Anda di halaman 1dari 8

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam

memastikan

perancangan

program

yang

lebih

berkesan

untuk

perkembangan kanak-kanak keperluan khas secara menyeluruh. Selain itu


juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul
akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu
haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang
sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi
aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat
memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran.
Hal ini kerana, pendidikan prasekolah pendidikajn khas bertujuan untuk
menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
untuk masuk ke sekolah rendah..

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan


bagi pendidikan prasekolah pendidikan khas adalah melalui teknik belajar
dalam bermain. Main atau bermain secara amnya boleh di definisikan
sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada
kanak-kanak

terutamnaya Taufiq tanpa menimbangkan hasil daripada

aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan
sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di anggap satu
pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan
hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di
paksa, malah ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus,
1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada

murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat


merangsang pemikiran kanak-kanak.

Guru juga sambil memerhati dan menyelia kanak-kanak bermain,


berupaya menilai kanak-kanak secara berterusan kerana bermain adalah
cara belajar yang asas. Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara menilai
perkembangan dan kemahiran intelektual, sosial, emosional dan fizikal
mereka.
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu
terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan
mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna
simbol sebenar seperti abjad

Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa


kanak-kanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanakkanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata.
Guru boleh menjalankan aktiviti ini bagi memberi peluang kepada kanakkanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi. Muzik
dan nyanyian yang dijalankan dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan
perasaan seperti berimaginasi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak
langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui
nyanyian ini juga kanak-kanak akan mempamerkan ekspresi perasaan
mereka samada gembira, sedih dan sebagainya. Selain itu, aktiviti bermain
sambil

menyanyi

juga

adalah

satu

cara

bagaimana

kanak-kanak

memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga


dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan
kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak.
Selain dari itu, guru juga boleh menarik perhatian kanak-kanak dengan
letakkan objek yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian
berlainan di dalam rumah untuk membantu kanak-kanak mengenalpasti
susunan rumah. Galakkan kanak-kanak ini mencari dan merasa tekstur yang
berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, karpet, kayu, tingkap kaca,
dinding berplaster, meja marmar dan sebagainya. Carilah mainan dan buku
yang mempunyai nombor, huruf atau rekaan yang timbul yang boleh
disentuh dan diterokai oleh kanak-kanak ini. Anda juga boleh memilih cerita
yang mempunyai penerangan yang menarik mengenai sesuatu aksi atau
objek. Beri penerangan, dan biarkan mereka mengalami situasi itu.
Contohnya, selepas membaca The Three Little Pigs, mereka mungkin
seronok dapat merasa perbezaan antara jerami, ranting dan batu bata.
Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau
kadbod. Pandu tangan kanak-kanak mengikut bentuk tersebut dan pada
masa yang sama terangkan mengenai bentuk itu. Tunjukkan kanak-kanak ini
bagaimana membuat gosokan dengan mewarna di atas sesuatu tekstur yang

menarik. Pastikan bahawa kawasan bermain mempunyai cukup cahaya


supaya kanak-kanak yang mempunyai deria lihat yang terhad dapat melihat
dengan lebih baik. Sediakan kawasan yang khas bagi aktiviti bermain. Bantu
kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan susunan bilik itu. Jika anda
bercadang untuk mengubah sesuatu susunan, anda hendaklah membantu
kanak-kanak ini mengenalpasti semula susunan bilik itu. Barang permainan
dan bahan-bahan lain hendaklah berwarna-warni supaya kanak-kanak cacat
penglihatan ini dapat melihat dengan lebih baik. Lekatkan label yang
diperbuat daripada kadbod tebal untuk menunjukkan simbol barang mainan
pada rak mainan untuk memudahkan mereka mengemas. Susun barangbarang di rumah anda untuk membantu mereka bergerak dengan selamat
dan selesa. Pastikan pintu dan kabinet sentiasa ditutup. Ajar kanak-kanak
yang tidak cacat untuk memperkenalkan diri mereka dan menerangkan
mengenai aktiviti atau permainan mereka kepada kanak-kanak cacat
penglihatan. Ajar mereka untuk memanggil nama kanak-kanak cacat
penglihatan ini untuk mendapatkan perhatian mereka dan menggunakan
perkataan-perkataan tertentu untuk menerangkan sesuatu objek seperti
telefon, topi atau kereta, dan bukannya hanya berkata itu, ini atau
benda. Perluaskan pembelajaran kanak-kanak ini dengan berbual dengan
mereka semasa menjalankan aktiviti. Guna perkataan yang menggambarkan
sesuatu objek seperti panjang, pendek, di atas, di bawah, besar dan kecil.
Jika boleh, biarkan mereka mengalami situasi yang boleh menggambarkan
konsep ini. Contohnya, anda boleh memberi dua biji bola kepada mereka dan
berkata, Bola di tangan awak besar. Cuba rasa bagaimana besarnya bola
ini. Tetapi bola di tangan saya kecil. Adakah awak mahu merasanya?
Galakkan kanak-kanak ini membina blok secara memanjang. Mereka boleh
merasa bentuknya dan menyusunnya dari satu hujung ke hujung yang lain
dalam bentuk yang berlainan tanpa perlu risau blok itu akan terjatuh.
Selain daripada itu strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam konsep
alam

belajar. (trostle & yawkey, 1981) ialah pertama, Fizikal : Guru memberi izin
kepada murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak. Guru
membantu murid untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat.
Kedua, Keseronokan (bermain). Guru juga boleh turut serta bersama murid
semasa bermain. Selain itu guru hendaklah menyediakan bahan atau objek
yang menarik bagi memeriahkan lagi suasana. Seterusnya guru boleh juga
memberi hadiah kepada murid yang menang supaya timbul motivasi diri
murid untuk menang. Ketiga, Mendalami / mengkaji : Guru akan memberi
masa kepada
murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau bahan sebelum
menggunakannya

dalam

pemikran

kreatif.

Keempat,

Oral

Guru

menggunakan idea sparks (idea yang pelbagai) dalam kreatif thinking.


Contoh, guru menyuruh murid bermain dengan anak patung dan tunjukkan
bagaimana anak patung itu berjalan ke kedai. Kelima, Huraian : Guru
menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan
mudah difahami.(gambar-gambar). Keenam, Ubahsuai objek : Guru akan
mengubahsuai sesuatu objek agar lebih menarik. Ketujuh, Menambah objek
(penambahan) : Apabila murid sedang melakonkan sesuatu peranan guru
boleh menyediakan alatan yang relevan bagi murid-murid menggunakannya
dalam permainan yang kreatif.

Guru juga boleh menggunakan langkah-

langkah perlaksaan teknik bermain sambil belajar untuk menarik minat


kanak-kanak, contohnya seperti berikut menentukan tema iaitu tema yang
berkaitan dengan pelajaran. Tujuan guru hendaklah sama seperti untuk
memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi peneguhan.
Menentukan aras permainan dan permainan yang dsediakn hendaklah sesuai
dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Menentukan bentuk permainan sama
ada secara individu atau kumpulan. Menentukan jenis permainan seperti
kad, main kad atau sebagainya. Mengumpul bahan dan Menentukan cara
menilai.
Selain dari itu juga, menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi (1987),
mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep


dan prinsip Matematik dengan mudah dan efektif. Menurut Key Curriculum
Press (2001) Perisian Geometers Skechpad, GSP ialah sebuah sistem
perisian untuk membina , meneroka dan menganalisis secara luas dalam
bidang Matematik. Menggunakan perisian ini kita boleh meneroka dan
membina model Matematik interaktif daripada penyiasatan yang asas hingga
ilustrasi yang kompleks. Sebagai contoh guru boleh membimbing pelajar
menyiasat nisbah perimeter kepada diameter bagi beberapa buah bulatan
untuk mendapatkan nilai iaitu 3.142 atau

, meneroka soalan-soalan

berkaitan dengan tangent sebuah bulatan dan masalah-masalah terbuka.


Pelajar

boleh

melakukan

pembinaan

geometri

dan

mereka

sendiri

menentukan formula untuk menghuraikan perhubungan-perhubungan yang


mereka temui. Selain daripada itu pelajar boleh melihat dengan jelas
bagaimana penjelmaan yang terdiri daripada translasi, pantulan, putaran
dan pembesaran berlaku, menerangkan sifat-sifat setiap penjelmaan itu
secara meneroka dan menyiasat. Ini boleh menarik minat pelajar terhadap
keindahan matematik dan cuba mengaitkannya dengan dunia sebenar.
Penggunaan multimedia di dalam kelas (Ju-Ping Chung, 2004) boleh
membina pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid
memperkembangkan kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru
boleh memberi satu tugasan kepada pelajar secara berkumpulan dan pelajar
diminta menggunakan perisian MS-Powerpoint dan maklumat daripada
internet bagi mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi menjimatkan masa
laman

web

yang

berkenaan

diberi

kepada

setiap

kumpulan.

Guru

membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak


langsung dapat mendorong pelajar mengambil bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan menggunakan
teknologi komunikasi, guru dan pelajar memperoleh kemahiran baru untuk
mengajar dan belajar. Menurut Ashnida, Afendi & Shabri (2004), tugas guru
yang menggunakan PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer) di
dalam kelas meliputi semua aspek iaitu sebagai fasilitator, pengurus sumber

dan juga pengajar. Guru membimbing pelajar membuat tugasan masingmasing. Pada pihak pelajar pula, mereka dapat belajar bagaimana cara untuk
mencari dan mendapatkan maklumat dan mengaplikasikan maklumat yang
didapati ke dalam tugasan mereka.
Kesimpulannya, Menurut Jean Piaget,

beliau

menyarankan

bahawa

pembelajaran bahawa memerlukan masa untuk memainkannya dengan


membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak
memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai
matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik kanak-kanak,
tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang

berkesan

kepada

kanak-kanak.

Melalui

teknik

ini

juga

akan

mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu


pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak
akan

dapat

menguasai

perkembangan

dan

kemahiran

fizikal

dan

penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.


Penggunaan teknologi multimedia dapat meningkatkan mutu pengajaran dan
seterusnya membina pembelajaran yang menyeronokkan seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini.
Salah satu sifat yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran ialah sifat mudah lupa dan lalai. Kadang-kadang sesuatu soalan itu
mudah, tetapi sifat lupa dan lalai menyebabkan pelajar itu membuat
kesilapan. Untuk membantu supaya pelajar jangan mudah lupa dan lalai,
maka aktiviti penggunaan teknologi multimedia boleh digunakan untuk
mereka membuat refleksi tentang apakah konsep dan kemahiran yang
mereka telah pelajari.
Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam
memberikan kefahaman kepada pelajar. Jika pelajar tidak faham, mereka
akan menjadi lemah dan seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran. Jadi,
wajarlah penggunaan teknologi multimedia ini digunakan di dalam kelas bagi
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran
menjadi lebih berkesan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai