Anda di halaman 1dari 1

Temu bual (guru besar)

Saya: Sudah beberapa tahun tuan berkhidmat sebagai seorang guru besar?
Guru besar: Sudah 19 tahun saya bertugas sebagai guru besar, sebelum ini
saya bertugas di sekolah SJK YOK MING selama 11 tahun.
Saya: Sepanjang tuan bertugas sebagai guru besar, apakah halangan yang
paling besar tuan hadapi?
Guru besar: Oh, halangan yang paling besar

yang dihadapi mestilah

pencapaian keputusan UPSR. Sebagai seorang guru besar, saya percaya


semua guru besar bersependapat dengan saya.
Saya: Pada pendapat tuan, apakah halangan-halangan yang menyebabkan
pencapaian keputusan merosot?
Guru besar: Banyak faktor yang memyebabkan keputusan merosot. Faktor
yang pertama, kekurangan perihatian ibu bapa dalam mengajar anak mereka.
Ibu bapa melepaskan tangan tanggungjawab mereka mendidik anak mereka
dan mengharapkan guru sahaja. Seturusnya, kekurangan alat bantu
mengajar. Contohnya, pengajaran mathematik akan menjadi mudah jika
terdapat kemudahan LCD dan komputer. Lukisan yang diperlukan dalam
pengajaran mathematik menjadi mudah dengan melakar menggunakan
komputer dan konsep yang sukar diterangkan dapat dilakukan melalui
komputer. Akhirnya, sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam
pengajaran dan saya menyokong sepenuhnya guru dilarang mengajar kelas
tuisyu di luar.
Saya: Akhir sekali, apakah harapan tuan pada sekolah ini?
Guru besar: saya berharap sekolah ini dapat mencapai target yang
ditetapkan pada tahun ini.