

CATATAN

UCAPAN ALU-ALUAN KEPADA TAMU KEHORMAT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ARISA

Yang Berusaha Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin


09.00

Pengetua Sek. Men .Keb Putra Perdana


Puan Hajjah Rogiah bt Abd Moin
Penolong Kanan Akademik
Puan Hajjah Zarinah bt Md Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Salina binti Kamsari
Penolong kanan Kokurikulum
Guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Hadirin yang dimuliakan,
Syukur ke hadrat ilahi dapat kita sama-sama berkumpul Dataran wawasan pagi ini
bagi Pelancaran Bulan Akademik SMK Putra Perdana tahun 2015.
Guru-guru dan pelajar sekalian,

09.30

Bulan Akademik adalah gabungan Bidang Bahasa, Bidang Teknik dan Vokasional,
Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Ke empatempat bidang
tersebut adalah amat penting dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Dengan
berdasarkan kecenderungan dalam bentuk kebolehan, kemahiran, keupayaan dan
kelebihan yang ada pada seseorang pelajar membolehkan mereka memilih jurusan
kerjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

WANI

Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para guru bertanggungjawab
mencungkil bakat para pelajar mengikut keupayaan pelajar tersebut. Menjadi
para guru, ibu bapa dan masyarakat untuk melahirkan pelajar yang unggul
pelbagai bidang di samping keutamaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan
bidang akademik dengan ilmu yang diperolehi.

untuk
hasrat
dalam
dalam

Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu permata berharga yang mampu mengubah
kehidupan seseorang di samping meningkatkan minda dan memajukan bangsa. Ilmu
mampu mempamerkan keupayaan generasi hari ini untuk menjadi pemimpin yang
disegani dan dihormati di masa akan datang.

Guru-guru dan pelajar sekalian,


Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

ARISA

Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan Perasmian daripada
Pn Hjh Tumijah Bt Ponimin , Pengetua SMK Putra Perdana. Untuk itu, Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Puan.
Dipersilakan.
UCAPAN PENGETUA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Hjh Tumijah Bt
Ponimin , Pengetua SMK Putra Perdana atas kesudian menyampaikan ucapan
perasmian sebentar tadi.

Majlis seterusnya, mempersilakan Puan pengetua, diiringi oleh barisan pentadbir untuk
memotong riben tanda perasmian Bulan Akademik tahun 2015. Dengan segala
hormatnya dipersilakan puan.

Terima kasih diucapkan atas kesudian Puan pengetua menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

Seterusnya,
Mohon perhatian semua hadirin ke arah skrin dihadapan bagi tayangan montaj.
(tayangan montaj)
Begitulah tayangan montaj yang menarik sebentar tadi.

WANI

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan gimik inovasi,
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik yang bertemakan inovasi. Dengan
ini dipersilakan sekali lagi Pn Pengetua diiringi oleh para pentadbir kehadapan pentas
bagi menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan.
(Pertunjukan Elephant toothpaste)

ARISA

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Tumijah dan para pentadbir atas kesudian
menyertai gimik perasmian sebentar tadi.

Arissa : Wahh.. hebat sekali ujikaji gimik yang kita saksikan sebentar tadi
Agaknya boleh tak kita jalankan dirumah selepas ini?
Wani : Memang sungguh menarik. Tapi apakah yang berlaku dan apakah bahan-bahan
yang digunakan sebentar tadi ye Arissa?

( Kamil and Jayjet keluar dari asap sebagai jin dan menerangkan . Mc berundur
ke belakang )

Terima Kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang menjayakan persembahan sebentar


tadi. Diharap persembahan tadi memberi pendedahan bahawa konsep ilmu dan inovasi
itu tidak tegar dan membosankan tetapi boleh dijadikan sesuatu yang sangat menarik
untuk dipelajari.
WANI

Untuk pengetahuan semua,

ARISA

Minggu ini adalah Minggu Sains dan Matematik dengan tema


KBAT PEMANGKIN INOVASI, PENCETUS TRANSFORMASI.
. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang minggu
ini. Antaranya adalah
(baca list)
WANI
Diharap semua aktiviti yang akan dijalankan mendapat sambutan dari semua murid.
Dengan itu berakhirlah majlis perasmian bulan Akademik SMK Putra Perdana Tahun
2015
Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari seandainya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancar dan bermanafaat kepada
semua pelajar.
Sekian, Wabillah hi taufik walhidayah.wassalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Majlis diserahkan kembali kepada guru bertugas.