Anda di halaman 1dari 8

LEBA

H
BUNCI
T

Dalam sbuah blukar tinggal skor labah-labah. Sarangnya


lbih bsar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang mmbuat sarang
itu. Kmudian ia mnambah di skliling sarang itu.

Labah-labah itu brlari dngan pantas dari tngah k tpi sarang. Ia mnangkap
mangsanya. Binatang yang ditangkap sgra dimakan. Badannya smakin hari smakin
bsar. Prutnya buncit. Ia mmang kuat makan. Prutnya sntiasa brasa lapar.

Pada suatu hari, datang dua kor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi
dari arah barat.

Kdua-dua labah-labah mahu mnjmput labah-labah buncit makan knduri. Knduri


itu diadakan pada waktu yang sama. Ia mnjadi srba salah. Labah-labah buncit
brtanya jiran-jirannya. Mrka juga mndapat jmputan. Jiran di kiri prgi k
jmputan arah barat. Jiran di kanan prgi k jmputan arah timur. Labah-labah
buncit mndapat akal. Ia mminta krjasama jiran-jirannya.

Labah-labah buncit mmbri tali kpada jiran-jirannya. Ssiapa yang makan dahulu
tarik tali itu. Ia akan prgi k sana dahulu. Tali itu diikatkan pada prutnya supaya
tidak trlpas.

Kdua-dua labah-labah itu pun prgi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun
mnarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri mnarik dari arah barat

pula. Labah-labah buncit tidak dapat mngikut k barat. Ia tidak smpat mmbuka
ikatan prutnya.

Kdua-dua jiran labah-labah buncit trus mnarik tali masing-masing. Prut labahlabah buncit smakin trcrut. Stlah tidak brjaya mnarik, kdua-dua jirannya
pun trhnti. Mrka mnikmati hidangan. Slpas makan mrka pun pulang.

Mrka mndapati labah-labah buncit pngsan. Mrka cuba mmbuka tali yang
trcrut di prut labah-labah buncit. Sayangnya mrka tidak dapat mmbuka
ikatan itu.

Bbrapa hari kmudian labah-labah buncit sdar. Ia brjaya mmbuka ikatan di


prutnya. Sjak itu ia tidak hiraukan makan. Prutnya tidak brasa lapar sprti
slalu. Pinggangnya pun ramping bkas kn crut. Hingga skarang pinggang labahlabah kcil dan gnting.

CERITA ANAK ANAK PADI EMAS


Pada suatu masa, Raja Cahaya Santaka dari kayangan turun bermain-main di bumi.
Baginda membawa isteri dan tujuh puteri baginda yang jelita. Ramailah sekalian
rakyat jelata mengiringi baginda bermain-main itu.

Ketika berada di bumi, tujuh puteri baginda itu terlalu suka mandi-manda di sungai
yang jernih airnya. Ada banyak batu-batu besar di tebing sungai itu. Ketujuh-tujuh
orang puteri itu akan mengutip bunga-bungaan yang berkembang mekar di hutan
tempat mereka berhenti itu.
Ketika di bumi, setiap mereka di bekalkan dengan seuncang padi emas. Selalulah
mereka menabur padi emas itu di celah-celah batu. Mereka suka melihat cahaya
pantulan emas di celah-celah batu itu.

Apabila hendak pulang, mereka akan mengutip semula padi emas itu. Padi emas
itu akan di masukkan semula ke dalam uncangnya. Begitulah halnya setiap kali
mereka turun bermain.

Pada suatu hari, ketika mereka bermain, puteri yang ketujuh menabur padi
emas di celah-celah batu. Tapi malangnya, ketika mereka hendak pulang, semua padi
itu telah hilang. Raja Cahaya Santaka terlalu murka akan puteri ketujuh baginda.
Menurut baginda satu malapetaka akan terjadi di negeri baginda di kayangan.

Lalu puteri ketujuh di tinggalkan di bumi untuk mencari padi emas itu. Mereka
yang lain semuanya pulang ke kayangan. Puteri ketujuh sentiasalah mencari padi
emas yang hilang itu.

Bebarapa hari kemudian dia melihat anak benih menghijau tumbuh di celah-celah
batu di situ. Makin lama anak benih itu semakin membesar dan akhirnya berbuah.

Duduklah puteri ketujuh dari musim ke musim menanam padi dari benih yang di
dapatinya itu. Akhirnya kawasan padinya semakin luas. Kemudian ramailah orang
datang mengambil benih padi daripadanya. Tidaklah dia pulang kekayangan lagi.

SEMUT DAN MERPATI


Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu
terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air.
Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa
yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran
semut.
Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat. Semut berkata,
"Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, seorang
pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung.
Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu
mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung
merpati itu pernah menolongnya.
Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran.
Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata
burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Labu baru berkahwin. Dia dan isterinya masih remaja.


Labu dan isterinya mendirikan rumah di kaki bukit. Di situ ada banyak tasik kecil."Mek, hari ini abang nak
mengail. Mana tahu, dapat ikan besar," kata Labu kepada isterinya pada suatu hari.
Labu memilih tasik di kaki bukit. Sampai di pinggir tasik,dia duduk. Labu mencampakkan mata kail dan terus
berangan-angan. Dia membayangkan ikan besar menelan umpan kailnya.
Waktu berlalu dan umpannya sentiasa habis dan asyik berganti. Apabila senja, Labu pun pulang ke rumah.
Esoknya Labu pergi mengail lagi.
Sudah masuk hari ketiga Labu mengail. Tidak semena-mena mata kailnya diragut. Labu terus menariknya.
Muncullah seekor labi-labi.Labu menariknya ke darat. Terkelip-kelip mata labi-labi itu.
"Wahai Labu, lepaskanlah aku. Aku akan tolong engkau," kata labi-labi itu.
"Bohong! Sudah tiga hari aku kecewa," kata Labu.
Labu marah dan dia mencencang labi-labi itu dengan parang. Matilah labi-labi itu.
Tidak lama kemudian Labu terasa tubuhnya panas. Dia turun berendam di dalam air tasik. Tiba-tiba, Labu
terasa tubuhnya berubah. Tangan, badan dan kakinya bertukar menjadi labi-labi. Namun kepalanya tidak
berubah.
Dia melaung memanggil isterinya. Alangkah terkejutnya si isteri kerana si suami telah menjadi labi-labi
berkepala manusia. Dia jijik melihat suaminya begitu. Dia terus lari ke dalam hutan. Tinggallah Labu di situ
bersendirian.
Dia insaf akan perbuatan khianatnya.Sepatutnya dia tidak menganiyai labi-labi itu.

Anjing dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di ladang. Suatu hari,
mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan angin
mula bertiup kencang.
Ayam jntan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita jangan teruskan
perjalanan," kata anjing. "Kita boleh bermalam di sini." Mereka pun melihat
sekeliling. untuk mencari tempat tidur.
Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka
daripada hujan. Dia terbang ke atas dahan dan selesakan diri. Anjing menjumpai
sebuah lubang di pangkal pokok.

Dia gembira berlingkar di dalam tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu
tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula
berkokok. Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok.

Dia mahu makan ayam itu. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas
pokok besar. Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu! Aku
mahu menjadi sahabatmu.

Turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual." Ayam jantan tidak mempercayai
rubah. "Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok," katanya.
"Dia juga pandai menyanyi." Rubah menyangka sahabat itu ialah seekor ayam lagi.
Sahabat!" dia melaung ke dalam lubang.

Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu!" Anjing berasa marah kerana dikejutkan
daripada tidur. Dia mula menyalak dengan kuat dan melompat keluar dari lubang.
Rubah sangat takut dan melarikan diri. Anjing mengejarnya di dalam hutan. Selepas
itu, anjing kembali ke pokok.

Ayam jantan memberitahu anjing tentang bagaimana rubah cuba bersahabat


dengannya. Mereka mentertawakan rubah yang malang itu. Tidak lama kemudian, dua
sahabat itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah melihat rubah itu
lagi.

Anda mungkin juga menyukai