Anda di halaman 1dari 15

LGF 2043

KAJIAN SUMBER ALAM DAN ALAM SEKITAR

BINCANGKAN POTENSI PENGGUNAAN TENAGA


KETERBAHARUAN DI NEGARA-NEGARA YANG SEDANG
MEMBANGUN

Nama ahli : Siti Zubaidah binti Ibrahim (D20091035632)

: Ruzaini binti Abdul Kadir (D20091035658)

Kumpulan :A

Semester : Dua

Pensyarah : Dr. Mazdi bin Marzuki

1|Page
ISI KANDUNGAN

Bil Isi kandungan Muka


surat
1 Pendahuluan 1

2 Tenaga hidroelektrik 2-3


3 Tenaga geotermal 3-4
4 Tenaga suria 4-6
5 Tenaga biomass 6-7
6 Masalah dalam memajukan tenaga keterbaharuan 7-9

 Tahap teknologi rendah

 Modal besar

 Kekurangan buruh mahir

 Saiz pasaran yang kecil

7 Kebaikan tenaga kerterbaharuaan 9-10

 Mesra alam dan tidak kehabisan

 Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia

8 Kesimpulan 11

Bibliografi 12-13

2|Page
1.0 Pendahuluan

Dewasa kini, tenaga konvensional yang terdapat di negara membangun semakin


berkurangan dan kian habis. Hal ini amat membimbangkan penduduk negara-negara
membangun. Oleh sebab itu, tenaga alternatif atau gantian perlu diekspoitasi dengan
lebih giat bagi menampung tenaga konvensional yang semakin berkurangan. Lazimnya,
tenaga alternatif dapat diekploitasi di negara membangun kerana negara tersebut
mempunyai banyak sumber alternatif yang belum diterokai oleh penduduk.

Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yang boleh
diperbaharui dan sentiasa berterusan. Tenaga keterbaharuan yang banyak digunakan di
negara-negara membangun adalah seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga
biomas dan tenaga geotermal. Tenaga-tenaga ini juga mampu menampung penduduk
yang ada di samping mendatangkan pulangan kepada negara-negara tersebut. Hal ini
demikian kerana stok sumber asli yang masih ada dijangka tidak mampu menampung
keperluan penduduk pada masa akan datang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
pertambahan penduduk yang semakin meningkat di negara-negara membangun.

Sebenarnya, tenaga alternatif mempunyai banyak kelebihan berbanding tenaga


konvensional. Namun, tenaga ini kurang diterokai dan dieksploitasi menyebabkannya
kurang popular di peringkat dunia. Oleh sebab itu, negara membangun telah menjana
tenaga alternatif ini kerana lazimnya sumber-sumber tersebut banyak terdapat di sana.
Misalnya, Malaysia paling banyak menjana tenaga hidroelektrik di Asia Tenggara, diikuti
oleh Thailand, Indonesia dan Filipina. Namun begitu, India merupakan negara
membangun yang paling banyak menjana tenaga tersebut.

3|Page
2.0 Tenaga hidroelektrik

Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di


negara-negara membangun. Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana
adanya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun
membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang
mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak. Hal
ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin
digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.

Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan
tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan
secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit. Selain
itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat
global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga
alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia
untuk membekalkan sumber elektrik.

Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak
mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida
yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain
yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti
petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan
minyak. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat
digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangun


kerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun. Hal ini
membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa. Tenaga hidroelektrik
sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun. Selain itu, negara-negara

4|Page
membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empangan
hidroelektrik. Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara
tersebut. India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.

Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Oleh
sebab itu, negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini
bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu
kukuh. Sebaliknya, penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak
lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

3.0 Tenaga geotermal


Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yang amat rumit untuk dijana.
Hal ini demikian kerana tenaga ini berasal dari dalam bumi. Oleh sebab itu, tenaga
geotermal dikatakan sebagai penghasilan haba dari dalam bumi untuk menjana tenaga
elektrik. Tenaga ini juga banyak dijana di negara-negara membangun khususnya negara
yang berada dalam lingkaran api pasifik. Hal ini demikian kerana haba yang dialirkan di
kawasan mata air panas atau gunung berapi ini adalah lebih cepat iaitu melalui proses
perolakan.

Namun begitu, hal ini berbeza dengan kawasan lain yang melibatkan proses
kekonduksian untuk pengaliran haba. Selain itu, faktor kedalaman pusat bumi juga amat
mempengaruhi suhu atau kandungan haba di sesuatu kawasan.. dan haba yang terbentuk
merupakan hasil daripada pereputan bahan radioaktif yang berjuta tahun lamanya
terdapat dalam lapisan bumi.
Proses penggerudian pula diperlukan untuk mendapatkan wap dari dalam bumi.
Proses ini dilakukan menerusi batuan penutup dan wap bertekanan tinggi yang terhasil
akan mampu menggerakkan turbin dan seterusnya membolehkan tenaga elektrik yang
terhasil adalah tinggi. Hal ini penting untuk menampung jumalah penduduk yang
semakin ramai.

5|Page
Walaubagaimanapun, wap air ini masih boleh habis akibat penurunan air dalam
tanah. Hal ini demikian kerana kadar penyerapan air ke dalam tanah adalah perlahan dan
mengambil masa yang lama untuk menjadi stabil semula. Bukan itu sahaja, haba yang
telah digunakan akan memerlukan masa untuk digantikan. India merupakan salah sebuah
negara membangun yang menjana tenaga geotermal dalam kadar yang banyak.

4.0 Tenaga suria

Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan
tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca
tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari,
bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam
kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga
tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga
kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke
permukaan bumi. Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi
kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. ( Jauhri P. K, 2005)

Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang
lampau. Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya
mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria.
Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang melalui
penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen.
Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara
di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza
Mohamed, 1991)

6|Page
Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah
digunakan. Antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar. Pengumpul jenis ini
popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil-
kecilan. Pengumpul penumpu pula merupakan satu teknologi yang akan menumpukan
sinaran suria bagi meningkatkan fluks sinaran tersebut. Di negara-negara membangun
aplikasi kaedah ini masih kurang digunakan disebabkan oleh kos pemasangan yang agak
tinggi walaupan kaedah ini sesuai digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang
membangun seperti negara Malaysia.

Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara-
negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah. Hal ini adalah
kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan
0⁰C - 23⁰C di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang memdapat cahaya
matahari paling tinggi sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah
negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana
tenaga suria sebagai sember tenaga alternatif. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam
tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang
memancarkan tenaga suria secara maksimum. Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana
secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan
menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk
menghasilkan tenaga. Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai
barat semenanjung mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar
kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana,
kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai
timur semenanjung yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun. Dengan
adanya kitaran musim tengkujuh ini, kawasan ini tidak sesuai untuk dijanakan tenaga
suria.

7|Page
Di samping itu juga, India juga merupakan satu contoh negara yang membangun
yang mempunyai potensi besar untuk menjana tenaga suria. Menurut Jauhri (2005), India
mampu untuk menjana tenaga suria sebanyak 5000 trillion kwh per setahun. Hal ini
adalah kerana, negara India terletak dalam kawasan yang mendapat sinaran tenaga suria
yang tinggi sepanjang tahun dan negara India juga dapat menjana tenaga suria sebanyak 5
– 7 kw per jam sehari. Kini telah banyak penyelidikan dilakukan untuk
memanipulasikan tenaga suria ini secara maksimum di India. Lebih daripada 100 buah
syarikat tempatan telah terlibat dalam sektor pembuatan yang mengadaptasikan proses
tenaga solar dalam kehidupan seharian seperti dapur solar dan pemanas air solar.

5.0 Tenaga Biomass

Tenaga biomass merupakan salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia.
Tenaga biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung
sepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama tenaga
biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa dahulu masyarakat menggunakan tenaga
biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk mendapatkan
tenaga. Namun kini ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan hasil hampas
daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomass. Contohnya
negara Brazil banyak menggunakan hampas daripada tebu untuk menghasilkan tenaga
elektrik daripada sumber biomass ini.

Sumber tenaga biomas ini diperolehi dengan terus daripada hasil pembakaran
bahan bakar berkenaan yang boleh menghasilkan tenaga elektrik secara terus. Hasil
daripada pembakaran ini akan mengeluarkan gas metana yang akan diproses untuk
menghasilkan tenaga elektrik. Bagi kebanyakan negara-negara sedang membangun
tenaga alternatif ini banyak digunapakai bagi proses pemanasan air dan udara.

8|Page
Contohnya Negara India dan Brazil merupakan dua buah negara sedang
membangun yang banyak menggunakan tenaga biomass. Negara India banyak
menghasilkan sisa buangan tumbuhan iaitu kira-kira sebanyak 1,000 juta tone bahan
buangan tumbuhan dan kira-kira sebanyak 300 sehingga 400 juta tone bahan kubahan
haiwan yang boleh diperolehi setiap tahun. Jika keseluruhan bahan ini digunapakai India
berupaya memproses hampir 50% keperluan tenaga elektrik bagi kawasan luar bandar di
negara berkenaan (Jauhri P. K, 2005).

Tenaga alternatif biomass ini juga boleh dimajukan di negara kita. Hal ini adalah
kerana, negara kita mempunyai industri kelapa sawit Malaysia yang banyak
menghasilkan hampas-hampas kelapa sawit yang boleh di prosese untuk menghasilkan
tenaga elektrik. Namun demikain, sambutan terhadap tenaga alternatif bioamas ini
kurang mendapat perhatian dan tidak dimajukan oleh pihak pemerintah negara. Malaysia
bergantung sepenuhnya terhadap tenaga hidro untuk membekalkan tenaga elektrik
kepada penduduk negara ini.

6.0 Masalah untuk memajukan tenaga keterbaharuan

6.1 Tahap teknologi rendah


Teknologi yang tinggi diperlukan untuk membangun dan menjana tenaga
keterbaharuan dengan giat. Tahap teknologi di negara-negara membangun masih
rendah dan belum begitu maju. Hal ini menyukarkan negara tersebut untuk
memajukan tenaga ini. Namun begitu, mereka boleh mendapatkan khidmat
teknologi dari negara luar seperti Jepun. Hal ini memerlukan negara membangun
ini mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan teknologi tersebut.
Secara tidak langsung, hal ini menyukarkan negara tersebut mendapatkan
teknologi tersebut dalam kuantiti yang agak banyak. Hal ini akan menyebabkan
wujudnya had untuk memajukan tenaga alternatif.

9|Page
6.2 Modal besar
Tenaga alternatif yang ingin dimajukan juga mempunyai halangan seperti
memerlukan modal yang besar. Hal ini menyukarkan negara membangun untuk
memajukan tenaga alternatif kerana kewangan mereka terhad. Modal yang besar
diperlukan untuk membeli teknologi dan kepakaran dari luar. Secara tidak
langsung, kewangan yang terhad menyebabkan operasi untuk memajukan tenaga
alternatif juga adalah terhad. Hal ini juga menyebabkan berlakunya gangguan
ketika menjana tenaga tersebut kerana terdapat perkongsian teknologi antara
kawasan janaan tenaga alternatif yang berbeza. Dalam hal ini, pembaziran masa
dan kos penghantaran yang tinggi akan berlaku.

6.3 Kekurangan buruh mahir


Kebanyakan negara maju mendapatkan teknologi dari luar untuk
memajukan tenaga alternatif atau tenaga keterbaharuan. Oleh sebab itu, mereka
memerlukan kepakaran dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yang
berkaitan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan buruh yang
terlatih atau mahir dalam mengendalikan teknologi tersebut. Dalam hal ini,
negara membangun terpaksa mengimport kepakaran dari luar bagi membolehkan
teknologi digerakkan untuk memajukan tenaga alternatif. Secara tidak langsung,
hal ini akan meningkatkan kos untuk menampung kegiatan ini. Bukan itu sahaja,
buruh yang sedia ada pula hanya melakukan kerja bawahan tanpa mendapat
latihan untuk mengendalikan teknologi tersebut kerana kepercayaan untuk
mengendalikan mesin diserahkan sepenuhnya kepada buruh dari luar. Hal ini
akan menyebabkan pengeluaran yang berlaku adalah tidak menguntungkan kerana
negara tersebut terpaksa menampung kos untuk pembelian teknologi dan
kepakaran dari luar.

6.4 Saiz pasaran yang kecil

Saiz pasaran yang kecil untuk tenaga alternatif juga menyukarkan tenaga
tersebut untuk dimajukan dan dikomersialkan. Hal ini menyebabkan keuntungan
bagi pengeluarannya adalah sedikit. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional

10 | P a g e
yang mendatangkan keuntungan yang banyak kerana telah berjaya
dikomersialkan. Secara tidak langsung, tenaga alternatif ini akan menyukarkan
negara membangun untuk mendapatkan keuntungan dan menampung penduduk
yang banyak dengan pengeluarannya.

7.0 Kebaikan tenaga keterbaharuaan kepada negara-negara sedang membangun

7.1 Mesra alam dan tidak kehabisan


Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini
adalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan
pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenaga
dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak
negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara
mereka.

Malaysia umpamanya merupakan sebuah negara sedang membangun yang


banyak bergantung kepada tenaga hidro elektrik sebagai sumber tenaga utama
negara. Malaysia membangunkan tenaga hidro ini atas banyak sebab antaranya
tenaga hidro ini tidak mencemarkan alam sekitar. Kita hanya menggunakan aliran
air untuk menjana tenaga elektrik tanpa membabitkan elemen-elemen yang boleh
mencetuskan pencemaran. Tenaga hidro elektrik juga tidak akan kehabisan
kerana Malaysia merupakan kawasan tadahan hujan yang baik.

Begitu juga dengan tenaga geoterma yang banyak diproses di negara


sedang membangun yang berada dalam lingkaran api pasifik yang tidak
mencemarkan alam dan bersifat mesra alam. Hal ini adalah kerana, tenaga ini
diperoses hasil daripada stim atau keupayaan tenaga yang berada dalam perut
bumi dan kemudiannya dijana untuk menghasilkan tenaga elektrik tanpa
melibatkan unsur pencemaran dan tenaga ini juga tidak akan kehabisan.

11 | P a g e
7.2 Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia

Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah


krisis tenaga dunia. Hal ini adalah kerana, dengan menjana tenaga alternatif
negara yang sedang membangun tidak akan mengalami masalah kekurangan
bahan api asli lagi untuk menjana tenaga elektrik. Hal ini adalah kerana, dunia
sekarang sedang mengalami masalah krisis tenaga dunia ekoran daripada bahan
bakar utama iaitu petroleum dunia semakin berkurangan dan bagi negara-negara
yang bergantung sepenuhnya dengan bahan bakar berkenaan terpaksa mencari
bahan bakar lain untuk menjana tenaga elektrik di negara mereka.

Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yang


sedang membangun dalah tinggi berbanding dengan negara maju. Tetapi ekoran
daripada teknologi dan kepakaran yang terhad negara sedang membangun
terpaksa melepaskan peluang ini terbiar begitu saja. Namun kini, pelbagai pihak
telah tampil untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam bidang tenaga
alternatif ini kerana memandangkan negara yang sedang membangun ini
mempunyai pelbagai khazanah mengenai tenaga keterbaharuan bagi menangani
masalah krisis tenaga yang sedang melanda dunia sekarang ini. Contohnya pihak
kerajaan Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan tenaga
daripada hampas kelapa sawit dan sektor pertanian yang lain daripada terbiar
begitu saja.

12 | P a g e
8.0 Kesimpulan
Tenaga alternatif ataupun tenaga keterbaharuan ini merupakan jalan terbaik untuk
menangani masalah krisis tenaga dunia. Kenapa dahulu masyarakat hanya memandang sepi
terhadap potensi tenaga keterbaharuan ini? Persoalan ini payah untuk dijelaskan tetapi kini
ekoran daripada masalah krisis tenaga yang sedang melanda seluruh dunia, masyarakat mula
berlumba-lumba uantuk menjana tenaga alternatif bagi mengatasi masalah ini.

Tidak ketinggalan juga adalah dalam kalangan negara yang sedang membangun kini
sedang berusaha untuk mejana tenaga alternatif ini walaupun hanya separuh keperluan tenaga
negara yang mampu ditampung oleh pengeluaran tenaga alternatif berkenaan. Sememangnya
tidak dinafikan bahawa dalam kalangan negara-negara sedang membangun ini mempunyai
potensi yang besar untuk menjana tenaga tersebut. Antaranya ialah Malaysia merupakan
sebuah negara yang berpotensi dalam membangunkan tenaga alternatif hidro-elektrik dan
sememangnya separuh daripada pengeluaran negara ini bergantung kepada tenaga hidro-
elektrik. Manakala bagi negara membangun yang lain pula seperti Indonesia dan Filiphina
berupaya untuk menjana tenaga geoterma kerana negara berkenaan berada dalam lingkaran
api pasif yang mempunyai fenomena pergerakan dalam bumi yang aktif bagi mendapat
tenaga elektrik dari perut bumi.

Sememangnya negara-negara yang sedang membangun ini perlu untuk bergiat cergas dan
mempunyai inovasi yang tinggi dalam bidang teknologi bagi menjana tenaga alternatif
sebagai tenaga untama bagi negara mereka. Oleh sebab itu, pertukaran tenaga pengajar dan
teknologi dari negara maju adalah penting bagi memajukan sektor tenaga alternatif di negara-
negara yang sedang membangun agar krisis tenaga ini dapat diatasi dengan bijaksana.

13 | P a g e
Bibliografi
Abdullah Mohamad Said (1999). Pengurusan sumber dan alam sekitar. Shah Alam: Biroteks.

Anderson, Dennis, Ahmed dan Kulsum (1993). Where we stand with renewable energy
[Electronic Version] Finance and Development. Diperoleh pada Feb 12, 2010 daripada
ProQuest.

Anonymous (2005). Despite diminishing resources Malaysia is taking steps to maintain a


balanced partfolio while aiming to become the natural gas hub for southest Asia
[Electronic Version]. Power Engineering International. Diperoleh pada
Feb 24, 2010 daripada ProQuest.

Anonymous (2008). Alstom wins turnkey supply for hydroelectric project in India [Electronic
Version]. Power Engineering International. Diperoleh pada Feb 24,2010
daripada ProQuest.

Anonymous (2009). Burning issue biomass in the spotlight [Electronic Version]. Power
Engineering International. Diperoleh pada Feb 12, 2010 daripada
www.peimagazine.com

Cunningham P. William dan Cunningham Ann Marry (2006). Principles of environmental


science inquiry and applications. New York: Higher Education.

Fauziah dan Agamuthu (2009). Sustainable household organic waste management via
vermicomposting [Electronic Version]. Malaysian Journal of Science 28(2). Diperoleh
pada Feb 24, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/18574576/PROSES-
HYDROCARB- UNTUK-BIOMAS

Jauhri P. K (2005). Encyclopaedia of resource geography volume 2. New Delhi: Anmol


Publications PVT. LTD.

14 | P a g e
McKinney L. Michael dan Schoch M. Robert (2003). Environmental science systems and
solutions. Sudbury: Jones and Bartlett publishers

Murtedza Mohamed (1991). Sumber alam. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Patrick Cyndy Diagram (1995). Geothermal potential in developing countries [Electronic


Version]. Technology review. Diperolehi pada Feb 12, 2010 daripada ProQuest.

Prendergast John (1990). Tomorrow’s energy today [Electronic Version]. Civil Engineering.
Diperoleh pada Feb 12, 2010 daripada ProQuest.

Tang Foon Chor (2009). Electricity consumptioan, income, foreign direct investment and
population in Malaysia [Electronic Version]. Diperolehi pada Feb 12, 2010 daripada
Emerald.

The New York Times (2009). Geothermal Future [Electronic Version]. Diperoleh pada Feb 24,
2010 daripada Proquest.

15 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai