Anda di halaman 1dari 2

Syarahan: Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar".

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah
diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan
berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan
perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh
disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempenkempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab


menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu
orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab.


Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah
melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat
diambil.

Hadirin sekalian,

Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam


sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih
selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai